Pages

Mar 15, 2011

Aman bila bersangka baik

Lapang itu luas

Sangat luas

Seluas pemandangan mata

......................................

Ianya bermula dari hati

Melatih hati untuk berlapang dada

Dengan Bersangka Baik!
......................................

Caranya mudah, amalkan sahaja

Bersangka baik kepada manusia

....................................

Bila bertemu orang baru

sangkalah bahawa dia lebih banyak amalnya

sangkalah bahawa dia lebih baik akhlaknya

.................................

Payahnya jumpa orang

Anggap dia banyak dosa

Anggap aku lebih baik

Anggap dia tak baik

Jangan!

...............................

Tukarlah tanggapan

Dia lebih pandai

Dia lebih bijak

Dia lebih cerdik

............................

Kerana bagiku, perkara itu akan melapangkan dada dan memberi keamanan. Daripada memikirkan perihal aku lebih baik! Hakikatnya mereka lebih baik!. Diriku kekurangan!

No comments: