Pages

Jun 8, 2011

Untukmu, Bakal Isteriku..

♥.•¨`*♫ ✿ ܓ UNTUKMU, BAKAL ISTERIKU ✿ܓ

Assalamualaikum wrt. wbt..

Untukmu, Bakal isteriku….

Tangan ini mula menulis apa yang telah dikarangkan oleh hati ini di dalam kalbu. Aku mula tertanya-tanya adakah aku sudah seharusnya mula mencari sebahagian diriku yang hilang. Bukanlah niat ini disertai oleh nafsu tetapi atas keinginan seorang muslim mencari sebahagian agamanya. Acap kali aku mendengar bahawa ungkapan "Kau tercipta untukku."

Aku awalnya kurang mengerti apa sebenarnya erti kalimah ini kerana diselubungi jahiliyah. Rahmat dan hidayah Allah yang diberikan kepada diriku, baru kini aku mengerti bahawa pada satu hari nanti, aku harus mengambil satu tangungjawab yang sememangnya diciptakan khas untuk diriku, iaitu dirimu. Aku mula mempersiapkan diri dari segi fizikal, spiritual dan juga intelektual untuk bertemu denganmu.

Aku mahukan pertemuan kita yang pertama aku kelihatan 'sempurna' di hadapanmu walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini. Aku cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus aku galas ketika dipertemukan dengan dirimu. Aku cuba membataskan perbicaraanku dengan gadis lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting kerana aku risau aku menceritakan rahsia diriku kepadanya kerana seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya kerana dirimu adalah sebahagian dariku dan ianya adalah hak bagimu untuk mengetahui segala zahir dan batin diriku ini.

Apabila diriku memakai kopiah, aku digelar ustaz. Diriku diselubungi jubah, digelar syeikh. Lidahku mengajak manusia ke arah makruf digelar daie. Bukan itu yang aku pinta kerana aku hanya mengharapkan keredhaan Allah. Yang aku takuti, diriku mula didekati oleh wanita kerana perawakanku dan perwatakanku. Baik yang indah berhijab atau yang ketat bert-shirt, semuanya singgah disisiku. Aku risau imanku akan lemah. Diriku tidak dapat menahan dari fitnah ini. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "Aku tidak meninggalkan setelahku fitnah yang lebih bahaya untuk seorang lelaki melainkan wanita."

Aku khuatir amalanku bukan sebulatnya untuk Rabbku tetapi untuk makhluknya. Aku memerlukan dirimu untuk menghindari fitnah ini. Aku khuatir kurangnya ikhlas dalam ibadahku menyebabkan diriku dicampakkan ke neraka meninggalkan kau seorang diri di syurga. Aku berasa bersalah kepada dirimu kerana khuatir cinta yang hak dirimu akan aku curahkan kepada wanita lain. Aku sukar untuk mencari dirimu kerana dirimu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau. Tetapi aku pasti jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanam dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehkan diriku. Sukar untuk mencari solehah dirimu andai solehku tidak setanding dengan ke’solehah’anmu. Janji Allah pasti kupegang dalam misi mencari dirimu. "Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik."

Jiwa remaja ku ini mula meracau mencari cinta. Matang kian menjelma dan kehadiran wanita amat terasa untuk berada di sisi. Setiap kali aku merasakannya, aku mengenangkan dirimu. Di sana engkau setia menunggu diriku, tetapi di sini aku curang kepadamu andai aku bermain dengan cinta fatamorgana. Sampaikan doamu kepada diriku agar aku dapat menahan gelora kejantananku disamping aku mengajukan sendiri doa diperlindungi diri.

Bukan harta,rupa dan keturunan yang aku pandang dalam mencari dirimu. Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. Saat di mana aku bakal melamarmu, akan ku lihat wajahmu sekilas agar mencipta keserasian diantara kita kerana itu pesan Nabi kita. Tidak perlu alis mata seakan alis mata unta, wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah delima tetapi cukup cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi.

"Kahwinilah isteri kerana empat perkara; keturunan, harta, rupa dan agama. Dan jika kau memilih agama, engkau tidak akan menyesal.” Jika aku dipertemukan dengan dirimu, akan ku jaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya. Akan ku jadikan syara’ sebagai pendinding diri kita. Akan ku jadikan akad nikah itu sebagai cop halal untuk mendapatkan dirimu. Biarlah kita mengikuti nenek moyang kita, Nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan agar kita dapat menikmati kenikmatan perkahwinan yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kedamaian batin. Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari dirimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku.

Dariku, Bakal suamimu. ✿ ܓ

Rejab Penuh Pengharapan

 Pesanan Ringkas :

Menghitung hari yang nan berlalu..bulan rejab hadir sekali lagi dalam diari seorang mukallaf seperti aku..

Bagiku rejab adalah jambatan yang penting dalam bertemu dengan bulan ramadhann..insyaAllah..sediakan diri dengan amalan-amalan yang wajib mahupun sunat.

Sama-sama perbaiki diri.. :)

Semakin Berat..

Alhamdulillah cuti tinggal beberapa lama lagi akan tamat.. :)


Banyak aktiviti yang telah aku lakukan sepanjang cuti, dan yang paling menarik aku rasa semakin berat.. :) Ohh tidak.
Semakn berat, macam mana nanti mahu memanjat tangga yang tinggi.. :) Oh My God.. :) But its okey... kalau berat boleh turunkan bersyukur dengan apa yang ada, nanti boleh senaman boleh jogging boleh pergi gym... :)
Tapi 3 hari sebelum mula kuliah mesti kena senaman sikit-sikit supaya otot tidak terkejut nanti naik tangga.. :)

Jun 1, 2011

Katarak Mata

Katarak adalah sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun. Kanta mata menjadi keruh dan cahaya tidak dapat menembusinya. Keadaan ini menjejaskan penglihatan seseorang dan akan menjadi buta sekiranya lewat, atau tidak dirawat. Masalah katarak berbeza dengan masalah mata Glaukoma.



Informasi tentang Katarak

  • Ini disebabkan oleh usia, kencing manis, cahaya UV (pancaran matahari), kecederaan mata, merokok atau genetik.
  • Katarak disebabkan oleh selaput di bahagian kanta semulajadi mata kita yang menghalang cahaya and imej menembusi mata.
  • Bila usia kita meningkat, kadar mendapat katarak juga meningkat. Namun begitu, ada kanak-kanak dan orang muda yang boleh mendapat katarak juga.
  • Tiada ubatan atau senaman mata yang boleh melarutkan katarak.
Jikalau cermin mata tidak dapat membetulkan penglihatan kita, hanya pembedahan untuk mengeluarkan katarak dan menggantikannya dengan kanta tiruan dapat menolong memperbaiki penglihatan kita.
Adakah apa-apa risiko? Pembedahan Katarak Teknologi Terkini
(Advanced Cataract Surgery) lebih berkesan daripada cara-cara yang lama, serta sangat berkesan dan berisiko rendah.
Pembedahan Katarak Teknologi Terkini biasanya membolehkan kita mengalami:
  • Pembedahan cepat - kurang daripada 30 minit
  • Pembedahan Rawatan seharian - kurang dari 2 jam berada di pusat rawatan pembedahan
  • Penglihatan yang baik dengan pemulihan mata yang cepat
  • Pemulihan yang cepat untuk kembali kepada aktiviti seharian
  • Tiada sakit langsung atau hanya sedikit ketidak keselesaan pada waktu dan selepas pembedahan.
  • Tidak perlu jahitan atau pembalut mata
  • Kekurangan silau mata
  • Pembedahan boleh dilakukan tanpa perlu menunggu selaput menjadi matang. (Pembedahan untuk katarak yang sepenuhnya matang mendedahkan diri kepada lebih risiko.)
  • Pilihan kanta tiruan beraneka jenis seperti: monofocal, aspheric, multifocal.
Dengan Pembedahan Katarak Teknologi Terkini
(Advanced Cataract Surgery) anda boleh menikmati kualiti hidup yang tinggi dengan penglihatan yang lebih baik.

Belum masanya kita bercinta, Percayalah....


Belum masanya kita bercinta, percayalah saya... :)

Cinta adalah suatu fitrah dan fenomena yang amat luar biasa. Penangan cinta mempu untuk merubah sesiapa sahaja. Cinta sinonim nya akan di kaitkan dengan "pasangan" yang bakal menjadi kawan , teman dan sahabat kita. Fenomena cinta amat luar biasa...

Mungkin pernah antara kita yang mengalami peristiwa seperti putus cinta, cinta bertepuk sebelah tangan, cinta di tolak dan sebagainya. Mungkin ada juga yang perasan di cintai.. :p

Apa yang kita rasa??

Mesti terasa sakit dan tidak semena-menanya akan mengalirkan air mata, menangis sepuasnya..
kenapa??
kerana kita sudah cinta...
>.<

Namun, percayalah...

Andai diri sudah dilanda pelbagai petanda pelbagai kejadian akkibat panahan cinta yang membuatkan kita sedih
Terimalah...
Belum masanya kita bercinta..

Sebab kita kena mencari cinta Allah..
banyakkan ibadat
puasa
solat sunat
sedekah
istigfar
berdoa..
membaca quran..
dan sebagainya...

Bersangka baiklah bahawa Allah nak kita bercinta denganNya
Menuai kasih untuk mendekatinya
Mengutip benih cinta untuk berada dalam naungannya
Untuk merinduiNya..

Jangan lah pernah kecewam, bukankah cinta kepada Allah swt, Rasulullah saw..
Ibu bapa
Cikgu
....

Akan mendamaikan jiwa..


InsyaAllah....kita bina cinta kepada Allah
Akan datanglah "cinta"
dalam diri kita..

:)