Pages

Jan 15, 2009

sabar menempuh setiap ujian

Dengan nama Allah swt.
Assalamualaikum..

Alhamdulillah,selawat dan salam buat junjungan Rasulullah saw,keluarga dan para sahabat Baginda a.s.Alhamdulillah ada sedikit coretan yang ingin ana bicarakan.

Ujian yang dihamparkan kepada ana dan sahabat2 sekalian sekalipun masyarakat seluruhnya.Setiap manusia akan dihidangkan dengan pelbagai ujian sama ada besar atau yang kecil.Banyaknya jenis ujian yang ana dan sahabat2 hadapi.Contohnya ujian dalam pembelajaran,ujian dalam muamalat,dan sebagainya.

Sabar menempuh ujian.Sabar adalah satu sifat yang dikaitkan dengan ujian.Apabila ujian datang melanda,kita hendaklah bersabar menghadapi ujian tersebut.Sabar ini adalah menahan daripada apa sekalipun tidak kira baik ataupun buruk.Bukan sahaja didalam menempuh ujian,malahan di dalam solat juga sifat sabar kena ada.Berbalik kepada asasnya,setiap ujian yang diberikan oleh Allah swt adalah untuk menguji tahap keimanan dan kecekalan ana dan sahabat sekalian.

Kesabaran dalam menempuhi ujian Allah swt amatlah penting.Ana dan sahabat2 sekalian kena bersyukur dengan ujian Allah swt,mungkin ianya sebagai peringatan kepada diri ana dan sahabat2 sekalian.Agar tidak lalai dengan dunia pancaroba ini.Ujian bukan sebarang ujian yang diturunkan oleh Allah swt.Ujian itu adalah ujian yang ada hikmah yang mana jika kita gapai tidak rugi pada akhirnya.

Yang pasti,ujian yang Allah swt berikan adalah ujian yang mana ana dan sahabat2 pasti boleh menghadapinya dan mampu untuk memikulnya.Itulah janji Allah swt.Allah swt tidak akan menguji seseorang yang dia tidak termampu.Jadi apa yang perlu kita fikirkan ialah bagaimana mengadun ujian itu untuk menjadi adunan yang baik yang cantik yang dapat menampal segala kecatatan dalam dalam kehidupan.Maksud ana,bagaimana diri untuk menghadapi ujian tersebut.Itu adalah aspek yang penting.

Memang sabar adalah aspek yang utama dalam menghadapi ujian yang datang.Tetapi perlulah juga diselitkan dengan sedikit kebajikan dan amal2 ibadat yang mampu untuk taqarrub kepda Allah swt.Itu adalah penting.

Seringkali diri dihambat dengan ujian yang mampu melemahkan diri dan iman.Tatkala itu,iman tadilah yang menjadi penentu dalam menghadapi ujian tersebut,sama ada hendak menjadikan ujian itu dilalui dengan cara yang baik atau cara yang buruk.

Dari pengalaman ana yang ana lalui,ana mempunyai seorang sahabat yang baik.Amat merendah diri.Dan dia bukanlah seorang yang kaya namun dia adalah orang yang sederhana.Tetapi apa yang ana lihat,setiap ujian yang dia hadapi,dia akan tempuhi dengan penuh keimanan dan ketaqwaan,doa yang tidak putus kepada Allah swt.Itulah kunci dia dalam menghadapi segala ujian yang Allah berikan.dan Alahamdulillah..sehingga hari ini,sahabat ana ini masih lagi belajar walaupun ana tahu ujian yang menimpa dirinya sangat payah..Dia ingin menjadi hamba yang bersyukur dan hamba yang tabah.Subahanallah...semoga dia diberkati Allah swt.Alhamdulillah Allah swt menyayangi dirinya,agar dia tidak lalai dengan perkara yang melalaikan.Seringkali di uji sebagai satu peringatan buat dirinya.Amin ya Allah..

Tuntasnya,dalam menempuhi ujian yang mendatang.Kesabaran,keimanan,ketaqwaan,dan keyakinan serta pengharapan kepada Allah swt haruslah menjadi pendinding kepada ana dan sahabat2 sekalian.

"Janganlah engkau bebani kami dengan beban yang berat yang kami tidak mampu untuk bebaninya,dan janganlah engkau pikulkan kami dengan apa yang kami tidak mampu untuk pikulkan,Engkau rahmatilah kami..Engkau berkatilah kami..Amin ya Rabbal Alamin."

syukuri apa yang ada,jangan tangisi apa yang bukan milik kita

Dengan nama Allah swt
Assalamualaikum..

alhamdulillah.Selawat dan salam ke Atas Baginda Rasulullah saw dan Keluarga,serta sahabat2 Baginda a.s.Ada kudrat yang Allah berikan untuk ana.Dan sahabat2 sekalian yang masih hidup dalam nikmat iman dan islam.Dan semoga Allah membalas kekejaman Israel setimpal dengan apa yang mereka telah lakukan.Sesungguhnya Allah maha pembalas.AMIN.

Alhamdulillah..

Semua yang telah kita kecapi sehingga hari ini adalah nikmat Allah swt.Yang pasti hanyalah sementara.Syukuri apa yang ada jangan di risaukan dan di cari apa yang tiada dan jangan ditangisi apa yang tiada.Subahanallah.
Bersyukurlah dengan sebiji telur janganlah dicari ibu telur.Alhamdulillah telur itu sudah mencukupi,rezeki daripada Allah swt.Jangan di risaukan perkara yang lain yang bukan milik kita,sesungguhnya Allah swt mengetahui apa yang kita tidak ketahui.

Tatkala merenungi kemewahan yang ada pada orang lain,diri ini akan ada terselit rasa ingin menikmati walaupun sedikit.Ana dan sahabat2 sekalian mesti ingin hidup senang walaupun 0.01 zarah peratus dalam hati kita semua apabila melihat orang yang hidup mewah.Mesti ada..kerana hati kita mempunyai keinginan kepada perkara yang baik dan perkara yang buruk.Berbalik pada asasnya,walaupun hidup tidak semewah mana,Alhamdulillah,syukuri pemberian Allah swt kepada kita.Kerana ramai lagi yang menderita,yang tidak punyai apa2 di dalam dunia.Sesungguhnya Allah swt mengetahui apa yang kita tidak ketahui.

Syukuri apa yang ada,tatkala Malaysia membangun dengan baik,dengan aman,dan damai.Syukuri pembangunan Malaysia.Sesungguhnya ia adalah nikmat Allah swt.Jangan ditangisi dan jangan dirisaukan apa yang tiada di Malaysia.Apa yang ada syukuri..Alhamdulillah..Sekarang ana dan sahabat2 sekalian lihat,banyaknya negara yang lebih daif daripada negara kita.Syukuri nikmat2 yang ada di Malaysia.Jangan pening memikirkan perkara yang tidak ada di Malaysia.Sesungguhnya Allah swt mengetahui apa yang kita tidak ketahui.

Ana hamba yang hina lagi asing di muka bumi Allah swt ini,banyaknya nikmat yang Allah swt berikan.Yang sememangnya kita syukuri.Nikmat bernafas,nikmat melihat,nikmat menulis,nikmat membaca,nikmat menghafal al-Quran,nikmat makan,nikmat tidur,nikmat hidup,nikmat sihat..dan sangat banyak2 lagi nikmat yang ana dan sahabat2 sekalian patut syukuri.Kerana apa? jangan sampai Allah swt menarik semula semua nikmat2 yang Allah swt berikan.Saat itu oksigen berkurangan,saat itu mata dah rabun dan buta,saat itu tangan dah tak mampu untuk menulis,saat itu tidak ada masa untuk membaca,saat itu al-Quran melaknati para Huffaznya,saat itu makanan dibazirkan,saat itu tidur tidak lena,saat itu sakit jadi teman setia.Syukuri nikmat yang ada,sekecil2 nikmat yang ada pun jangan lupa untuk di syukuri.Sesungguhnya Allah swt mengetahui apa yang tidak kita ketahui.

Banyaknya nikmat Allah swt yang sering kita terlepas pandang
'makan ikan je' 'balik2 nasi goreng..' 'hei..malasnya aku nak membaca..lantaklah..' 'aku nak YM jap..baru aku solat..' 'kenapa dia banyak duit ah..? kenapa aku sikit ja..' 'kenapa dan kenapa dan kenapa.................???????????? syukurilah apa yang ada Alhamdulillah..


Fikirkan..renungkan..buat perubahan dalam menogkah arus kehidupan yang penuh dengan kelalaian yang semakin hampir dengan hari perhitungan..walaupun sedikit syukurilah nikmat Allah swt dan jangan tangisi apa yang bukan milik kita..Syukur syukur syukur ya Allah..Syukur Alhamdulillah..

Jan 13, 2009

BOIKOT HINGGA LUMPUH!!












kejutan sempena cuti ini




baju upin dan ipin..
ada 3 warna..
kejutan sempena cuti ini..
hehe..
shukran ya ukhti..
semoga diberkati allah..
alhamdulillah..

selamat tinggal boikot




Tatkala dingin malam


aku keseorangan meratapi,menangisi..

kekejaman si zionis..

kepada saudara2 ku..

aku berfikir adakah senjata2 yang digunakan..

untuk membunuh ratusan saudara2 ku..

adalah hasil sumbangan ku?

terhadap barang2 boikot yang selama ini aku menggunakannya?

ya ALLAH..

dahulu aku tidak mengerti nilai boikot yang sebenar..

"ampunilah dosa2 ku ya ALLAH..amin"

tapi sekarang aku sudah tekad..

aku akan menolaknya jauh dari hidupku..

merintih sakit hatiku melihat setiap kerakusan si zionis..

menyembelih saudara2 ku saban hari..

tanpa segan dan silu..

benci!

sakit hati!

geram betul!

dengan semua kekejaman mereka2 ini..

tapi..

aku ada al-Khaliq..

aku ada ar-Rahman..

aku ada ar-Rahim..

aku ada ALLAH SWT..

aku yakin kepada ALLAH SWT..

si zionis pasti akan menerima balasan yang setimpalnya..

tunggu dan lihat..bukan setakat si zionis,

malah semua sekutu2nya yang melakukan kezaliman ini..



tatkala senja


aku melihat pemandangan bumi malayisa..

sekali lagi aku menangisi..

terhadap nasib2 saudara2 ku di luar sana..

aku bermandikan air..

mereka bermandikan peluru..

aku riang ria..

mereka suka duka..

aku gelak ketawa..

mereka menangis hiba..

aku terlebih makan..

mereka mencari makan..

aku tidur lena..

mereka tidur gundah..

ya ALLAH,

takutnya aku..aku malu kepadaMU..



tatkala bulan bercahaya


mataku tidak lena..

aku mengingati setiap saudar2 ku..

seolah2 aku yang melakukan pembunuhan..

kekejaman terhadap saudara2 ku..

aku tekad..

akan buang semua..

barang2 boikot..

tidak rugi korbankan boikot ini..

aku yakin..

selamat tinggal boikot..

sedap hingga menjilat jari..

ahhh!!

aku tidak kisah..

daripada aku bunuh saudaraku..

baik aku ajar kau zionis dengan semua boikot2 mu ini..

aku dah penat beli baranganmu..

aku dah penat..



dengan itu..selamat tinggal boikot!




Jan 12, 2009

ramainya adik2 comel dah ada blog..Allah hu akhbar!!

Assalamualaikum..

Hari ini hari isnin..Ana duduk rumah n duduk bilik ja.hee.Tak keluar2 pun dari bilik.Apa yang menarik hari ini,,ana telah melawati blog2 adik2 yang bakal menakluki dunia satu masa akan datang.

Bermula semalam sejak ana membuka site www.upindanipin.com.my sebab akak ana ada belikan baju upin dan ipin kat shah alam.Lepas tu ana memang selalu tengok upin dan ipin tu tapi dalam handphone sahaja.Lepas sahaja ana tengok site upin dan ipin tu..Ada pula adik2 yang tegur ana kat dalam chat..Terkejut tak terkejut adik tu baru umur 11 tahun 9 jan nie.Allah hu akhbar.Ana pun ringankan tangan ana untuk lawat blog adik nie,nama adik tu zareef..Canggih blog adik tu..kalau tak baca profile tak tahu tuan punya blog tu umur 11 tahun.Ana pun tinggalkan komen kat blog adik tu.

Lepas itu,ana pun baru online tadi.Buka blog..ada pula adik baru tinggal komen kat blog ana.Ana pun balas dan ana view blog adik nie,nama adik nie aiman..umur pun tak sampai 12 tahun..Blog pun mengalahkan blog ana.Hehe..Dari blog adik aiman tu ana pun tertarik untuk view blog2 yang link dengan adik ini.

Ana seronok view blog adik2 hari ini.Dapat juga terokai alam budak2..hehe...

Jan 10, 2009

matlamat Hamas

Dengan nama Allah..



Assalamualaikum



Antara matlamat Hamas sepenuhnya dalam jangka panjang;


  • Memerdekakan Bumi Palestin dari Sungai Jordan sehingga ke laut Mediteranean.

  • Mendirikan negara Palestin dengan perinsip-perinsip Islam.

Matlamat Hamas jangka pendek;



  • Memerdekakan tebing Barat

  • Menerapkan nilai-nilai Islam dalam masyarakat Palestin supaya mereka mengamalkan akhlak dan budaya Islam dalam kehidupan.Ini penting kerana ianya menjadi nadi perjuangan dalam menuntut kemerdekaan bumi Palestin.

  • Menjaga dan meneruskan intifadah atau jihad dan penentangan bersenjata bagi memerdekakan bumi Palestin dan menentang sebarang usaha neutralisasi.

  • Mengerahkan bangsa Arab dan juga umat Islam sedunia bagi membantu rakyat Palestin memerdekakan bumi Palestin.

sabtu yang surut

Assalamualaikum

Hari ini ana tak pergi Program kat KUIS.Ada masalah pagi tadi,Allah lebih mengetahui.Alhamdulillah hari ini ana hidup lagi.Matlamat cinta ana entry yang sebelum ini,ana tak bercinta pun tapi itu sekadar matlamat cinta ana ja.InsyaALLAH.Sekadar penulisan sebagai ingatan kepada diri ana agar tidak terjebak dalam aroma cinta itu.Amin ya Allah.Hari ini sangat surut.Ya Allah berikan aku kekuatan.

la tahzan my love haqiqi



semalam..

9 januari 2009 selepas solat isyak..


"ya ALLAH aku berdoa

aku memohon kepada mu

lindungilah wanita ini daripada kezaliman..

pemikiran yang zalim..

dan apa sahaja

yang zalim

ya ALLAH..aku dalam kebuntuan ya ALLAH..

engkau permudahkanlah urusan wanita ini ya ALLAH..

aku meminta ampun memohon maaf

sekiranya pernah aku manyakiti hati wanita ini ya ALLAH..


ya ALLAH aku memohon kepada mu

berkatilah wanita ini ya ALLAH..

aku tidak layak untuk wanita ini ya ALLAH

mungkin aku bukan

tercipta untuk wanita ini
aku redha ya ALLAH dengan ketentuan mu ya ALLAH

ya ALLAH


ya ALLAH

aku memohon kepada mu

engkau rahmatilah

wanita ini ya ALLAH dengan rahmat daripada mu ya ALLAH


ya ALLAH

engkau berikanlah aku kesabaran

engkau berikanlah wanita ini kesabaran

ya ALLAH

engkau berikanlah wanita ini

kekuatan

kekuatan

kekuatan

ya ALLAH

engkau berikanlah aku

kekuatan

kekuatan

kekuatan

ya ALLAH

sesungguhnya aku dan wanita

ini

adalah insan yang lemah


ya ALLAH aku memohon kepada mu

engkau jugalah tempat berserah

aku serahkan segalanya kepada mu ya ALLAH

perancangan mu adalah yang terbaik ya ALLAH"


AMIN,AMIN,AMIN YA RABBAL ALAMIN..

Jan 8, 2009

matlamat cinta ana...



Dengan nama Allah..


Assalamualaikum






Allah hu akhbar.Bertapa besarnya nikmat cinta yang Allah berikan kepada kita semua.Allah swt ,mencipta alam ini dengan rasa cinta kepada makhluk2 ciptaannya.Cinta itu suci,cinta itu indah dan bermacam2 lagi ungkapan cinta.






Namun setakat mana ana dan sahabat2 sekalian memahami cinta itu.Ana pun tak paham maksud cinta.Cinta tidak akan habis dibicarakan sampai bila2.Maksud cinta sentiasa berubah dari masa ke semasa.Apakah cinta yang ana dan sahabat2 cari?? sudah tentunya cinta haqiqi.






cinta haqiqi?? apakah cinta haqiqi......??sudah semestinya cinta haqiqi bila sahaja terdengar dicuping telinga adalah cinta yang benar dan kekal abadi.Siapa lagi yang layak dicintai selain Allah swt.MasyaALLAH,






apa yang ana nak tuliskan adalah cinta haqiqi yang mana mempunyai tujuan dalam bercinta.Iaitu untuk mencari pasangan yang hendak dijadikan zaujah dan zauji yang soleh dan solehah yang bisa membawa kapal rumahtangga dalam gelora yang melanda.Allah hu akhbar.Manusia termasuk diri ana dan sahabat2 sekalian tidak mampu untuk menolak cinta ini.Ia adalah anugerah daripada Allah swt.Cinta ini tidak dapat di lihat oleh mata dan tidak dapat di hidu oleh hidung ana dan hidung sahabat2 sekalian.Sekiranya bisa di lihat dan di hidu,boleh sahaja ana mengelak dan sahabat2 sekalian mengelak daripada panahan cinta ini.cinta ini tidak datang sekiranya tidak dicari dan cinta ini tidak datang sekiranya ana dan sahabt2 sekalian memberikan cinta.






setelah bercinta yang tidak berpaksikan syariat......akan timbul perasaan untuk melakukan syahwat yang mana sekiranya ana dan sahabat2 tidak mengawal syahwat itu..maka akan terjerumuslah ke lembah zina.cinta bukan tempat untuk meletakkan hawa nafsu.Cinta itu suci dalam firman Allah swt;








"di jadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta teradap apa yang diinginkan,berupa perempuan-perempuan,anak-anak,harta benda yang bertampuk dalam bentuk emas dan perak,kuda pilihan,haiwan ternakan dan sawah ladang.Itulah kesenangan hidup di dunia,dan disisi Allah lah tempat kembali yang baik" surah Ali 'Imran;14



Allah swt menjadikan,menghiaskan cinta itu dengan cinta kepada wanita2 perempuan2 dan lelaki2.Namun awas!! berhati2 hatilah dengan perhiasan cinta ini.Apabila menghiasinya jangan berlebih-lebihaN.Maksud ana jangan sampai melakukan maksiat,keluar dating sini sana...Nauzubillah.



Cinta ini jangan sesekali terjebak sewaktu alam persekolahan.Kerana tidak sesuai.Umur tak sesuai lebih2 lagi kepada diri ana ini.Dalam mencari cinta haqiqi,mestilah mempunyai matlamat yang benar2 untuk mendirikan rumah tangga.Atau pernikahan.Sekiranya hanya berkata "i akan mengahwini u.." hanya dibibir sahaja.Lupakanlah....,sesungguhnya dalam firman Allah surah al-Baqarah ayat 216;



".......tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu,padahal itu baik buatmu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,padahal itu tidak baik bagimu.Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."



Ana bukan untuk memboikot cinta.Tetapi ana tulis berdasarkan apa yang ana fikirkan.Ingatan Kepada sahabat2 dan diri ana sendiri pulanglah ke pangkal jalan.Dalam islam telah disediakan untuk para hambanya agar bertaubat...Mungkin kita rasa sedih bila clash.Namun hakikatnya perancangan Allah adalah maha the best!! Yakin kepadanya.InsyaALLAH.. aminn..



Matlamat cinta ana biarlah yang haqiqi....


untuk apa ana menulis blog??

Assalamualaikum.


Untuk apa ana menulis blog?? Banyak keberangkalian yang dapat diberikan jawapan kepada soalan ini.


Sejarahnya.....


Bagi ana penulisan blog ini bermula apabila menghadirkan diri ke Bengkel Nuqaba' pada tahun lepas.Seorang tetamu yang telah menyampaikan ceramah telah menyarankan agar menulis blog.Untuk apa? Wallahualam.Sehinggalah cuti,ana selalu melawat blog2 sahabat dan kenalan.Untuk membaca dan mengisi masa lapang.Sehinggalah satu masa,ana teringat dengan penceramah hari tu..ana buka internet dan buatlah blog.Kekadang bukan semua yang baca blog kita,bukan orang nak lawati blog kita.Tetapi cukup sekadar blog ini menjadi tempat penulisan kepada idea2 yang tercetus dan sekadar mengisi masa lapang disamping berkongsi2 apa yang dapat dikongsikaN.Bagi ana apa yang penting dalam melayari blog ini kita sentiasa beringat antara satu sama lain terhadap isu2 yang mutakhir dalam dunia hari ini.Dari situ nampaklah kekuatan islam dan ukhuwwah sesama saudara islam walaupun tidak berkenalan tetapi kita masih boleh berkongsi apa yang dapat di kongsikan.Allah hu akhbar.


Di samping berlumba2 untuk mencari ilmu pengetahuan.Biarlah ana menulis blog untuk mendapat keredhaanNYa.Bersamalah kita dalam membina diri,muhasabah diri,yang terkadang terleka.

Blog juga ana gunakan sebagai diari seharian ana.Shukan kepada abang ikhram yang menyarankan untuk blog ini.Semoga dirahmati allah swt.

Wallahualam...

Jan 7, 2009

10 Muharram Hari Asyura

Assalamualaikum..
Banyak Sejarah para Nabi dan Rasul-Rasul a.s pada 10 Muharram.Antaranya ialah kemenangan Nabi Musa a.s dengan Firaun,keluarnya Nabi Yunus a.s dari perut ikan,dosa Nabi Adam a.s diampunkan Allah swt,bertemunya Nabi Yusuf a.s dengan ayahnya Nabi Yaakub a.s dan banyak lagi.Adalah disunatkan berpuasa pada 10 Muharram.Memberi makan sesuap atau seteguk kepada orang yang berpuasa,usap kepala anak yatim yang belum baligh agar hati kita lembut untuk beramal,berselawat banyak2 sekiranya mampu 100x atau 1000x.InsyaAllah..semoga kita bersama dalam selangkah menghampiri Allah swt.Amin ya Rabbal alamin..

Takbir!!!!

Assalamualaikum.
semuanya Kudrat yang Allah swt berikan.Alhamdulillah.Salam juang buat sahabat2 sekalian dan para saudara2 yang agung di sisi Allah swt yang berada di bumi barakah Tanah Semenanjung arab yang berjuang dalam menegakkan agama Islam dan menjadi perisai kepada keagungan Islam daripada dihancurkan oleh Israel..Allah hu Akhbar.Semoga diberkati Allah swt.Amin..