Pages

Feb 18, 2009

hanya puisi~diri ini mengerti



kini hanya puisi

menitip awan yang putih

memuji maha Ilahi

subahanallah..alhamdulillah..allah hu akhbar..


air mata membasahi

teringat dosa-dosa diri

oh Allah yang maha Pengasih

engkau sahaja tempat mengadu simpati


kini diri telah sedari

segala dosa yang pernah diri lalui

begitu banyak tak terperi

dosa-dosa ku pada Ilahi


diri ini mengerti

amat hina di muka bumi

mencari keredhaan Ilahi

diri ini mengerti

setiap hari yang menanti

belum pernah cukup mendamba kasih-MU

diri ini mengerti

hanya engkau ya Allah yang maha mengetahui

diri ini mengerti..diri ini mengerti..


diri mengerti..namun aku masih mencari sebuah pengertian..

mencari sebuah pengertian yang haqiqi

untuk kembali berdiri menjadi insani

setelah lama aku dibelenggu duniawi..


aku bangkit mencari sebuah pengertian..

agar diri aku lebih mengerti...





Feb 17, 2009

Di hari Lahirku ini...


  • my sister's OT :(
  • stay at kak daya home sweet home,do assignment..amazing!!
  • kak daya masak 'cekodok' for me.. shukran :)
  • Im wait my elder sister got back from OT..
  • mammy and daddy wish birthday dengan ana subuh tadi,wish dengan kejut bangun subuh... :) i love u all...

..............continue,, @,@

Feb 14, 2009

wanita sekarang dah ada diskaun?

Dengan Nama Allah..



aSsalamualaikum







wanita oh wanita..







Apa yang telah terjadi dengan wanita hari ini.Nauzubillah semoga ana dan sahabat2 terlindung daripada sebarang fitnah dunia hari ini.







Ana sedih melihat wanita pada hari ini,lebih2 lagi pada hari kekasih 14 febuari setiap tahun.Ana hampir terlupa yang hari ini hari valentine.Ana teringat bila menaiki KTM dan singgah kat KL SENTRAL semalam.Pelik..apasal manusia couple nie ramai sangat hari ini?? berkasih-kasihan,sepertinya ada ikatan yang sah yang halal.Nauzubillah.



berbalik kepada hari valentine,inilah merupakan satu ghazwatul fikri yang dibuat khas oleh si kafir untuk menjatuhakan orang islam.lebih2 lagi wahai kaum ku wanita...





wanita oh wanita,mengapa kita mudah menyerahkan kasih sayang ana dan sahabat kepada yang bukan selayaknya? sedangkan diri ana dan sahabat2 masih lagi ada tanggungjawab lain dan tertipu dengan cinta tiruan yang tidak mempunyai matlamat dan hanya suka2 untuk berkasihan.





wanita oh wanita ingatkah kita,bahawa kita ini adalah wanita yang suka kepada kelembutan dan amat mudah terpedaya dengan lelaki di luar sana.Melihat pasangan2 yang berkasihan di KL sntral semalam membuatkan ana amat hairan,eh...napa plak dorang boleh pegang2 nie?? seolah2 itu semua sudah menjadi kebiasaan.Ya Allah lindungi kami...aminn...padahal,sekiranya Allah taala mencabut nyawa mereka pada saat itu,Nazubillah..ya Allah engkau buka pintu hati mereka dan matikan kami dalam keadaan husnul Khatimah..amin..



bilalah agaknya wanita oh wanita sekalian sedar dari syaitan2 yang durjana ini,kasihanilah ayah ibu..kalau tak kasihan pun,ingatlah Allah taala,dan Rasulullah saw..ingat mati.Dunia kita sekarang nie dah akhir zaman wanita oh wanita.Tak takutkah??





wanita oh wanita ingatlah kita ini adalah wanita sebagai perhiasan dunia,perhiasan dunia,perhiasan dunia..semua yang ada pada wanita zahir dan batin adalah perhiasan dunia.Ana dan sahabat2 harus sedar tentang perkara itu,jadi bila dah tahu ana dan sahabat2 adalah perhiasan dunia,wajiblah menjaga semua aurat yang ada pada diri kita ini.Jauhilah pakaian2 yang boleh membuatkan orang lain turut mendapat dosa dengan wanita oh wanita.Hari ini semuanya dah terbuka dan terdedah,macan wanita tu murah sangat dah sekarang nie.Siap ada diskaun tu,semakin dewasa semakin dikerat semua baju2 untuk buka aurat.Ana pernah ditanya ditanya dengan soalan yang memang bijak pada akalnya tapi dari segi dalil Allah amatlah bertentangan.."aku solat,walaupun aku tak pakai tudung,aurat terdedah.." rasa2 sahabat2 sekalian ana jawab apa dengan dia? dan apa pula jawapan anda bila disoal dengan soalan macam tu??..ana jawab.."saya pun solat,sama macam awak,solat tetap solat..tapi agak2 sapa yang sedang menabung dosa? melaburkan dosa yang banyak? ana pakai tudung,awak pikir2 ya..nanti dapat jawapan bagi tahu saya.."





wanita oh wanita,jaga lah batasan pergaulan,kerana wanita ini amat mahal harganya,nak kahwin pun lelaki kena bayar..jadi ingatlah wanita..berpegangan tangan,berpelukan,dan bermacam2 lagi lah.Nauzubillah...kena jauhkanlah.sEkarang wanita dah jatuh.keistimewaan wanita itu sendiri dah hilang.Yang mana dijatuhkan oleh wanita itu sendiri.Nauzubillah.Wanita semakin berani dengan membuat diskaun pada diri sendiri,sanggup memalukan diri,menjatuhkan maruah diri sendiri.Nauzubillah,wanita yang meletakkan diri mereka sendiri dalam lembah kehinaan dan kejahilan.Semoga kita dijauhkan dari perkara2 yang tidak baik ini.Allah taala menyeru kita agar menjaga maruah dari lembah kehinaan dan apa2 perkara yang menjatuhkan maruah kita sendiri.





Sahabat2 ana sekalian..





Apa yang penting dalam pembentukan akhlak yang baik dan sahsiah yang baik adalah amat penting yang akan menjadi landasan kita sebagai wanita.Jagalah diri,dan katakan TIDAK pada perkara yang membawa kepada kemunkaran.Allah taala maha Pengasih,Penyayang,Maha menerima Taubat.Bersama kita muhasabah...



Allah jua yang maha Mengetahui..

follow me:::display image..vol2


masalah bersangka-sangka

Renung-renungkan….

Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik..
Ada sangkaan buruk
Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela ........
mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa
mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya
Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah
seperti musnah nya kayu dimakan api..
Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat.
semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan
bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...
"Tegakkn Islam dlm diri kamu.. nescaya islam akan tertegak diatas bumi kamu"Imam Al-Syahid Hassan Al- Banna.
min:sohabi,shukran =)

Feb 9, 2009

dah tahu,kenapa buat??

Peringatan buat ana....

  1. wajib sembahyang kalau tinggal berdosa=kenapa masih tinggal..isk..isk...??
  2. neraka itu ada=kenapa tidak menjauhinya??
  3. syurga itu ada=kenapa tidak mendekatinya??
  4. syaitan itu selalu menggoda untuk yang jahat2=kenapa pulak ikut syaitan??
  5. Suruhan Allah swt wajib ikut=kenapa pulak tak ikut?? syaitan tadi beriya2 pulak ikut
  6. Larangan Allah swt wajib tinggal=kenapa pulak nak buat?? siap tertukar hukum jadi wajib 2..nauzubillah..
  7. jangan hisap rokok,bahaya nanti mati cepat=masih jugak nak membakar peparu sendiri?? isk..isk..
  8. jangan lambat2kan solat=nak tengok tv jap?? (boleh macam tu)
  9. solat subuh dah jaga dah=tapi tepuk2 bantal sambung tidur sampai terlepas solat subuh...saja la tu buat2 tertidur...(tak baik 2x)
  10. jangan bercinta=bahaya..nak jugak bercinta (sapa makan gula terasa manisnya)
  11. jangan buat kerja lambat=nanti jadi kelam kabut la...
  12. pahala amal kebajikan berlambak2=kenapa malas nak buat?? (macam ana nie =( ) isk..isk...
  13. tutup aurat wajib=masih jugak nak buka2 aurat..
  14. "saya akan tutup aurat pakai tudung,tapi tak sampai lagi masanya.."=nak kumpul dosa dulu agaknya...hehe..nauzubillah...
  15. jangan pakai ketat2=nanti terjerat dengan benda yang tak baik...nak jugak...semoga di bukakan pintu hati2 mereka ini...

itulah ana dan semua...dah tahu tapi buat...yang di larang itulah yang paling di sukai...tapi yang di suruh....itulah yang paling tak nak tak mau buat.........banyak lagi sebenarnya..........

.................ya Allah..ampunkan kami.............................

Feb 7, 2009

bagi ana "......beli boikot=menzalimi!!!!!!!!!" antum pula??

Dengan nam Allah swt
Assalamualaikum..

Awal bulan nie ana dan akak buat list untuk perbelanjaan bulanan.Alhamdulillah ana dan akak menolak sedaya yang mungkin barang2 boikot.Tiada satu pun yang ana beli barangan boikot melainkan yang ana tak tahu itu barang boikot.Ini lah yang terbaik,semua dah tukar dah...shampoo,ubat gigi,fast food,dan sebagainya.Kalau dibuat kiraan barang2 boikot yang ana dah guna sebelum ini,dah menyamai dengan 1 roket yang paling canggih yang telah mengorbankan banyak nyawa umat islam tidak kira lah di Palestin atau di mana sahaja.Allah maha Besar.....Takut.....semoga Allah swt memberi kekuatan dan membalas kejahatan mereka.Sesungguhnya Allah swt maha membalas..Tetapi ana bersyukur Allah swt membuka hati adik beradik ana untuk sama2 peduli Palestin dan semua umat Islam.Terima Kasih Allah swt..Jadi sama2 lah kita berubah...beli barang boikot tak hebat sebenarnya...beli makanan kat McD,tak nampak gah pun..pakai ubat gigi colgate gigi tak putih pun..apa lagi ya,,banyak barang boikot yang hanya lebih kat publisiti ja..Tapi tak hebat mana pun...fikir2lah....ingatlah kisah Nabi-nabi as yang terdahulu yang boleh kita ambil pengajaran....

Allah sahaja maha mengetahui....

AKU INGIN MENJADI...

AKU INGIN MENJADI

SEORANG HAMBA YANG TAAT

CINTA KEPADA ALLAH SWT DAN RASULULLAH SAW


AKU INGIN MENJADI

SEORANG ANAK YANG SOLEH


AKU INGIN MENJADI

SEORANG WANITA YANG DI REDHAI ALLAH SWT


AKU INGIN MENJADI

SEORANG ISTERI YANG TAAT KEPADA SUAMI

MENJADI SAYAP KIRI KEPADA SUAMI DI JALAN ALLAH SWT


AKU INGIN MENJADI

SEORANG IBU YANG PENYAYANG KEPADA ZURIAT KU

IBU YANG TEGAS

IBU YANG BERHIKMAH

IBU YANG MENDIDIK ZURIAT KU ATAS DASAR ISLAM

DASAR KEINDAHAN ISLAM


AKU INGIN MENJADI

SEORANG HAMBA YANG BERSYUKUR

HAMBA YANG SENTIASA BERINGAT ATAS DOSANYA

HAMBA YANG SENTIASA TABAH ATAS UJIANNYA


AKU INI ADALAH HAMBA YANG TIDAK LAYAK

AKU HANYALAH HAMBA YANG HINA


TAPI

AKU MOHON PADA MU TUHAN KU

ENGKAU JADIKANLAH AKU

SEORANG WANITA YANG ENGKAU REDHAI...

DI DUNIA DAN DI AKHIRAT


AKU MOHON KEPADAMU

YA ALLAH..

JADIKANLAH AKU HAMBA

YANG DI CINTAI OLEH PARA PENCINTAMU..


AKU MOHON KEPADAMU..

AKU HARAP KEPADAMU....

amin ya rabbal alamin




hidup dengan Asmaul Husna by DATO' DR SIDDIQ FADZIL

AMANAT DATO' DR.SIDDIQ FADZIL SEWAKTU BELIAU MENYAMPAIKAN UCAPAN SEMPENA ANUGERAH DEKAN BARU2 INI..INI YANG ANA DAPAT DAN ANA NAK KONGSIKAN DENGAN SAHABAT2 SEKALIAN...


  • MEMBINA HIDUP SEBAGAI LAYAKNYA SEBAGAI UMAT ISLAM

  • MEMBINA GENERASI MUSLIM YANG KOMITED

  • MERUBAH YANG DISEBUT SEBAGAI PERUBAHAN DIRI,DALAMAN,JIWA DAN MINDA

  • HARUS OPTIMIS BAHAWA KEHIDUPAN KITA BOLEH LEBIH BAIK,ALLAH SWT BERJANJI KEHIDUPAN AKAN BERUBAH PASTI AKAN MEMBERI KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK.JANJI ALLAH SWT KEPADA LELAKI DAN PEREMPUAN YANG BERAMAL SOLEH SEDANG MEREKA DALAM KEIMANAN.

  • MEMPUNYAI MISI UNTUK MENJADI DAN MENJANA 'HAYATUTOLIBAH' DALAM KEHIDUPAN.

  • HIDUP DENGAN SEMANGAT DAN JIWA DENGAN RELEVENNYA ASMAUL HUSNA UNTUK DIHAYATI.

  • KEHIDUPAN YANG HARMONIS DENGAN NAMA-NAMA TUHAN,BUKAN HIDUP DALAM HANYA DENGAN TARIK DAN HEMBUS NAFAS DALAM ISLAM TAPI MESTILAH MEMBINA KEHIDUPAN YANG BERKUALITI.

  • HIDUP DENGAN NAMA ALLAH SWT..DALAM AL-QURAN DI SETIAP LEMBARAN SEMUANYA ADA NAMA TUHAN TIDAK KIRA LAH DIPANGKAL DI ATAS DI TENGAH ATAU DI HUJUNG

  • DI DALAM MAJLIS2 AGAMA SERING KALI DIBACA ASMAUL HUSNA,TETAPI JARANG SKALI UNTUK DI HAYATI.MALAHAN YANG PALING BAIK BACAANNYA IALAH YANG PALING BAIK MELODINYA TETAPI LUPA LIRIKNYA.

  • AKU HIDUP DENGAN DENGAN NAMA MU..TUHAN MAHA RAHIM..KITA JUGA HIDUP DALAM KASIH SAYANG YANG MEMBINA HIDUP DENGAN PENUH RAHMAT ,PENUH KASIH SAYANG..BINA HIDUP YANG ANTI KEGANASAN TOLAK KEKERASAN.

  • APABILA DI SEBUT NAMA ALLAH SWT 'ALIM..TUNTUTAN UNTUK MEMBANGUN KEHIDUPAN BUDAYA ILMU DAN TOLAK SEPENUH HATI UNTUK KAJAHILAN.

  • APABILA DI SEBUT NAMA ALLAH SWT SEBAGAI AZIZ IAITU MULIA..TUNTUTAN UNTUK MEMBINA HIDUP YANG MULIA KEHIDUPAN YANG PUNYA MARUAH DAN TOLEK HIDUP YANG HINA.MALU UNTUK MELAKUKAN PERBUATAN YANG TIDAK WAJAR.

  • KESIMPULANNYA:NAMA TUHAN BEGITU PENTING UNTUK MEMBINA KEHIDUPAN SESUAI DENGAN KEHENDAK NAMA2 TUHAN,ITULAH YANG AKAN MENJANA 'HAYATUTTOLIBAH' KESEDARAN TENTANG MARUAH DAN MARTABAT.

  • TQ

Feb 5, 2009

anugerah dekan kolej Dar al-Hikmah

Dengan nama Allah swt..
Assalamualaikum wbt..

Semalam kat kolej ana telah di jalankan majlis anugerah Sijil Dekan kepada pelajar2 yang menerima keputusan yang baik..tahniah di ucapkan kepada sahabat2 ana yang berjaya terutamanya kepada Kak Daya..

Kepada sahabat2 yang lain..teruskan perjuangan....kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya...

SALAM JUANG!!!!!!!!!!!