3 fEB 2011..
My 1st date dengan my sohabi, setelah 3 tahun baru lah dapat berjumpa..Alhamdulillah rezeki yang Allah swt berikan kepada ku..terima kasih sohabi..
Selain ana, ramai lagi kawan-kawan yang hadir untuk bergembira..dari UPSI, USM, UNITAR, UITM Puncak Alam, KUIN Insaniah, MSU..terima kasih datang..
Pages
Showing posts with label nafsi. Show all posts

Feb 8, 2011
Jan 3, 2011
"Ahli Nerakakah Aku...."
Assalamualaikum...
Lokasi di kedai buku terkemuka...
Suatu petang aku melalui seorang lelaki yang penampilannnya penuh dengan aksesori gelang rantai dan subang. Berseluar paras lutut dan memakai baju hitam. Sedang duduk dipenjuru rak keseorangan. Aku tertarik untuk memerhatikan buku apa yang akan di baca olehnya. Aku terlihat dia sedang membaca sebuah buku agama yang tajuknya lebih kurang "Ahli Neraka.." dia memang bertenaga dan tenang membaca buku itu. Tersenyum aku melihat dirinya, aku berdoa..semoga kita tidak dicampakkan kedalam neraka jahannam..amin. Aku mendoakan semoga hatimu akan terbuka menerima agama Islam ini....

Nov 28, 2010
Mama Pergi Dalam Dakapan Ku
Diari 23 syawal,bersamaan 23 oktober 2008,khamis jam 8.29 malam
Bukan ingin untuk berkongsi kesedihan, tapi ambillah iktibar..
Aku masih teringat saat melihat mama diambang maut saat malaikat datang menjemput. Mataku bertentangan dengan mata mama. Hanya aku yang berada di hospital menemankan mama. Ya Allah diluar dugaan ku untuk menjangka bahawa mama akan pergi meninggalkan aku pada malam itu. Dalam dakapanku. Air mataku tidak mengalir walau sedikit, terkejut dan tidak menyangka aku akan kehilangan mama. Berdasarkan laporan doktor perubatan yang melaporkan bahawa mama semakin sembuh, tapi kuasa Allah swt lagi hebat...
Tapi...
Hari itu, seperti biasa aku berganti dengan mummy untuk menjaga mama. Shif aku waktu siang dari pukul 12 tengahari sehingga 11 malam aku akan menjaga mama di hospital. Hari ini adalah hari kesepuluh aku tidak hadir ke kuliah. Penerbangan juga dibatalkan ekoran rasa cinta dengan keluarga untuk membantu meringankan beban mummy. Tambahan pula, adik perempuan ku akan menduduki peperiksaan SPM saban hari lagi. Berkorban apa sahaja, alang-alang aku masih berada dikampung halaman, biarlah aku membantu mummy dan adik untuk meringankan beban.
Pada waktu melawat, seperti biasa ramailah keluarga yang akan melawat. Tapi mama hanya mampu terbaring tanpa kata hanya sesekali laungan zikir yang aku dengar..
Azan berkumandang, aku akan memberitahu kepada mama, waktu solat telah masuk..hanya itu yang aku mampu, untuk memapahnya aku tidak terdaya..melihat diri mama yang umpama mayat bernyawa banyak suntikan jarum di badannya..seolah-olah koma..ya Allah, aku berdoa kau mengetahui keadaan mama ku ini, bagaimana hendak dia menunaikan kewajipan kepadaMu..ampunilah dosa mama. Aku teringat kepada pesan ustazah ku, apabila pesakit koma, azan telah berkemundang beritahulah kepada si pesakit bahawa azan telah berkumandang..dia mendengarnya..hanya itu yang aku termampu..
Begitulah rutin kehidupan aku selama 10 hari, berada di hospital bersama mama..
23 syawal..hari khamis
Pada hari ini adalah waktu yang telah ditetapkan mama pergi tinggalkan aku..dalam keadaan bersendirian di hospital menemankan mama, aku melihat bagaimana keadaan sekujur tubuh yang rupanya di ambang maut, aku tidak mempunyai pengalaman melihat manusia di ambang maut, saat roh di tarik keluar dari jasad inilah pengalaman aku. Aku tergamam, aku tidak menangis, tapi aku lihat keadaan mama seolah-olah sedang menahan sakit melihat hidung mama, muka mama.."la ila ha illallah.." berulang-ulang aku membisikkan ditelinga mama, teringat filem drama TV saat manusia nazak itu ungkapan yang luahkan..aku pun membisikkan ke telinga mama, mama menyebut perlahan-lahan..dalam keadaan yang sama mama seolah-olah menahan sakit, melihat reaksi hidung mama...aku menggeletar membisikkan kalimah agung itu...semakin kuat aku membisikkan kalimah agung itu....aku masih tidak mengetahui saat itu adalah malaikat maut datang menjemput mama, dari kaki hingga kepala aku melihat keadaan mama, tiba-tiba....keadaan mama yang menahan sakit itu berhenti, satu helaan nafas mama yang terakhir terhenti, aku tergamam, aku melihat mata mama tertutup..aku panik...aku menjerit memanggil doktor...doktor datang dengan cemas..mengarahkan aku untuk berundur, doktor membuat kejutan elektrik yang selalau aku lihat dalam drama ER, aku melihat menggeletar tidak terkata..selama tiga minit doktor dan pasukannya seolah-olah menyelamatkan mama. Aku faham aku bukan bodoh, aku tahu yang tadi mama sudah pergi, saat dalam dakapanku...
Doktor memanggil ku ke biliknya, hanya aku waris yang berada di hospital, doktor memberitahu "Dia telah meninggal dunia..........." saat itu baru aku sedar dengan dunia realiti, aku capai HP manghubungi daddy mammy, kakak yang berada di Shah Alam, tidak sampai 2 minit, ruang hospital penuh dengan sanak saudara...saat melihat daddy anak tunggal mama tiba, mammy melangkah ke wad mama...melihat atuk suami mama melangkah masuk, barulah aku mengalirkan air mata...ya Allah, aku memohon padamu, mama aku tadi telah meninggalkan aku, bertemu dengan mu...engkau terimalah taubatnya....engkau mudahkanlah urusannya...cucurilah rahmat ke atas roh mama....dalam dakapanku, kalimah sebagai agungmu menjadi pilihan.....
Sehingga sekarang, aku bersyukur kerana Allah memberi peluang kepadaku melihat manusia yang akan terpisah antara roh dan jasad, melihat muka mama, hidung mama menahan sakit...buatku berfikir, bagaimana nanti aku meninggal dunia??
Matikan aku dalam keadaan yang Baik...husnul khatimah...!! amin
Mama pergi dalam dakapanku dalam pelukanku dakapan seorang cucu..
Mama adalah ibu kepada ayahku....
al-Fatihah
p/s Saat kematian tidak diketahui, mati itu amat sakit..

Nov 11, 2010
Allah Maha Mengetahui : Hujan Pun Berhenti : Kuasa Allah s.w.t
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah dan Penyayang..
Assalamualaikum..
Sedikit perkongsian..
Hidup penuh dengan nikmat yang begitu tidak terhingga sehingga diri ini kekadang leka dan lalai atas nikmat Allah swt.
Seperti yang dijanjikan pada hari ini aku telah membuat temu janji untuk bertemu saudaraku. Dahulu aku sama-sama pernah menuntut di sebuah pusat pengajian dalam bidang Qiraat. Kami sepakat bertemu pada pukul 3 petang waktu tempatan. InsyaAllah. Saudaraku ini sudah hampir 3 tahun aku tidak bertemu dengannya. Kerana masing-masing telah terpisah semenjak aku tukar tempat pengajian. Dalam kata lain, dia ini adalah teman seperjuangan yang aku sayangi. Aku ditemukan dengannya (ain: bukan nama sebenar) kerana Allah menentukan bahawa aku satu "Usrah" . Usrah inilah yang menjadi aku rapat dengan ain. Sedikit kisah bagaimana aku mengenali ain. Saudara seaqidah ku....
Berbalik kepada hari pertemuan yang dijanjikan. Aku meminta izin dengan abang dan kakak kandung ku untuk pergi menemui ain. Alhamdulillah dapat keizinan dan sedikit wang diberikan untuk keperluan nanti.
Azan zuhur berkumandang, aku sudah siap menyediakan baju.
Pada ketika itulah aku melihat ke langit.."Ya Allah sungguh hitam, aku menjangkakan hujan lebat akan turun pada bila-bila masa sahaja". Hatiku meruntum sedih dan hiba. Hujan pun turun dengan lebatnya yang pada akal ku tidak akan berhenti sehingga pukul 5 petang nanti. Fikiranku ligat berpusing memikirkan saudara ku ain yang ingin ku temui setelah berapa tahun tidak bertemu. Sesungguhnya demi Allah aku ingin bertemunya kerana aku menyayanginya, merinduinya, ingin melihat wajahnya, dan paling penting kerana ikatan aqidah yang terbina atas dasar Islam ini membuat hatiku merinduinya.
Tidak semena-mena air mataku menitis keluar..
Ya Allah, sekiranya hujan ini terus lebat membasahi bumi, bagaimana aku harus keluar menyeberangi jalan dan menuruni bukit untuk mengambil bas bertemu dengan ain.. ??
Aku cepat-cepat menunaikan solat zuhur. Usai solat zuhur aku meminta berharap bergantung memohon kepada Allah swt supaya hujan yang lebat ini berhenti buat seketika. Jam sudah menunjukkan pukul 1.43 minit petang. Jiwa dan ragaku aku serahkan agar Allah kabulkan permintaan ku. Aku mohon, biarlah hujan berhenti seketika cukup untuk aku menaiki bas dan bertemu dengan ain. Ya Allah, aku memohon kepadaMu.
2.15 petang, hujan masih lagi membasahi bumi Allah ini, hatiku semakin gundah. Pengharapan dan pergantungan kepada Allah aku minta tanpa putus-putus. Ya Allah aku ingin bertemu dengan saudaraku mudahkan lah aku. Itu sahaja perkataan yang bermain di bibirku. Sambil melihat ke langit..
Semakin lebat pada pekiraanku.....Semakin lebat hujan yang turun semakin kuat aku memohon kepada Allah swt......
Tiba-tiba..
Dengan kekuasaan Allah swt hujan yang lebat telah berhenti dengan tiba-tiba pada pukul 2.32 minit petang. Dan pada waktu itu juga, hatiku meruntum hiba mengenang diri, siapalah aku dihadapan Allah swt yang maha menyayangi hamba-hambaNya dan mengetahui apa yang diharapkan oleh hambanya. Diri terasa kerdil. Ya Allah...kupanjatkan syukur kehadrat Allah swt. Kekuasaan Mu amat besar dan Kau maha berkuasa. La Hawla Wala Quwwata Illa billah...
Bibirku menguntum senyum...Dengan kehendak Kuasa Allah swt, aku dapat bertemu Ain...
Terima Kasih ya Allah!!
Ya Allah, jadikanlah aku hamba yang sentiasa bersyukur atas nikmatMu..
p/s ;
Mohonlah pada Allah, jangan berhenti berharap pada Allah..
dan sentiasalah ingat bahawa "Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH..@@"
Salam Mujahadah! Love Ukhwwah!

Aug 28, 2010
Aduhai Tom Yam
...
Selagi tidak Tom Yam..hatiku tidak tenteram..kenapa ya? kerana ada insan yang aku sayangi menanti Tom Yam ku..harapnya dia sentiasa sabar menanti Tom Yam ku...aku ingin makan Tom Yam bersama mu..di siang hari...bila waktu tak puasa ya...boleh kita makan macam-macam...boleh kongsi macam-macam...
Harapnya dia membaca warkah yang aku titipkan ini...aku yakin...sabar ya...
Aku sentiasa ingat Tom Yam nie...sampai bila-bila...
masih ingat lagi...!!
aduhai Tom Yam....

Aug 16, 2010
Nikmat "Usrah" ku..
...
Genaplah 4 tahun aku mempunyai usrah yang banyak membantuku dalam kehidupan..biar aku lebih awal pernah putus asa suatu waktu dulu..namun usrah ku sentiasa bersama-sama..
Aku merasakan akan ada hati-hati yang sentiasa menyayangi dan membantuku..aku yakin..
QA..
Sememangnya nikmat itu amat indah
Hubungan ukhuwwah
Hubungan Aqidah amat senang dengannya..
Walau jauh di mata, aku tahu..
Aku adaah saudara kepada kalian..
Salam sayang buat..
Along..
Angah (Yarmouk)
Alang (a-Azhar, mesir)
Uda (Dq)
Ateh
Usu (Will fly to Yarmouk)
Ayang (Will fly to a-Bayt)
Anje (UKM)
Adik (USIM)
Aniq
Achik
Andak..
"Ya Allah peiharaha diri-diri ini dari kejahatan dan fitnah dunia, eratkanah hati-hati ini..amin"
Thank You Allah
@@

Selamat Tinggal "Facebook"
Alhamdulillah...
Lega rasanya....
sudah 5 hari aku membuang facebook dari hidupku..sebelum ramadhan..
Alasannya : aku masih belum mampu untuk menghadapi ujian dalam facebook, pembahagian masa terutamanya. InsyaAllah akan melatih diri untuk sentiasa maju dalam pengurusan masa. My lifes is my choice..!! Bagi yang pandai bahagikan masa tu teruskan lah..semoga najah... :)
Allah hu Allah..
Salam ibadat..@@

Jul 27, 2010
Hargailah Selagi Masih Ada Roh
Assalamualaikum
Alhamdulillah Allah swt memberi rezeki berupa kelapangan untuk bercuti bersama keluarga yang tersayang. Rasa gembira dalam hati.. :) alhamdulillah....bersama-sama dengan nenek, daddy, mammy, abang, abg adul..kak pai..kakak n all...biarpun adik bongsuku xda... :) lebih daripada 7 masjid yang telah kami lawati...untuk menunaikan solat..alhamdulillah...
Percutianku kali ini sempena dengan majlis konvo abg adul di SACC..alhamdulillah...
May 3, 2010
Aku menjadi "Pendidik"
dengan Nama Allah...yang maha Pemurah dan maha Pengasih
Assalamualaikum...
12 april..Allah telah memilihku untuk menunaikan tanggungjawab yang amat besar yang aku rasakan diriku amat hina untuk memikul tanggungjawab itu. Walaupun itu adalah harapan dan impianku....tak dapat aku bayangkan Allah mendengar isi hati ku...memakbulkan permintaan ku...
tahniah dan takziah buat diri ku...
semua ini akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti....
aku menjadi pendidik di damansara, mendidik anak-anak yang putih bersih, mencorakkan hidup dan diri mereka. Mengenal Allah, akhlak....n Rasulullah saw
amat mencabar buat diriku...
dalam mendidik mereka,,,saban hari diriku terdidik dan sentiasa ingin mendidik untuk mencintai dan menghargai setiap kekuatan yang Allah swt berikan untuk terus membentuk diri agar menjadi wanita yang diredhai Allah swt....
Panggilan ustazah,,amat janggal buatku..seluruh ibu bapa memanggilku dengan panggilan tersebut...segan rasanya...
hakikatnya,,menjadi pendidik amat puas diri ku,,melihat anak2 memperbetulakan bacaan al-Quran, mengenal Allah...berkongsi cerita...
nikmat..nikmat,.,
penat lelah dah tiada bagi ku...
aku memahami..."tempat untuk berehat adalah di akhirat sana...."
inilah masanya untuk aku berjuang,,,kepada Agama....terima kasih Allah...
terima kasih...
aku mohon jagalah hatiku...sesudah engkau memberikan hidayah kepadaku....
amin....
anak2 murid ustazah...kalian adalah pernata hati ku....
Mar 30, 2010
Mitos Masak Makanan Terlebih Masin atau Manis,betulkah nak kahwin??
Assalamualaikum...Selawat ke atas Rasulullah s.a.w. dan para sahabat keluarga Baginda....
Al-Fatihah
"Mitos makanan terlebih Masin atau Manis, betulkah nak kahwin?? Or masa nak kahwin tu dah nak dekat...??? (Musykil3)
Berdasarkan kajian lapangan yang saya buat melihat orang-orang yang memasak sama ada bujang yang dah kahwin atau sebagainya memasak ada beberapa kesimpulan yang saya nak buat berdasarkan mitos tersebut... :)
MENGAPA???
1. Kenapa mesti dikatakan orang yang masak masin atau manis nie dah nak kahwin?? Boleh jadi orang yang kemaruk dalam cinta, masa nak masaklah tu nak main mesej, nak call. Jadi, orang yang tengah kemaruk nie, tertuang lah dengan berlebihan gula dan garam ke dalam makanan dan minuman. Lepas tu, bila orang lain makan...dapatlah label or comment "sapa yang masak nie, dah nak kahwin agaknya.." bila orang cakap macam tu, tak pasal2 orang yang tuang garam dan gula lebih tadi,,perasan dan lagi semangat nak kahwin... :) coz dah terkena kat batang hidung dia...kan tengah kemaruk....
2. Lepas tu, kadang-kadang ada orang yang baru nak belajar memasak, takut nanti gagal dalam test dengan mak mertua, so nak tak nak kena belajar memasak (bagi mereka yang tidak atau kurang memasak) masa nak belajar tu..kurang kemahiran lagi nak add garam atau gula..Kadang2 terlebih kadang2 terkurang...Jadi, orang yang makan pun akan cakap....sapa yang masak nie,,mesti baru belajar....kurang sedap... :)
Tapi bagi mereka yang gagal dalam ujian nie,, jangan putus asa..teruskan lagi usaha...
Itu sedikit tinjauan terhadap "kenapa makanan yang masin atau manis orang yang masak tu, mesti kena label nak kahwin..."
:)
Itu sekadar pandangan saya, dari kajian yang dilakukan...
Kesimpulannya..
Daripada 2 sebab di atas..Boleh jadi orang tua2 kata masak masin n manis nak kahwin dah...sebab macam tu lah...
Saya pun pernah kakak usik, coz masak terlebih masin...kakak pun cakap benda yang sama.,..tapi tu sekadar mitos ja....tapi memang sometimes kita masak, kadang2 sedap n kadang2 kurang sedap. Walaupun orang yang dah kahwin,, tak kan kalau orang yang dah kahwin masak masin n manis nak kahwin lagi kan...?? :)
Mitos tu sekadar mitos,,,banyak andaian dan kemungkinan bila masin n manis tu dah kahwin atau tidak,,,semua nya boleh jadi....
p/s Sesedap mana kita masak, ramuan "kasih sayang" yang penting....kasih sayang kunci masakan kita sedap.. :) sebab tu sampai sekarang kita suka makan masakan mak kita,,,,mesti ingat masak mak.... :)
Salam Leisure... :)

Feb 25, 2010
3 minggu yang pertama @ latihan Industri
Assalamualaikum..
Alhamdulillah,,ayuh kawan2 kita syahadah n selawat keatas Baginda RASULULLAH S.A.W..
Terpinga2 aku masuk praktikal,,pada hari pertama.Awal-awal lagi dah terima something yang amat sedih..tapi biarlah rahsia... :)
Aku ditugaskan dibahagian Penyelidikan cawangan Syariah. Alhamdulillah tugas yang diberikan sehingga hari ini banyak sangat2..tetapi memang amat berguna,,aku ditugaskan untuk menyusun dan semak semua yang berkaitan dengan kajian-kajian syariah..amat luar biasa dan ianya memang pengalaman yang best..
Orang kat ofice semuanya baik2..cumanya aku sahaja yang jarang2 nak bertegur sapa...hehe..ngn lelaki..ngn perempuan alhamdulillah...okey....
Hari2 aku naik motor merempit,,jalan memang mengalahkan "macet" di indonesia...kalo jalan jam....harap maaf......kena hati2......aku harap semoga cuaca yang mendatang ini baik2 saja dong...
Apa yang penting,,niat aku nak praktikal dekat sini...
Akhir kalam...
Salam sayang:)

Feb 17, 2010
Kepala dia Tersangkut di Dasar Swim Pool,
Assalamualaikum
Aduh,,sakit yang teramat sangat bila aku lihat kepala dia tersangkut di dasar swim pool semalam.Darah mengalir bagaikan air terjun. Kesian dia..Allah swt memberinya ujian yang Allah yakin dia mampu.Segera lah dia dibawah ke Hospital.Kepala yang berdarah di balut dengan baju yang pakainya. Sampai di unit kecemasan.Doktor pun merawat dan memberi suntikan kepada dia sebanyak 2 kali untuk mengelak daripada jangkitan kuman.Doktor membuat keputusan untuk manjahit, tetapi risau sekiranya dahi dia bertanda..Doktor pun mengambil keputusan untuk "gam" sahaja dahi dia itu....Hati2 ketika nak "diving" ....

Jan 15, 2010
Janji yang Aku perlu tunaikan sebelum Tinggalkan KDH..
Assalamualaikum....
Nampaknya saya dah tak masuk kuliah lagi kat kolej lepas nie. Sedihnya... :{ masa itu amat pantas.
Sepanjang saya di kolej,banyak perkara yang saya tengok dan saya pun ikut..tapi bukan taqlid membabi buta k...hehe...
Banyak janji2 yang saya kena tunaikan..antaranya TOM YAM USTAZAH, CENDAWAN, BAGI PICTURE, CD 2012..itu antara perkaranya...
Nak tulis,, supaya ingat....
Salam sayang
Jan 12, 2010
Exam oh exam,,,
Assalamualaikum,,,
Kolej saya exam sekarang
so pelbagai ragam yang menarik yang berlaku
junior2 asyik pesan.."akak jangan baca buku...."
tapi dorang pulak yang baca...
so,,saya pun jawab....
jangan baca banyak2 nanti otak jam..
jawapan susah nak kuar...huhuhu...
nanti otak tak encer....
encer macam susu....
tadi saya ada 3 paper,,,amat best rasanya..huhu
semanis hempedu....sepahit gula....
apapun saya bertawakkal bukan tawaakul....
btl3...
good luck all.....
amin.......

Nov 25, 2009
Nov 2, 2009
Oct 19, 2009
SELESAI AKADEMI 3S

Assalamualaikum..
Alhamdulillah Akademi 3s berjaya dengan jayanya.Sisiwi KDH dengan semangat yang luar biasa mengasah bakat masing2..Thank You Kepada Semua...
Oct 9, 2009
Semester Baru Telah Bermula..
Assalamualaikum..
Alhamdulillah :) sem lepas telah dilalui dengan jayanya walaupun tak berjaya mana.Daripada keputusan exam sem lepas....Ramai yang menyalahkan asrama, couple, kawan, diri sendiri ,mak ayah n etc akibat kejatuhan keputusan sem lepas.Dan pada yang berjaya tahniah saya ucapkan.Teruskan fokus kepada study.InsyaAllah.Kegagalan adalah penagguhan kepada kejayaan..
Cuti yang panjang membuatkan otak pun lama tak berfungsi,ditambah dengan lebihan mentega yang terdapat dalam kuih raya..lebihan gula dalam air manis..n etc..: ) Saya kira semester yang baru ini semakin mencabar kerana otak dah lama ( ) blank. HuHu..
Tak kira otak n masalah yang bertaburan sini dan sana,azam baru n niat hendaklah ditanam sedalam yang mampu untuk mencapai apa yang diinginkan.InsyaAllah...
So,,
Semester baru dah bermula...!!!!!!!!!!!!

Aug 21, 2009
Bila Jauh Baru TAU rindu..

==kak acha,ehemm,kak nomi,syafia,kak anies==
nie pic nak hantar kat keta da tadi...
Assalamualaikum.
Sudah menjadi lumrah di bumi ini yang hidup pasti akn mati n yang bersama pasti akan berpi
sah...bila dah jauh baru tau rindu.. :) alhamdulillah semua nya nikmat Allah taala..Saya beru sahaja balik dari hantar sahabat2 romate yang di sayangi.Kita orang sempat tangkap gambar.Tinggal saya sorang ja kat bilik.Rasa sunyi la...tak da teman nak pergi surau...nak beli makanan....alhai sedihnya saya....Allah tak akan uji kalo tak mampu kan??? betul3...
Memang benarlah...perempuan bila di tinggalkan baru Tau erti rindu,,:) sebab tu dalam masalah perkahwinan terdapat cara untuk menyedarkan isteri2 yang derhaka dengan meninggalkan isteri buat seketika,,biar rasa terkesan cikit..mcm saya sekarang nie la.... :(( Bila akak saya nak mai datang amik kat hostel nie...??? Sabar2..
So,pengajarannya sekarang...bila ada masa nak berkasih sayang bersama dady mumy..adik beradik2 sanak saudara..sahabat...gunakanlah masa yang ada dengan sebaiknya...insyaAllah...sentiasa tegur menegur yer...
Sunyi nya bilik ini...tanpa romate2....................
rindu lah dengan kawan saya....
cuti mode!!
Ya allah berkatilah hubungan kami..amin....
SeLamAt Ya rOMaTe YanG d hORMATi & akaN d rINdUI..
ASSALAMUALAIKUM...
KEPADA ROMATE SAYA YANG DI HORMATI
DI SAYANGI
SELAMAT PULANG KE KAMPUNG HALAMAN MASING..
KEPADA HURULAIN,KHAIRUNNISA',UMMU KHAULAH,MARYAM ZARQA' DAN AISYAH HUMAIRAH..
SALAM KEMAAFAN DAN SALAM KERINDUAN BUAT SEMUA
SAYA AKAN RINDU DENGAN SEMUA..
TEMPOYAK
BUDU
KEPOK
LIDAH BUAYA
MINYAK AFIAT
DEE
MACIK BIA
WAK HASSAN
KUDA HIJAU COMEL
MAWAR MEWANGI
SURAU
JEMAAH
DEMONSTRASI
MANSUH ISA
USRAH
SWIMMING UKM
DARUL QURAN
DAN SEMUA SEKALI....
SEMUANYA NIKMAT ALLAH TAALA..
SALAM SAYANG SAHABAT KU
SEMUA...
:((
:((
KAK ANIES,KAK NOMI,KAK ACHA,SYAFIA...
HATI2 BALIK NANTI K,,
------------------------------------
WILL GOING TO MISS U!!!
:)
Subscribe to:
Posts (Atom)