Pages

Oct 30, 2009

Istilah-istilah dalam Ulum al-Hadis

Istilah-istilah yang digunakan dalam Ulum al-Hadis

1.Sanad
Al-Sanad ialah jalan yang menghubungkan kepada matan.Ia juga bermaksud jalan yang menyampaikan kepada hadis.
Sanad dari segi bahasa ialah sesuatu yang kita bersandar kepadanya,seperti tembok dinding dan sebagainya.
Sanad dari segi istilah ahli hadis ia membawa maksud jalan yang menyampaikan kepada matan hadis.Dalam erti kata lain,ia bermaksud rangkaian perawi di dalam tabaqat.


2.Perawi
Perawi ialah orang yang meriwayatkan hadis.

3.Matan
Matan dari segi bahasa ialah pertengahan jalan.
Dari segi istilah ialah lafaz-lafaz hadis yang membentuk pengertian.Dengan kata lain,ialah kata-kata atau lafaz-lafaz yang terletak sesudah perawi bermula daripada akhir sanad.Konteks lain,ia bermaksud hadis Nabi yang di akhir sanad.

4.Isnad
Isnad ialah menyandarkan sesuatu hadis kepada orang yang meriwayatkannya.Kadang-kadang ia juga digunakan dengan makna al-Sanad.Ertikata lain.ia bermaksud menyebutkan hadis itu kepada orang-orang mengatakannya.

5.Musnid
Al-Musnid ialah orang yang meriwayatkan hadis dengan isnadnya sama ada ia mengetahui Ilmu Hadis atau tidak.Ia juga disebut musabbid,iaitu orang yang meriwayatkan hadis dengan isnadnya.

6.Musnad
Musnad ialah nama bagi kitab-kitab yang dikumpulkan didalamnya apa-apa yang diriwayatkan oleh seorang sahabat atau lebih.Ia juga bermaksud kitab yang dikumpulkan hadis didalamnya yang diriwayatkan oleh sesorang sahabat.
Contoh:Musnad Imam Ahmad (w 241),dibukukan dalam kurun ke3 Hijrah dan terdapat 40,000 hadis.

7.Muhaddis
Muhaddis ialah orang yang mengetahui tentang hadis,samaada Riwayah atau Dirayah dan kecatatannya.Juga mengetahui perawi-perawi hadis daripada riwayat-riwayat yang ada pada zamannya dan mengingati sejumlah besar matan hadis daripada kitab-kitab yang Sahih.Muhaddis ialah mereka mengetahui perkara-perkara yang luar biasa dan menguasai serta menghafaz kurang daripada 100,000 buah hadis. Untuk itu Muhaddis ialah orang yang banyak menghafaz hadis serta mengetahui sifat-sifat orang yang meriwayatkan tentang adil dan kecatatannya. Antaranya Abu Bakar Ahmad Ibn Marwan al-Maliki,Imam Abu Qasim Abdul Rahman.

8.Muhafiz/al-Hafiz
Dari segi bahasa ialah orang yang menghafaz.al-Hafiz dari sudut istilah pula para ulama salaf mengatakan ia sama dengan muhaddis.Ada yang mengatakan mereka orang yang menghafaz sebanyak 100,000 buah hadis yang bersanad.Oleh itu,hafiz ialah orang yang menghafaz sebanyak 100,000 hadis dengan isnadnya. Antara mereka yang mendapat darjat ini ialah Ibnu Majah,Muhammad Ibn Hibban.

9.Hujjah
Hujjah lebih tinggi daripada darjat Hafiz,disamping itu mereka memiliki sifat yang ada pada Hafiz.Mereka menghafaz hadis bersanad sebanyak 300,000 buah hadis dari segi Matan,Sanad,Jarh,Ta’dil serta sejarahnya.Antara mereka ialah Abu al-Huzzayl Muhammad bin al-Walid al-Hims,Mu’ammar bin Rasyid.

10.Hakim
Martabat yang tertinggi bagi Ahli Hadis.Iaitu orang yang mengetahui segenap hal di dalam perkara yang bersangkutan dengan hadis dan menghafaz hadis dengan bilangan yang lebih banyak daripada mereka yang berada di martabat Hujjah.Hakim juga adalah gelaran bagi mereka yang dapat menguasai serta menghafal lebih daripada 700,000 buah hadis yang diriwayatkan dari segi Matan,Sanad,Jarh,Ta’dil serta sejarahnya.Antara mereka yang mencapai mertabat Hakim ini ialah Imam Malik bin Anas,Imam Bukhari.

Gambar Akademi 3S

http://mppkdh.blogspot.com/

Oct 19, 2009

SELESAI AKADEMI 3S


Assalamualaikum..
Alhamdulillah Akademi 3s berjaya dengan jayanya.Sisiwi KDH dengan semangat yang luar biasa mengasah bakat masing2..Thank You Kepada Semua...

Oct 9, 2009

Jatuh ke dalam kawah CINTA


Assalamualaikum..


Jeng3..jatuh kedalam kawah cinta.Maksud daripada perkataan tersebut iaitu jatuh:terjatuh dengan tidak disangka akan jatuh. dalam: kawasan dalam dan bukan luar. kawah: satu tempat yang berlubang2 seperti purnama mengambang. cinta: xda maksud mungkin hanya boleh dirasai oleh hati naluri yang ada rasa cinta tersebut. :)


Usia yang semakin dewasa dan kematian semakin hampir datang tiba.Dalam kehidupan yang menuju dari point ke point yang lain cinta akan sentiasa hadir dalam hati biarpun sebesar zarah.Hanya dengan sekali pandang,sekali YM,sekali skype,sekali tgk fs,sekali terbaca biodata seseorang..hati boleh bertaut dan akan jatuh ke dalam kawah cinta. Nie apa yang lecture kaunseling saya bagitahu,kenapa dengan sms,dengan Ym,n sebagainya membolehkan kita jatuh kedalam kawah cinta??? kerana ianya juga merupakan satu komunikasi. :)


Mengapa saya mengatakan kawah cinta?? dan bukan lubang dan sebagainya.Bagi saya cinta ini merupakan sesuatu yang amat indah dan memang luar biasa anugerah Allah taala ini.Umpama bulan biarpun berkawah namun amat indah dan cahayanya amat indah sehingga semua orang terpesona dengan bulan ini.Sama seperti cinta.... :) (betul ka tak betul nie)


Orang yang tulis nie,seolah2 yang fasih tentang cinta.. :)


Jadi,,apabila dah terjatuh ke dalam kawah cinta yang indah belaka ini..apa yang hendak dilakukan agar kawah tersebut tidak terlihat JELIK nya..


hendaklah berpandukan ajaran Allah taala..


InsyaAllah..kawah yang berlubang2 akan sentiasa indah pada orang yang melihatnya.(Amin..)


Menjaga adab2 yang patut dan wajib di jaga. pertuturan,perbualan,perilaku, dan sebagainya tidak kira semasa berjumpa atau cakap dalam talian dan sebagainya..(Ya allah lindungilah aku dari godaan keremajaan ini..amin..)


Bila hubungan yang dijaga,dibajai dengan iman dan taqwa...:)insyaAllah....


Cahaya hubungan itu akan lebih dari purnama pada malam ke-15..


Tidak salah jika aku terjatuh kedalam kawah cinta,kerana ianya fitrah,,tetapi yang salah bila aku menjatuhkan saham dan di tanam hidup2 dalam kawah tersebut!! hehe...lebih kurang cm tu... :)


Doakan saya...!!


shukran..



;00)


Semester Baru Telah Bermula..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah :) sem lepas telah dilalui dengan jayanya walaupun tak berjaya mana.Daripada keputusan exam sem lepas....Ramai yang menyalahkan asrama, couple, kawan, diri sendiri ,mak ayah n etc akibat kejatuhan keputusan sem lepas.Dan pada yang berjaya tahniah saya ucapkan.Teruskan fokus kepada study.InsyaAllah.Kegagalan adalah penagguhan kepada kejayaan..

Cuti yang panjang membuatkan otak pun lama tak berfungsi,ditambah dengan lebihan mentega yang terdapat dalam kuih raya..lebihan gula dalam air manis..n etc..: ) Saya kira semester yang baru ini semakin mencabar kerana otak dah lama ( ) blank. HuHu..

Tak kira otak n masalah yang bertaburan sini dan sana,azam baru n niat hendaklah ditanam sedalam yang mampu untuk mencapai apa yang diinginkan.InsyaAllah...

So,,

Semester baru dah bermula...!!!!!!!!!!!!