Pages

Showing posts with label knowledge. Show all posts
Showing posts with label knowledge. Show all posts

Jan 20, 2012

Permudahkan kepada remaja perkara "HALAL"

Sebelum bertolak ke Msu..

Sempat melihat tvalhijrah di pagi yang sunyi dan dingin itu..

Amat tertarik dengan isi kandungan rancangan itu..

"Berpacaran.."

Wahhh,,


Terasa topik itu sangat bersesuaian dengan aku..



Telinga terus khusyuk mendengar ungkapan Ahmad Sughairi yang menjadi pengacara.


Mengulas isu remaja yang ramai berpacaran...


Akibat daripada itu...maka banyaklah dalam kalangan remaja yang beronani..


Melakukan zina..


Pergaulan bebas..

.....

Akibat daripada berpacaran ...


Nauzubillah..


Bila di tanya mengapa??


Maka ramai lah yang beranggapan bahawa..


Kos Kahwin Sangat Tinggi


....



Adakah benar??


Maybe...


Or What....


Maka ditambah lagi...


"Permudahkan kepada remaja perkara yang halal.."


Jangan berikan kesusahan kepada mereka untuk melakukan perkara yang halal...


kerana perkahwinan itu bisa menjauhkan daripada perkara zina,,,


dan sebagainya.


lASTLY,,,


Jangan berpacaran lama-lama..

:)



Jun 1, 2011

Katarak Mata

Katarak adalah sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun. Kanta mata menjadi keruh dan cahaya tidak dapat menembusinya. Keadaan ini menjejaskan penglihatan seseorang dan akan menjadi buta sekiranya lewat, atau tidak dirawat. Masalah katarak berbeza dengan masalah mata Glaukoma.



Informasi tentang Katarak

  • Ini disebabkan oleh usia, kencing manis, cahaya UV (pancaran matahari), kecederaan mata, merokok atau genetik.
  • Katarak disebabkan oleh selaput di bahagian kanta semulajadi mata kita yang menghalang cahaya and imej menembusi mata.
  • Bila usia kita meningkat, kadar mendapat katarak juga meningkat. Namun begitu, ada kanak-kanak dan orang muda yang boleh mendapat katarak juga.
  • Tiada ubatan atau senaman mata yang boleh melarutkan katarak.
Jikalau cermin mata tidak dapat membetulkan penglihatan kita, hanya pembedahan untuk mengeluarkan katarak dan menggantikannya dengan kanta tiruan dapat menolong memperbaiki penglihatan kita.
Adakah apa-apa risiko? Pembedahan Katarak Teknologi Terkini
(Advanced Cataract Surgery) lebih berkesan daripada cara-cara yang lama, serta sangat berkesan dan berisiko rendah.
Pembedahan Katarak Teknologi Terkini biasanya membolehkan kita mengalami:
  • Pembedahan cepat - kurang daripada 30 minit
  • Pembedahan Rawatan seharian - kurang dari 2 jam berada di pusat rawatan pembedahan
  • Penglihatan yang baik dengan pemulihan mata yang cepat
  • Pemulihan yang cepat untuk kembali kepada aktiviti seharian
  • Tiada sakit langsung atau hanya sedikit ketidak keselesaan pada waktu dan selepas pembedahan.
  • Tidak perlu jahitan atau pembalut mata
  • Kekurangan silau mata
  • Pembedahan boleh dilakukan tanpa perlu menunggu selaput menjadi matang. (Pembedahan untuk katarak yang sepenuhnya matang mendedahkan diri kepada lebih risiko.)
  • Pilihan kanta tiruan beraneka jenis seperti: monofocal, aspheric, multifocal.
Dengan Pembedahan Katarak Teknologi Terkini
(Advanced Cataract Surgery) anda boleh menikmati kualiti hidup yang tinggi dengan penglihatan yang lebih baik.

May 2, 2011

Fitnah Wanita

Zaman-zaman dunia nak hancur ni... ramai yang jadi semakin takut dengan wanita. Atau paling tidak, dimomok-momok dan ditakut-takutkan dengan wanita. Kononnya wanita itu makhluk yang boleh merosakkan lelaki.




Saya tak kata macam itu dan islam pun tak melabel wanita semacam itu. Yang buat kerja tak berpaedah (meletakkan nilai perempuan di tahapan yang paling rendah) tu cuma kerja orang Yahudi dan Kristian. Secara tak langsung, mereka meletakkan wanita sebagai kaum yang selayakkan dijadikan pemuas nafsu semata.



Namun, dalam masa yang sama... islam juga mengajar ummatnya untuk berjaga-jaga dengan wanita. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w berpesan, 'takutilah dunia, dan takutilah wanita'



Signifikannya apa ya? Takut macam takut hantu? Tak matang langsung kalau macam tu. Tapi yang benar, takut itu ialah berjaga-jaga.



Alaa.. macam kita juga. Kalau takut dengan api, janganlah memandai main mancis.



Kalau takut dengan fitnah wanita, maka hati-hati. Same concept but with different application.



Pengakuan Nabi Yusuf ada dirakamkan di dalam Quran pada surah 12, ayat ke-24. "Dan Yusuf juga berkehenddakkan kepadanya, sekiranya dia tidak melihat tanda dari tuhannya". Ayat ini bermaksud, sekiranya nabi Yusuf a.s tidak dididik dan dilimpahkan dengan nikmat dan penjagaan dari Allah, nescaya dia akan tenggelam dalam godaan itu.



Berbalik kepada perkataan fitnah tadi... Menurut Ustaz Dr. Abdul Latif dalam kuliahnya (sebagaimana yang disalin oleh saya), perkataan fitnah disebut dan diulang-ulang di dalam al-Quran kurang lebih sebanyak 17 kali, dengan 7 makna yang berbeza-beza.



Makna-makna yang berbeza-beza itu dapat dilihat sebagai yang pertama- ujian atau cubaan. Rujukannya ialah ayat 102 daripada surah al-Baqarah dan ayat 2 surah al-Ankabut.



Heh... nak tak nak, kalian kena buka al-Quran terjemahan juga lah ya. Tak apa. Dapat pahala, insya-Allah.



Kedua- syirik. Rujukannya ialah ayat 39 daripada surah al-Anfal



Ketiga- kesesatan dan keburukan. Rujukan bagi ini ialah ayat 7 daripada surah Ali-Imran.



Keempat- Kacau bilau atau huru-hara, sebagaimana yang disebut dalam ayat 25, surah al-Anfaal.



Kelima- penyiksaan, kezaliman dan siksaan. Sila buka surah Az-Zaariyat ayat 13.



Keenam- tipudaya. Ini terdapat dalam ayat 48 daripada surah at-Taubah.



Akhir, perpecahan, permusuhan dan peperangan.



Kiranya, fitnah wanita tergolong dalam yang pertama lah- Ujian.



Gulp... Kiranya sudah hampir-hampir di hujung baharu saya perasan bahawa artikel ini kelihatan agak bias. Bukanlah saya bermaksud untuk bersikap sexist tapi hakikatnya, perlu ada tindakan segera untuk melindungi wanita-wanita ini daripada diperalatkan!



Bagaimana tidak! Sedangkan iklan batu-bata pun menggunakan wanita tertonggeng untuk dijadikan model, dan mendapat sambutan pula! Wak luuu!!!



Dalam kitab sahih Muslim, ada beberapa peristiwa yang menggoncang hati saya (ceh... goncang lah sangat). Rasulullah s.a.w pernah terlihat seorang wanita, lalu jadi tidak keruan Baginda. Kemudian Baginda pun pulang untuk mendatangi Zainab (isteri baginda). Sesudah rindu dilepaskan, Baginda kembali bertemu para sahabat lalu berkata: "Sesungguhnya wanita itu datang dan pergi bagaikan syaitan. Maka, jika kamu terlihat akan wanita itu, datangilah isterimu kerana yang demikian itu dapat mententeramkan gejolak hatimu".



Dalam hadis yang lain (tadi hadis no. 1322, yang ini hadis no. 1323), Rasulullah s.a.w berpesan: "Jika ada antara kamu yang tergoda hatinya pada wanita, maka hendaklah dia pulang kepada isterinya untuk melepaskan 'rasa rindunya'. Yang demikian itu sungguh dapat mententeramkan hatinya"



Angkat kening sebelah ;) Bagaimana dengan orang yang tak kawin lagi?



Rupa-rupanya tak mudah menjadi wanita. Tapi tak mengapa kerana at least islam sudah guide kita semua untuk ke syurga.



Satu lagi, Rasulullah s.a.w juga pernah bersabda yang mana, majoriti penghuni neraka ialah kaum wanita.



Adakah saya merasa selamat? Nehi! Saya tidak akan rasa puas kalau saya dapat selamat, tapi orang-orang yang kebanyakannya tidak. Tapi lebih ngeri, jika saya sendiri tidak selamat. Uhukkk...



Kesimpulan.



Saya cuma nak menyeru kaum ibu dan kaum cewek untuk menjaga diri baik-baik. Juga kepada kaum pria, untuk merendahkan pandangan, meninggikan ego (untuk tidak jatuh cinta sebelum kahwin) dan juga meninggikan suara (supaya nampak tegas, dan takde la monyok menggoda).



Benda pasal fitnah wanita ni sudah berkurun dan beradab menjadi perbahasan, tapi solusi yang dapat dicapai hanyalah satu iaitu dengan kedua-dua belah pihak (lelaki dan perempuan) sendiri perlu menjaga diri masing-masing agar tiada yang tercela dan tiada juga yang akhirnya mencela.



Wallahu'alam.

Apr 15, 2011

Himpunan Pernikahan Di Hari Jumaat

.Firman Allah Bermaksud;




"Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan solat pada hari jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkan jual beli, yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui."(Al-Jummu'ah; 9)



Telah diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra. Ia berkata;



"Rasulullah SAW ditanya orang tentang hari jumaat, maka baginda menjawab; Hari jumaat adalah hari siraturrahim dan pernikahan!, Kemudian sahabat bertanya lagi; Menapa demikian ya Rasulullah? Rasulullah SAW menjawab; Kerana para anbiya' pada masa lalu melaksanakan pernikahan pada hari tersebut".



Sebahagian ulama mengatakan; Telah terjadi tujuh pernikahan dan diantara para anbiya' serta antara para aulia' pada hari jumaat iaitu;



1) Pernikahan antara Nabi Adam as, dan Siti Hawa



2) Pernikahan antara Nabi Yusuf as, dengan Zulaikha



3) Pernikahan antara Nabi Musa as, dengan Shafrawa



4) Pernikahan Nabi Sulaiman as, dengan Baiqis



5) Pernikahan antara Nabi Mhammad SAW dengan Siti Khadijah



6) Pernikahan antara Nabi Muhammad SAW dengan Siti Aisyah



7) Pernikahan antara Sayyidina Ali Thalib dengan Fatimah





Moga kita semua mendapat manfaat dan dapat contohi serta mengikut kaedah Para Nabi demi hari jumaat yang penuh barakah....




Apr 10, 2011

Kata-Kata Hikmah 4 Khalifah Pertama Dunia Islam

SAIDINA ABU BAKAR RADHIALLAHU ANHU BERKATA:


Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan iaitu:

1. Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau;

2. hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau;

3. hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula atau;

4. adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna



SAIDINA UMAR AL-KHATTAB RADHIALLAHU ANHU BERKATA:

1. Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya

2. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina

3. Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya

4. Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga



SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN RADHIALLAHU ANHU BERKATA:

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:

1. Hatinya selalu berniat suci

2. Lidahnya selalu basah dengan zikrullah

3. Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)

4. Segala perkara dihadapinya dengan sabar dan tabah

5. Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.



SAIDINA  ALI KARRAMALLAHU WAJHAH BERKATA:

1. Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu’

2. Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia- sia

3. Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur’an tanpa mengambil pangajaran daripadanya

4. Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara’

5. Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi

6. Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki

7. Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan

8. Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya, siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya, siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak wara’, sedang orang yang tidak wara’ itu bererti hatinya mati

Bersama Hayati...

Mar 6, 2011

"Bidadari di Istanaku.."

Kamu la Bidadari di Istanaku. Kata suami kepada isterinya..(InsyaAllah)

Alangkah damainya hidup ini andai dapat membina satu masjid atau memupuk budaya yang penuh dengan syariat Islam. Dalam diri dan keluarga.Mudah-mudahan.

Kita wanita umpama bidadari yang akan mencorakkan istana dengan sopan dan penuh amanah. Sama ada membantu dalam mewujudkan sinar islami dalam keluarga, adik beradik dan sebagainya.

Jika diteliti perkataan bidadari itu membawa bayangan yang sungguh indah dan cantik. Bahkan amat mendamaikan jiwa. Bertapa tingginya nilai istilah si bidadari. Maka, apakah yang di nantikan oleh wanita oleh muslimah bersama lah kita membentuk diri untuk mengutip sebanyak mana mutiara yang boleh diamalkan dalam mendidik diri untuk menjadi bidadari.

Membentuk diri untuk menjadi bidadari dalam sesebuah istana yang indah banyak memerlukan pengorbanan. Lihat sahaja dalam filem klasik yang mengisahkan kehidupan bidadari, yang banyak pantang larangnya. Begitulah juga dalam kehidupan realiti, al-Quran yang diturunkan untuk menjadi garisan panduan dan ditambah lagi dengan indahnya Sunnah Rasulullah s.a.w. itu sudah cukup untuk membentuk diri agar menjadi bidadari yang berkualiti rohani dan jasmani nya. Mudah-mudahan.

Turutan daripada mengikuti garis panduan yang ditetapkan oleh Allah s.w.t maka, kecantikan bidadari itu akan terlahir pada akhlaknya, yang mana akhlak ini penting dalam mendidik dan menghiasi istana agar cantik dan berseri-seri. Menjadi tauladan kepada anak-anak, adik beradik dan yang paling penting dalam menjadi suri kepada si suami.

Dalam menyulami sikap dan sifat sebagai bidadari, jangan lah kita terputus asa dalam menongkah istana, kerana sentiasalah bersabar.

Bidadari Istanaku, biarlah indah pada nama dan luarannya. Bersamalah membentuk diri menjadi seorang yang soleh dan solehah.
Wallahualam..

Feb 8, 2011

Khasiat Kunyit

Khasiat Kunyit


Beberapa kajian yang telah dibuat menunjukkan kunyit boleh membantu proses penghadaman dan mengurangkan 'gas' atau angi dalam perut. Kunyit yang disapukan dengan minyak jika disapu akan membantu menghaluskan kulit. Kunyit juga boleh digunakan sebagai tonik bila dicampurkan dengan manisan dan minyak bijan. Juga boleh membantu masaalah datang haid bulanan dan juga membantu meningkatkan pengeluaran sel darah merah dan elok digunakan dalam keadaan anemia atau kekurangan darah merah. Kunyit yang dicampurkan air boleh digunakan untuk merawat gatal gatal, kudis, sakit sakit lutut, sendi dan ruam.



Kunyit amat sesuai ditanam disekeliling rumah dan jika rajin boleh digunakan sebagai sumber pendapatan sampingan. Di Malaysia, kunyit yang digunakan banyak diimport dari negara luar. Pengeluar terbesar kunyit di dunia adalah China, India dan Indonesia. Sebagai peringatan jangan guna kunyit serbuk, kerana ini mungkin telah dicampur dengan pewarna kuning yang diberi nama TETRAZINE yang boleh menyebabkan alahan. Gunakan kunyit hidup. Gunakan 1 inci atau 3cm kunyit dalam segelas air masak. Boleh diamalkan untuk menjaga kesihatan kita.

Jul 28, 2010

Nothing "manis" than "Ukhuwwah"

Tiada yang lebih manis daripada Ukhuwwah..

Manis ibarat GULA

Pahit ibarat HEMPEDU

bersahabat, mempunyai teman, punyai ramai kawan yang memahami erti matlamat hidup di dunia memang syok. Memang manis seperti gula. Ada tempat untuk bermanja-manja dan mencurahkan kasih sayang. Tak percaya cubalah....

Dalam bersahabat memang ada turun dan naiknya, kekadang mesra..kekadang nak berkuasa dengan nafsu, terjadilah pergaduhan atau perselisihan yang mengguris hati,,,

cont.....

Jun 5, 2010

Alhamdulillah hargai kekuatan yang Allah bagi untuk baiki diri.

Alhamdulillah...khamis yang lalu ada seseorang yang dipilih oleh Allah swt untuk mengingatkan aku puasa pada hari khamis. Alhamdulillah dapat habiskan puasa sehingga petangnya. Aku dimaklumkan bahawa hari itu adalah hari penutup kelahiran keluarga Rasulullah saw, Iaitu Fatimah az-Zahrah. Aku difahamkan bahawa banyak fadhilatnya berpuasa sunat pada hari itu. Sama macam kita berpuasa pada hari isnin, bersamaan dengan kelahiran Rasulullah saw.
Mengapa ada yang mengatakan diri tidak pernah berubah, tidak berubah-ubah. Walhal Allah swt senantiasa memberikan kekuatan untuk kita berubah. Tetapi kita tidak menggunakannya dengan sebaiknya. Saban hari Allah swt senantiasa memberikan kesihatan, memberikan oksigen dan sebagainya....memperbaiki diri untuk meningkatkan amal dan kebajikan kita kepada Allah swt. Mati adalah untuk hidup. Hidup yang seterusnya akan lebih kekal abadi..
tepuk-tepuk diri,,,tanya-tanya hati...

May 30, 2010

Jangan Malu, dan Jangan Sampai Tidak Tahu Malu


Malu adalah sifat dan akhlak baik. Malu yang sebenarnya ialah malu untuk tidak berkata perkataan yang keji dan tidak melakukan perbuatan hina. Malu untuk melakukan perkara yang dibenci oleh Allah swt. Tidak melakukan perbuatan yang zalim sesama manusia. Tidak melakukan perbuatan yang keji yang menjatuhkan maruah. Tidak berkata dengan perkataan yang keji seperti bodoh, bangang, dan sebagainya.


Seseorang yang mempunyai sifat malu yang sebenarnya akan sentiasa malu kepada Allah swt apabila melakukan perbuatan yang munkar. Tetapi berlainan pula dengan seseorang yang tidak mempunyai sifat malu akan sentiasa melakukan perbuatan yang terkutuk oleh Allah swt. Oleh kerana tidak mempunyai malu kepada Allah swt, maka dia akan sentiasa beranggapan bahawa Allah swt tidak akan menghisab segala perbuatan yang dilakukan olehnya. Ini adalah malu yang sebenar. Iaitu malu untuk melakukan perkara keji.


Namun ada juga yang menyalah ertikan malu, iaitu malu untuk melakukan ibadat. Malu untuk menunaikan ibadat solat. Malu untuk menutup aurat. Malu untuk bertudung. Malu untuk menghadiri majlis ilmu. Malu seperti ini adalah akan merugikan diri sendiri. Oleh kerana kawan-kawan yang lain tidak menunaikan solat, maka kita pun malu untuk solat. Malu untuk memakai tudung kerana akan dikritik oleh masyarakat dan sebagainya sedangkan tudung itu adalah sesuatu yang dituntut dalam islam. Ianya wajib dan bukan sunat. Janganlah malu untuk menjalankan perkara yang benar. Ada yang malu untuk mencegah kemungkaran, dengan alasan takut untuk dibenci oleh orang sekeliling.

Jangan malu untuk menegakkan kebenaran dalam kehidupan, dan jangan sampai tidak tahu malu untuk melakukan perbuatan yang keji. Malu itu mestilah hadir dalam diri kita. Kerana malu itu akan mencegah diri kita daripada perkara-perkara yang munkar. Jagalah diri sendiri dengan akhlak yang baik. Ingatkan diri sendiri. Semua benda yang kita lakukan akan dihisab oleh Allah swt.

bintang @@

Ingat ini perkara.

Assalamualaikum..
ingatlah perkara nie..
1. Semua yang kita buat akan di hisab..sebesar, sekecil, sejahat, sebaik, seterang mana..semua akan dihisab
2. Al-Quran, bacalah setiap hari. Jangan tinggal. Junjunglah..banyaknya kelebihan membaca al-Quran.
3. Semua yang berlaku adalah kehendak Allah swt,ada hikmahnya...
4. Doakan Ibu bapa setiap hari,,,
5. Berselawat kepada Rasulullah s.a.w...

Nov 25, 2009

Nilai Tudung Wanita




Di sini Darul Nu'man ingin menyentuh tentang pemakaian tudung kaum wanita masa kini sebagai renungan bagi wanita Islam. Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.
Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.
Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.
Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.
Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.
Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.
Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.
Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?
Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.
Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.
Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.
Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.
Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.
Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.
Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.
Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah.
Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.
Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.


Oct 30, 2009

Istilah-istilah dalam Ulum al-Hadis

Istilah-istilah yang digunakan dalam Ulum al-Hadis

1.Sanad
Al-Sanad ialah jalan yang menghubungkan kepada matan.Ia juga bermaksud jalan yang menyampaikan kepada hadis.
Sanad dari segi bahasa ialah sesuatu yang kita bersandar kepadanya,seperti tembok dinding dan sebagainya.
Sanad dari segi istilah ahli hadis ia membawa maksud jalan yang menyampaikan kepada matan hadis.Dalam erti kata lain,ia bermaksud rangkaian perawi di dalam tabaqat.


2.Perawi
Perawi ialah orang yang meriwayatkan hadis.

3.Matan
Matan dari segi bahasa ialah pertengahan jalan.
Dari segi istilah ialah lafaz-lafaz hadis yang membentuk pengertian.Dengan kata lain,ialah kata-kata atau lafaz-lafaz yang terletak sesudah perawi bermula daripada akhir sanad.Konteks lain,ia bermaksud hadis Nabi yang di akhir sanad.

4.Isnad
Isnad ialah menyandarkan sesuatu hadis kepada orang yang meriwayatkannya.Kadang-kadang ia juga digunakan dengan makna al-Sanad.Ertikata lain.ia bermaksud menyebutkan hadis itu kepada orang-orang mengatakannya.

5.Musnid
Al-Musnid ialah orang yang meriwayatkan hadis dengan isnadnya sama ada ia mengetahui Ilmu Hadis atau tidak.Ia juga disebut musabbid,iaitu orang yang meriwayatkan hadis dengan isnadnya.

6.Musnad
Musnad ialah nama bagi kitab-kitab yang dikumpulkan didalamnya apa-apa yang diriwayatkan oleh seorang sahabat atau lebih.Ia juga bermaksud kitab yang dikumpulkan hadis didalamnya yang diriwayatkan oleh sesorang sahabat.
Contoh:Musnad Imam Ahmad (w 241),dibukukan dalam kurun ke3 Hijrah dan terdapat 40,000 hadis.

7.Muhaddis
Muhaddis ialah orang yang mengetahui tentang hadis,samaada Riwayah atau Dirayah dan kecatatannya.Juga mengetahui perawi-perawi hadis daripada riwayat-riwayat yang ada pada zamannya dan mengingati sejumlah besar matan hadis daripada kitab-kitab yang Sahih.Muhaddis ialah mereka mengetahui perkara-perkara yang luar biasa dan menguasai serta menghafaz kurang daripada 100,000 buah hadis. Untuk itu Muhaddis ialah orang yang banyak menghafaz hadis serta mengetahui sifat-sifat orang yang meriwayatkan tentang adil dan kecatatannya. Antaranya Abu Bakar Ahmad Ibn Marwan al-Maliki,Imam Abu Qasim Abdul Rahman.

8.Muhafiz/al-Hafiz
Dari segi bahasa ialah orang yang menghafaz.al-Hafiz dari sudut istilah pula para ulama salaf mengatakan ia sama dengan muhaddis.Ada yang mengatakan mereka orang yang menghafaz sebanyak 100,000 buah hadis yang bersanad.Oleh itu,hafiz ialah orang yang menghafaz sebanyak 100,000 hadis dengan isnadnya. Antara mereka yang mendapat darjat ini ialah Ibnu Majah,Muhammad Ibn Hibban.

9.Hujjah
Hujjah lebih tinggi daripada darjat Hafiz,disamping itu mereka memiliki sifat yang ada pada Hafiz.Mereka menghafaz hadis bersanad sebanyak 300,000 buah hadis dari segi Matan,Sanad,Jarh,Ta’dil serta sejarahnya.Antara mereka ialah Abu al-Huzzayl Muhammad bin al-Walid al-Hims,Mu’ammar bin Rasyid.

10.Hakim
Martabat yang tertinggi bagi Ahli Hadis.Iaitu orang yang mengetahui segenap hal di dalam perkara yang bersangkutan dengan hadis dan menghafaz hadis dengan bilangan yang lebih banyak daripada mereka yang berada di martabat Hujjah.Hakim juga adalah gelaran bagi mereka yang dapat menguasai serta menghafal lebih daripada 700,000 buah hadis yang diriwayatkan dari segi Matan,Sanad,Jarh,Ta’dil serta sejarahnya.Antara mereka yang mencapai mertabat Hakim ini ialah Imam Malik bin Anas,Imam Bukhari.

Apr 22, 2009

WOMEN

WARKAH BUAT HAWA...
HAWA ,
andai engkau masih remaja, jadilah anak yg solehah bt kedua
ibubapamu, andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,
andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din
ALLAH... HAWA, andai engkau belum berkahwin, janganlah kau risau jodohmu, ingatlah janji
tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah
pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrimmu, kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati,
maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam sekaligus disusuli dengan pertemuan, takut
lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri...HAWA, lelaki yang baik tidak melihat pada paras
rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keayuannya, lelaki yang warak, tidak
menilai wanita melalui kemanjaannya serta kemampuannya mengoncang iman lelaki, tetapi,
lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan yang paling penting
pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang
bukan muhrimnya, kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya,
lelaki yang warak juga, tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah
pertemuan lelaki dan wanita, yakni sebuah perkahwinan. Oleh itu HAWA, jagalah pandanganmu,
awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta
daripada adam untukmu, cukuplah hanya cinta ALLAH, yang memenuhi dan menyinari
kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan
kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik, serta keluarga yang
membahagiakan dirimu. HAWA, cintailah ALLAH dikala susah dan senang kerana kau akan
memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai ALLAH. Cintailah kedua ibu bapamu
kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH, cintailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa
cinta yang bahagia selain daripada cinta keluarga. Janganlah sesekali tangan yang
mengoncangkan dunia, juga mengoncangkan iman lelaki.. TUNDUKKAN PANDANGANMU…

Mar 31, 2009

Ada apa dengan si SEMUT?





7 Keistimewaan Semut
Semut adalah salah satu makhluk Allah SWT yang dikaruniakan beberapa kelebihan dan kecerdasan, barangsiapa yang bisa mencermati apa-apa yang dikaruniakan kepadanya, niscaya dia akan mendapatkan pelajaran berharga dan tanda-tanda kebesaran Allah SWT.



Ketika mencari makanan, mereka keluar bersama-sama dari liangnya. Dan ketika mendapatkan makanan, mereka pun akan membawa makanan tersebut ke liangnya untuk di makan bersama-sama.



Selalu ada dua barisan, barisan pertama adalah barisan yang merayap masuk ke liang membawa makanan, dan barisan kedua adalah barisan yang keluar dari liang untuk mencari makanan tanpa ada yang saling bertabrakan.



Bila merasa berat dalam mengangkat makanannya, maka berkumpullah sekelompok semut untuk saling membantu dalam mengangkatnya.



Bila menemukan makanan, maka temannya yang lain akan segera membantunya.
Bila menemukan makanan bersamaan, maka mereka saling bergotong royong lalu membagi hasilnya di depan pintu liang.



Apabila makanannya adalah biji-bijian yang dapat tumbuh, maka ia akan memotong-motongnya menjadi beberapa bagian.



Apabila makanannya terkena air dan dikhawatirkan akan rusak, maka ia membawanya keluar dan menjemurnya di bawah matahari dan membawanya kembali setelah kering. Oleh karena itulah terkadang kita mendapatkan tumpukan potongan biji-bijian di sekitar liang semut, namun dalam tempo yang tidak begitu lama segera hilang tanpa sisa.


```


from:http://kreasiopiq.blog.friendster.com/2009/03/7-keistimewaan-semut/

Jan 10, 2009

matlamat Hamas

Dengan nama Allah..



Assalamualaikum



Antara matlamat Hamas sepenuhnya dalam jangka panjang;


  • Memerdekakan Bumi Palestin dari Sungai Jordan sehingga ke laut Mediteranean.

  • Mendirikan negara Palestin dengan perinsip-perinsip Islam.

Matlamat Hamas jangka pendek;



  • Memerdekakan tebing Barat

  • Menerapkan nilai-nilai Islam dalam masyarakat Palestin supaya mereka mengamalkan akhlak dan budaya Islam dalam kehidupan.Ini penting kerana ianya menjadi nadi perjuangan dalam menuntut kemerdekaan bumi Palestin.

  • Menjaga dan meneruskan intifadah atau jihad dan penentangan bersenjata bagi memerdekakan bumi Palestin dan menentang sebarang usaha neutralisasi.

  • Mengerahkan bangsa Arab dan juga umat Islam sedunia bagi membantu rakyat Palestin memerdekakan bumi Palestin.

Jan 7, 2009

10 Muharram Hari Asyura

Assalamualaikum..
Banyak Sejarah para Nabi dan Rasul-Rasul a.s pada 10 Muharram.Antaranya ialah kemenangan Nabi Musa a.s dengan Firaun,keluarnya Nabi Yunus a.s dari perut ikan,dosa Nabi Adam a.s diampunkan Allah swt,bertemunya Nabi Yusuf a.s dengan ayahnya Nabi Yaakub a.s dan banyak lagi.Adalah disunatkan berpuasa pada 10 Muharram.Memberi makan sesuap atau seteguk kepada orang yang berpuasa,usap kepala anak yatim yang belum baligh agar hati kita lembut untuk beramal,berselawat banyak2 sekiranya mampu 100x atau 1000x.InsyaAllah..semoga kita bersama dalam selangkah menghampiri Allah swt.Amin ya Rabbal alamin..

Aug 27, 2008

15 tips menjadi Hamlatul Quran yang sistematik




1.Melakukan iadah daripada muka surat belakang.Contoh muka surat 22 sehingga muka surat 2,maqro' 8-1.Kebanyakan para Qari hanya lancar bahagian hadapan sahaja.Melakukan iadah dengan cara begini dapat menyeimbangkan penghafalan.

2.Merakam suara anda menggunakan perakam kaset,handphone,mp3,mp4 dan sebagainya.Kemudian semak semula bacaan anda.Hal ini,membolehkan anda mengetahui kesilapan dalam bacaan.

3.Membaca dengan kawan secara bergilir-gilir.Dapat menghilangkan rasa mengantuk dan mengeratkan ukhwwah.

4.Iadah dalam solat tahajjud.

5.Melazimkan iadah setiap kali selepas solat fardhu.

6.Mengenalpasti ayat mutasyabihat.

7.Hendaklah mengulang al-Quran tanpa mengira tempat dan masa.

8.Ayat-ayat yang hendak dihafal hendaklah diulang sehingga lancar.

9.Menggunakan satu mushaf al-Quran sahaja.

10.Selalu iadah bersama guru-guru,rakan-rakan selagi ada peluang.

11.Selalu mendengar bacaan al-Quran daripada kaset dan sebagainya.

12.Membaca dengan tadwir ketika tasmi' baru dan iadah.

13.Beramal dengan surah al-Qamar ayat 40.Mafhumnya "Dan sungguh telah kami mudahkan al-Quran sebagai peringatan,maka adakah orang yang mahu mengambil pelajaran?"

14.Surah al-A'la ayat 6.

15.Surah al-Insyirah 1 atau 3 atau 7.

=D Bacaan tadwir ialah bacaan pertengahan.

Wallahualam.

Aug 23, 2008

Wanita di bawah Cahaya al-Quran dan al-Sunnah (bhg 1)


Pendahuluan

Apakah sifat seorang wanita yang beriman kepada Allah dan RasulNya? Bagaimanakah seorang wanita itu seharusnya bertingkahlaku untuk dia digelar wanita yang solehah? Dan apakah petunjuk Nabi :selawat kepada kaum wanita dari kalangan umatnya dalam menjalani kehidupannya? Sesungguhnya tidaklah seorang wanita itu mengikut setiap pesanan dan nasihat dari guru sekalian umat ini -:selawat- melainkan dia digelar wanita yang solehah. Tiada satu pun yang dapat mengukur kebaikan dan kemuliaan seorang wanita itu melainkan dengan kekuatannya berpegang kepada al-Quran dan al-Sunnah. Tulisan ini akan menjawab persoalan-persoalan yang diutarakan di atas berdasarkan dalil-dalil dari al-Quran dan al-Sunnah. Wahai kaum wanita, perhatilah dan selamilah petunjuk serta wasiat dari Penciptamu dan Rasulmu serta hadapilah hidup ini dengan hati yang lurus!

.
Sifat wanita yang beriman
Sekiranya seorang wanita itu berakhlak dan menghiasi dirinya dengan sifat-sifat berikut, maka bergembiralah dia dengan syurga yang dijanjikan oleh Allah untuknya.

(1) Keimanan dan taqwa kepada Allah serta kecintaannya kepada Rasul :selawat. Seorang wanita itu seharusnya mendahulukan Allah dan Rasul :selawat dalam apa jua perkara serta menjadikan keduanya sebagai kayu ukur dalam setiap gerak-geri dan tingkahlakunya. Allah Ta'ala berfirman yang bermaksud : «Tiadalah bagi lelaki yang beriman dan wanita yang beriman (hak) untuk memilih dalam urusan mereka apabila Allah dan RasulNya telah memutuskan urusan itu. Barangsiapa menderhakai Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata» [al-Ahzab : 36]. Dan Nabi :selawat telah menjanjikan bahawa mereka yang mendahulukan Allah dan RasulNya dalam setiap perkara maka mereka akan mendapat kemanisan iman. Nabi :selawat berkata yang membawa maksud : «Tiga perkara yang mana ia terdapat pada diri seseorang itu, maka dia akan merasai kemanisan iman ; orang yang mencintai Allah dan RasulNya melebihi segala sesuatu; orang yang mencintai orang lain kerana Allah; dan orang yang membenci kekafiran sebagaimana dia membenci dimasukkan ke dalam api neraka»
[1].
Seorang wanita yang beriman itu selalu mengingati Allah dalam keadaan bersendiri mahupun ramai, dan dalam keadaan senang ataupun susah. Hatinya sentiasa terikat dengan Allah dan dia sentiasa memelihara iman di dalam hatinya dengan zikir, ibadah-ibadah sunat, membaca al-Quran serta memerhati tanda-tanda kekuasaan Allah. Kehidupan bagi seorang wanita itu bukanlah emas dan perhiasan, kehidupan juga bukan suami ataupun keluarga; tetapi kehidupan bagi seorang wanita itu ialah iman dan amalan-amalan soleh yang akan dibawa berjumpa Allah kelak. Allah berfirman yang bermaksud : «Barangsiapa mengerjakan kebaikan baik lelaki ataupun perempuan, sedang dia beriman, nescaya Kami hidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan Kami balasi mereka dengan pahala yang terlebih baik dari apa yang telah mereka amalkan» [al-Nahl : 97]. Seorang wanita yang menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai tunggak hidupnya, maka dia akan menjalani kehidupan di dunia ini dengan aman dan bahagia. Dari Suhaib al-Rumi, Nabi :selawat berkata yang bermaksud : «Sungguh mengkagumkan urusan orang mukmin itu, setiap urusannya adalah baik, tidaklah perkara ini berlaku kepada seseorang pun melainkan orang mukmin, jika dia mendapat perkara gembira, dia bersyukur, itu adalah baik baginya, dan jika dia ditimpa musibah, dia bersabar, itu adalah baik baginya»
[2].

(2) Sentiasa melazimi rumah dan tidak berhias-hias (tabarruj). Sekian banyak dalil-dalil dari al-Quran dan al-Sunnah yang menunjukkan bahawa melazimi rumah itu adalah lebih baik bagi seorang wanita. Setiap apa yang disebut sebagai 'baik' oleh Allah dan Rasul :selawat, maka tiadalah sesuatu pun yang lebih baik dari perkara itu. Allah berfirman di dalam al-Quran yang menunjukkan perintah kepada isteri-isteri Nabi :selawat yang bermaksud : «Tetaplah kamu dalam rumahmu dan janganlah kamu berhias-hias seperti berhiasnya perempuan jahiliyah yang dahulu…» [al-Ahzab : 34]. Ibn Kathir berkata ketika menafsirkan ayat ini : "Adab-adab ini telah Allah perintahkan kepada isteri-isteri Nabi :selawat dan wanita umat ini (untuk mereka mengikuti ummahat al-mukminin)…(ayat ini bermaksud) iaitu tetaplah kalian dan janganlah keluar tanpa sebarang hajat dan antara hajat yang dibenarkan syara' ialah solat di masjid dengan syarat yang telah ditetapkan
[3]". Manakala al-Qurtubi pula berkata : "Ayat ini menunjukkan perintah untuk tetap di rumah, walaupun ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri Nabi :selawat, tetapi dari segi makna, ia juga merangkumi wanita-wanita lain, bagaimana tidak, sedangkan banyak perintah syara' yang menyuruh wanita tetap di rumah dan tidak keluar kecuali darurat[4]".
Dalam suatu hadis, Nabi :selawat berkata yang bermaksud : «Solat wanita di (bahagian dalam) rumahnya lebih baik dari solatnya di ruangan luar rumahnya
[5], dan solatnya di dalam rumah kecilnya (makhda'[6]) lebih baik dari solatnya di dalam bahagian dalam rumahnya (tadi)»[7]. Walaubagaimana pun, wanita dibenarkan untuk solat di masjid, tetapi solat mereka di rumah itu adalah lebih baik seperti yang dikatakan oleh Nabi :selawat yang bermaksud : «Janganlah kamu halang isteri-isteri kamu (bersolat) di masjid, (akan tetapi) rumah-rumah mereka itu lebih baik bagi mereka»[8]. Dalam syarah hadis ini disebutkan : 'Solat wanita di rumah itu lebih baik bagi wanita daripada solat mereka di masjid sekiranya mereka mengetahui, tetapi mereka tidak mengetahuinya lantas meminta izin untuk ke masjid dan menganggap bahawa pahala mereka bersolat di masjid itu lebih banyak. Solat mereka di rumah itu lebih baik kerana ia lebih aman dari fitnah, lebih-lebih lagi setelah berlakunya tabarruj dan berhias-hias di kalangan wanita…[9]'. Perintah ini dikuatkan lagi dengan sebuah hadis Nabi :selawat yang bermaksud : «Wanita itu aurat, jika dia keluar maka syaitan akan memandangnya, dan seorang wanita itu paling hampir dengan Tuhannya sekiranya dia berada tetap di dalam rumahnya»[10]. Perkataan 'istasyrafa' dalam hadis di atas membawa maksud syaitan akan mencantikkan wanita itu di mata lelaki, dan ada pendapat yang mengatakan bahawa maksud hadis ini ialah syaitan akan memandang wanita itu untuk menyesatkannya dan orang lain akan menjadi sesat disebabkan olehnya[11]. Subhanallah! Hadis ini menunjukkan kelebihan melazimi rumah bagi seorang wanita dan itu merupakan antara cara yang terbaik untuk dia mendekatkan diri kepada Allah. Maksudnya sama seperti hadis[12] yang menyatakan bahawa seorang hamba itu paling hampir dengan Allah dalam keadaan sujud, yang mana hadis ini menunjukkan kelebihan sujud dan galakan untuk memperbanyakkan sujud.
Perintah bagi wanita supaya tetap di rumah dan larangan untuk mereka keluar dikecualikan sekiranya mereka keluar dengan sebab-sebab dan hajat tertentu yang dibenarkan syara'. Ini berdasarkan hadis Nabi :selawat di mana Aisyah :radhia menceritakan : Saudah :radhia telah keluar –selepas turunnya perintah hijab- kerana hajat tertentu, dan dia adalah seorang wanita yang berbadan besar, mereka yang mengenalinya pasti akan akan mengetahui bahawa dia adalah Saudah (walaupun dia memakai pakaian menutupi seluruh badan ataupun keadaan malam yang gelap), maka Umar melihatnya lalu berkata : Wahai Saudah, demi Allah, kamu tidak akan dapat menyembunyikan diri dari kami, maka fikirlah cara bagaimana kamu keluar tanpa dikenali. Aisyah berkata : Maka Saudah pun pulang, dan Baginda :selawat berada di rumahku sedang makan malam dan tangannya menggenggam daging, lalu dia masuk dan berkata : Wahai Rasulullah, aku telah keluar untuk menunaikan hajatku dan Umar telah berkata kepadaku (itu dan ini). Aisyah berkata : Maka Allah telah menurunkan wahyu kepadanya dan ketika keadaan itu selesai, daging itu masih berada di genggamannya seakan-akan beliau tidak mahu menyimpannya, lalu Nabi :selawat bersabda : «Kamu diizinkan keluar untuk memenuhi keperluanmu»
[13].

(3) Sentiasa menundukkan pandangan dan memelihara dirinya. Seorang wanita yang beriman dan solehah itu sentiasa menundukkan pandangannya dari melihat perkara-perkara yang haram dan sentiasa memelihara kehormatan dirinya sebagai seorang wanita yang beriman.
Telah menjadi kebiasaan bagi wanita-wanita zaman ini samada yang sudah bersuami atau pun masih belum berkahwin –kecuali mereka yang dipelihara oleh Allah- untuk mempunyai sahabat dari kalangan lelaki. Ini bertentangan dengan sifat wanita yang beriman dari kalangan hamba yang disifatkan oleh Allah dalam surah al-Nisa' yang bermaksud : «…dan berikanlah kepadanya mas kahwinnya dengan kadar yang patut, sedang hamba itu perempuan yang baik, bukan perempuan lacur dan bukan pula mengambil lelaki lain sebagai teman secara rahsia…» [al-Nisa' : 25]. Inilah budaya barat yang cuba diserap masuk di kalangan wanita-wanita Muslimah kerana musuh-musuh Allah ini tahu bahawa rosaknya wanita Muslimah bererti rosaklah generasi Islam yang akan datang! Tetapi malangnya, fenomena ini dianggap biasa di zaman ini bahkan wanita yang tiada sahabat lelaki itu pula yang dikatakan ketinggalan zaman serta tidak pandai bersosial dan sebagainya. Allah jualah tempat meminta pertolongan.
Firman Allah lagi dalam surah yang sama mengenai sifat-sifat wanita yang baik itu : «…Perempuan-perempuan yang solehah ialah perempuan-perempuan yang taat, yang memelihara kehormatannya sewaktu suaminya tiada, sebagaimana Allah telah memeliharakan dirinya…» [al-Nisa' : 34]. Maksudnya, mereka ini memelihara kehormatan diri mereka dan memelihara rahsia suami ketika ketiadaannya sebagaimana Allah memelihara mereka dengan memerintahkan para suami supaya bergaul dengan baik dengan mereka dan menunaikan hak-hak para isteri
[14]. Inilah ciri-ciri wanita yang solehah.
Manakala perintah menundukkan pandangan pula tidaklah terhad pada lelaki sahaja, bahkan Allah telah mengkhususkan satu ayat yang menyuruh para wanita juga menundukkan pandangan. Firman Allah yang bermaksud : …«Katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman, supaya mereka merendahkan pandangan…» [al-Nur : 31].

(4) Menjaga lisan daripada mengumpat, memfitnah dan sebagainya. Suka mengumpat, mencerca dan melaknat adalah satu sifat yang sering dikaitkan dengan wanita –kita memohon keselamatan dari Allah supaya dijauhkan dari sifat ini-. Manakan tidak, sedangkan Allah sendiri mengkhususkan larangan ini kepada wanita di samping ayat yang umum melarang orang mukmin itu menghina sesama mukmin. Allah berfirman yang bermaksud : «…dan jangan pula kaum perempuan menghina kaum perempuan yang lain, kerana boleh jadi perempuan yang dihina itu lebih baik dari perempuan yang menghina…» [al-Hujurat : 11]. Allah mengkhususkan larangan ini kepada wanita kerana kaum inilah yang seringkali cepat mengeluarkan kata-kata yang tidak baik samada mengumpat, menghina, mengata dan sebagainya
[15]. Syeikh al-Sa'di rahimahullah di dalam tafsirnya berkata : '…pada realitinya memang selalunya mereka yang dihina itu lebih baik dari yang menghina, kerana penghinaan itu tidak akan datang kecuali dari hati yang penuh dengan keburukan dan akhlak yang keji…'[16].
Allah Ta'ala juga berfirman yang bermaksud : «…dan janganlah kamu mengumpat orang lain, sukakah salah seorang kamu memakan daging saudaranya yang telah mati?...» [al-Hujurat : 12]. Maka selayaknya bagi wanita yang beriman untuk menjauhi larangan Allah ini dan cuba sedaya-upaya untuk menjaga lisannya dari berkata yang tidak baik. Hendaklah seorang wanita itu bertaqwa pada Allah dan meletakkan syurga dan neraka di hadapannya sebelum berkata apa-apa mengenai orang lain.
Dari Huzaifah :radhia, Nabi :selawat berkata yang bermaksud : «Tidak akan masuk syurga qattaat (orang yang mendengar sesuatu sedangkan dia tidak mengetahui hakikat sebenarnya dan kemudian menyebarkannya untuk tujuan berbuat kerosakan
[17])[18].

(5) Menjaga pendengarannya daripada muzik, kata-kata yang keji dan perkara-perkara lain yang haram untuk didengari. Seorang wanita yang beriman hendaklah berusaha sedaya-upaya untuk menjauhi apa jua perkara yang boleh melalaikannya dan tidak mendatangkan faedah bagi agamanya. Dia hendaklah sentiasa memelihara pendengarannya kerana ia adalah sesuatu yang dipertanggungjawabkan ke atasnya dan akan disoal oleh Allah di hari akhirat kelak. Allah berfirman yang bermaksud : «…Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, masing-masing akan dipertanggungjawabkan» [al-Isra' : 36].
Nabi :selawat berkata yang bermaksud : «Akan muncul dari umatku orang-orang yang menghalalkan (menganggap halal) zina, memakai baju sutera, arak dan alat muzik…»
[19]. Perbuatan 'menghalalkan' itu tidak terjadi melainkan apabila hukum asal sesuatu itu adalah haram. Dalam hadis ini, alat muzik diletakkan sebaris dengan arak dan zina yang mana jelas pengharamannya pada umat Islam. Ibn Mas'ud :radhia berkata : "Nyanyian itu menumbuhkan nifaq dalam hati sebagaimana air itu menumbuhkan sayuran"[20].
Dr. 'Aidh al-Qarni berkata
[21] : Sesiapa yang mendengar muzik itu maka dia akan dihukum dengan tiga perkara :
1- Terputus hubungan hatinya dengan Allah.
2- Dia tidak lagi menyintai al-Quran, zikir, hadis, sirah Nabi :selawat dan sebagainya.
3- Allah akan mengharamkan mendengar nyanyian baginya di syurga nanti.

Bersambung insha Allah…

[1] Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Sahihnya, Kitab Bad'u al-wahyi, Bab Halawat al-iman, no. hadis : 16; Muslim dalam Sahihnya, Kitab al-Iman, Bab Bayan khisal man ittashafa bihinna wajada fiihi halawat al-iman, no. hadis : 67; al-Nasa'ie dalam Sunannya, Kitab al-Iman wa syara'i'ihi, Bab Halawat al-iman, no. hadis : 4988; Ahmad dalam Musnadnya, 3/103, no. hadis : 12021.
[2] Diriwayatkan oleh Muslim dalam Sahihnya, Kitab al-Zuhd wa al-Raqa'iq, Bab al-Mu'min amruhu kulluhu khayr, no. hadis : 64; Ibn Hibban, Sahih Ibn Hibban bi Tartib Ibn Balban, Kitab al-Jana'iz, Bab Ma ja'a fi al-sabr, no. hadis : 2896. Lafaz hadis ini adalah lafaz Muslim.
[3] Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-'Azhim, (T.Tp, T.Th) 3/636.
[4] Al-Qurtubi, al-Jami' li Ahkam al-Quran, (T.Tp, T.Th) 14/158.
[5] Al-hujrat : Kawasan lapang di dalam rumah. Lihat : al-'Azhim Abadi, Syaraf al-Haq Muhammad Asyraf, 'Aun al-Ma'bud Syarh Sunan Abi Daud, (Beirut : Dar Ihya' al-Turath al-'Arabi, 2001) 2/166.
[6] Al-makhda' : Rumah kecil yang ada dalam rumah besar; tempat menyimpan barang-barang yang berharga. Lihat : Ibid.
[7] Diriwayatkan oleh Abu Daud dalam Sunannya, Kitab al-Salat, Bab al-Tasydid fi zalik, no. hadis : 570; Ibn Khuzaimah dalam Sahihnya, Kitab al-Salat, Bab Ikhtiyar Salat al-Mar'ah fi Baytiha 'ala Salatiha, no. hadis : 1688; al-Hakim dalam al-Mustadrak, Kitab al-Imamah wa Salat al-Jama'ah, no. hadis : 757; al-Baihaqi dalam Sunannya, Kitab al-Haidh, Bab Khayr Masajid al-Nisa' Qa'r Buyutihinna, no. hadis : 5144. Berkata al-Hakim : 'Hadis ini hadis sahih menepati syarat Bukhari dan Muslim tetapi mereka tidak meriwayatkannya di dalam kitab mereka. Keduanya berhujah dengan Muwarriq ibn Musyamrij al-'Ajaliyy'; dan ia dipersetujui oleh al-Zahabi.
[8] Diriwayatkan oleh Abu Daud dalam Sunannya, Kitab al-Salat, Bab Ma ja'a fi khuruj al-nisa' ila al-masjid, no. hadis : 567; Ahmad, 2/76, no. hadis : 5468 & 5471; al-Hakim dalam al-Mustadrak, Kitab al-Imamah wa Salat al-jama'ah, no. hadis : 755; al-Baihaqi dalam Sunannya, Kitab al-Haidh, Bab Khayr Masajid al-Nisa' Qa'r Buyutihinna, no. hadis : 5142. Berkata al-Hakim : 'Hadis ini sahih menepati syarat Bukhari dan Muslim, keduanya berhujah dengan al-'Awwam bin Hawsyab dan telah thabit bahawa Habib mendengar dari Ibn Umar; tetapi mereka tidak meriwayatkan penambahan dalam hadis ini 'wa buyutuhunna khayrun lahunna''. Dipersetujui oleh al-Zahabi.
[9] al-'Azhim Abadi, op. cit, 2/165.
[10] Diriwayatkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya, Kitab al-Ridha', Bab bi dun tarjamah , no. hadis : 1173; Ibn Hibban dalam Sahihnya, Kitab al-Hazr wa al-Ibahat, no. hadis : 5599; Ibn Abi Syaibah dalam al-Musannaf, Kitab al-Salawat, Bab Man kariha zalik, no. hadis : 7616; Ibn Khuzaimah dalam Sahihnya, Kitab al-Salat, Bab Ikhtiyar Salat al-Mar'ah fi Baytiha 'ala Salatiha…, no. hadis : 1685; al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir dan al-Awsath, no. hadis : 10115 & 8096. Dalam riwayat al-Tirmizi oleh Abdullah, tiada lafaz : 'Wa aqrabu ma takuunu…' dan dia berkata : 'Ini hadis hasan sahih gharib'. Berkata al-Haithami : 'Diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam al-Kabir dan perawi-perawinya dipercayai'. Lihat : al-Haithami, Nur al-Din Ali bin Abi Bakr, Majma' al-Zawa'id wa Manba' al-Fawa'id, (Beirut : Dar al-Fikr, 1412H) 2/156.
[11] Lihat : al-Mubarakfuri, Muhammad Abdul Rahman bin Abdul Rahim, Tuhfat al-Ahwazi bi Syarh Jami' al-Tirmizi, (Beirut : Dar al-Kutub al-Ilmiyah, 2001) 4/283.
[12] Diriwayatkan oleh Muslim dalam Sahihnya, Kitab al-Salat, Bab Ma Yuqaal fi al-Ruku' wa al-Sujud, no. hadis : 482; Abu Daud dalam Sunannya, Kitab al-Salat, Bab Fi al-Du'a fi al-Ruku' wa al-Sujud, no. hadis : 875; al-Nasa'ie dalam Sunannya, Sifat al-Salat, Aqrab Ma Yakuunu al-'Abd Min Allah 'Azza wa Jalla, no. hadis : 1137; Ahmad dalam Musnadnya, 2/421, no. hadis : 9442.
[13] Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Sahihnya, Kitab al-Tafsir, Bab Qauluhu Ta'ala : [33 : 53], no. hadis : 4517; Muslim dalam Sahihnya, Kitab al-Salam, Bab Ibahat al-khuruj li al-nisa' li qadha' hajat al-insan, no. hadis : 2170.
[14] Lihat : al-Baghawi, al-Hussain bin Mas'ud, Ma'alim al-Tanzil, (al-Riyadh : Dar Thiibah, 2002M/1423H) 1/519.
[15] Lihat : al-Qurtubi, op. cit., 16/275.
[16] Al-Sa'di, Abdul Rahman bin Nasir, Taysir al-Karim al-Rahman fi Tafsir Kalam al-Mannan, (al-Riyadh : Dar al-Salam, 2002M/1422H) 945.
[17] Lihat : Ibn Hajar, Ahmad bin Ali Abu Fadhl, Fath al-Bari, (Beirut : Dar al-Ma'rifah, 1379H) 10/473.
[18] Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Sahihnya, Kitab al-Adab, Bab Ma Yukrahu min al-Namimah, no. hadis : 5709; Abu Daud dalam Sunannya, Kitab al-Adab, Bab fi al-Qattaat (al-Nammaam), no. hadis : 4871; Ahmad dalam Musnadnya, 5/382, 389, 397, 402, 404; al-Nasa'ie dalam Sunan al-Kubra, Kitab al-Tafsir, Surah al-Qalam, no. hadis : 11614.
[19] Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Sahihnya, Kitab al-Asyribat, Bab Ma Ja'a fi Man Yastahillu al-Khamr…, no. hadis : 5268; Abu Daud dalam Sunannya, Kitab al-Libas, Bab Ma Ja'a fi al-Hirr, no. hadis : 4039.
[20] Dinaqalkan dari : al-Suyuti, Jalaluddin bin al-Kamal, al-Amru bi al-Ittiba' wa al-Nahyu 'an al-Ibtida', (al-Riyadh : Dar Ibn al-Qayyim, 2001M/1422H) 107.
[21] Lihat : Al-Qarni, 'Aidh bin Abdillah, Bayt Ussisa 'ala al-Taqwa, (Beirut : Dar Ibn Hazm, 2000M) 214

=D dikirim oleh sahabat ana,shukran jazilan,