Pages

Showing posts with label Diari Nur Taqwa. Show all posts
Showing posts with label Diari Nur Taqwa. Show all posts

Jun 16, 2014

Allah rezekikan cinta kepada Taqwa

Assalamualaikum... Hari ini hari isnin, hari ini Allah memberikan rezeki "light" dalam hati ini. MasyaAllah. Subahanallah. Nothing crucial in my life other than YOU. Ya Habibi Ya Rasulullah s.a.w

Mar 11, 2013

"Ya Hanana" My Calleringtone

Bismillah..

Alhamdulillah, pernah mendengar qasidah ya Hanana??



Zhoharoddinul mu’ayyad bizuhurin Nabi Ahmad… 2x
Yahanana bi Muhammad..
Dzalikal fadhlu minallah…
Yahanana… 8x
Khusso bissab’il ma tsaani
Wahawaa luthfal ma’aani
maa lahu fil kholqi tsaani
wa ‘alaihi anzalallah
Yahanana..
Min makkatin lamma zhohar
Liajlihin syaqqol qomar
Waftakhorot aalu mudhor
Bihi ‘alaa kullil anam

Yahanana…
Athyabunna sikholqon
Wa ajallunnasi kholqon
Dzikruhu ghorban wa syarqon
Sa ‘iru walhamdulillah
Yahanana…
Shollu ‘ala khoiril anam
Almushthofaa badrittamam
Shollu ‘alaihi wasallimmu
Yasy fa’ lana yaumazziham
Yahanana…
==============================
” Betapa Beruntungnya Kami “

Telah muncul agama yang didukung,
Telah muncul agama yang didukung dengan munculnya sang Nabi Ahmad,
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad (Saw),
itulah anugerah dari Allah.

Betapa beruntungnya kami,

Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah),
penghimpun rahasia setiap makna, tak ada yang senilai dengannya,
dan Allah mewahyukannya kepadanya (Muhammad SAW),

Betapa beruntungnya kami,

Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW),
lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) menjdai dibanggakan di atas seluruh manusia.

Betapa beruntungnya kami,

Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaanNya, dan teragung akhlaknya,
Semua mengelu-elukannya di barat dan di timur.
Segala puji bagi Allah,

Betapa beruntungnya kami,
Bershalawatlah kepada sebaik-baik manusia, yang terpilih,

Sang bulan purnama,
Bershalawatlah dan sampaikan salam kepadanya,
kelak ia akan memberi syafaat kita di hari kebangkitan.

P/S Saya telah melanggan callering tone ya Hanana edaran daripada Inteam. Ya hanana ya hanana ya hanana ya hanana...
Banyak berselawat semoga kita mendapat syafaat Rasulullah s.a.w dengan berkat rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t

Kembara Universiti

Bismillah..

Sudah genap dua tahun 3 bulan bergelar mahasiswa, hidup di kampus sangat membosankan andainya tidak di susun dengan sesuatu yang berfaedah. Asal kejadian manusia adalah untuk menjadi khalifah (menyampaikan ilmu) dan beribadat kepadanya.

Alhamdulillah, akhirnya aku menemui jalan mengapa aku berada di sini sehingga waktu ini. Pada bulan pertama sungguh hidup ku bercelaru di kampus, tiada teman yang benar-benar memahami fikrah. Amat sukar. Walau apa pun.. aku tetap bergaul sebaik mungkin dengan sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa atau rupa.

Alhamdulillah.. suatu petang, rezeki terbesar buatku, ada insan yang Allah utuskan buatku. Seorang insan yang menjemputku untuk menyertai bulatan gembira atau dengan nama lainnya, usrah. Alhamdulillah.. syukur Allah mendengar keluhan hatiku. Selepas itu, aku menerima surat perlantikan untuk menjadi exco dalam persatuan di kampus, Allahu rabbi. Jalan dan ruang untuk membantu agama Allah dipermudahkan.

Memasuki tahun kedua.. aku menerima dua orang adik dan kami bersama-sama menjalani usrah. Alhamdulillah... kembara ku di universiti ini bukan la saja-saja. Rupanya sangat indah pertemuan yang Allah telah rancang buat ku.

Ku mengira, hikmahnya sangat besar. Berkorban tenaga..dan masa untuk membantu agama Allah, berkongsi idea. Namun apa yang ku lakukan adalah sekelumit berbanding sahabat-sahabat yang lain.

Berada di dalam kampus, yang bi'ah nya agak mencabar sesuatu yang menjadikan ku kuat untuk menyampaikan agama Allah, biarpun bukan dengan kelas agama, program tarbiyya yang gempak dan kursus agama. Namun memadai dengan aku mengajak sahabat-sahabat dan diri sendiri untuk menunjukkan ISLAM ini sangat lah indah. Indah yang bagaimana?? Sangat banyak, dalam pensyariatannya.. Rukhsah Solatnya,, dan banyak lagi.

Pada saya, teruskanlah membantu agama Allah, walau dimana pun berada, biarpun kita sebagai mahasiswa, tapi tradisi dakwah mesti kita teruskan. Agama Allah, agama Islam akan menang suatu masa nanti, Janji Allah benar, marilah menjadi sebahagian untuk mencurahkan tenaga mencapai kejayaan itu.

Semakin lama kita membaca mengulas dan mencari ilmu.. semakin itulah kita merasakan kita adalah yang paling hina di dunia ini.
Berusrah hingga ke syurga... :)

Salam muhasabah..

Nur Taqwa

Dec 10, 2012

Cekodok Sedap

Bahan-bahannya adalah :)

Pisang

Gula

Bikarbonat Of Soda

Tepung

Sedikit garam..

Minyak

Cara membuatnya :

Blend pisang sampai hancur. Keluarkan.. masukkan gula, gaulkan. Masukkan sedikit bikarbonat of soda n garam. Masukkan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Biarkan 10 MINIT. Sila lah masak...

Doakan GAZA

Bismillah..



Ujian.. Alhamdulillah..

Hebatnya mereka

Para pejuang

Walau sering di tekan..

Terus tabah hingga akhir nyawa..

Bumi Gaza..


Namun,,

Sedang aku dalam lena..

Selesa..

Aman damai..

Bahagia..

Ini juga ujian buatku...

Bumi Gaza...


Doaku semoga bumi GAZA akan merdeka..

Akan sentiasa selamat sejahtera

Allah bersama anda semua...

Wahai manusia..

Teruslah istiqomah doakan GAZA..

Boikot Yahudi..

Teruskan lah wahai manusia...

Tiada yang termampu ku lakukan hanya berdoa untukmu GAZA..


Hanya air mata...

Sebagai meneman melihat kesengsaraan GAZA..

Hakikatnya amat besar perjuangan GAZA..

GAZA,, salam sejahtera kepadamu..


Allah maha pembalas..

Janjinya pasti..

Bersabarlah..

Doaku sentiasa bersama mu GAZA..

Oct 10, 2012

Jalinan Cinta Wanita..

Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta
pada-Mu, telah berjumpa pada menunaikan ketaatan pada-Mu, telah bersatu dalam
berdakwah untuk kembali pada-Mu, telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tidak pernah pudar. Lapangkanlah
dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di
jalan-Mu.
Ameen ya rabbal alamin


Romantiknya saya >.<

Assalamualaikummm.. Selawat dan Salam Ats Baginda Rasulullah s.a.w, Keluarga Baginda Dan Para Sahabat...

Hai u all..

Alhamdulillah ketemu lagi sih!

Pernah merasakan rasa bahagia sekali bila berada di samping jalinan jalinan cinta wanita??

Yup saya pernah dan seringkali rasa perasaan itu..

Usrah!

Bestlah dapat berkasih sayang kerana Allah

Beringat ada syurga dan neraka..

Muhasabah diri..

Amalan sunnah

Dan berukhhuwwah habis-habisan..

Bila jumpa rasa nak peluk cium je..

Sebab rindu..

Hati meronta2 nak bertemu setiap masa

Beruntunglah andai ada yang masih mengingatkan..

Petanda Allah masih sayang kan kita..

* Selamat mengikat jalinan cinta wanita >,<

Mar 21, 2012

Nasihat Kepada Yang Belum Bernikah

Terlintas ingin menulis....

Assalamualaikum

Semalam puas hati mendengar forum Ustazah Fatimah Syarha & Dr. Farhan.

Ada nasihat dan pesanan yang penting disebalik forum tersebut.

Bagi saya ianya sangat penting... :D

Dirigkaskan :

Nasihat kepada Yang Belum BERNIKAH..

Sekadar perkongsian.

Adakah terfikir siapa yang akan menjadi suami or isteri kita pada masa akan datang?

Terfikir or tidak?

(Tanya diri masing-masing )

Jangan malu-malu itu adalah normal.

Bertepatan dengan cuti sekolah, maka ramai la yang melangsungkan ijab qabul bersama pasangan masing-masing.

Alhamdulillah semakin bertambah umat Nabi Muhammad s.aw. ( Selawat ke atas Baginda )

Namun,

Mesti terfikir sejenak..

" Alaa,, dorang dah kawin.. Aku nie bila la nak kawin" ( Ini antara perbualan saya dan sahabat melihat sahabat lain yang kahwin) :D

Itu normal...

Kembali kepada isunya..

Ada beberapa nasihat yang penting buat kita yang belum memasuki alam rumah tangga lagi...

Pertamanya, para calon-calon sekalian..hendaklah bersedia dari aspek ROH, maksud lain dalaman or hubungan kita dengan Allah swt. Ini adalah aspek yang paling penting sekali. Sebut sahaja tidak memadai. Maka, para candidate sekalian hendaklah mengamalkannya. Bagaimana? sebagai contoh hidup seharian dengan kerja yang bertimbun dengan tugasan, homework, project..maka, aspek dalaman kita hendaklah bersabar, dan merancang dengan penuh hemah.

Selain itu, hidup seharian ditimpa dengan masalah kewangan, dengan pergaduhan sesama kawan sekuliah, apa yang penting..kita hendaklah bersabar dan banyak-banyak mengingati Allah swt.

Mengapa aspek dalaman atau roh kita ini penting?

Anda rasa?

Saya rasa, benda ini penting kerana ini melibatkan muamalat kita seharian, bayang kan saja nak berkahwin bagai nak rak, tapi bila rumahtangga di landa ombak kecil sahaja, terus melenting seolah-olah terkena tsunami. Ini adalah akibat kita tidak mempersiapkan roh kita dengan mengingati Allah swt.. Banyak-banyak ingat Allah swt dalam setiap kehidupan.

Praktikkan hidup sentiasa berlandaskan dengan syariat Allah..

Kedua, sesudah mempersiapkan diri dari aspek dalaman. Kita hendaklah mempersiapkan diri dalam aspek Ilmu pengetahuan. Ilmu ini sangat luas, dari sekecil-kecil ilmu pasal perkahwinan sehingga la kepada sebesar-besar ilmu ...

Bersambung nanti..

Naik Ke Broga..

Assalamualaikum..

Cuti pun dah bermula..

Tiada percutian yang indah di rancang.. tapi sekadar menghabiskan masa dan mnejadikan masa itu berkualiti sepanjang cuti.. Dah memadai..

Bercuti dengan nenek tercinta..

Minggu lepas hari Ahad, kami naik ke Broga. Plan awalnya bertahajjud cinta di Puncak bukit. Tapi due ramai yang lamabat dan tersesat, maka semuanya menjadi niat baik sahaja. Semoga mendapat ganjaran daripada Allah. (Amin)

Selepas subuh kami mendaki, without warming up, Allahuakhbar.. Allah ternyata Maha Besar..Kami berjaya sampai di puncak..

Menyelusuri sepanjang pendakian, hati dipenuhi dengan rasa takut, sebabnya takut tak sampai ke puncak memandangkan jantung terasa hendak meletup, berdegup dengan kencang.. ( Tak larat )

Alhamdulillah..

Kami Sampai !

Subahanallah..





Alhamdulillah.. Tepat pukul 9 pagi, kami dah sampai kat kaki bukit.
Naik ke Broga amat mencabar, selama ini just dengar hearsay daripada teman-teman "senang jeee"
Akhirnya baru ku rasa apa yang senang itu..
Free nanti kami plan nak naik lagi.. :D

Sep 8, 2011

Segalanya Milik Mu ya Allah

Kau yang menciptakan cinta
Dan Kau jua yang menghampar bahagia
Di ribaanMu terhimpun harapan
Impian tulus setiap insan
Kau yang mengutuskan duka
Dan Engkaulah yang mengirimkan hampa
Namun padaMu jua diadukan
Merabahkan keresahan dan tangisan
Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku
Tak semuanya yang ku mahu
Di celah hangat nafas yang terhela
Ada dingin saat menyeru (menyebut) namaMu
Terarah segala ronta dan rasa
Pada damainya dakapanMu
Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu di segenap ruang rasaku
Telah Kau titipkan kekuantan
Oh Tuhan

Aug 7, 2011

Janji Kurma

Alhamdulillah...Ramadhan menjelma lagi :)

Assalamualaikum my friends.

Syok nya ramadhan menjelma lagi.. syukur kan dapat jumpa lagi dengan bulan yang dinantikan ini. Yang mana ganjarannya berlipat kali ganda.

Jadi, Janji kurma untuk kali pada tahun ke tiga telah di sahkan oleh adik-beradik, alangkah bestnya membuat perjanjian kurma ini.....dalam perjanjian kurma ini, apa yang mesti dilakukan sepanjang bulan ramadhan, dia macam guideline untuk orang2 yang dalam rumah ini mendekatkan diri kepada Allah disamping berjimat cermat, mudah-mudahan Allah permudahkan niat kami ini..

Dalam tu, kena makan kurma, kena baca quran paling kurang sehari semuka... kurangkan tidur... :)
Itu sahaja my friends.. Ramadhan Kareem

Nanti u all buat jugak la Perjanjian Kurma.. :)

Jun 8, 2011

Semakin Berat..

Alhamdulillah cuti tinggal beberapa lama lagi akan tamat.. :)


Banyak aktiviti yang telah aku lakukan sepanjang cuti, dan yang paling menarik aku rasa semakin berat.. :) Ohh tidak.
Semakn berat, macam mana nanti mahu memanjat tangga yang tinggi.. :) Oh My God.. :) But its okey... kalau berat boleh turunkan bersyukur dengan apa yang ada, nanti boleh senaman boleh jogging boleh pergi gym... :)
Tapi 3 hari sebelum mula kuliah mesti kena senaman sikit-sikit supaya otot tidak terkejut nanti naik tangga.. :)

Jun 1, 2011

Belum masanya kita bercinta, Percayalah....


Belum masanya kita bercinta, percayalah saya... :)

Cinta adalah suatu fitrah dan fenomena yang amat luar biasa. Penangan cinta mempu untuk merubah sesiapa sahaja. Cinta sinonim nya akan di kaitkan dengan "pasangan" yang bakal menjadi kawan , teman dan sahabat kita. Fenomena cinta amat luar biasa...

Mungkin pernah antara kita yang mengalami peristiwa seperti putus cinta, cinta bertepuk sebelah tangan, cinta di tolak dan sebagainya. Mungkin ada juga yang perasan di cintai.. :p

Apa yang kita rasa??

Mesti terasa sakit dan tidak semena-menanya akan mengalirkan air mata, menangis sepuasnya..
kenapa??
kerana kita sudah cinta...
>.<

Namun, percayalah...

Andai diri sudah dilanda pelbagai petanda pelbagai kejadian akkibat panahan cinta yang membuatkan kita sedih
Terimalah...
Belum masanya kita bercinta..

Sebab kita kena mencari cinta Allah..
banyakkan ibadat
puasa
solat sunat
sedekah
istigfar
berdoa..
membaca quran..
dan sebagainya...

Bersangka baiklah bahawa Allah nak kita bercinta denganNya
Menuai kasih untuk mendekatinya
Mengutip benih cinta untuk berada dalam naungannya
Untuk merinduiNya..

Jangan lah pernah kecewam, bukankah cinta kepada Allah swt, Rasulullah saw..
Ibu bapa
Cikgu
....

Akan mendamaikan jiwa..


InsyaAllah....kita bina cinta kepada Allah
Akan datanglah "cinta"
dalam diri kita..

:)


Apr 24, 2011

Mau Jadi Halal

Aku telah lelah


Memilih memilah mencari wanita

Siapakah dirinya

Yang kan menjadi kekasih halalku

Tiba-tiba aku terpana

Ada kejutan tak terduga



Dia gadis berkerudung merah

Hatiku tergoda tergugah

Tak cuma parasnya yang indah

Dia baik dia soleha



Dia gadis berkerudung merah

Bawalah diriku padanya

Takkan habis ku berdoa

Jadi kekasih halalnya



Jadikan diriku halal

Memeluk halal menciummu

Lekaslah jangan tunda

Untuk menjadi kekasih halalku



Itu itu dia gadis berkerudung merah

Hatiku tergoda tergugah

Tak cuma parasnya yang indah

Dia baik dia soleha

Apr 10, 2011

Pesan Tuhan Untukmu Wanita

Pesan Tuhan Tuk Mu Duhai Wanita ...




Ketika AKU menciptakan langit dan bumi, AKU berfirman dan jadilah.Ketika AKU menciptakan pria, AKU membentuknya dan meniupkan nafas ke lubang hidungnya.



Tetapi engkau, wanita, AKU menghiasmu setelah aku meniupkan nafas kehidupan ke pria karena lubang hidungmu terlalu lembut. AKU membiarkan pria te...rtidur dengan nyenyak sehingga AKU dapat dengan sabar dan sempurna membentuk engkau.Pria AKU buat tertidur supaya dia tidak dapat mencampuri.



Dari satu tulang, AKU menghiasmu. AKU memilih tulang yang melindungi pria. AKU memilih tulang rusuk, yang melindungi jantung dan paru-paru juga mendukungnya, sebagaimana yang harus kamu lakukan. Dari satu tulang ini, AKU membentukmu dengan sempurna dan cantik.



Sifatmu adalah tulang rusuk, kuat tetapi lembut dan mudah patah. Engkau menyediakan perlindungan untuk organ paling lembut dari pria yaitu hati atau jantungnya. Jantungnya adalah pusat dari kehidupannya, paru-paru menggenggam nafas kehidupan. Tulang rusuk akan membiarkan dirinya patah sebelum ia mengijinkan kerusakan terjadi pada jantung. Dukunglah pria sebagaimana tulang rusuk melindungi tubuhnya.



Engkau tidak diambil dari kakinya untuk menjadi alasnya, tidak juga diambil dari kepalanya untuk menjadi atasannya. Engkau diambil dari sisinya, untuk berdiri disebelahnya dan dipeluk dengan erat.



Engkau adalah malaikat-KU yang sempurna. Engkau adalah gadis kecilku yang cantik. Engkau telah tumbuh menjadi wanita yang sempurna, dan mata-KU terpuaskan ketika aku melihat hatimu. Matamu...jangan mengubahnya. Bibirmu sangat cantik ketika mengucapkan doa. Hidungmu sangat sempurna dalam bentuk. Tanganmu sangat lembut untuk disentuh. AKU telah memberi perhatian pada wajahmu saat engkau tertidur. AKU menggengam hatimu dekat dengan hati-KU.



Dari semua yang hidup dan bernafas, engkau adalah yang paling mirip dengan AKU. ADAM berjalan bersamaku dihari dingin dan dia kesepian. Dia tidak dapat melihat ataupun menyentuh-KU. Dia hanya dapat merasakan-KU. Jadi semua yang AKU ingin Adam berbagi denganku, AKU membentuknya didalam kamu. Kekuatan-KU, kemurnian-KU, cinta-KU, perlindungan-KU dan dukungan-KU. Engkau adalah istimewa, karena engkau adalah perpanjangan tangan-KU.



Pria melambangkan citra-KU, sedangkan wanita melambangkan perasaan-KU. Bersama-sama kalian melambangkan TUHAN yang sejati. Jadi pria, perlakukanlah wanita dengan baik, cintailah ia, hormatilah ia karena ia lembut. Menyakitinya, berarti engkau menyakiti-KU. Apa yang engkau lakukan kepadanya, engkau melakukan-nya kepada-KU.



Wanita, dukunglah pria. Dalam kesederhanaan, tunjukkan kepadanya kekuatan perasaan yang telah AKU berikan kepadamu. Dalam kesunyian, tunjukkan kekuatanmu. Dalam cinta, tunjukkan kepadanya bahwa engkau adalah tulang rusuknya yang melindungi tubuhnya

~Aku Mahu Berubah~

Ya Allah, Aku Mahu Berubah








YA ALLAH..



SYUKUR DI ATAS NIKMAT PANCAINDERA-MU..



DENGAN PENGLIHATAN…



...

AKU DAPAT MELIHAT SEGALA KEKUASAAN-MU…



MENGAGUMI SEGALA KEBESARAN-MU…







NAMUN..



DENGANNYA JUALAH…



AKU MELAKUKAN KEMUNGKARAN PADA-MU..



MENJERUMUSKAN DIRIKU KE LEMBAH DOSA..



MELIHAT PADA YANG TAK SEPATUTNYA...



MEMBUATKAN DIRI INI ALPA SAAT HIDAYAH-MU TIBA..







SEKETIKA KU TERSEDAR…



MUNGKIN BELUM TERLAMBAT…



UNTUKKU PAHATKAN DALAM DIRI…



BAHAWA… AKU MAHU BERUBAH…!!!







YA ALLAH…



JIKA DULU AKU ANGKUH DI BUMI-MU…



ALHAMDULILLAH…



HIDAYAH-MU MEMATAHKAN KEANGKUHANKU..



MEMBANGUNKAN SIFAT MALU…



YANG SELAMA INI TERSOROK DALAM DIRI..







KU TUNDUKKAN PANDANGANKU…



YANG SELAMA INI MELIAR...



KU TIMBULKAN KEKELIRUAN..



PADA TEMAN-TEMAN..



KU TEMPIS SEGALA TEGURAN SINIS..



KU TEKADKAN DALAM KALBUKU...



BAHAWA… AKU MAHU BERUBAH…!!!







YA ALLAH…



JIKA DULU AKU LALAI DALAM



MENUNAIKAN HAK-MU...



TERLEKA DENGAN DUNIAWI…



TERKADANG KU ABAIKAN UKHRAWI…







SUBHANALLAH…



SESUNGGUHNYA KEKUASAAN-MU YANG PALING AGUNG...



KAU SEDARKANKU DI SAAT AKU HANYUT… MASIH TAK TERLAMBAT…



UNTUK SUATU PERUBAHAN…







KU AKUR PADA KEKUASAAN-MU…



LANTAS…



KU LAUNGKAN DALAM HATIKU…



AKU MAHU BERUBAH…!!!







YA ALLAH…



KU POHON HIDAYAH-MU…



DUHAI AYAHANDA & BONDA, SAHABAT-SAHABAT SERTA TEMAN-TEMAN…



BANTULAH DAKU… BIMBINGLAH DAKU…



DALAM MENCARI… CINTA YANG PALING AGUNG..



CINTA YANG ESA…



SESUNGGUHNYA…



AKU MAHU BERUBAH…!!!

Mar 15, 2011

Sayap Kiri

Hamdallah..

Sayap kiri komersialnya dikaitkan untuk membantu sesuatu untuk terbang. Sekiranya tidak mempunyai sayap. Maka tidak lengkaplah ataupun tidak terbanglah sesuatu itu. Kehidupan ini, ibaratnya sebuah penerbangan yang memerlukan sayap kanan dan kiri dalam merealisasikan impian untuk menggapai awan yang indah dan langit nan biru.

Ironinya yang menarik berkenaan sayap kiri ini adalah wanita yang akan membantu para kaum lelaki untuk mencorak kehidupan yang berkualiti dan bertaqwa. Hakikatnya, peranan wanita dalam membantu penjadi "vice President" dalam rumah tangga atau sebagainya. Maka rupanya berat juga peranan si sayap kiri ini.

Sayap kiri yang cerdik dan cergas pimpinannya, maka lahirlah ahli rumah yang cerdik dan cergas tuaiannya. Begitu juga sebaliknya. Pepatah mengatakan, "Kemana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi" Percayalah, perangai si sayap kiri ini akan diikuti oleh ahli rumahnya. Bermula dari terbenam matahari sehingga matahari terbit semula. Pengaruh si sayap kiri amat diminati oleh si ahli rumah. Nauzubillah, andai si sayap kiri gemar memaki hamun, nauzubillah karakter itu akan di ikuti. Andai si sayap kiri itu seorang yang gemar beribadat, membaca al-Quran, maka akan lahirlah karakter dan generasi yang sebegitu.

Maka, apa risikonya andai sayap kiri itu patah??

Boleh jadi akan "crash" bahtera yang di pandu.

Boleh jadi akan porak peranda keadaan yang di lalui.

Boleh jadi penderaan akan berlaku.

Boleh jadi

Boleh jadi pelbagai perkara yang terjadi.

(Fikirkan sehabis mungkin)

Solusinya, apa yang penting difikirkan yang mampu untuk menerbangkan bahtera agar jadi yang berkualiti dan bertaqwa?? "Its all about your mind" maka tidak lain persiapkanlah diri untuk mencorak kehidupan dengan lebih harmoni. Teliti dan ikutilah panduan al-Quran dan ajaran Rasulullah s.a.w. InsyaAllah hati akan tenang. Jangan mengalah andai sayap kiri di cela, ingatilah bahawa dengan ujian yang diberikan oleh Allah, ada hikmah di sebaliknya.

Wahai sayap kiri, khidmatmu di tagih untuk merealisasi keluarga yang harmoni.

Jadilah seperti Saidatina Khadijah r.a, Aisya Humairah r.a dalam melengkapi pengorbanan Rasulullah s.a.w meyebar dakwah keserata manusia!

Mar 6, 2011

Andai Kasih Kita



Kasih Kita..

Nukilan hati kecil si gadis. Menaruh hati setelah sekian lama. Gadis itu terus bersabar saban hari saban tahun.

Kini,
Masing-masing hampir tamat pengajian di peringkat Ijazah. Si gadis terus setia menanti.. kata si Gadis ya Allah, andai ini ujianmu aku terima, hanya padaMu aku berharap.

Andai kasih kita..

Kita akan bersama

Andai kasih kita..

Redhailah kami

Andai kasih kita..

Berkasih sampai ke syurga

Andai kasih kita..

Kasih ku hanya untuk mu

Andai kasih kita..

Didiklah aku

Andai kasih kita..

Bimbinglah aku

Andai kasih kita..

Andai kasih kita..

Ya Allah, engkau tempat kami memohon..Amin..

Redhai lah kami..

Sehingga kini, si gadis tetap setia menanti dia,baginya cinta yang halal adalah yang terbaik.. Hanya si gadis dan maha pencipta sahaja yang mengetahui..

"Bidadari di Istanaku.."

Kamu la Bidadari di Istanaku. Kata suami kepada isterinya..(InsyaAllah)

Alangkah damainya hidup ini andai dapat membina satu masjid atau memupuk budaya yang penuh dengan syariat Islam. Dalam diri dan keluarga.Mudah-mudahan.

Kita wanita umpama bidadari yang akan mencorakkan istana dengan sopan dan penuh amanah. Sama ada membantu dalam mewujudkan sinar islami dalam keluarga, adik beradik dan sebagainya.

Jika diteliti perkataan bidadari itu membawa bayangan yang sungguh indah dan cantik. Bahkan amat mendamaikan jiwa. Bertapa tingginya nilai istilah si bidadari. Maka, apakah yang di nantikan oleh wanita oleh muslimah bersama lah kita membentuk diri untuk mengutip sebanyak mana mutiara yang boleh diamalkan dalam mendidik diri untuk menjadi bidadari.

Membentuk diri untuk menjadi bidadari dalam sesebuah istana yang indah banyak memerlukan pengorbanan. Lihat sahaja dalam filem klasik yang mengisahkan kehidupan bidadari, yang banyak pantang larangnya. Begitulah juga dalam kehidupan realiti, al-Quran yang diturunkan untuk menjadi garisan panduan dan ditambah lagi dengan indahnya Sunnah Rasulullah s.a.w. itu sudah cukup untuk membentuk diri agar menjadi bidadari yang berkualiti rohani dan jasmani nya. Mudah-mudahan.

Turutan daripada mengikuti garis panduan yang ditetapkan oleh Allah s.w.t maka, kecantikan bidadari itu akan terlahir pada akhlaknya, yang mana akhlak ini penting dalam mendidik dan menghiasi istana agar cantik dan berseri-seri. Menjadi tauladan kepada anak-anak, adik beradik dan yang paling penting dalam menjadi suri kepada si suami.

Dalam menyulami sikap dan sifat sebagai bidadari, jangan lah kita terputus asa dalam menongkah istana, kerana sentiasalah bersabar.

Bidadari Istanaku, biarlah indah pada nama dan luarannya. Bersamalah membentuk diri menjadi seorang yang soleh dan solehah.
Wallahualam..

Feb 17, 2011

Hari Lahir Ku, Hari Ini

Alhamdulillah....

Semoga Panjang Umur.Semakin Pendek Umur.

Alhamdulillah genap sudah usiaku, sudah lama hidup di dunia ini.

Pertamanya aku ingin ucapkan terima kasih kepada semua sahabat yang tidak jemu mendoakan. Amin .

Padahal tarikh ini hanya satu isu yang istimewa dalam hidup untuk dikenangkan setiap tahun. Apa yang penting persiapan kita untuk memenuhi hari yang mendatang.

Bersambung

Feb 8, 2011

S.U.S

“SAHABAT SELAMANYA”




Dua tiga kapal belayar di samudera

Ayuh sahabatku kita bergembira

Bermain bernyanyi bersama menikmati indahnya dunia

kerna..



Sahabat untuk selamanya

Bersama untuk selamanya

Kau dan aku sahabat

Untuk selamanya setia

oh oh..



Berakit-rakit kita ke hulu

berenang-renang kita ke tepian

kita berbeza untuk saling mengisi segala kekurangan kita

menjadi..



Sahabat untuk selamanya

Atasi semua perbedaan

Kau dan aku sahabat

Untuk selamanya… selama-lamanya setia…



Tiada bukit yang terlalu tinggi

untuk kita daki bersama

dan tak ada laut yang terlalu dalam

untuk diselami…



Sahabat untuk selamanya

Bersama untuk selamanya

Kau dan aku sahabat

Untuk selamanya ohh..



Sahabat untuk selamanya

Berbagi dan saling menjaga

Kau dan aku sahabat

Untuk selamanya… selama-lamanya… setia…