Pages

Dec 22, 2008

jemput hadir


AHAD, 28 Dis 2008
5.00 : Qiyamullail
6.00 : Solat Subuh
6.30 : Stretching
7.00 : Sarapan & Persediaan Diri
8.00 : SOCIAL QUOTIENT
9.30 : Rehat
10.00 : S.P.I.E.S QUOTIENT
12.00 : Rumusan & Muhasabah
1.00 : Majlis Perasmian Penutup
2.30 : Makan Solat & Bersurai
SABTU, 27 DIS 2008
09.00 : Pendaftaran Peserta
09.45 : Ketibaan YB
10.00 : Majlis perasmian
11.00 : Ice Breaking
12.00 : INTELLECTUAL QUOTIENT
1.00 : Rehat, Makan Tengahari, Solat
2.00 : EMOTIONAL QUOTIENT
4.00 : Rehat, Minum Petang & Solat
5.00 : ‘PHYSICAL’ QUOTIENT
6.30 : Rehat, Makan Malam & Solat
9.00 : SPIRITUAL QUOTIENT
10.30 : kudapan
11.00 : Rehat
Hari : SABTU - AHAD, 27-28 Dis 2008
Tempat : KEM BUMI JATI
Lot 3319, Batu 7, Jalan Kebun,
Seksyen 30, 40460 Shah Alam.
03-51616703/ 03-51616692
Bayaran : PERCUMA *
[ untuk 100 peserta pertama ]
Dirasmikan oleh :
Y.B Dr. Ahmad Yunus Hairi
Timbalan Pengerusi EXCO
Pendidikan, Pendidikan Tinggi &
Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor
Perasmi Penutup :
Y.B. Dr. Hjh Halimah Ali
Pengerusi EXCO
Pendidikan, Pendidikan Tinggi &
Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor

Saya, penama di bawah ini berminat untuk menyertai Program Pembangunan Modal Insan,
S.P.I.E.S MAHASISWA ISLAM pada Sabtu-Ahad, 27-28 Disember 2008 di Kem Bumi Jati,
Jalan Kebun, Seksyen 30, Shah Alam.
NAMA : …………………………………………………………………………..
NO. K/P : ………………………………………….. JANTINA : L / P
TELEFON : ………………………………………….. H/P :…………………….
EMEL :…………………………………. BLOG : ……………………………….
PUSAT PENGAJIAN : ………………………………………………………………………..
ALAMAT : …………………………………………………………………………...
…………………………………………………………………………...
……………………………………………………………………….
TANDA TANGAN
…………………….
BORANG PENDAFTARAN
PROGRAM
PEMBANGUNAN MODAL INSAN
S.P.I.E.S MAHASISWA ISLAM

Anjuran
Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan Selangor
Perunding : R.E.Z Training Consultant Sdn Bhd
TENTATIF PROGRAM
SPIE S MAHASI SWA I SLAM Sertailah
Hubungi Perunding ;
R.E.Z Training Consultant Sdn Bhd (589742-D)
No. 10-2, Jalan Opera ‘C’, U2/C,
Taman TTDI Jaya, Seksyen U2,
40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03 – 78471514 / 78463957,
Fax: 03 – 78471649
Emel : rez.training@gmail.com
Blog : www.rez-training.blogspot.com
Sahkan kehadiran, gunakan salah satu cara berikut ;
Pos : REZ TRAINING CONSULTANT SDN BHD
No. 10-2, Jalan Opera C, U2/C,
Taman TTDI JAYA, Seksyen U2, 40150
Shah Alam.
Fax : 03-78471649
SMS : 018-3802418
Emel : rez.trainig@gmail..com
Catatan : Borang ini hendaklah dihantar selewat-lewatnya
hari Jumaat, 26 Disember 2008 tengahari.

S.P.I.E.S Mahasiswa Islam S.P.I.E.S Mahasiswa Islam S.P.I.E.S Mahasiswa Islam S.P.I.E.S Mahasiswa Islam S.P.I.E.S Mahasiswa Islam S.P.I.E.S Mahasiswa Islam S.P.I.E.S Mahasiswa Islam S.P.I.E.S Mahasiswa Islam S.P.I.E.S Mahasiswa Islam

Kerajaan Negeri Selangor
percaya bahawa untuk melahirkan insan
dan masyarakat yang cemerlang secara
holistik memerlukan pembangunan
bersepadu terhadap lima unsur
kecerdasan utama : spiritual, ’physical’,
intelektual, emosional dan sosial.
Exco Pendidikan, Pendidikan
Tinggi dan Pembangunan Modal Insan
Kerajaan Negeri Selangor telah merangka
dan memperkenalkan pelan
strategik pembangunan modal insan
Negeri Selangor menggunakan elemen
Spritual, Physical, Intelektual, Emosional
dan Sosial. Elemen-elemen ini dikenali
dengan akronim SPIES.
Mahasiswa merupakan salah
satu aset utama dan penting Kerajaan
Negeri Selangor. Mereka mempunyai
pelbagai potensi kekuatan diri yang
boleh dijana untuk membangunkan
kecemerlangan diri mereka sendiri,
masyarakat, agama, bangsa dan negara.
SPIES Mahasiswa Islam
OBJEKTIF
Program ini bertujuan untuk mencapai
tiga objektif utama iaitu :
• Memberi pendedahan mengenai aspirasi
Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan
Pembangunan Modal Insan untuk
membangunkan golongan siswa
berteraskan elemen-elemen SPIES.
• Membentuk asas kecerdasan spiritual
yang mampu membangunkan kecerdasan
emosi, intektual, fizikal dan sosial secara
seimbang.
• Menghasilkan siswa yang dapat memberi
sumbangan sosial secara serius dan
signifikan kepada masyarakat kampus,
kerajaan negeri dan rakyat Selangor .

SPIRITUAL QUOTIENT
S merupakan unsur asas yang akan
menentukan keberkesanan peribadi
‘PHYSICAL’ QUOTIENT
P perlu bagi ketahanan diri dalam
menghadapi cabaran dan tekanan.
INTELLECTUAL QUOTIENT
I daya pemikiran kreatif untuk
mencapai tujuan dan matlamat.
EMOTIONAL QUOTIENT
EKe bijaksaan untuk menyedari dan
mengawal emosi dan kesannya.
SOCIAL QUOTIENT
S kemampuan bertindak bijaksana
dalam perhubungan interpersonal

[ MATLAMAT SPIES ]
Untuk melahirkan insan yang
CEMERLANG di dunia dan akhirat
yang akan menjadi
ASET kepada negeri dan bukan liabiliti.
Kelompok INSAN KAMIL yang
produktif, efektif, kreatif dan berwawasan
akan melahirkan SELANGOR sebagai HUB ILMUAN
yang maju, selamat, aman makmur dan berdayasaing.

Y.B. Dr Hjh Halimah bt Ali
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan

Dec 21, 2008

ana mencari ana

Assalamualaikum
ana mencari ana.tidak sabar rasanya ana ingin berdaurah di Baitul Qurra.Ingin merasa nikmat menuntut ilmu dan berguru bertalaqqi,nilai ukhuwwah yang tiada tandingannya.Allahu akbar.Walaupun ana masih tidak mengetahui secara keseluruhan.biiznillah..dalam ana mencari ana,ana akan berusaha untuk mencari ilmu yang dapat mendekatkan diri dengan Allah swt dan Rasulullah saw.Ana berdoa semoga ana dapat bertemu dengan pencinta-pencinta Allah swt dan Rasulullah saw.Bertapa mulianya mereka dengan kemuliaan dari Allah swt.
bantulah ana mencari ana ya Allah memburu cinta dan kasih-mu.Ya Allah kerana-mu aku merancang semua ini ya Allah walaupun engkau perancang yang maha terbaik.
amin..allahumma amin..ya rabbal alamin..
Kuatkan hati ana.
dalam mencari ana.

Dec 6, 2008

takziah

salam takziah buat semua mangsa banjir,tanah runtuh...dimana sahaja berada..
semoga dipermudahkan ALLAH swt....
aminnn...

berenang kat kolam renang

alhamdulillah.petang ini aku,kak pai,kak mi dan nuxma lujyan berenang kat kolam mandi.seronok dan penat juga melayan nuxma,taknak mandi kat tempat budak nak tempat orang dewasa.Tapi seronok dah lama tak berenang..boleh exercise sikit..Huhu,,,mandi pakai tudung semua orang tengok..hehe,alhamdulillah..nak bersukan pun ada caranya....betul tak??

selamat berhujung minggu...

"permata yang dicari.."



"wahai wanita solehah..




jangan risau akan jodohmu..




kerana muslimin yang bijaksana itu..




tidak akan




terpaut pada wanita hanya pada..




kecantikan,lirikan senyuman,pada bicara manja yang menggoda..




pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya..




sesungguhnya lelaki itu adalah




pemimpin kepada wanita..




andai




belum sampai jodohmu..




anggaplah bahawa lelaki yang kau nantikan itu




sedang membina sahsiah kepimpinannya




bagi memimpin dirimu..




kerana pada wanita itu pasti ada kekurangan..




dan lelaki yang benar-benar layak




pasti akan hadir untuk




melengkapkan kekuranganmu.."




"ya ALLAH,


kurniakanlah aku lelaki yang aku perlu agar dapat menjadi amir buat


keluargaku dunia dan akhirat..aminn ya ALLAH"


Syawal yang amat bermakna


Setiap Yang Hidup Pasti Akan Mati.

"..Allah swt telah merahsiakan beberapa item untuk kita bersedia dan sentiasa beringat antara satu sama lain.Antaranya hari kiamat,bumi mana yang ditimpa hujan,dan yang paling penting MASA MATI,TEMPAT KEMATIAN adalah termasuk antara perkara yang dirahsiakan Allah swt.Yang mana jika kita berpegang dan yakin bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya..MasyaALLAH begitu banyak majaz yang tersembunyi disebalik haqiqi tersebut.."
"Amat menggerunkan sekali sekiranya kita mati dalam keadaan yang mengaibkan.Nau'zubillahminzalik.Semua perkara yang berlaku pada masa akan datang terbatas dengan pengetahuan kita.Kita hanya mampu merancang tapi Perancangan Allah swt adalah yang terbaik.Ya Allah engkau matikanlah aku dalam keadaan Husnul Khatimah.Aminn.."
aku masih teringat kenangan bersama insan yang tersayang semenjak aku kecil sedari kini aku telahpun dewasa.Dialah ibu dialah nenek buat diriku.1 syawal 1429H adalah satu syawal yang amat hening daripada biasa.Dan amat syahdu pada pagi raya itu.Mengapa?? diri yang hina dan asing dimuka bumi Allah ini tidak mengetahui apa sebabnya.Tetapi syawal kali ini amat berbeza daripada syawal-syawal yang telah menjelang tiba pada tahun-tahun yang lepas.Banyak perubahan yang aku dan adik yang lain telah buat.Design rumah,design pakaian,kuih-muih dan bermacam-macam lagi.Yang pasti ingin menjadikan syawal pada kali ini adalah syawal yang terbaik buat keluargaku.Alhamdulillah semuanya diterima tanpa ada bantahan.
Kerana sebelum ini dia selalu melarang aku dan adik yang lain untuk menukar design rumah.Tetapi kali ini dia terima dengan perubahan malahan memberi idea-idea dan turut sama membantu memberi semangat agar dapat menyiapkan kerja dengan baik,kemas dan teratur.Pelik tapi alhamdulillah daripada dia tak kasi..
"..Dia telah berumur 72 tahun.Dan boleh sahaja kita bayangkan orang yang dah berumur bagaimana keadaan.."
Pada pagi syawal,design rumah tak siap lagi.Kelam kabut dibuatnya.Tapi alhamdulillah sempat buat semua sebelum orang habis solat RAYA.Semuanya sederhana pada raya kali ini.Tema baju raya adalah berwarna biru seakan-akan kehijauan.Setelah tiba daripada masjid dan Semuanya telah lengkap berpakaian.Maka duduklah dia,atuk.Bersalamanlah sesama kami semua.Amat syahdu dan terharu pada pagi itu apabila bersalaman dengan semua,banyak dosa yang telah aku buat.Pada masa aku bersalaman dengan dia,aku memeluknya erat dan dia membalas pelukan ku erat.Rupanya ada makna disebalik pelukan itu...
"Selepas bersalaman sesi bergambar pula dijalankan dengan kecohnya.Tapi semuanya gembira..penat rasanya tapi itulah hari raya kebiasaan yang aku lalui.."
Ramai saudara yang berziarah ke rumah sampai tak cukup tangan dibuatnya.Tapi alhamdulillah.Setahun hanya sekali.Dan semasa raya aku melihat dia melayan sanak saudra seolah-olah tiada lagi raya selepas itu.Pantang ada sanak saudara yang datang dia akan melayannya tanpa jemu..
Hari telah berlalu dengan pantasnya.Pada syawal ketujuh akak aku yang sulung telah berangkat pulang kerana banyak kerja telah menanti di office.Dia telah berkata kepada akak aku yang sulung "sewaktu mereka perpelukan dengan tangisan"hmm,lepas nie kita tidak akan bertemu lagi.." akak aku yang sulung apalagi rasa macam tak nak lepaskan dia..tetapi tanggungjawab ada yang menanti..
Pada syawal ke 12 kak pai pula berangkat pergi kerana keesokannya ada exam di Fakulti .Dia pun turut merasa sedih kerana dua orang cucu telah berangkat pergi.Tapi dia merasa gembira kerana semuanya pergi bukan sekadar suka-suka tetapi ada amanah yang perlu digalas.
"Aku dan abang pula akan berangkat pergi pada syawal ke 15......"
TIBA-TIBA
Pada malam syawal ke 14 dia telah mengadu sakit perut dan dia minta agar dibawa ke klinik dengan segera.Aku,mamy,dady emergency pergi ke klinik di unit kecemasan.Dalam perjalanan dia baring di dalam pelukan ku.Aku menyangka malam itu Allah akan mencabut nyawa dia.Aku menangis,sambil sama-sama melafazkan syahadah bersamanya.Setelah 6 jam di unit kecemasan dia telah dimasukkan ke wad kerana perlu penjagaan daripada doktor.Pada malam syawal 14 dia telah dimasukkan ke wad..Alhamdulillah dia masih diberi peluang untuk hidup dimuka bumi Allah.
"Tiket penerbangan yang sepatutnya esok hari telah aku batalkan kerana dia telah masuk wad dan tiada yang akan membantu mamy menjaga dia..ini kerana dady anak tunggal dan adik pula akan menghadapi SPM tak lama lagi.."
Aku dan mamy bergilir-gilir menjaga dia.Aku akan menjaga mula pukul 12 selepas solat zuhur sehinggalah pukul 11 malam,begitulah kebiasaannya sepanjang berada di wad.Sewaktu di wad atuk saban waktu melawat dia.Begitu juga dengan dady dan adik yang lain.Pada waktu melawat kami akan menghabiskan waktu bersama-sama di wad.Alhamdulillah pada minggu pertama dia masih boleh melakukan pekerjaan harian tetapi mesti dibantu.Aku membawanya ke tandas,aku memandikan dia,aku menjaga makanannya,dan paling penting aku bacakan dia ayat suci Allah sepanjang aku menjaganya..aku saban waktu berpesan dengannya "sentiasa ingat kepada Allah.." kalimah syahadah..lailahaillallah tidak pernah lekang dari dua bibirnya.Alhamdulillah ya Allah..
"Sudah 12 air di masukkan kedalam badan dia.Tetapi keadaan dia masih seperti biasa.Tangan dia semua lebam-lebam akibat jarum yang disuntik.."ya ALLAH engkau permudahkan dia ya ALLAH.."
Pada syawal ke 18 dia telah meminta aku untuk membetulkan bajunya.Aku pun membantunya..Aku pernah terbaca mengenai tanda-tanda orang yang akan meninggal dunia.Adakah benar?? Biiznillah..semuanya kehendak Allah..Tetapi masa itu aku dah turut sedih kerana adakah dia akan pergi meninggalkanku..Tapi aku yakin kepada Allah.Perancangan Allah adalah yang terbaik..
"Sudah 6 hari dia di wad..Pesakit lain yang berada di dalam wad,aku lihat ada yang telah sihat dan telah pulang ke rumah.Tetapi dia bila akan keluar.."
"Pada masa yang sama,rakan-rakan kuliah sibuk mencari kerana telah lama aku tidak hadir ke kuliah.Bagi ku pada masa itu ada yang lebih mustahak.."
Pada minggu kedua berada di wad..Dia tidak boleh lagi bergerak seperti biasa.Walaupun kesihatan semkain baik,tekanan darah baik..dan semanya.Tapi dia tidak boleh bergerak.Pada masa itu semua perbuatan dia mestilah ada pertolongan.Melihat keadaan itu atuk meminta agar atuk sahaja yang menjaganya di wad.Namun atuk yang berumur 78 tahun itu sangat tidak bermaya untuk menjaga dia.Begitu dalam cinta mereka.Atuk pernah berkata dengan dia "engkaulah yang pertama dan yang terakhir..dunia dan akhirat..biarlah kita bersama hingga hujung nyawa..hingga ke syurga" tapi kita hanya ada senjata doa..Allah maha berkuasa..Atuk akur bahawa aku tidak membenarkan atuk untuk menjaga isterinya kerana aku lebih berupaya.Biarlah atuk berrehat dirumah dan mendokan dia..
"Pada malam selasa,dia manjadi semakin tenat kerana tekanan jantung amat lemah..pada masa itu sekali lagi aku beranggapan adakah malam ini adalah detik ajal bagi dia..malam itu dia telah disambungkan oksigen,dan pada malam itu mamy,atuk,dady,abang,abang adul,aku dan adik berganti-ganti membacakan ayat suci dan ayat-ayat Haikal agar dia lebih tenang..aku menangis................."
Kakak dan kak pai tidak henti-henti menghubungi dan 3G untuk mengetahui keadaan dia..
Alhamdulillah,Allah panjangkan umur dia..Pada hari rabu,dia hanya tidur dan baring sahaja melainkan pada waktu azan,aku akan kejutkan dia..Aku hairan melihat dia sentiasa tidur dan sentiasa bertanyakan masa.Pada masa yang sama,aku tidak henti membacakan ayat-ayat suci agar dia dan aku lebih tenang..Sepanjang di wad aku tidak pernah meninggalkan dia melainkan waktu solat.Dia amat memahami aku..Sepanjang di wad juga ramai saudara mara yang melawat sampai tidak terbilang..Dari jauh dekat..semuanya datang melawat..Pada masa yang sama aku sentiasa berdoa agar dia boleh sihat dan dapat pulang kerumah..Pada waktu malam semasa mamy shif mamy untuk menjaga dia,mamy tidak henti-henti membacakan ayat suci agar dia dan mamy tenang..Alhamdulliah..
"Hari khamis pada syawal 23.Hujan telah turun dengan lebatnya sepanjang minggu tersebut"
Pada sebelah petang semasa aku menjaga dia,seperti biasa dady,atuk dan adik yang lain datang melawat.Pada masa itu dia hanya baring tanpa berkata apa-apa tetapi bila di sapa dia akan menjawab.Waktu melawat di wad bukannya 24 jam.Masa melawat telah tamat seperti biasa atuk,dady,adik yang lain akan mencium dan bersalam dengan dia sambil memberi semangat dan agar tidak putus-putus mengingati Allah dan RasulNYA..Mereka pun telah pulang semule ke rumah dan hanya aku sahaja yang tinggal untuk menjaga dia.Pada masa yang sama mak su bib dan akak saudara aku datang untuk menghantar barang..
"selepas masa meawat tamat,dia hendak makan..aku penuhi kehendaknya.."
Selepas setengah minit waktu makan tadi..,biasa aku sentiasa mendengar dia mengucap dua kalimah syahadah,tetapi pada masa ini amat perlahan dan amat teliti.Aku senyum mendengar ucapan dia,selepas itu....hatiku tersentak,mungkin inilah saat ajal bagi dia..malaikat maut datang mencabut nyawa...sewaktu itu akak saudara aku dalam bilik air..mak su bib berada di belakang ku..amat cemas,aku merasakan saatnya telah tiba...aku memeluk kepala dia sambil membisikkan kalimah lailahaillah ke telinga dia...dengan perlahan,sekali sahaja hembusan nafas dia telah pergi meninggalkanku....Alhamdulillah....dia telah pergi buat selamanya dengan kalimah syahadah LAILAHAILLAH menjadi juara segala kalimah...
"innalillahiwainnailaihirajiun...."
Pada hari khamis 23 syawal selepas solat ishyak..dia telah pergi buat selamanya di dalam dakapan ku..aku amat bersyukur kerena semuanya berlaku depan kepala mata aku sendiri..Alhamdulillah..pada masa itu,mak su bib telah pergi untuk ,menghubungi dady dan semua...
DIA ADALAH NENEK YANG AKU PANGGIL DENGAN GELARAN "MAMA"
BUAT PERTAMA KALI AKU MERASAI ORANG YANG DISAYANGI PERGI..
AKU TIDAK MENGELUARKAN WALAU SETITIK AIR MATA PUN PADA MALAM ITU..
AKU MELIHATNYA..
ALHAMDULILLAH ALLAH MENGAMBILNYA DALAM KEADAAN BAIK..
ADAKAH AKU AKAN PERGI DENGAN BAIK..?
KEJADIAN ITU SENTIASA MEMBERI MUHASABAH BUAT DIRIKU...
TERIMA KASIH YA ALLAH..
SELEPAS ITU,AKU MEMANDIKAN MAMA..DAN MENGKAPANKAN MAMA..
SELEPAS SOLAT JUMAAT,SOLAT JENAZAH UNTUK MAMA TELAH DITUNAIKAN..
MAMA SELAMAT DIKEBUMIKAN PADA PUKUL 2 PETANG..
ALHAMDULILLAH PADA HARI MAMA DIKEBUMIKAN HUJAN TIDJK TURUN SEPERTI HARI-HARI LAIN..
RAMAI SAUDARA YANG DATANG MEMBERIKAN UCAPAN TAKZIAH BUAT AKU SEKELUARGA..
"ITULAH SYAWAL YANG TERAKHIR BERSAMA MAMA..SETIAP YANG BERLAKU ADA HIKMAHNYA.."
AKU TELAH PULANG UNTUK MENYAMBUNG KULIAH PADA 26 SYAWAL...
SEMOGA ROH DICUCURI RAHMAT..AL FATIHAH....

Dec 5, 2008

Nov 30, 2008

S.P.I.E.S MAHASISWA ISLAM

Pada minggu lepas 22-23November2008 aku bersama rakan-rakan telah mengikuti program anjuran Kerajaan Negeri Selangor di Nur Bukit Unggul Sepang Selangor.



Program yang diadakan selama 2 hari 1 malam itu nyata memberi gambaran yang positive kearah membangunkan masyarakat yang cemerlang.



S.P.I.E.S mahasiswa islam adalah konsep atau modul yang diajarkan dan yang dihadam ketika program tersebut.



S-Spritual(Rohani dan aqidah adalah keyakinan kewujudan Tuhan.Membentuk dan menentukan sikap dan tidakan yang tidak melampaui dari garis Tuhan).



P-Physical(Fizikal,tubuh badan dan perbuatan yang sihat mencegah dan mengubat keatas perkembangan diri yang sihat.Perbuatan dan tingkah laku yang tidak berlanggar dengan garis panduan Tuhan.)



I-Intelektual(Mental dan kognitif,sikap dan semangat cinta ilmu pengetahuan)



E-Emosional(Jiwa dan perasaan,kstabilan emosi yang membawa rasa aman dan sejahtera)



S-Sosial(Hubungan sesama manusia dan persekitaran,memiliki harga diri dan maruah diri)



Yang mana objektif S.P.I.E.S ini adalah melahirkan insan yang cemerlang dunia dan akhirat yang akan menjadi aset kepada negeri dan bukan liabiliti.Kelompok insan kamil yang produktif,efektif,kreatif,dan berwawasan akan melahirkan Selangor sebagai Hub ilmuan yang maju,selamat,aman,makmur dan berdaya saing.



Progran ini terdiri daripada pelajar Kolej Dar al-Hikmah,UM,MSU,Kolej PTPTL dan Masterskill.



Walaupun masa hanya tak lama,namun pemahaman terhadap S.P.I.E.S ini memberi ilmu dan idea-idea yang bernas untuk membentuk diri,keluarga,dan masyarakat.

cerita lawak

tempat:Di warung pak Cik
ABJAD A:mat aku nak pinjam duit engkau bole?
abjad b:ENGKAU NAK PINJAM BERAPA RINGGIT A?
ABJAD A:aku nak sepuluh ringgit....
abjad b:BOLEH..TAPI SEBELUM TU AKU NAK TANYA ENGKAU SATU SOALAN..
ABJAD A:apa dia?
abjad b:HEMM NANTI KALO ENGKAU DAPAT DUIT SATU JUTA ENGKAU NAK BUAT APA JA NGAN DUIT TU?
ABJAD A:uiiiii..banyak tu b,,kalo aku dapat duit satu juta aku nak beli kereta 2,beli banglo,beli kapal,beli makanan,beli macam-macam lagilah.....sampai duit tu habis...
abjad b:OOOOHHH..SEMUA ENGKAU NAK BELI BAYAR DUIT AKU SEPULUH RINGGIT PUN ENGAKU TAK INGAT..AKU TAK NAK BAGI PINJAM LA...
ABJAD A:(berfikir) ulang balik soalan engkau..aku jawab semula..
abjad b:HAH! TAKDA-TAKDA PELUANG HANYA DATANG SEKALI JA..MAAF YER...
p/s fikir dulu sebelum cakap..peluang hanya datang sekali sahaja!!

kenapa duduk berjam lamanya??

duduk berjam-jam kat atas kerusi yang tak ada span..kerasnya,,smpai sakit badan..UNTUK buat job..alhamdulilah,,,da siap..........!!!!!!!

Nov 28, 2008

today pergi kolej


assalamualaikum.Alhamdulillah setelah lama tidak hadir ke kuliah.Hari ini ALLAH bagi aku kekuatan untuk pergi ke kuliah.Sebaik kaki melangkah keluar daripada kereta,aku tidak sabar lagi untuk masuk ke kelas.Alhamdulillah kelas berjalan seperti biasa.sebenarnya Aku lebih menumpukan perhatian yang sepenuhnya dalam kelas.Kerana pada masa itu semua kefahaman yang amat penting dan berguna sampai tiba waktu exam.Penting sangat2.Sebab itu,sem nie aku nak tangguh sem sebab kelas banyak yang aku xdapat masuk akibat dari cuti yang sangat panjang....tapi alhamdulillah semua ada hikmah,,ramai kawan yang bagi sokongan...aku bukan risau pasal keputusan..tetapi ilmu dalam kelas itu yang amat berharga buat aku,,yang penting aku paham apa yang aku belajar.Hari ini kebetulan ada midtrm falsafah perundangan islam jawab tiga soalan daripada empat satu soalan ada 20 markah.Aku dan kak daya orang paling last kuar kelas.Banyak jawab katakan...sampai kertas pun tak cukup,semoga apa yang dijawab itu adalah benar..ameen..ustaz tadi mcm nak gelak bila kita minta kertas.Hari ini juga aku makan ais malaysia yang sangat panjang perisa bandung.MasyaALLAH yang menariknya makan ais tu kat libry.Huhu..habislah kalau akak tu nampak aku makan..tapi alhamdulillah sampai habis makan ais akak tu tak perasan sebab aku duduk kat belakang.Banyak asgnmnt yang kena aku siapkan.Bukan satu bukan dua tapi beribu..hehe,alhamdulillah hari nie banyak hikmah yang aku dapat walaupun secara sponton tapi cukup membuatkan hati aku damai dan tenang.Allah maha mengetahui....alhamdulillah syukur ya ALLAH...walaupun perkara kecil tetapi jangan anggap ia kecil sesungguhnya banyak hikmah yang terkandung dalam nya...lepas kelas tadi aku,kak daya,kak lina dan zura pergi bandar kejap..lepas tu abang datang dan aku pun balik rumah..sampai rumah kak pai hidang makanan dan suruh aku makan lepas tu aku pun makan....hehe,,esok aku nak pergi kolej...studyyy!! for usul fiqh..i love usul fiqh!!!!!!!!!1semoga hari nie lebih baik dari semalam...
c u..

Nov 27, 2008

aku



Alhamdulillah ALLAH memberi aku kesempatan untuk menaip pada pagi ini dalam nikmat MU ya Rabbi.Selawat dan salam keatas RASULULLAH SAW,keluarga serta para sahabat baginda SAW.Tahun ini menyaksikan pelbagai ujian yang aku tempuhi.Alhamdulillah ALLAH masih lagi mengingati aku,menyayangi aku dengan memberi ujian agar aku sentiasa muhasabah dan tabah dengan semua ujianNYA.Tidak membiarkan aku hanyut dengan nikmat dunia.Alhamdulillah.Aku yakin bahawa ALLAH tidak akan menguji seseorang itu di luar kemampuannya itu adalah janji ALLAH kepada hambanya.Semua itu aku pegang sebagai dorongan untuk meneruskan pengabdian kepada ALLAH.Hidup ini ibarat putaran roda kekadang di atas dan kekadang di bawah.Alhamdulillah semua ada hikmahnya.Tetapi kekadang aku terfikir mungkinkah ini balasan atas dosa-dosa aku yang lalu??? Aku terima ya ALLAH sekiranya engkau berkehendak keatas diriku.Aku terima ya ALLAH.Akan aku kuatkan semangat dan hati ini untuk menempuhnya ya ALLAH.Aku tidak perlu risau kerana bagi ku engkau PENCIPTA diri ku sentiasa bersama ku.Engkaulah penjaga yang terbesar.Alhamdulillah.Semoga ALLAH mengampunkan dosa-dosa aku yang terdahulu dan sekarang.Sesungguhnya ENGKAU maha pengampun.Masih ramai lagi yang lebih daif dan dalam kesusahan selain diriku.Dan aku yakin kepada MU,engkau perancang yang terbaik,SETIAP YANG BERLAKU ADA HIKMAHNYA..


;;ya ALLAH,muliakan diriku dan keluarga ku dengan kemuliaan dari MU ya ALLAH..ALLAHUMMA AMEEN;;

Nov 26, 2008

adakah aku hamba yang bersyukur

adakah
aku
hamba
yang
bersyukur..
nikmat
yang
engkau
beri
ya
ALLAH
sejauh
mana
telah
aku
syukuri
makan,
kelapangan,
kesihatan,
usia muda,
sejauh
mana
syukur
ku
kepada
MU,,
ya ALLAH..
selagi
ada
kudrat
yang
di
beri
akan
aku
berusaha
memupuk
diri,
keluarga..
pada
masa kini,,
masa
akan datang
agar sentiasa
mensyukuri
nikmatMU
ya,ALLAH
adakah
aku hamba yang bersyukur
ya ALLAH
engkau
jadikanlah diriku,
keluargaku,
menjadi seorang
yang
sentiasa bersyukur
atas segala
yang engkau atur
kepada kami
ya ALLAH..
ya ALLAH
engkau juga
yang
mengetahui hati
ini
kepada MU
saja
aku memohon..
jadikanlah
aku hamba yang
sentiasa
sentiasa
sentiasa
BERSYUKUR
DENGAN SEGALA
APA NIKMATMU..
;;AMEEM;;

indahnya ciptaanMU

..subahanallah...




kacang soya adalah kacang soya yang luar biasa



KACANG SOYA ADALAH SALAH SATU SUMBER PEOTIEN YANG AMAT BAIK DAN MUDAH UNTUK DIDAPATI DI MALAYSIA.BANYAK KISAH MENARIK YANG BERKAITAN DENGAN KACANG SOYA INI.SEMENJAK DALAM KANDUNGAN IBU SEHINGGALAH MEMBESAR PADA HARI INI.KACANG SOYA MENJADI MINUMAN WAJIB PADA DIRIKU SETIAP HARI...
PADA SUATU HARI BONDA TELAH BERCERITA KEPADA KU...
SEMASA AKU DALAM KANDUNGAN PADA MASA ITU AKU BARU BERUMUR 2 BULAN DALAM PERUT BONDA,BONDA MENGIDAM UNTUK MINUM KACANG SOYA SEHINGGALAH AKU DILAHIRKAN...
MASYAALLAH...ALLAH MAHA BESAR,DARI KANDUNGAN SEHINGGA AKU DILAHIRKAN KACANG SOYA MENJADI MINUMAN KEGEMARANKU...TETAPI BUKANLAH SETELAH AKU DILAHIRKAN AKU TELAH MINUM KACANG SOYA..AKU MINUM SUSU IBU SELAMA 2 TAHUN SETENGAH..SEWAKTU KECIL AKU TIDAK PERNAH MINUM SUSU FORMULA..SUBAHANALLAH..BONDA BERKATA PADAKU SETIAP KALI AKU DIBERIKAN SUSU FORMULA AKU SERATUS PERATUS AKAN TERMUNTAH..BONDA AMAT PENING DENGAN KERENAH AKU YANG TAK RETI MINUM SUSU FORMULA..MASA TU SUSU FORMULA FAMILY AKU USE DUMEX..NAK KATA BOIKOT,,WALLAHUALAM..SEHINGGALAH AKU TELAH MEMBESAR DENGAN MINUM SUSU IBU..ALHAMDULILLAH DAH TERLEBIH BESAR PUN ADA...
DALAM MELALUI USIA SEBAGAI MURID SEKOLAH,DISITULAH AKU TELAH JATUH CINTA DENGAN KACANG SOYA..SETIAP HARI KENA ADA KACANG SOYA..KAT RUMAH KENA ADA KACANG SOYA..SEHINGGALAH AKU NAIK SEKOLAH MENENGAH,AKU LEBIH TERKENAL DENGAN MINUMAN KACANG SOYA..NAMA AKU TAK TERKENAL TAPI KERANA AKU SUKA KACANG SOYA,,SEMUA ORANG BOLEH KENAL AKU..ALHAMDULILLAH..
TAPI BUKAN SEMUA ORANG SUKA KACANG SOYA,ADA JUGA DALAM KALANGAN KAWAN-KAWAN YANG ALAHAN PADA KACANG SOYA..SEDIH MEMANG SEDIH TAPI MUNGKIN MEREKA TIDAK MENGENALI KACANG SOYA SEPERTI MANA AKU MENGENALINYA SEMENJAK DALAM KANDUNGAN BONDA......JADI AKU LEBIH MENGETAHUI BAHAWA KACANG SOYA TU ISTIMEWA...AL MAKLUM DARI BABY DAH BERKENALAN DENGAN KACANG SOYA...SYUKUR YA ALLAH...
SETELAH LAMA BONDA PUN BERFIKIR,,SETIAP HARI AKU BELI 6 PEK KACANG SOYA..MACAM MEMBAZIR,,BERLAWANAN DENGAN TEMA KELUARGA YANG HIDUP DALAM SEDERHANA..BONDA AKU PUN TELAH STUDY MACAM MANA NAK BUAT AIR KACANG SOYA..PETANG TU JUGA KAMI TELAH TURUN KE PASARAYA UNTUK MEMBELI KEPERLUAN MEMBUAT KACANG SOYA..SEMASA BUAT KACANG SOYA PERTAMA KALI TU TAK JADI,TAK TAHU MANA SILAPNYA MUNGKIN ILMU TIDAK PENUH DI DADA..BONDA PUN MENDALAMI LAGI ILMU MEMBUAT KACANG SOYA DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH DEMI ANAK NYA YANG SUKA KAN KACANG SOYA...SEHINGGALAH AKU TERPAKSA MELANJUTKAN PELAJARAN KE SEBERANG TERPISAH OLEH LAUTAN CHINA SELATAN..AKU TIDAK SEMPAT MEMPELAJARI ILMU BONDA...
BONDA ACAPKALI MENGHUBUNGI AKU DAN MENGKHABARKAN BAHAWA BONDA TELAH BERJAYA MEMBUAT KACANG SOYA AIR KEGEMARANKU..TAK SABAR NAK BALIK KAMPUNG NIE..NAK MINUM KACANG SOYA BUATAN BONDA...
SELAMA SETAHUN SETENGAH DISEBERANG AKU TELAH PULANG KE KAMPUNG...
UNGKAPAN PERTAMA SEKALI YANG BONDA SAMPAIKAN KEPADA KU.."MAMY DA BOLEH BUAT KACANG SOYA.." ALHAMDULILLAH....AKU TELAH MINUM AIR SUSU KACANG SOYA BUATAN BONDA...
SUBAHANALLAH...
:YA ALLAH MULIAKAN DIRIKU,KELUARGAKU DENGAN KEMULIAAN DARI MU YA ALLAH ALLAHUMMA AMEEN:

Nov 17, 2008

WARKAH BUAT GADIS SOLEHAH






WARKAH BUAT GADIS SOLEHAH

Assalamaualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Wahai Gadis Solehah…

Dari jauh ku melihat raut wajahmu… tunduk memandang bumi yang luas, gerak langkah kaki mu mengingatkan daku akan sebuah kematian.

Dunia ini penuh dengan kepura-puraan. Namun kau mampu mengharunginya bersama ladang kesabaran dan ketaqwaan mu. Meski pun kau dicaci dan dimaki… ditaburi fitnah… namun bersama gunung kesabaran dan benteng ketaqwaan mu, kau mampu mempertahankan kerana diri mu penuh dengan Nur Iman dan Din Islam utk menegakkan jihad di akhir zaman ini. Bagi mu Al-quran sebagai hiburan, As-sunnah menjadi amalan dan rumah sebagai tempat perteduhan dari tipuan dunia yang penuh dengan kepura-puraan.

Gadis Solehah..

Disebalik hijabmu terselindung wajah yang penuh dengan Nur. Hati yang sentiasa mengingati mati. Yang mencintai Allah dan rasul dan yang taat kepada kedua ibu bapa mu. Kau pertahankan hijabmu meskpun dunia memandang dengan penuh kehinaan, tetapi ketahuilah… sesungguhnya Allah melihatmu penuh dengan kebanggan. kalimah Allah..

Gadis Ku..

Saban ketika, gerak gerimu ku perhatikan. Akhlakmu yang terperlihara dari segala noda, maruahmu yang kau jaga dari sebarang nida dan yang paling melembutkan hati…. tutur bicaramu melambangkan sifat keibuan sejati. Bila bertembung dengan jejaka yang bukan muhrimmu, kau tunduk memandang bumi… mengingatkan ku tentang firman allah swt:




“Wahai wanita –wanita yang beriman tundukkanlah pandanganmu apabila terpandang lelaki ajnabi supaya tidak berlaku zina hati dan boleh membawa kepada zina besar . Sesungguhnya Allah amat pengasih lagi maha penyayang ,”

Juga meningatkan aku kepada Amirul Mukminin di zaman Rasulullah saw. Siti Aisyah isteri tercinta dan Fatimah puteri tersayang.

Gadis solehah…..
Kau ibarat permata berharga yang sentiasa digilap…. dibalut dan disimpan ditempat yang selamat. Kau juga diibaratkan gagak putih yang dikelilingi gagak hitam.

Siangmu sibuk dengan urusan duniawi namun tika malam menjelang, kau perhambakan diri sepenuhnya kepada Ilahi, beribadat… bibirmu berzikir mentilawah Al – Quran, tahajjud , witir dan amalan – amalan istiqamahmu.

Jauh disudut hatiku aku bangga dengan Imanmu, Taqwamu, Akhlakmu, Amalanmu, Hijabmu dan perjuanganmu menegakkan kalimah Allah.

Gadis solehah….
Sebelum mengakhiri coretanku ..kutitipkan firman Allah swt buatmu…

“ Sesungguhnya perempuan yang solehah untuk lelaki yang soleh dan yang jahat pula untuk perempuan yang jahat.”

Kekalkan hijabmu hingga keakhir hayatmu …

Kau idaman lelaki beriman.

Sebaik-baik wanita adalah wanita solehah dan wanita solehah itu adalah perhiasan kepada dunia..

Sekadar buat renungan……………

shukran
.......

MAJLIS KHATAM AL-QURAN KDH 1429H




Nov 16, 2008

FITNAH SAIDITINA AISYAH HUMAIRAH R.A ISTERI KEKASIH ALLAH SWT-bhg 1

BHG 1:SAIDITINA AISYAH HUMAIRAH R.A TURUN DARIPADA KENDERAAN

Bertahun telah berlalu,Baginda Rasulullah saw pergi ke Madinah dengan ditemani saiditina Aisyah Humairah r.a untuk mengajar orang-orang yahudi(Bani Musthaliq),di sana kaum Muslimin mendapat kemenangan,di mana orang-orang Yahudi telah mendapat balasan atas pengkhianatan dan kemunafiqan mereka.Maka setelah selesainya kemenangan,kaum Muslimin pulang menuju ke Madinah.
Ketika di pertengahan perjalanan,orang-orang Anshar dan Muhajirin bertemu di tempat air yang menjadi pengambilan ait minum para tentera,merek(orang-orang Anshar dan Muhajirin) saling bertolak-tolak sehingga hampir terjadi satu pergelutan,termasuk yang menambah api fitnah adalah seorang Munafiq Abdullah bin Ubay bin Salul (tokoh Yahudi Madinah) yang mana telah berkata:"Jika kita kembali ke Madinah nescaya orang-orang yang mulia(orang-orang Muhajirin) akan mengusir orang-orang yang hina(orang-orang Anshar) dari Madinah.
Pada saat itu ALLAH swt telah mentakdirkan ada orang yang menyampaikan berita pertengkaran Ibnu Salul kepada Baginda Rasulullah saw.Rasulullah mengambil kebijaksanaan dengan mengalihkan perhatian orang-orang sari fitnah itu dan menyuruh mereka untuk meneruskan perjalanan setelah berehat sebentar.
Saiditina Aisyah r.a keluar dari khemahnya untuk membuang air yang tidak terlihat oleh orang dan saiditina Aisyah r.a tidak tahu sesuatu yang terjadi,ketika rombongan itu berangkat ,kenderaan Saiditina Aisyah r.a diangkat dari tempatnya sedangkan yang membawa kenderaan Saiditina Aisyah r.a itu menyangka bahawa Saiditina Aisyah r.a ada di dalamnya sedang kaum Muslimin meneruskan perjalanannya menuju ke Madinah.
Ketika Saiditina Aisyah r.a kembali dari buang air kalungnya hilang dan tidak ketemu,Saiditina Aisyah r.a kembali ketempat buang air,mundar mandir mencari kalung yang hilang sebentar tadi,kemuadian Saiditina Aisyah r.a kembali ke tempat kenderaan tadi.
Setelah sampai di tempat kenderaan,tidak terdapat sesuatu apa pun,orang-orang telah pergi.Saiditina Aisyah r.a merasa takut dan terkejut.Lalu Saiditina Aisyah r.a hanya berdiam diri di tempat itu tidak tahu apa yang hendak di lakukan.

....bersambung....

berenang dalam lautan



berenang suatu kepuasan.adakah anda boleh berenang mcm gambar kat atas tu?? untung sapa yang reti berenang,dan yang tak tahu berenang bolehlah belajar berenang.Dengan berenang nie kita boleh muhasabah diri dengan alam ciptaan ALLAH swt yang maha kuasa.
berenang mampu untuk menyihatkan tubuh badan dan membakar kalori-kalori dalam badan.

selamat berhujung minggu dengan aktiviti riadah anda!

Nov 15, 2008

SAIDITINA AISYAH HUMAIRAH R.A UMMUL MU'MININ ISTERI YANG SETIA DAN MENCINTAI

Saiditina Aisyah Ummul Mu'minin r.a Isteri Yang Setia dan Mencintai

Saiditina Aisyah r.a semakin besar,telah matang dalam berfikir dan memahami sesuatu,dia mengatur rumahtangga Baginda Rasulullah saw,menjaga dan merencanakan urusan-urusan rumahtangganya serta melapangkan ketika diperlukan dan mentaati pengarahan-pengarahan Baginda Rasulullah saw,dia hafal perkataan-perkataan serta perbuatan Baginda Rasulullah saw,dia melaksanakan rumahtangga dengan sebaik-baiknya.
Baginda Rasulullah saw mengetahui keutamaan itu semua yang ada padanya,oleh kerana itulah dia menjadi isteri yang Baginda Rasulullah saw cintai.
Baginda Rasulullah saw mengetahui kecerdasan,kesetiaan,hafalan dan pemahamannya,pada suatu ketika beliau bersabda:
"Ambillah separuh agamamu dari Humairah ini."
Saiditina Aisyah r.a banyak mendalami hukum dan menguasai ilmu,akan tetapi Saiditina Aisyah r.a tidak terlepas dari tabiat kewanitaannnya yang sifat cemburu dan lainnya.
Suatu ketika Baginda Rasulullah saw pergi berperang dan minta ditemani isterinya,Saiditina Aisyah r.a dan saiditina Hafshah r.a binti saidina Umar bin al-Khattab r.a.Dalam perjalanan saiditina Hafshah r.a melihat baginda Nabi saw kerap kali mendekati sekudup Saiditina Aisyah r.a dan bercakap-cakap,maka ketika Nabi saw jauh dari sekudup Saiditina Aisyahr.a (kenderaan),sehingga sekudup saiditina Hafshah r.a menjadi dekat dengan sekudup saiditina Aisyah r.a,lalu keduanya berbisik-bisik,yang menjadikan keduanya tertawa.Sampai diakhirnya sekudup Saiditina Aiayah r.a bertukar dengan Hafshah.
Ketika baginda Rasulullah saw datang ke sekudup saiditina Aisyah r.a baginda bersabda kepadanya,dan tidak mengetahui bahawa yang di dalam sekudup itu saiditina Hafshah r.a,saiditina Hafshah r.a berkata-kata seolah-olah dia saiditina Aisyah r.a.Ketika tengahari kenderaan bagindavRasulullah saw berhenti dan baginda Rasulullah saw bermaksud berkhemah bersama saiditina Aisyah r.a,tiba-tiba yang di dalam adalah Hafshah akan tetapi baginda Rasulullah saw tidak nampak terkejut.
Lalu baginda Rasulullah saw bermalam ditempat Hafshah,yang rencanakan malam itu ditempat saiditina Aisyah r.a.Kemuadian saiditina Aisyah r.a menyesal kerana setuju bahagian malam tersebut sehingga pada malam itu dia tidak dapat tidur.
Pada malam yang lain baginda Rasulullah saw telah pergi ke kuburan yang ada di Madinah,seringkali baginda pergi ke sana pada malam hari,berziarah,memberikan salam,dan mendoakan orang=orang Mu'min yang dikuburkan di sana sekaligus baginda mengingati mati dan akhirat.
saiditina Aisyah r.a bangun daripada tidurnya sedang baginda Rasulullah saw tidak berada disampingnya,dia selalu gusar sampai kembalinya baginda Rasulullah saw,hal ini diketahui oleh baginda Rasulullah saw kemudian baginda menegur ;"Kalau begitu kamu dikalahkan oleh syaitanmu wahai Aisyah?"
saiditina Aisyah r.a:"Apakah pada diriku ada syaitan?"
Nabi saw:"Ya,tiap-tiap orang mempunyai syaitan."
saiditina Aisyah r.a:"Engkau,juga punya?"
Nabi saw:"Ya,akan tetapi Allah menolongku sehingga aku dapat menolaknya"
Kecintaan Nabi saw pada saiditina Aisyah r.a itu sampai menjadikan isteri-isteri baginda cemburu,mereka menyampai hal itu kepada saiditina Fatimah al-Gubra dan mengutus saiditina Fatimah al-Gubra kepada baginda Rasulullah saw untuk keadilan.
Saiditina Fatimah al-Gubra datang kepada Ayahnya menyampaikan saranan isteri-isterinya,baginda Rasulullah saw memalingkan muka dan ketika saiditina Fatimah al-Gubra mengulangi percakapannya itu,baginda Rasulullah saw bersabda kepadanya :"Apakah kamu tidak menyenangi apa yang aku senangi" Jawab saiditina Fatimah al-Gubra :"Ya,aku senang wahai Rasulullah." Nabi saw bersabda 'Kalau begitu cintailah Aisyah."
saiditina Fatimah al-Gubra diam,baginda Rasulullah saw bersabda:
"Takutlah pada Allah tentang Aisyah,demi Allah,tidak turun wahyu padaku dikala aku tidur bersama isteriku selain Aisyah"



Allah jua yang maha mengetahui.

disebalik jari-jari kecil ini




inilah jari adik beradik my love haqiqi..
+kakak,abang,abang adul,kak pai,ammie,adik+

cinta



wali Allah sheikh Abdul Kadir Al jafari berkata "cinta kepada isteri boleh
tapi jangan simpan dlm hati,cinta pada anak-anak pun boleh,tapi jangan sampai dlm hati,tetapi cinta pada Allah swt dan Rasulullah saw simpanlah di dalam hati kamu"


cinta itu buta,cinta itu indah,cinta itu segala-galanya.Cinta adalah fitrah setiap manusia.Bersyukur kepada ALLAH apabila si sahabat wanita mengatakan "aku suka dengan lelaki tu.." alhamdulillah fitrah si sahabat itu benar kerana sebagaimana ALLAH menjadikan manusia itu berpasang-pasangan sepeti adam dan hawa dan semestinya wanita cinta kepada lelaki dan sebaliknya.Ketahuilah cinta ini amat luar biasa dan bisa sahaja untuk membuatkan seseorang menjadi tak tentu hala.Seorang ahli yang pakar mengenai cinta pernah mengatakan "Demi ALLAH sesungguhnya sebuah cinta amat teramat agung untuk dapat dilihat.Ia luput dari penglihatan manusia ia ada di dalam dada bersemayam sebagaimana api bersemayam dengan batu.Jika ia dinodai ia akan membakar jika ia dicuba untuk ditinggalkan ia akan selalu membayangi" Cinta yang dinodai dengan perkara munkar akan merosakkan tuannya.Cinta adalah sesuatu normal apabila ia di susun dengan sebaiknya.Masalah cinta mutakhir ini memang menyumbang kepada masalah zina yang berleluasa.Hanya kerana perkataan cinta si dara dan teruna bisa jatuh ke lembah hina.Na'uzubillahminzalik.Oleh itu pengurusan dengan bijak dalam melewati hal percintaan amatlah penting.Hanya satu jalan kepada pengurusan cinta yang sistematik dan yang terbaik iaitu dengan pernikahan.Saidina Umar pernah berkata "Percintaan itu hanya akan terlaksana kemuncaknya bila berlakunya pernikahan" Konklusinya jangan pening memikirkan soal cinta kerana ALLAH yang bijaksana telah membuat perancangan yang terbaik buat diri kita.Marilah kita kembali ke pangkal jalan.Jalan islam adalah jalan yang membawa kepada ketengangan yang abadi.Sebaliknya jalan yang bukan islam ibarat makanan yang disaluti gula,bila gula telah habis dimakan maka hilanglah kemanisan makanan tersebut.

Oct 9, 2008

jemput datang

PROGRAM KHAS BERSAMA SAYYID AHMAD BIN SAYYID MUHAMMAD ‘ALWI AL-MALIKI



PROGRAM KHAS BERSAMA SAYYID AHMAD BIN SAYYID MUHAMMAD ‘ALWI AL-MALIKI




10 Syawal 1429 /10 Oktober 2008 : Program Diskusi Kitab Mafahim Yajibu An Tusohhah oleh Sayyid Ahmad Al-Maliki

Tempat : Dewan Majlis Perbandaran Seremban MPS

Waktu: 2000pm – 2200pm








11 Syawal 1429 / 11 Oktober 2008 : Ceramah oleh Sayyid Ahmad Al-Maliki

Tempat : Kompleks Yayasan Sofa, Negeri Sembilan

Waktu: 2000pm-2200pm








12 Syawal 1429 / 12 Oktober 2008: Wacana Pemikiran Sayyid Muhammad ‘Alawi Al-Maliki

Tempat: Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta Kuala Lumpur

Waktu: 0800am-1300pm




ACARA: Majlis Wacana Utama - Wacana Pemikiran al-‘Allamah al-Mahaqqiq al-Jalil as-Sayyid Muhammad bin ‘Alawi al-Maliki al-Hasani. Wacana ini adalah anjuran bersama Jabatan Hal Ehwal Islam Wilayah (JAWI), ABIM, PKPIM dan Yayasan SOFA. Pembentang adalah Sayyid Ahmad bin Sayyid Muhammad al-Maliki al-Hasani dari Mekah, Habib Hasan al-'Attas dari Singapura dan Dato' Sayyid Umar al-Aidarus dari Terengganu. Masuk adalah PERCUMA.





Muslimin dan Muslimat Dijemput Hadir.





Pertanyaan :


Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi :

Ustaz Haji Mohd Farid bin Samad : 019 384 2032

Ustaz Salahuddin bin Azrai : 019 389 7785

Ustaz Mohd Hanif bin Abd Hamid : 019 663 7785

( Sila SMS nama anda kepada nombor2 di atas untuk urusan booking/reserved - Catat / maklumkan no. Majlis berkenaan )

Sep 28, 2008

telah tiba hari ini.......

assalamualaikum..

hari nie hari ahad..petang nnti aku balik kg..semoga selamat sampai my love haqiqi..insyaALLAH..

aku nak peluk n cium daddy n mammy,nenek n atuk aku..urggghhh da lama aku tggu saat ini,alhamdulillah allah perkenankan jgak hari ini.selagi hidup nie,berbuat baiklah ngn dorang smua..sayang menyayangi antara satu sama lain...huhuhu..insyaALLAH..mencurahkan kasih sayang pada yang selayaknya,,nnti smpai rumah,aku da buat program siap2 sepanjang aku kat sana..program tak besar pun,,kecik2 ja..just wajibkn solat jemaah stiap waktu,tazkirah dari atuk aku(da lama aku xdengar),makan suap2...(=..n lain2..semoga program yg aku labelkan sebagai peraturan nie dapat menguatkan lagi hati2 ini semua...kawan2 aku semua da buzy cari n call aku..semua nak serbu rumah aku..huhuhu,aku persilakn korang semua datang...jgn risau...insyaALLAH semoga kita sempat jmpa...


bila kolej da cuti,emm aku pun tak tau da nak buat pa..selalunya kat kolej buat2buzy,,tapi kalo da cuti.."terr" rindu plak ngn kolej..tapi apa pun kolej tu ttp dekat di hati..hehe,kat situ la aku blaja macam2 dari xtaw ke taw..semoga hari nie lebih baik dari semalam...

salam istiqamahhh!!!
maksimakan ibadah!!!
di akhir2 ramadhan!!!

Sep 18, 2008

ramadhan oh ramadhan

...alhamdulillah ALLAH masih memberi aku peluang untuk terus bernafas dalam islam...

continue...

"sekarang barulah aku mengerti kenapa dalam kalangan manusia ada yang sedih n nangis meninggalkan bulan ramadhan.....""

itu sahaja...

Sep 6, 2008

ramadhan..oh ramadhan..

ramadhan,ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna..dalam bulan ramadhan yang mulia ini banyak nya bonus kepada orang islam.Terpulang lah kepada kita nak merebut atau melepaskannya pergi.sewaktu berumur 5 tahun.. kecik2 dulu,semasa malam raya..sedang aku bersuka ria menyambut aidilfitri,aku terlihat seorang yang sedang menangis seperti kehilangan orang yang terpenting dalam hidupnya..(pelik,esok dah nak raya,tapi mengapa orang tu nangis..)

..continue

Aug 27, 2008

15 tips menjadi Hamlatul Quran yang sistematik




1.Melakukan iadah daripada muka surat belakang.Contoh muka surat 22 sehingga muka surat 2,maqro' 8-1.Kebanyakan para Qari hanya lancar bahagian hadapan sahaja.Melakukan iadah dengan cara begini dapat menyeimbangkan penghafalan.

2.Merakam suara anda menggunakan perakam kaset,handphone,mp3,mp4 dan sebagainya.Kemudian semak semula bacaan anda.Hal ini,membolehkan anda mengetahui kesilapan dalam bacaan.

3.Membaca dengan kawan secara bergilir-gilir.Dapat menghilangkan rasa mengantuk dan mengeratkan ukhwwah.

4.Iadah dalam solat tahajjud.

5.Melazimkan iadah setiap kali selepas solat fardhu.

6.Mengenalpasti ayat mutasyabihat.

7.Hendaklah mengulang al-Quran tanpa mengira tempat dan masa.

8.Ayat-ayat yang hendak dihafal hendaklah diulang sehingga lancar.

9.Menggunakan satu mushaf al-Quran sahaja.

10.Selalu iadah bersama guru-guru,rakan-rakan selagi ada peluang.

11.Selalu mendengar bacaan al-Quran daripada kaset dan sebagainya.

12.Membaca dengan tadwir ketika tasmi' baru dan iadah.

13.Beramal dengan surah al-Qamar ayat 40.Mafhumnya "Dan sungguh telah kami mudahkan al-Quran sebagai peringatan,maka adakah orang yang mahu mengambil pelajaran?"

14.Surah al-A'la ayat 6.

15.Surah al-Insyirah 1 atau 3 atau 7.

=D Bacaan tadwir ialah bacaan pertengahan.

Wallahualam.

masa untuk memberi

Aku selalu meminta maaf kepada semua orang "sorry,maaf,aasif,afwan dan sewaktu dengannya" tiba-tiba seorang sahabat berkata kepadaku "asyik-asyik meminta maaf bila masa nak memberi?".Pertanyaan sahabat aku itu walaupun santai tapi cukup membuatkan aku terfkir.Betul juga ya..asyik-asyik meminta tapi aku jarang pun nak memberi.Begitu banyak peristiwa dalam kehidupan seharian yang memerlukan aku meminta maaf kepada orang lain akibat daripada kesilapan diri yang hina ini.Boleh dikatakan dalam sehari perkataan maaf,sorry,aasif dan afwan selalu digunakan kadar purata sebanyak 10 kali sehari,ingin memberi kemaafan bukanlah perkara mustahil dan bukanlah satu perkara yang tidak baik.Malahan dengan memberi kemaafan ia boleh mengeratkan hubungan silaturrahim sesama insan.Berusahalah kita bukan hanya meminta tetapi memberi maaf sesama hambaNYA.Kalau dahulu "sorry-sorry" sekarang tidak menjadi beban untuk mengatakan "aku memberi maaf atau ya..aku maafkan".Terima kasih sahabat.

Wallahualam.

Apakah ciri-ciri sahabat yang baik?

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya;"wahai anakku,sekiranya engakau ingin bersahabat dengan seseorang,maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut;

Jika engkau berbakti kepadanya,dia akan melindungi kamu;
Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya,dia akan membalas balik persahabatan kamu;
Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya,dia akan membantu kamu;
Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya,dia akan menerimanya dengan baik;
Jika dia mendapat sesuatu bantuan dan kebajikan daripada kamu,dia akan menghargai dan menyebut kebaikan kamu;
Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu,dia akan menutupnya;
Jika engkau meminta bantuan daripadanya,dia akan mengusahakannya;
Jika engkau berdiam diri kerana malu hendak meminta,dia akan menanyakan kesusahan kamu;
Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu,dia akan meringankan kesusahan kamu;
Jika engkau berkata kepadanya,nescaya dia akan membenakan kamu;
Jika engkau mencadangkan sesuatu,nescaya dia akan membantu kamu;
Jika kamu berdua berselisih faham,nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
Dia membantumu menunaikan menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat;

Bangun tahajjud

Tips untuk bangun tahajjud;

Banyak tips untuk bangun tahajjud.Tapi antaranya ialah;
"Sebelum tidur banyakkan minum air sekurang-kurang boleh membuatkan anda ke bilik air keesokan paginya"

Dilarang sama sekali untuk tidur semula walaupun seminit apabila dah terjaga kerana SYAITAN nie tak pena putus asa.

Wallahualam.

kata-kata




"Kata ibarat pedang tajamnya bisa membunuh lawan"
"terlajak perahu masih boleh diundur lagi terlajak kata buruk padahnya"
"fikir dahulu sebelum cakap"

kata2..
tapi hanya dengan kata2
orang boleh jadi tak tentu hala

kata2..
tapi dengan kata2
tak kira nak kata sapa
kata la

kata2..
tapi dengan kata2
kita selalu ditertawa

kata2..
tapi dengan kata2
aku pun tak tahu kata apa

kata2..
tapi dengan kata2
ada yang malu nak berkata2
mengapa? tak tahu sebab apa

kata2..
tapi dengan kata2
aku sealu terpedaya

kata2..
tapi dengan kata2
aku banyak buat dosa
terlalu banyak dosa

kata2..
tapi dengan kata2
aku punya kerja
semua nya tak terkata

kata2..
tapi dengan kata2
orang boleh kenal sapa kita

kata2..
tapi dengan kata2
aku selalu terleka dan terlupa


kata2..
tapi dengan kata2
aku selalu buat kerja sambil lewa

kata2..
tapi dengan kata2
aku terlupa duka dan lara

kata2..
tapi dengan kata2
mendekatkan aku dengan NYA

kata2..
tapi dengan kata2
semua benda boleh jadi binasa

kata2..
kata2..
kata2..
satu nikmat yang luar biasa
gunalah sebaiknya
jagalah amanah bagi menjaga
kata2..

kata2..
berkatalah dengan kata2
yang berfaedah
yang boleh dijadikan sebagai ibadah

kata2..
jauhilah sikap suka kata-mengata
kerna bisa memporak peranda kita semua

kata2..
kata2..
jagalah kata2..

sampai disini sahaja
kata2 dariku..
buat ingatan aku dan semua

Aug 26, 2008

Lain dari yang lain

Penutupan Majlis Tilawah al-Quran peringkat antarabangsa kali ke 50 yang diadakan di Terengganu menyaksikan keunikan yang amat tersendiri.Bagi sesiapa sahaja yang melihat majlis penutupan malam tadi,bisa merasai keunikan Majlis tersebut.Johan Majlis Tilawah pada malam tadi daripada Republik Indonesia.Alunan bacaan ayat suci al-Quran yang disampaikan oleh johan iaitu Saudara Mubarak cukup menggamit penonton untuk menghayati bacaan tersebut.Ketelitian dalam mengawasi suara dan burdah-burdah harakat tarannum amat memukau.Begitu juga dengan peserta wanita daripada Thailand telah dipilih sebagai johan.Yang amat menarik adalah persembahan daripada negara lain selain Malaysia yang telah membuat persembahan tetapi versi Bahasa Malaysia.Persembahan tersebut sangat baik dan menarik walaupun separuh daripada mereka tidak tahu Bahasa Malaysia.Tetapi semangat ukhuwwah dan saudara seaqidah amat wajar dicontohi.Tahniah kepada semua!!

Aug 24, 2008

fast mee

tips untuk kesihatan;

Ada yang menganggap makan maggie nie boleh jadi tak pandai? adakah itu benar.Wallahualam.bagi rakan2 yang suka makan atau selalu makan mee segera atau terkenal dengan nama samaran 'maggie' bolehlah mengamalkan tips tersebut bagi mengelakkan tanggapan 'makan maggie boleh jadi kurang pandai'.Selepas memasak maggie.Air yang digunakan untuk memasak maggie pada kali pertama hendaklah dibuang.Dan digantikan dengan air yang lain.Sebab akak saya cakap air yang pertama tu tak baik untuk kesihatan kena buang.Dan tips ini hanyalah untuk maggie yang berkuah sahaja.

Selamat mencuba.

Jadilah seperti al-Quran bergerak



al-Quran bergerak?

Kepentingan dan kemuliaan menjaga al-Quran mendapat sanjungan dan pujian daripada ALLAH swt ataupun Rasulullah s.a.w.Mereka digelar sebagai pilihan ALLAH,Ahlullah,orang yang telah diberi ilmu dan penjaga keaslian al-Quran.Para Hamlatul al-Quran jadilah umpama al-Quran yang bergerak.Oleh itu para Hamlatul al-Quran dan sahabat2 sekalian,Tatkala masyarakat memandangmu.Engkau berakhlaklah dengan akhlak al-Quran.Seperti Rasulullah s.a.w yang memiliki ketinggian akhlak yang sangat terpuji.

Wallahualam.

Di antara 2 pisang





Dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang yang bergelar hamba kepada pencipta yang maha Agung dan Haqiqi,tidak lekang daripada hasutan si iblis dan melayani keinginan si nafsu.

Azan telah berkumandang menandakan masuknya solat fadhu maghrib bagi wilayah persekutuan Kuala Lumpur dan kawasan2 yang sewaktu dengannya.
Setelah selesai menunaikan solat fardhu maghrib secara berjemaah.

Bermulalah santapan rohani.Untuk memberi makan kepada rohani masing2.

akak : "adik2 muslimah sekalian.antara dua pisang yang baik,elok,masih berkulit dan dibandingkan pula dengan pisang yang dah tak elok yang dah tak ada kulit.Mana satu yang adik nak?"

(KENA JAWAB SOALAN AKAK TU,PILIH PISANG YANG ANDA NAK)

adik2: dengan suara yang lantang dan penuh keyakinan diselitkan pula dengan kesungguhan semua "kami nak pisang yang baik,elok,yang tak kena kacau lagi.Tak nak pisang yang buruk"

akak : "alhamdulillah adik2 semua tak nak pisang yang dah tak elok.Bukan sahaja adik2 malahan semua orang tak nak pisang yang dah tak elok.Begitulah kita sebagai seorang yang bergelar muslimah,wanita,perempuan,women,banat,gadis dan sebagainya kenalah menjadi seperti pisang yang elok masih ditutupi dengan kulit pisang tersebut.Menjaga aurat yang telah ditetapkan oleh ALLAH swt.Menutup bahagian2 yang sepatutnya.Semua itu adalah perhiasan seorang yang bergelar muslimah.Maka kita hendaklah menjaga dengan sebaik dan penuh amanah.Itu adalah tangungjawab kita adik2 sekalian.Berbanding pula dengan pisang yang dah tak elok.Tiada sesiapa pun yang ingin memilihnya.."

Aug 23, 2008

warna hijau

Tips untuk kesihatan;

Mengikut kajian dari Itali,sayur-sayur hijau seperti bayam,daun salad, dan kubis mengandungi banyak bahan antikanser seperti beta-carotene,hutein,dan asid folik.

Bersamalah kita banyakkan makan sayur-sayuran yang berwarna hijau.

Wanita di bawah Cahaya al-Quran dan al-Sunnah (bhg 1)


Pendahuluan

Apakah sifat seorang wanita yang beriman kepada Allah dan RasulNya? Bagaimanakah seorang wanita itu seharusnya bertingkahlaku untuk dia digelar wanita yang solehah? Dan apakah petunjuk Nabi :selawat kepada kaum wanita dari kalangan umatnya dalam menjalani kehidupannya? Sesungguhnya tidaklah seorang wanita itu mengikut setiap pesanan dan nasihat dari guru sekalian umat ini -:selawat- melainkan dia digelar wanita yang solehah. Tiada satu pun yang dapat mengukur kebaikan dan kemuliaan seorang wanita itu melainkan dengan kekuatannya berpegang kepada al-Quran dan al-Sunnah. Tulisan ini akan menjawab persoalan-persoalan yang diutarakan di atas berdasarkan dalil-dalil dari al-Quran dan al-Sunnah. Wahai kaum wanita, perhatilah dan selamilah petunjuk serta wasiat dari Penciptamu dan Rasulmu serta hadapilah hidup ini dengan hati yang lurus!

.
Sifat wanita yang beriman
Sekiranya seorang wanita itu berakhlak dan menghiasi dirinya dengan sifat-sifat berikut, maka bergembiralah dia dengan syurga yang dijanjikan oleh Allah untuknya.

(1) Keimanan dan taqwa kepada Allah serta kecintaannya kepada Rasul :selawat. Seorang wanita itu seharusnya mendahulukan Allah dan Rasul :selawat dalam apa jua perkara serta menjadikan keduanya sebagai kayu ukur dalam setiap gerak-geri dan tingkahlakunya. Allah Ta'ala berfirman yang bermaksud : «Tiadalah bagi lelaki yang beriman dan wanita yang beriman (hak) untuk memilih dalam urusan mereka apabila Allah dan RasulNya telah memutuskan urusan itu. Barangsiapa menderhakai Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata» [al-Ahzab : 36]. Dan Nabi :selawat telah menjanjikan bahawa mereka yang mendahulukan Allah dan RasulNya dalam setiap perkara maka mereka akan mendapat kemanisan iman. Nabi :selawat berkata yang membawa maksud : «Tiga perkara yang mana ia terdapat pada diri seseorang itu, maka dia akan merasai kemanisan iman ; orang yang mencintai Allah dan RasulNya melebihi segala sesuatu; orang yang mencintai orang lain kerana Allah; dan orang yang membenci kekafiran sebagaimana dia membenci dimasukkan ke dalam api neraka»
[1].
Seorang wanita yang beriman itu selalu mengingati Allah dalam keadaan bersendiri mahupun ramai, dan dalam keadaan senang ataupun susah. Hatinya sentiasa terikat dengan Allah dan dia sentiasa memelihara iman di dalam hatinya dengan zikir, ibadah-ibadah sunat, membaca al-Quran serta memerhati tanda-tanda kekuasaan Allah. Kehidupan bagi seorang wanita itu bukanlah emas dan perhiasan, kehidupan juga bukan suami ataupun keluarga; tetapi kehidupan bagi seorang wanita itu ialah iman dan amalan-amalan soleh yang akan dibawa berjumpa Allah kelak. Allah berfirman yang bermaksud : «Barangsiapa mengerjakan kebaikan baik lelaki ataupun perempuan, sedang dia beriman, nescaya Kami hidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan Kami balasi mereka dengan pahala yang terlebih baik dari apa yang telah mereka amalkan» [al-Nahl : 97]. Seorang wanita yang menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai tunggak hidupnya, maka dia akan menjalani kehidupan di dunia ini dengan aman dan bahagia. Dari Suhaib al-Rumi, Nabi :selawat berkata yang bermaksud : «Sungguh mengkagumkan urusan orang mukmin itu, setiap urusannya adalah baik, tidaklah perkara ini berlaku kepada seseorang pun melainkan orang mukmin, jika dia mendapat perkara gembira, dia bersyukur, itu adalah baik baginya, dan jika dia ditimpa musibah, dia bersabar, itu adalah baik baginya»
[2].

(2) Sentiasa melazimi rumah dan tidak berhias-hias (tabarruj). Sekian banyak dalil-dalil dari al-Quran dan al-Sunnah yang menunjukkan bahawa melazimi rumah itu adalah lebih baik bagi seorang wanita. Setiap apa yang disebut sebagai 'baik' oleh Allah dan Rasul :selawat, maka tiadalah sesuatu pun yang lebih baik dari perkara itu. Allah berfirman di dalam al-Quran yang menunjukkan perintah kepada isteri-isteri Nabi :selawat yang bermaksud : «Tetaplah kamu dalam rumahmu dan janganlah kamu berhias-hias seperti berhiasnya perempuan jahiliyah yang dahulu…» [al-Ahzab : 34]. Ibn Kathir berkata ketika menafsirkan ayat ini : "Adab-adab ini telah Allah perintahkan kepada isteri-isteri Nabi :selawat dan wanita umat ini (untuk mereka mengikuti ummahat al-mukminin)…(ayat ini bermaksud) iaitu tetaplah kalian dan janganlah keluar tanpa sebarang hajat dan antara hajat yang dibenarkan syara' ialah solat di masjid dengan syarat yang telah ditetapkan
[3]". Manakala al-Qurtubi pula berkata : "Ayat ini menunjukkan perintah untuk tetap di rumah, walaupun ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri Nabi :selawat, tetapi dari segi makna, ia juga merangkumi wanita-wanita lain, bagaimana tidak, sedangkan banyak perintah syara' yang menyuruh wanita tetap di rumah dan tidak keluar kecuali darurat[4]".
Dalam suatu hadis, Nabi :selawat berkata yang bermaksud : «Solat wanita di (bahagian dalam) rumahnya lebih baik dari solatnya di ruangan luar rumahnya
[5], dan solatnya di dalam rumah kecilnya (makhda'[6]) lebih baik dari solatnya di dalam bahagian dalam rumahnya (tadi)»[7]. Walaubagaimana pun, wanita dibenarkan untuk solat di masjid, tetapi solat mereka di rumah itu adalah lebih baik seperti yang dikatakan oleh Nabi :selawat yang bermaksud : «Janganlah kamu halang isteri-isteri kamu (bersolat) di masjid, (akan tetapi) rumah-rumah mereka itu lebih baik bagi mereka»[8]. Dalam syarah hadis ini disebutkan : 'Solat wanita di rumah itu lebih baik bagi wanita daripada solat mereka di masjid sekiranya mereka mengetahui, tetapi mereka tidak mengetahuinya lantas meminta izin untuk ke masjid dan menganggap bahawa pahala mereka bersolat di masjid itu lebih banyak. Solat mereka di rumah itu lebih baik kerana ia lebih aman dari fitnah, lebih-lebih lagi setelah berlakunya tabarruj dan berhias-hias di kalangan wanita…[9]'. Perintah ini dikuatkan lagi dengan sebuah hadis Nabi :selawat yang bermaksud : «Wanita itu aurat, jika dia keluar maka syaitan akan memandangnya, dan seorang wanita itu paling hampir dengan Tuhannya sekiranya dia berada tetap di dalam rumahnya»[10]. Perkataan 'istasyrafa' dalam hadis di atas membawa maksud syaitan akan mencantikkan wanita itu di mata lelaki, dan ada pendapat yang mengatakan bahawa maksud hadis ini ialah syaitan akan memandang wanita itu untuk menyesatkannya dan orang lain akan menjadi sesat disebabkan olehnya[11]. Subhanallah! Hadis ini menunjukkan kelebihan melazimi rumah bagi seorang wanita dan itu merupakan antara cara yang terbaik untuk dia mendekatkan diri kepada Allah. Maksudnya sama seperti hadis[12] yang menyatakan bahawa seorang hamba itu paling hampir dengan Allah dalam keadaan sujud, yang mana hadis ini menunjukkan kelebihan sujud dan galakan untuk memperbanyakkan sujud.
Perintah bagi wanita supaya tetap di rumah dan larangan untuk mereka keluar dikecualikan sekiranya mereka keluar dengan sebab-sebab dan hajat tertentu yang dibenarkan syara'. Ini berdasarkan hadis Nabi :selawat di mana Aisyah :radhia menceritakan : Saudah :radhia telah keluar –selepas turunnya perintah hijab- kerana hajat tertentu, dan dia adalah seorang wanita yang berbadan besar, mereka yang mengenalinya pasti akan akan mengetahui bahawa dia adalah Saudah (walaupun dia memakai pakaian menutupi seluruh badan ataupun keadaan malam yang gelap), maka Umar melihatnya lalu berkata : Wahai Saudah, demi Allah, kamu tidak akan dapat menyembunyikan diri dari kami, maka fikirlah cara bagaimana kamu keluar tanpa dikenali. Aisyah berkata : Maka Saudah pun pulang, dan Baginda :selawat berada di rumahku sedang makan malam dan tangannya menggenggam daging, lalu dia masuk dan berkata : Wahai Rasulullah, aku telah keluar untuk menunaikan hajatku dan Umar telah berkata kepadaku (itu dan ini). Aisyah berkata : Maka Allah telah menurunkan wahyu kepadanya dan ketika keadaan itu selesai, daging itu masih berada di genggamannya seakan-akan beliau tidak mahu menyimpannya, lalu Nabi :selawat bersabda : «Kamu diizinkan keluar untuk memenuhi keperluanmu»
[13].

(3) Sentiasa menundukkan pandangan dan memelihara dirinya. Seorang wanita yang beriman dan solehah itu sentiasa menundukkan pandangannya dari melihat perkara-perkara yang haram dan sentiasa memelihara kehormatan dirinya sebagai seorang wanita yang beriman.
Telah menjadi kebiasaan bagi wanita-wanita zaman ini samada yang sudah bersuami atau pun masih belum berkahwin –kecuali mereka yang dipelihara oleh Allah- untuk mempunyai sahabat dari kalangan lelaki. Ini bertentangan dengan sifat wanita yang beriman dari kalangan hamba yang disifatkan oleh Allah dalam surah al-Nisa' yang bermaksud : «…dan berikanlah kepadanya mas kahwinnya dengan kadar yang patut, sedang hamba itu perempuan yang baik, bukan perempuan lacur dan bukan pula mengambil lelaki lain sebagai teman secara rahsia…» [al-Nisa' : 25]. Inilah budaya barat yang cuba diserap masuk di kalangan wanita-wanita Muslimah kerana musuh-musuh Allah ini tahu bahawa rosaknya wanita Muslimah bererti rosaklah generasi Islam yang akan datang! Tetapi malangnya, fenomena ini dianggap biasa di zaman ini bahkan wanita yang tiada sahabat lelaki itu pula yang dikatakan ketinggalan zaman serta tidak pandai bersosial dan sebagainya. Allah jualah tempat meminta pertolongan.
Firman Allah lagi dalam surah yang sama mengenai sifat-sifat wanita yang baik itu : «…Perempuan-perempuan yang solehah ialah perempuan-perempuan yang taat, yang memelihara kehormatannya sewaktu suaminya tiada, sebagaimana Allah telah memeliharakan dirinya…» [al-Nisa' : 34]. Maksudnya, mereka ini memelihara kehormatan diri mereka dan memelihara rahsia suami ketika ketiadaannya sebagaimana Allah memelihara mereka dengan memerintahkan para suami supaya bergaul dengan baik dengan mereka dan menunaikan hak-hak para isteri
[14]. Inilah ciri-ciri wanita yang solehah.
Manakala perintah menundukkan pandangan pula tidaklah terhad pada lelaki sahaja, bahkan Allah telah mengkhususkan satu ayat yang menyuruh para wanita juga menundukkan pandangan. Firman Allah yang bermaksud : …«Katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman, supaya mereka merendahkan pandangan…» [al-Nur : 31].

(4) Menjaga lisan daripada mengumpat, memfitnah dan sebagainya. Suka mengumpat, mencerca dan melaknat adalah satu sifat yang sering dikaitkan dengan wanita –kita memohon keselamatan dari Allah supaya dijauhkan dari sifat ini-. Manakan tidak, sedangkan Allah sendiri mengkhususkan larangan ini kepada wanita di samping ayat yang umum melarang orang mukmin itu menghina sesama mukmin. Allah berfirman yang bermaksud : «…dan jangan pula kaum perempuan menghina kaum perempuan yang lain, kerana boleh jadi perempuan yang dihina itu lebih baik dari perempuan yang menghina…» [al-Hujurat : 11]. Allah mengkhususkan larangan ini kepada wanita kerana kaum inilah yang seringkali cepat mengeluarkan kata-kata yang tidak baik samada mengumpat, menghina, mengata dan sebagainya
[15]. Syeikh al-Sa'di rahimahullah di dalam tafsirnya berkata : '…pada realitinya memang selalunya mereka yang dihina itu lebih baik dari yang menghina, kerana penghinaan itu tidak akan datang kecuali dari hati yang penuh dengan keburukan dan akhlak yang keji…'[16].
Allah Ta'ala juga berfirman yang bermaksud : «…dan janganlah kamu mengumpat orang lain, sukakah salah seorang kamu memakan daging saudaranya yang telah mati?...» [al-Hujurat : 12]. Maka selayaknya bagi wanita yang beriman untuk menjauhi larangan Allah ini dan cuba sedaya-upaya untuk menjaga lisannya dari berkata yang tidak baik. Hendaklah seorang wanita itu bertaqwa pada Allah dan meletakkan syurga dan neraka di hadapannya sebelum berkata apa-apa mengenai orang lain.
Dari Huzaifah :radhia, Nabi :selawat berkata yang bermaksud : «Tidak akan masuk syurga qattaat (orang yang mendengar sesuatu sedangkan dia tidak mengetahui hakikat sebenarnya dan kemudian menyebarkannya untuk tujuan berbuat kerosakan
[17])[18].

(5) Menjaga pendengarannya daripada muzik, kata-kata yang keji dan perkara-perkara lain yang haram untuk didengari. Seorang wanita yang beriman hendaklah berusaha sedaya-upaya untuk menjauhi apa jua perkara yang boleh melalaikannya dan tidak mendatangkan faedah bagi agamanya. Dia hendaklah sentiasa memelihara pendengarannya kerana ia adalah sesuatu yang dipertanggungjawabkan ke atasnya dan akan disoal oleh Allah di hari akhirat kelak. Allah berfirman yang bermaksud : «…Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, masing-masing akan dipertanggungjawabkan» [al-Isra' : 36].
Nabi :selawat berkata yang bermaksud : «Akan muncul dari umatku orang-orang yang menghalalkan (menganggap halal) zina, memakai baju sutera, arak dan alat muzik…»
[19]. Perbuatan 'menghalalkan' itu tidak terjadi melainkan apabila hukum asal sesuatu itu adalah haram. Dalam hadis ini, alat muzik diletakkan sebaris dengan arak dan zina yang mana jelas pengharamannya pada umat Islam. Ibn Mas'ud :radhia berkata : "Nyanyian itu menumbuhkan nifaq dalam hati sebagaimana air itu menumbuhkan sayuran"[20].
Dr. 'Aidh al-Qarni berkata
[21] : Sesiapa yang mendengar muzik itu maka dia akan dihukum dengan tiga perkara :
1- Terputus hubungan hatinya dengan Allah.
2- Dia tidak lagi menyintai al-Quran, zikir, hadis, sirah Nabi :selawat dan sebagainya.
3- Allah akan mengharamkan mendengar nyanyian baginya di syurga nanti.

Bersambung insha Allah…

[1] Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Sahihnya, Kitab Bad'u al-wahyi, Bab Halawat al-iman, no. hadis : 16; Muslim dalam Sahihnya, Kitab al-Iman, Bab Bayan khisal man ittashafa bihinna wajada fiihi halawat al-iman, no. hadis : 67; al-Nasa'ie dalam Sunannya, Kitab al-Iman wa syara'i'ihi, Bab Halawat al-iman, no. hadis : 4988; Ahmad dalam Musnadnya, 3/103, no. hadis : 12021.
[2] Diriwayatkan oleh Muslim dalam Sahihnya, Kitab al-Zuhd wa al-Raqa'iq, Bab al-Mu'min amruhu kulluhu khayr, no. hadis : 64; Ibn Hibban, Sahih Ibn Hibban bi Tartib Ibn Balban, Kitab al-Jana'iz, Bab Ma ja'a fi al-sabr, no. hadis : 2896. Lafaz hadis ini adalah lafaz Muslim.
[3] Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-'Azhim, (T.Tp, T.Th) 3/636.
[4] Al-Qurtubi, al-Jami' li Ahkam al-Quran, (T.Tp, T.Th) 14/158.
[5] Al-hujrat : Kawasan lapang di dalam rumah. Lihat : al-'Azhim Abadi, Syaraf al-Haq Muhammad Asyraf, 'Aun al-Ma'bud Syarh Sunan Abi Daud, (Beirut : Dar Ihya' al-Turath al-'Arabi, 2001) 2/166.
[6] Al-makhda' : Rumah kecil yang ada dalam rumah besar; tempat menyimpan barang-barang yang berharga. Lihat : Ibid.
[7] Diriwayatkan oleh Abu Daud dalam Sunannya, Kitab al-Salat, Bab al-Tasydid fi zalik, no. hadis : 570; Ibn Khuzaimah dalam Sahihnya, Kitab al-Salat, Bab Ikhtiyar Salat al-Mar'ah fi Baytiha 'ala Salatiha, no. hadis : 1688; al-Hakim dalam al-Mustadrak, Kitab al-Imamah wa Salat al-Jama'ah, no. hadis : 757; al-Baihaqi dalam Sunannya, Kitab al-Haidh, Bab Khayr Masajid al-Nisa' Qa'r Buyutihinna, no. hadis : 5144. Berkata al-Hakim : 'Hadis ini hadis sahih menepati syarat Bukhari dan Muslim tetapi mereka tidak meriwayatkannya di dalam kitab mereka. Keduanya berhujah dengan Muwarriq ibn Musyamrij al-'Ajaliyy'; dan ia dipersetujui oleh al-Zahabi.
[8] Diriwayatkan oleh Abu Daud dalam Sunannya, Kitab al-Salat, Bab Ma ja'a fi khuruj al-nisa' ila al-masjid, no. hadis : 567; Ahmad, 2/76, no. hadis : 5468 & 5471; al-Hakim dalam al-Mustadrak, Kitab al-Imamah wa Salat al-jama'ah, no. hadis : 755; al-Baihaqi dalam Sunannya, Kitab al-Haidh, Bab Khayr Masajid al-Nisa' Qa'r Buyutihinna, no. hadis : 5142. Berkata al-Hakim : 'Hadis ini sahih menepati syarat Bukhari dan Muslim, keduanya berhujah dengan al-'Awwam bin Hawsyab dan telah thabit bahawa Habib mendengar dari Ibn Umar; tetapi mereka tidak meriwayatkan penambahan dalam hadis ini 'wa buyutuhunna khayrun lahunna''. Dipersetujui oleh al-Zahabi.
[9] al-'Azhim Abadi, op. cit, 2/165.
[10] Diriwayatkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya, Kitab al-Ridha', Bab bi dun tarjamah , no. hadis : 1173; Ibn Hibban dalam Sahihnya, Kitab al-Hazr wa al-Ibahat, no. hadis : 5599; Ibn Abi Syaibah dalam al-Musannaf, Kitab al-Salawat, Bab Man kariha zalik, no. hadis : 7616; Ibn Khuzaimah dalam Sahihnya, Kitab al-Salat, Bab Ikhtiyar Salat al-Mar'ah fi Baytiha 'ala Salatiha…, no. hadis : 1685; al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir dan al-Awsath, no. hadis : 10115 & 8096. Dalam riwayat al-Tirmizi oleh Abdullah, tiada lafaz : 'Wa aqrabu ma takuunu…' dan dia berkata : 'Ini hadis hasan sahih gharib'. Berkata al-Haithami : 'Diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam al-Kabir dan perawi-perawinya dipercayai'. Lihat : al-Haithami, Nur al-Din Ali bin Abi Bakr, Majma' al-Zawa'id wa Manba' al-Fawa'id, (Beirut : Dar al-Fikr, 1412H) 2/156.
[11] Lihat : al-Mubarakfuri, Muhammad Abdul Rahman bin Abdul Rahim, Tuhfat al-Ahwazi bi Syarh Jami' al-Tirmizi, (Beirut : Dar al-Kutub al-Ilmiyah, 2001) 4/283.
[12] Diriwayatkan oleh Muslim dalam Sahihnya, Kitab al-Salat, Bab Ma Yuqaal fi al-Ruku' wa al-Sujud, no. hadis : 482; Abu Daud dalam Sunannya, Kitab al-Salat, Bab Fi al-Du'a fi al-Ruku' wa al-Sujud, no. hadis : 875; al-Nasa'ie dalam Sunannya, Sifat al-Salat, Aqrab Ma Yakuunu al-'Abd Min Allah 'Azza wa Jalla, no. hadis : 1137; Ahmad dalam Musnadnya, 2/421, no. hadis : 9442.
[13] Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Sahihnya, Kitab al-Tafsir, Bab Qauluhu Ta'ala : [33 : 53], no. hadis : 4517; Muslim dalam Sahihnya, Kitab al-Salam, Bab Ibahat al-khuruj li al-nisa' li qadha' hajat al-insan, no. hadis : 2170.
[14] Lihat : al-Baghawi, al-Hussain bin Mas'ud, Ma'alim al-Tanzil, (al-Riyadh : Dar Thiibah, 2002M/1423H) 1/519.
[15] Lihat : al-Qurtubi, op. cit., 16/275.
[16] Al-Sa'di, Abdul Rahman bin Nasir, Taysir al-Karim al-Rahman fi Tafsir Kalam al-Mannan, (al-Riyadh : Dar al-Salam, 2002M/1422H) 945.
[17] Lihat : Ibn Hajar, Ahmad bin Ali Abu Fadhl, Fath al-Bari, (Beirut : Dar al-Ma'rifah, 1379H) 10/473.
[18] Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Sahihnya, Kitab al-Adab, Bab Ma Yukrahu min al-Namimah, no. hadis : 5709; Abu Daud dalam Sunannya, Kitab al-Adab, Bab fi al-Qattaat (al-Nammaam), no. hadis : 4871; Ahmad dalam Musnadnya, 5/382, 389, 397, 402, 404; al-Nasa'ie dalam Sunan al-Kubra, Kitab al-Tafsir, Surah al-Qalam, no. hadis : 11614.
[19] Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Sahihnya, Kitab al-Asyribat, Bab Ma Ja'a fi Man Yastahillu al-Khamr…, no. hadis : 5268; Abu Daud dalam Sunannya, Kitab al-Libas, Bab Ma Ja'a fi al-Hirr, no. hadis : 4039.
[20] Dinaqalkan dari : al-Suyuti, Jalaluddin bin al-Kamal, al-Amru bi al-Ittiba' wa al-Nahyu 'an al-Ibtida', (al-Riyadh : Dar Ibn al-Qayyim, 2001M/1422H) 107.
[21] Lihat : Al-Qarni, 'Aidh bin Abdillah, Bayt Ussisa 'ala al-Taqwa, (Beirut : Dar Ibn Hazm, 2000M) 214

=D dikirim oleh sahabat ana,shukran jazilan,