Pages

Showing posts with label majlis ilmu. Show all posts
Showing posts with label majlis ilmu. Show all posts

Jan 4, 2010

Sekilas di Tamrin Perdana KDH "SATU HATI"
















Dikesempatan waktu yang ada.... :)
Tamrin Perdana KDH 11-13 DEC 2009..
Satu Hati.."


Tamrin kali ini amat bermakna dan terkesan didalam hati kerana 70% daripada slot disampaikan oleh Tuan Haji Ahmad Azam...,30% daripada alumni KDH.....,
Jutaan terima kasih pada semua yang menjayakan program ini,hanya Allah swt yang mampu membalasnya,,,,







Aug 18, 2009

Program Sepanjang Ramadhan,Mai Join Ramai2..

Assalamualaikum...

Banyak program yang di adakan sempena Ramadhan ini..Yang mana kita boleh hadir dengan seratus peratus..


tempat: Kat seluruh pelusuk dunia
masa: sepanjang Ramadhan
tarikh: 22 ogos-22 sep
penyertaan: kepada semua umat muslim di dunia
bayaran: free

join k..



antara program yang dijalankan:
  • puasa
  • baca quran
  • zikir
  • night of power
  • sahur
  • buka puasa
  • iktikaf
  • sedekah
  • solat berjemaah
  • tadarus
  • solat sunat tarawikh
  • malam yang lebih baik dari 1000 bulan
  • dan banyak lagi..

"banyakkan amalan,penuhi program dengan istiqamah.."

tak kira di mana anda berada..

rebutlah tawaran hebat ini..

!!!!!!!!!!!!!

Jul 22, 2009

Forum Pembangunan Jiwa,,''' Ada Apa Dengan Cinta,,,''

Syukur Kepada Allah..

ASsalamualaikum semua.Dengan izin Allah taala..telah selamat menjayakan forum "Ada apa dengan Cinta.." anjuran Majlis Nuqaba' dengan kerjasama MPP KDH.Panel yang terlibat ialah Ustaz Hermanto Harun. Digandingkan bersama Puan Salbiah Pensyarah Jabatan Sains Sosial.Alhamdulillah sambutan dan komitmen amat memuaskan.Moderator YDP MPP Sdr Muhammad Azleen Abdullah...kErana Cinta..Kerana cinta..he,, :)

tq

Jul 21, 2009

Tarbiyyah Masjidiah Masjid Hasanah

Tarbiyyah Masjidiyah Masjid Hasanah

Salam Sdr sekalian Jemput hadir ke Tarbiyah Masjidiyah anjuran bersama WADAH dan Masjid
Hasanah dengan kerjasama ABIM, PKPIM dan Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi

padaTarikh : 25 dan 26 Julai 2009 (Sabtu & Ahad)
Lokasi : Masjid Hasanah, Bandar Baru Bangi, Selangor

Aktiviti

1) Qiamullail (jam 4 pagi Ahad 26 Julai 2009)
2) Kuliah akan di isi oleh Dato Dr Siddiq Fadzil, Presiden WADAH (Kuliah Subuh Ahad 26 Julai2009) dan Dr Muhammad Nur Manuty, Timbalan Presiden WADAH (Kuliah Maghrib Sabtu 25 Julai 2009).
3) Penginapan untuk muslimin dan muslimat di sediakan di Masjid Hasanah.
4) Minum malam (25 Julai) dan sarapan pagi (26 Julai) disediakan.

Yang berminat untuk menyumbang atau menaja program ini sila berhubung dengan Sdr Amin atau Sdr Fadzli di Sekretariat WADAH

SEMUA DI JEMPUT HADIR

MOHD HALIMI ABDUL HAMIDPen SUA WADAH
Sekretariat WADAH PusatNo 8,
Jalan Surada Satu,Taman Desa Surada,
Seksyen 843650 Bandar Baru Bangi SELANGOR
Tel: 03-8925 2344
Faks : 03-8922 2561
Mel : mailto:wadahpusat@gmail.com

One DuLANg.." One kOLej.."

Dengan Nama Allah tAALA..



aSSALAMUALAIKUM.



sYUKUR kehadrat Allah taala dengan izin dan kurnianya,barisan Exco Dakwah & Tarbiyyah, MPP kolej darul Hikmah KDH, dengan kerjasama Majlis Nuqaba' dan Kelab Ikatan Siswa Pengajian Islam (ISPI) telah selamat menganjurkan Ceramah Isra' Mikraj sempena mengambil iktibar daripada kisah tersebut dan sentiasa memberi peringatan sesama kita.Bertepatan dengan matlamat jangka pendek Exco Dakwah & Tarbiyyah untuk memperingati hari-hari yang bersejarah di bulan Islam..ceramah disampaikan oleh presiden tersayang Dato'Dr.Siddiq Fadzil..shukran semua...:)



Alhamdulillah..



bERKAT Sepakat dan kata suara semua sekali,kita bersetuju untuk makan kat dulang.Dah lama tak makan beramai2..seronok..Semua warga kolej yang hadir pada malam itu makan kat dulang termasuk para pensyarah dan staf.VIP makan kat piring ya.. :) nanti saya publish picture ya..tak transfer lagi..menu pada malam itu adalah hasil masakan chef2 terkemuka kat KDH...hehe,alhamdulillah Allah bagi sedap lauk pauk pada malam itu..paprik,ayam bakar madu...subahanallah... :)



Saya mewakili Mpp Kdh..mengucapkan JAZAKALLAH KHAiRA JAZA' kepada semua yang sudi melaksanakan program ini dengan jayanya.



Hanya Allah yang dapat jasa kalian.InsyaAllah..


EXCO DAKWAH & TARBIYYAH,
MPP KDH

--bersama selangkah mendekati Allah taala..--

Mar 9, 2009

Seminar Pendidikan Tinggi Islam ke-6

Seminar Pendidikan Tinggi Islam ke-6

Seminar Pendidikan Tinggi Islam Ke-6“Budaya Ilmu : Ke Arah Pemerkasaan Umat”
Anjuran Kolej Dar al-Hikmah,dengan kerjasamaInstitut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Bertempat diInstitut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi.

LATAR BELAKANG
“Sejarah manusia menyaksikan hakikat bahawa kebangkitam dan kejatuhan bangsa-bangsa dan tamadun-tamadun berkait rapat dengan pemerolehan, pengeluaran dan penggunaan ilmu yang hebat. Mereka yang cemerlang dalam hal ini memegang kepimpinan negara-negara dan mereka yang mundur akhirnya meminta-minta kepada orang lain untuk menjamin kelangsungannya (terj.)”
Kenyataan di atas yang diungkapkan oleh M.Wasiullah Khan dalam karya berjudul ‘Education and Society in the Muslim World’ menegaskan tentang hakikat sejarah dan hakikat sejagat. Tamadun Yunani yang menekankan tentang paediea atau pendidikan ialah tamadun ilmu. Tamadun Islam yang cemerlang, gemilang dan terbilang dirumuskan oleh Franz Rosenthal dengan ungkapan Knowledge Triumphant atau Kemenangan/Keagungan Ilmu. Tamadun semasa yang dipimpin oleh Barat semenjak Renaissance di abad ke-15 bertitik tolak dan bertunjangkan kepada ilmu. Justeru ‘ilmu ialah kuasa’ (knowloedge is power), maka sesiapa atau mana-mana bangsa atau negara yang menguasai ilmu, ia memegang kuasa dan menguasai dunia. Dewasa ini ternyata yang menguasai ilmu, dan sekaligus memimpin dunia ialah Barat.
Maka tidak ada jalan rentas dan jalan mudah untuk memulih dan mengembalikan kegemilangan umat, melainkan dengan mencetuskan dan memupuk semula sikap, nilai dan keghairahan terhdap ilmu (the passion of knowledge). Bermula dengan Iqra’ dan diikuti dengan 750 kali sebutan bersabit dengan kata akar ‘ilm dalam al-Qur’an dan demikian juga hadith-hadith Rasulullah S.A.W., membuka seluas-luasnya ruang jihad dan ibadat di bidang ilmu. Justeru apabila jihad dan ibadat ilmu ini menyatu, maka mengakar dan merimbun apa yang dikatakan budaya ilmu dalam kehidupan masyarakat dan umat.
Masyarakat dan umat perlu memperkasa diri dengan ilmu, dan ini hanya dapat dijayakan melalui pemupukan budaya ilmu. Antara lain yang perlu digalakkan ialah budaya membaca, budaya berfikir, budaya berwacana, budaya menulis dan berkarya, dan budaya belajar.
Dalam konteks masyarakat kita, persiapan dan prasarana asasnya telahpun tersedia; hardware seperti institusi pendidikan, software seperti buku dan pelbagai bahan bacaan, dan humanware seperti guru dan pensyarah. Yang belum ketara dan merata ialah keghairahan terhadap ilmu; yang masih rendah ialah minat membaca, menulis dan belajar; dan kedudukan ilmu yang masih belum dimartabatkan di mercu sistem nilai dalam kehidupan umat.
Cabaran kepada kita semua ialah untuk menghidupkan dalam minda dan jiwa bangsa serta umat cinta kasih yang mendalam kepada ilmu pengetahuan dan kebenaran. Justeru itu kita perlu nyalakan semula jihad dan api perjuangan di medan ilmu dan pendidikan. Pendek kata kita perlu tanam dan pupuk semula budaya ilmu dalam diri setiap anak bangsa, masyarakat dan umat.

OBJEKTIF
Mencetus dan meningkatkan kefahaman serta kesedaran masyarakat mengenai budaya ilmu dan kepentingannya dalam konteks pembangunan ummah.Menganalisis pelbagai cabaran dalam usaha membudayakan ilmu dalam masyarakat.Merumuskan kaedah-kaedah pembudayaan ilmu melalui pendidikan.

PESERTA
Dianggarkan sekitar 200 orang akan menghadiri seminar ini yang terdiri dari:
Wakil IPTI, IPTA, IPTS dan ahli-ahli akademikWakil Institusi PerguruanWakil Jabatan Kerajaan dan SwastaWakil Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO)Wakil PPD dan SekolahPara pelajar dan orang perseorangan yang berminat

ATUCARA
8.30 pagi - 9.00 pagiPendaftaran Peserta

9.00 pagi - 9.15 pagiUcapan alu-aluan

9.15 pagi - 10.15 pagiUcaptama : “Budaya Ilmu : Ke Arah Pemerkasaan Umat”Prof. Dr. Mat Rofa Ismail (Fakulti Sains, UPM)

10.15 pagi - 10.30 pagiMinum Pagi

10.30 pagi - 12.30 tengahariSlot 1 : Pemerkasaan Ilmu Dalam Pendidikan1. Tn. Hj. Ahmad Mohamad Said (KDH)2. Prof. Madya Dr. Tajul Ariffin Nordin (Fakulti Pendidikan, UKM)Sesi Soal Jawab

1.00 tengahari - 2.00 petangMakan tengahari dan Solat

2.00 petang - 4.00 petangSlot 2 : Pembudayaan Ilmu Dalam Masyarakat1. Dr. Khalif Muammar A. Harris (ATMA, UKM)2. Dr. Adi Setia Mohd. Dom (Pusat Pengajian Umum, UIAM)Sesi Soal Jawab

4.15 petang - 4.30 petangResolusi & Penutup

YURAN PENYERTAAN
Agensi Kerajaan dan Petubuhan : RM100
seorangIndividu : RM50
seorangPelajar : RM30 seorang

Alamat Perhubungan SeketariatKolej Dar al-Hikmah, Sg Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor.Tel : 0389252392 (Cik Nur ‘Iffah/Pn Azanah)
Faks : 0389252477
Email : seminar@hikmah.edu.my
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
Untuk penyertaan boleh terus hubungi Seketariat.

Dec 22, 2008

jemput hadir


AHAD, 28 Dis 2008
5.00 : Qiyamullail
6.00 : Solat Subuh
6.30 : Stretching
7.00 : Sarapan & Persediaan Diri
8.00 : SOCIAL QUOTIENT
9.30 : Rehat
10.00 : S.P.I.E.S QUOTIENT
12.00 : Rumusan & Muhasabah
1.00 : Majlis Perasmian Penutup
2.30 : Makan Solat & Bersurai
SABTU, 27 DIS 2008
09.00 : Pendaftaran Peserta
09.45 : Ketibaan YB
10.00 : Majlis perasmian
11.00 : Ice Breaking
12.00 : INTELLECTUAL QUOTIENT
1.00 : Rehat, Makan Tengahari, Solat
2.00 : EMOTIONAL QUOTIENT
4.00 : Rehat, Minum Petang & Solat
5.00 : ‘PHYSICAL’ QUOTIENT
6.30 : Rehat, Makan Malam & Solat
9.00 : SPIRITUAL QUOTIENT
10.30 : kudapan
11.00 : Rehat
Hari : SABTU - AHAD, 27-28 Dis 2008
Tempat : KEM BUMI JATI
Lot 3319, Batu 7, Jalan Kebun,
Seksyen 30, 40460 Shah Alam.
03-51616703/ 03-51616692
Bayaran : PERCUMA *
[ untuk 100 peserta pertama ]
Dirasmikan oleh :
Y.B Dr. Ahmad Yunus Hairi
Timbalan Pengerusi EXCO
Pendidikan, Pendidikan Tinggi &
Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor
Perasmi Penutup :
Y.B. Dr. Hjh Halimah Ali
Pengerusi EXCO
Pendidikan, Pendidikan Tinggi &
Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor

Saya, penama di bawah ini berminat untuk menyertai Program Pembangunan Modal Insan,
S.P.I.E.S MAHASISWA ISLAM pada Sabtu-Ahad, 27-28 Disember 2008 di Kem Bumi Jati,
Jalan Kebun, Seksyen 30, Shah Alam.
NAMA : …………………………………………………………………………..
NO. K/P : ………………………………………….. JANTINA : L / P
TELEFON : ………………………………………….. H/P :…………………….
EMEL :…………………………………. BLOG : ……………………………….
PUSAT PENGAJIAN : ………………………………………………………………………..
ALAMAT : …………………………………………………………………………...
…………………………………………………………………………...
……………………………………………………………………….
TANDA TANGAN
…………………….
BORANG PENDAFTARAN
PROGRAM
PEMBANGUNAN MODAL INSAN
S.P.I.E.S MAHASISWA ISLAM

Anjuran
Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan Selangor
Perunding : R.E.Z Training Consultant Sdn Bhd
TENTATIF PROGRAM
SPIE S MAHASI SWA I SLAM Sertailah
Hubungi Perunding ;
R.E.Z Training Consultant Sdn Bhd (589742-D)
No. 10-2, Jalan Opera ‘C’, U2/C,
Taman TTDI Jaya, Seksyen U2,
40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03 – 78471514 / 78463957,
Fax: 03 – 78471649
Emel : rez.training@gmail.com
Blog : www.rez-training.blogspot.com
Sahkan kehadiran, gunakan salah satu cara berikut ;
Pos : REZ TRAINING CONSULTANT SDN BHD
No. 10-2, Jalan Opera C, U2/C,
Taman TTDI JAYA, Seksyen U2, 40150
Shah Alam.
Fax : 03-78471649
SMS : 018-3802418
Emel : rez.trainig@gmail..com
Catatan : Borang ini hendaklah dihantar selewat-lewatnya
hari Jumaat, 26 Disember 2008 tengahari.

S.P.I.E.S Mahasiswa Islam S.P.I.E.S Mahasiswa Islam S.P.I.E.S Mahasiswa Islam S.P.I.E.S Mahasiswa Islam S.P.I.E.S Mahasiswa Islam S.P.I.E.S Mahasiswa Islam S.P.I.E.S Mahasiswa Islam S.P.I.E.S Mahasiswa Islam S.P.I.E.S Mahasiswa Islam

Kerajaan Negeri Selangor
percaya bahawa untuk melahirkan insan
dan masyarakat yang cemerlang secara
holistik memerlukan pembangunan
bersepadu terhadap lima unsur
kecerdasan utama : spiritual, ’physical’,
intelektual, emosional dan sosial.
Exco Pendidikan, Pendidikan
Tinggi dan Pembangunan Modal Insan
Kerajaan Negeri Selangor telah merangka
dan memperkenalkan pelan
strategik pembangunan modal insan
Negeri Selangor menggunakan elemen
Spritual, Physical, Intelektual, Emosional
dan Sosial. Elemen-elemen ini dikenali
dengan akronim SPIES.
Mahasiswa merupakan salah
satu aset utama dan penting Kerajaan
Negeri Selangor. Mereka mempunyai
pelbagai potensi kekuatan diri yang
boleh dijana untuk membangunkan
kecemerlangan diri mereka sendiri,
masyarakat, agama, bangsa dan negara.
SPIES Mahasiswa Islam
OBJEKTIF
Program ini bertujuan untuk mencapai
tiga objektif utama iaitu :
• Memberi pendedahan mengenai aspirasi
Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan
Pembangunan Modal Insan untuk
membangunkan golongan siswa
berteraskan elemen-elemen SPIES.
• Membentuk asas kecerdasan spiritual
yang mampu membangunkan kecerdasan
emosi, intektual, fizikal dan sosial secara
seimbang.
• Menghasilkan siswa yang dapat memberi
sumbangan sosial secara serius dan
signifikan kepada masyarakat kampus,
kerajaan negeri dan rakyat Selangor .

SPIRITUAL QUOTIENT
S merupakan unsur asas yang akan
menentukan keberkesanan peribadi
‘PHYSICAL’ QUOTIENT
P perlu bagi ketahanan diri dalam
menghadapi cabaran dan tekanan.
INTELLECTUAL QUOTIENT
I daya pemikiran kreatif untuk
mencapai tujuan dan matlamat.
EMOTIONAL QUOTIENT
EKe bijaksaan untuk menyedari dan
mengawal emosi dan kesannya.
SOCIAL QUOTIENT
S kemampuan bertindak bijaksana
dalam perhubungan interpersonal

[ MATLAMAT SPIES ]
Untuk melahirkan insan yang
CEMERLANG di dunia dan akhirat
yang akan menjadi
ASET kepada negeri dan bukan liabiliti.
Kelompok INSAN KAMIL yang
produktif, efektif, kreatif dan berwawasan
akan melahirkan SELANGOR sebagai HUB ILMUAN
yang maju, selamat, aman makmur dan berdayasaing.

Y.B. Dr Hjh Halimah bt Ali
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan

Nov 30, 2008

S.P.I.E.S MAHASISWA ISLAM

Pada minggu lepas 22-23November2008 aku bersama rakan-rakan telah mengikuti program anjuran Kerajaan Negeri Selangor di Nur Bukit Unggul Sepang Selangor.



Program yang diadakan selama 2 hari 1 malam itu nyata memberi gambaran yang positive kearah membangunkan masyarakat yang cemerlang.



S.P.I.E.S mahasiswa islam adalah konsep atau modul yang diajarkan dan yang dihadam ketika program tersebut.



S-Spritual(Rohani dan aqidah adalah keyakinan kewujudan Tuhan.Membentuk dan menentukan sikap dan tidakan yang tidak melampaui dari garis Tuhan).



P-Physical(Fizikal,tubuh badan dan perbuatan yang sihat mencegah dan mengubat keatas perkembangan diri yang sihat.Perbuatan dan tingkah laku yang tidak berlanggar dengan garis panduan Tuhan.)



I-Intelektual(Mental dan kognitif,sikap dan semangat cinta ilmu pengetahuan)



E-Emosional(Jiwa dan perasaan,kstabilan emosi yang membawa rasa aman dan sejahtera)



S-Sosial(Hubungan sesama manusia dan persekitaran,memiliki harga diri dan maruah diri)



Yang mana objektif S.P.I.E.S ini adalah melahirkan insan yang cemerlang dunia dan akhirat yang akan menjadi aset kepada negeri dan bukan liabiliti.Kelompok insan kamil yang produktif,efektif,kreatif,dan berwawasan akan melahirkan Selangor sebagai Hub ilmuan yang maju,selamat,aman,makmur dan berdaya saing.



Progran ini terdiri daripada pelajar Kolej Dar al-Hikmah,UM,MSU,Kolej PTPTL dan Masterskill.



Walaupun masa hanya tak lama,namun pemahaman terhadap S.P.I.E.S ini memberi ilmu dan idea-idea yang bernas untuk membentuk diri,keluarga,dan masyarakat.

Oct 9, 2008

jemput datang

PROGRAM KHAS BERSAMA SAYYID AHMAD BIN SAYYID MUHAMMAD ‘ALWI AL-MALIKI



PROGRAM KHAS BERSAMA SAYYID AHMAD BIN SAYYID MUHAMMAD ‘ALWI AL-MALIKI




10 Syawal 1429 /10 Oktober 2008 : Program Diskusi Kitab Mafahim Yajibu An Tusohhah oleh Sayyid Ahmad Al-Maliki

Tempat : Dewan Majlis Perbandaran Seremban MPS

Waktu: 2000pm – 2200pm








11 Syawal 1429 / 11 Oktober 2008 : Ceramah oleh Sayyid Ahmad Al-Maliki

Tempat : Kompleks Yayasan Sofa, Negeri Sembilan

Waktu: 2000pm-2200pm








12 Syawal 1429 / 12 Oktober 2008: Wacana Pemikiran Sayyid Muhammad ‘Alawi Al-Maliki

Tempat: Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta Kuala Lumpur

Waktu: 0800am-1300pm




ACARA: Majlis Wacana Utama - Wacana Pemikiran al-‘Allamah al-Mahaqqiq al-Jalil as-Sayyid Muhammad bin ‘Alawi al-Maliki al-Hasani. Wacana ini adalah anjuran bersama Jabatan Hal Ehwal Islam Wilayah (JAWI), ABIM, PKPIM dan Yayasan SOFA. Pembentang adalah Sayyid Ahmad bin Sayyid Muhammad al-Maliki al-Hasani dari Mekah, Habib Hasan al-'Attas dari Singapura dan Dato' Sayyid Umar al-Aidarus dari Terengganu. Masuk adalah PERCUMA.





Muslimin dan Muslimat Dijemput Hadir.





Pertanyaan :


Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi :

Ustaz Haji Mohd Farid bin Samad : 019 384 2032

Ustaz Salahuddin bin Azrai : 019 389 7785

Ustaz Mohd Hanif bin Abd Hamid : 019 663 7785

( Sila SMS nama anda kepada nombor2 di atas untuk urusan booking/reserved - Catat / maklumkan no. Majlis berkenaan )