Pages

May 16, 2009

Sapa nak kahwin?- Saya or Awak? -(Kitalah...)

Dengan nama Allah taala..

Assalamualaikum..

Tapi sebelum tu,sapa yang nak kahwin.Ana or sahabat2 sekalian.(Tak ada jawapan)..(--) Blank.Sekadar coretan dan perkongsian daripada kisah2 sahabat ana.Dan nak tulis2 ja..

Jangan malu2,semua nak kahwin kan...(betul3x)tak ngaku pula ya...nanti jangan nyesal di kemudian hari..hehe

Banyak cerita,ragam dan apa sahaja bila ada majlis kenduri.Hee,sebenarnya apa yang ana nak sampaikan ialah..alasan2 untuk kahwin.Matlamat kahwin,matlamat nikah.Bukan dah gatal nak kahwin.Tapi memandangkan dunia dah akhir zaman dan dunia yang penuh dengan zaman fitnah yang haloba.Nauzubillahminzalik.Oleh itu,kekadang ana pun berdoa semoga Allah pemudahkan jodoh ana.Amin ya Rabbal alamin.

(--)

Sebelum itu,ana tulis secara bersahaja dan apa yang ana fikirkan.So,sapa yang tak setuju jangan amik hati ya.We Learn Together.

Sebenarnya ana baru belajar pasal kahwin,fiqh munakahat sem nie,mungkin itu juga jadi pendorong untuk tulis pasal kahwin nie.Isk isk..La baksa...

Bila orang kahwin nie,banyak matlamat dan visi yang nak di capai.Sebelum itu,sekiranya Allah pemudahkan ana,visi dan misi dan matlamat nikah ana iaitu Nak jadi isteri solehah,beriman yang taat pada Allah taala,Rasulullah saw,dan kepada si zauji.Selain itu,nak melahirkan anak2 yang alim dan alimah,hafiz dan hafizah.Doakan ana ya.(Amin ya Allah)Nak membina keluarga yang mawaddah.Amin ya Allah..cakap macam air ja kan.Macam senang..Semoga Allah taala pemudahkan.

(--)


Sahabat2 sekalian,zaman sekarang penuh dengan zaman fitnah,zaman zina nya yang dah tahap icu.Maksiat sana sini.Sini sana..smua ada..Nauzubillahminzalik.Semoga Allah taala melindungi kita semua.Kahwin nie adalah satu perkara yang amat luar biasa,yang mana bila kita tanya kepada tok kadi.."pacik kerja apa..?" tok kadi pun jawab.."ala..kerja pacik senang ja,menghalalkan yang haram.." melopong dengar jawapan pacik tu.Rupa2nya pacik tu tok kadi..hehe,Menghalalkan yang haram itulah perkahwinan.Menghalalkan perhubungan.Allah hu Akhbar..Allah taala maha besar.Sahabat2 sekalian..bila dah terasa diri tidak mampu untuk mengawal si syahwat itu,maka fikirkanlah jalan yang halal yang Allah taala sediakan.Jangan sekali2 mengambil jalan yang HARAM.Jauhi zina okey.


Bila dah ambil langkah yang halal nak kahwin,masalah lain pun timbul.Mana nak dapat duit?? nak kahwin nak tu nak nie..ya tak ya juga kan..macam mana ya sahabat2??? (--) kesian kat sahabat2 kita yang nak nikah tapi wang tak ada.Berdoa dan meminta kepada Allah..berusaha..dan mencari jalan yang halal untuk mendapatkan wang okey..!!Ana pun tak boleh nak komen bab nie,coz ana tak sampai lagi kat tahap nie.


Pernah juga,ana mendengar kisah or cerita rakan2 yang mengatakan bahawa "tak bolehlah nak kahwin,tak abis lagi nak balas jasa mak ayah" hmm,yang nie macam mana pula ya..?? Senang cerita,semua itu ada pada Allah taala.Tak salah kita kahwin dalam masa yang sama membalas jasa ibu ayah dengan menghadiahkan mereka cucu2 yang comel2 alim alimah dan hafiz hafizah..Amin ya Allah..okeylah tu.Jangan lah bila dah kahwin jadi anak derhaka pula..bincang baik2 dengan suami.okey..

Ana tulis mcm panduan nak kahwin pula kan..?? hehe..


(--)

Nthen ada juga yang ana dengan susahlah kahwin time belajar.Cz suami nak tu,nak nie,anak nak tu,nak nie,semua nak macam2.Pening kepala memikirkannya.Apa yang ana lihat,kejayaan suami dan isteri yang dah berumahtangga tak tertakhluk pada ikatan pernikahan.Sebabnya,sekiranya seseorang isteri dan suami itu belajar bersungguh2,masyaAllah akan berjaya akhirnya.Ada seorang kawan senior ana,anak dah 4 orang,tapi still juga every sem dapat result baik dan mumtaz kata orang arab 4.00.walhal anak dah 4..Allah hu akhbar.So jangan khuatir..semua perkara tu ada pada Allah taala.


Allah taala dah menyediakan jalan yang terbaik dalam islam untuk mengembangkan anak2 yang islam yang beriman dan bertaqwa.Jadi jangan di halang perkara yang baik2 okey.sekurang2nya dengan perkahwinan ini berkuranglah anak luar nikah.Nauzubillahminzalik.

Semua orang nak kahwin n nak hidup yang semuanya pisitive,aman damai..tapi jangan lupa hidup nie ibarat roda basikal,bila pusing,,kadang2 kat atas.kadang2 kat bawah..

Kepada yang dah berkahwin,jagalah amanah dengan seamanah yang mungkin..

itu sahaja,,shukran..

sekadar mengisi jari jemari untuk bersenam..

semoga mendapat apa yang ingin di dapatkan walaupun sedikit..

kita sama2 berdoa semoga Allah taala memudahkan perkara yang kita lakukan..

amin ya Allah..

May 14, 2009

Khas buat semua GURU ku..

~~apapun bagi saya setiap hari..adalah hari guru..~~



Guruku

Kau penyuluh hidupku

Menerangi alam ini

Kau ku anggapkan

Sebagai ibubapaku


Wahai guruku

Kau ibarat sebatang lilin

Menerangi alam kegelapan

Kau sanggup membakar dirimu

Wahai guruku

Kau insan yang mulia

Mendidik dan membimbing daku

Kaulah insan yang kusanjungi


Guruku

Segala baktimu

Akan ku balas dengan kejayaanku

Akan ku buktikan kepadamu

Wahai guruku



~terima kasih guru ku..~
1. guru darjah 1-5 :cikgu salleh,cikgu rosni,cikgu andi,ustaz romzi abdullah,cikgu junaidah,ustaz zamri,cikgu nurul,cikgu ismail,ustazah noriah,ustazh nur bibah,ustazah aminah,ustaz isyak,ustazah fatimah,ustazah amalina,.......

2.guru darjah 5-6 :Cikgu ali,cikgu nisma,cikgu siddiq,cikgu nasir,cikgu naimah,cikgu aliasah,cikgu ng,cikgu hasyim,cikgu abd.siat,cikgu d,..

3.guru form 1-5 :cikgu Hasnah,cikgu kamariah,cikgu masniah,cikgu indah,cikgu merry,cikgu aisyah,cikgu iffah hidayati,cikgu Hafieedzah,cikgu amir,cikgu shafri,cikgu saidi,cikgu darnita,cikgu suhaila,cikgu hasni,cikgu fadzilah jusoh,cikgu zalina,cikgu rizal,ustaz norsyam,ustaz mohd zaki khalid,ustaz zaki alimpunus,ustaz mat zaki,cikgu wan kamarul,ustaz mohammad awang,ustaz husbanizam,ustazh rashadah,ustazh suwartey

4.guru kat dq : Ustazh Zarina,ustaz zamri,ustaz dasuki,ustaz jufri,ustaz sahrulkarnain,ustazah hayati

5.guru kat kdh : Ustazah Syila,pn,Saleha,pn.Azizah,pn.Nafrul,pn.Zulaihan.pn.Yana,Ustaz Nasir Majid,Ustaz Nasir M.Tap,ustaz amin,Sir Sahel,En.Ab,ustaz Yumni,ustaz Mujahid,ustaz Hermanto,Cik Jasmin,

~terima kasih semua...saya menyayangi anda semua...semoga Allah merahmati hidup anda semua wahai guruku yang tercinta~

~maafkan silap saya,lewat masuk kelas ,kuliah,tidak hadir kuliah...maaf kan saya guruku...~

~sesungguhnya Allah taala sahaja yang mampu membalas jasa2 guruku...~

~Saya MENYAYANGI ANDA SEMUA~
KEPADA SEMUA YANG PERNAH MENCURAHKAN ILMU WALAUPUN BUKAN BERGELAR GURU..ENGKAU JUGA ADALAH GURU KU....


SHUKRAN JAZILAN....................


:)

setiap hari..hari mommy



ana pun terkesan juga untuk mengucapkan selamat hari ibu..walaupun setiap hari itu adalah hari ibu..

shukran jazilan n alhamdulillah kerana Allah taala memberikan mommy yang baik,penyayang,cantik hati,budi pekerti..

dan semoga Allah taala mengeratkan hati2 kita..

:) :)

Di kesempatan yang masih datang bertamu

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt.

Dikesempatan yang masih datang bertamu..ingatlah Allah taala penciptamu..


Dikesempatan yang masih datang bertamu..ingatlah Rasulullah saw ikutanmu..


Dikesempatan yang masih datang bertamu ..ingatlah Ibu Ayahmu..


Dikesempatan yang masih datang bertamu..ingatlah keluargamu..


sahabat ku..


Dikesempatan yang masih datang bertamu..ingatlah dosa-dosamu..


Dikesempatan yang masih datang bertamu..ingatlah azab Allah taala yang sentiasa mengingatkan bahawa pedihnya azab itu..


Dikesempatan yang masih datang bertamu..ingatlah mati itu teman karibmu..


Dikesempatan yang masih datang bertamu..ingatlah taubat itu jalanmu..


Dikesempatan yang masih datang bertamu..ingatlah wang itu bukan penentu..


Dikesempatan yang masih datang bertamu..ingatlah kerana aku,kau hanyut didalam arus gelora nafsu..


Dikesempatan yang masih datang bertamu..ingatlah dunia dah nak sampai waktu..


Dikesempatan yang masih datang bertamu..kumpullah segala amal untuk bekalanmu..


Dikesempatan yang masih datang bertamu..izinkan aku memohon keampunan buat semua..


Dikesempatan yang masih datang bertamu..berubahla kamu..


Dikesempatan yang masih datang bertamu..berdakwahlah kamu..


Dikesempatan yang masih datang bertamu..selagi ada kesempatan jangan jadikan ia sebagai alasan TIDAK SEMPAT..!!