Pages

Mar 12, 2010

Aprisiasi Makanan




Assalamualaikum..
Selawat Ke atas Rasulullah S.a.w dan keluarga Baginda serta sahabat2 Baginda..

Melewati hari-hari yang penuh dengan kerosakan dan dugaan yang banyak. Pilu hati mengenang nasib saudara2 yang kebuluran di luar sana. Rata-rata mencari punca makanan dengan apa sahaja yang ada disekeliling mereka. Tidak kira sekeras mana, selembut mana, sekasar mana..yang penting ianya mampu untuk menggalas perut yang sedang kelaparan..Inilah nasib saudara-saudara di sana.. :(
Oleh itu,,saya nak cerita pasal makanan yang perlu di hargai..

Bayangkanlah hari-hari yang dilalui, tanpa makanan yang status makanan sebenar2nya. Macam kita di Malaysia..makan nasi,,mereka pula makan tanah..Sungguh luar biasa..itulah nasib mereka yang hidup tanpa makanan..
Makanan merupakan asas dalam hidup yang membantu untuk kita melakukan kerja dan yang paling penting membantu kita untuk melakukan ibadat..Makanan yang baik membantu badan yang baik..dan akan memudahkan kita untuk beribadat.. InsyaAllah..menggapai usia 20 tahun ini, makanan yang masuk kedalam perut dah melebihi ratus kilogram..Dari jenis cecair hinggalah pepejal..semuanya kita telan,cerna dan buangkan ke dalam bilik air..
Dosa yang pertama dilakukan oleh manusia juga adalah berpunca daripada makanan yang mana Nabi Adam dan Hawa yang tergoda untuk memakan yang telah dilarang Allah swt. Makanan juga mempengaruhi kehidupan kita seharian. Makan yang berlemak kita akan menjadi gemuk, makan yang sihat kita akan menjadi sihat.
Dalam proses untuk memilih makanan, haruslah mengelakkan sifat pembaziran yang melampau ataupun tidak melampau..Kerana itu adalah hak Allah swt.Takut2 Allah swt akan menarik nikmat yang diberikan oleh Nya dan khuatir kita kan mendapat balasan atas perbuatan kita.. Nauzubillah..
Hargai makanan yang ada..
Penghargaan kepada makanan boleh kita lakukan dengan cara yang sihat, berpuasa, dan sebagainya. Sekiranya makanan yang dimiliki tidak habis maka elok lah disedekah kan.Ianya lebih bermanfaat..jangan lah menurut nafsu serakah yang hanya akan memudaratkan perut dan akhirnya kita akan malas nak beribadat..
Kesimpulannya, makanan adalah makanan..dan akan tetap menjadi makanan..
:)

No comments: