Pages

May 30, 2010

Maha Suci Allah swt







Jangan Malu, dan Jangan Sampai Tidak Tahu Malu


Malu adalah sifat dan akhlak baik. Malu yang sebenarnya ialah malu untuk tidak berkata perkataan yang keji dan tidak melakukan perbuatan hina. Malu untuk melakukan perkara yang dibenci oleh Allah swt. Tidak melakukan perbuatan yang zalim sesama manusia. Tidak melakukan perbuatan yang keji yang menjatuhkan maruah. Tidak berkata dengan perkataan yang keji seperti bodoh, bangang, dan sebagainya.


Seseorang yang mempunyai sifat malu yang sebenarnya akan sentiasa malu kepada Allah swt apabila melakukan perbuatan yang munkar. Tetapi berlainan pula dengan seseorang yang tidak mempunyai sifat malu akan sentiasa melakukan perbuatan yang terkutuk oleh Allah swt. Oleh kerana tidak mempunyai malu kepada Allah swt, maka dia akan sentiasa beranggapan bahawa Allah swt tidak akan menghisab segala perbuatan yang dilakukan olehnya. Ini adalah malu yang sebenar. Iaitu malu untuk melakukan perkara keji.


Namun ada juga yang menyalah ertikan malu, iaitu malu untuk melakukan ibadat. Malu untuk menunaikan ibadat solat. Malu untuk menutup aurat. Malu untuk bertudung. Malu untuk menghadiri majlis ilmu. Malu seperti ini adalah akan merugikan diri sendiri. Oleh kerana kawan-kawan yang lain tidak menunaikan solat, maka kita pun malu untuk solat. Malu untuk memakai tudung kerana akan dikritik oleh masyarakat dan sebagainya sedangkan tudung itu adalah sesuatu yang dituntut dalam islam. Ianya wajib dan bukan sunat. Janganlah malu untuk menjalankan perkara yang benar. Ada yang malu untuk mencegah kemungkaran, dengan alasan takut untuk dibenci oleh orang sekeliling.

Jangan malu untuk menegakkan kebenaran dalam kehidupan, dan jangan sampai tidak tahu malu untuk melakukan perbuatan yang keji. Malu itu mestilah hadir dalam diri kita. Kerana malu itu akan mencegah diri kita daripada perkara-perkara yang munkar. Jagalah diri sendiri dengan akhlak yang baik. Ingatkan diri sendiri. Semua benda yang kita lakukan akan dihisab oleh Allah swt.

bintang @@

Ingat ini perkara.

Assalamualaikum..
ingatlah perkara nie..
1. Semua yang kita buat akan di hisab..sebesar, sekecil, sejahat, sebaik, seterang mana..semua akan dihisab
2. Al-Quran, bacalah setiap hari. Jangan tinggal. Junjunglah..banyaknya kelebihan membaca al-Quran.
3. Semua yang berlaku adalah kehendak Allah swt,ada hikmahnya...
4. Doakan Ibu bapa setiap hari,,,
5. Berselawat kepada Rasulullah s.a.w...

May 3, 2010

Aku menjadi "Pendidik"

dengan Nama Allah...yang maha Pemurah dan maha Pengasih
Assalamualaikum...
12 april..Allah telah memilihku untuk menunaikan tanggungjawab yang amat besar yang aku rasakan diriku amat hina untuk memikul tanggungjawab itu. Walaupun itu adalah harapan dan impianku....tak dapat aku bayangkan Allah mendengar isi hati ku...memakbulkan permintaan ku...
tahniah dan takziah buat diri ku...
semua ini akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti....
aku menjadi pendidik di damansara, mendidik anak-anak yang putih bersih, mencorakkan hidup dan diri mereka. Mengenal Allah, akhlak....n Rasulullah saw
amat mencabar buat diriku...
dalam mendidik mereka,,,saban hari diriku terdidik dan sentiasa ingin mendidik untuk mencintai dan menghargai setiap kekuatan yang Allah swt berikan untuk terus membentuk diri agar menjadi wanita yang diredhai Allah swt....
Panggilan ustazah,,amat janggal buatku..seluruh ibu bapa memanggilku dengan panggilan tersebut...segan rasanya...
hakikatnya,,menjadi pendidik amat puas diri ku,,melihat anak2 memperbetulakan bacaan al-Quran, mengenal Allah...berkongsi cerita...
nikmat..nikmat,.,
penat lelah dah tiada bagi ku...
aku memahami..."tempat untuk berehat adalah di akhirat sana...."
inilah masanya untuk aku berjuang,,,kepada Agama....terima kasih Allah...
terima kasih...
aku mohon jagalah hatiku...sesudah engkau memberikan hidayah kepadaku....
amin....
anak2 murid ustazah...kalian adalah pernata hati ku....