Pages

Mar 15, 2011

Sayap Kiri

Hamdallah..

Sayap kiri komersialnya dikaitkan untuk membantu sesuatu untuk terbang. Sekiranya tidak mempunyai sayap. Maka tidak lengkaplah ataupun tidak terbanglah sesuatu itu. Kehidupan ini, ibaratnya sebuah penerbangan yang memerlukan sayap kanan dan kiri dalam merealisasikan impian untuk menggapai awan yang indah dan langit nan biru.

Ironinya yang menarik berkenaan sayap kiri ini adalah wanita yang akan membantu para kaum lelaki untuk mencorak kehidupan yang berkualiti dan bertaqwa. Hakikatnya, peranan wanita dalam membantu penjadi "vice President" dalam rumah tangga atau sebagainya. Maka rupanya berat juga peranan si sayap kiri ini.

Sayap kiri yang cerdik dan cergas pimpinannya, maka lahirlah ahli rumah yang cerdik dan cergas tuaiannya. Begitu juga sebaliknya. Pepatah mengatakan, "Kemana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi" Percayalah, perangai si sayap kiri ini akan diikuti oleh ahli rumahnya. Bermula dari terbenam matahari sehingga matahari terbit semula. Pengaruh si sayap kiri amat diminati oleh si ahli rumah. Nauzubillah, andai si sayap kiri gemar memaki hamun, nauzubillah karakter itu akan di ikuti. Andai si sayap kiri itu seorang yang gemar beribadat, membaca al-Quran, maka akan lahirlah karakter dan generasi yang sebegitu.

Maka, apa risikonya andai sayap kiri itu patah??

Boleh jadi akan "crash" bahtera yang di pandu.

Boleh jadi akan porak peranda keadaan yang di lalui.

Boleh jadi penderaan akan berlaku.

Boleh jadi

Boleh jadi pelbagai perkara yang terjadi.

(Fikirkan sehabis mungkin)

Solusinya, apa yang penting difikirkan yang mampu untuk menerbangkan bahtera agar jadi yang berkualiti dan bertaqwa?? "Its all about your mind" maka tidak lain persiapkanlah diri untuk mencorak kehidupan dengan lebih harmoni. Teliti dan ikutilah panduan al-Quran dan ajaran Rasulullah s.a.w. InsyaAllah hati akan tenang. Jangan mengalah andai sayap kiri di cela, ingatilah bahawa dengan ujian yang diberikan oleh Allah, ada hikmah di sebaliknya.

Wahai sayap kiri, khidmatmu di tagih untuk merealisasi keluarga yang harmoni.

Jadilah seperti Saidatina Khadijah r.a, Aisya Humairah r.a dalam melengkapi pengorbanan Rasulullah s.a.w meyebar dakwah keserata manusia!

No comments: