Pages

Nov 28, 2010

Mama Pergi Dalam Dakapan Ku

Diari 23 syawal,bersamaan 23 oktober 2008,khamis jam 8.29 malam

Bukan ingin untuk berkongsi kesedihan, tapi ambillah iktibar..

Aku masih teringat saat melihat mama diambang maut saat malaikat datang menjemput. Mataku bertentangan dengan mata mama. Hanya aku yang berada di hospital menemankan mama. Ya Allah diluar dugaan ku untuk menjangka bahawa mama akan pergi meninggalkan aku pada malam itu. Dalam dakapanku. Air mataku tidak mengalir walau sedikit, terkejut dan tidak menyangka aku akan kehilangan mama. Berdasarkan laporan doktor perubatan yang melaporkan bahawa mama semakin sembuh, tapi kuasa Allah swt lagi hebat...

Tapi...


Hari itu, seperti biasa aku berganti dengan mummy untuk menjaga mama. Shif aku waktu siang dari pukul 12 tengahari sehingga 11 malam aku akan menjaga mama di hospital. Hari ini adalah hari kesepuluh aku tidak hadir ke kuliah. Penerbangan juga dibatalkan ekoran rasa cinta dengan keluarga untuk membantu meringankan beban mummy. Tambahan pula, adik perempuan ku akan menduduki peperiksaan SPM saban hari lagi. Berkorban apa sahaja, alang-alang aku masih berada dikampung halaman, biarlah aku membantu mummy dan adik untuk meringankan beban.

Pada waktu melawat, seperti biasa ramailah keluarga yang akan melawat. Tapi mama hanya mampu terbaring tanpa kata hanya sesekali laungan zikir yang aku dengar..

Azan berkumandang, aku akan memberitahu kepada mama, waktu solat telah masuk..hanya itu yang aku mampu, untuk memapahnya aku tidak terdaya..melihat diri mama yang umpama mayat bernyawa banyak suntikan jarum di badannya..seolah-olah koma..ya Allah, aku berdoa kau mengetahui keadaan mama ku ini, bagaimana hendak dia menunaikan kewajipan kepadaMu..ampunilah dosa mama. Aku teringat kepada pesan ustazah ku, apabila pesakit koma, azan telah berkemundang beritahulah kepada si pesakit bahawa azan telah berkumandang..dia mendengarnya..hanya itu yang aku termampu..

Begitulah rutin kehidupan aku selama 10 hari, berada di hospital bersama mama..

23 syawal..hari khamis
Pada hari ini adalah waktu yang telah ditetapkan mama pergi tinggalkan aku..dalam keadaan bersendirian di hospital menemankan mama, aku melihat bagaimana keadaan sekujur tubuh yang rupanya di ambang maut, aku tidak mempunyai pengalaman melihat manusia di ambang maut, saat roh di tarik keluar dari jasad inilah pengalaman aku. Aku tergamam, aku tidak menangis, tapi aku lihat keadaan mama seolah-olah sedang menahan sakit melihat hidung mama, muka mama.."la ila ha illallah.." berulang-ulang aku membisikkan ditelinga mama, teringat filem drama TV saat manusia nazak itu ungkapan yang luahkan..aku pun membisikkan ke telinga mama, mama menyebut perlahan-lahan..dalam keadaan yang sama mama seolah-olah menahan sakit, melihat reaksi hidung mama...aku menggeletar membisikkan kalimah agung itu...semakin kuat aku membisikkan kalimah agung itu....aku masih tidak mengetahui saat itu adalah malaikat maut datang menjemput mama, dari kaki hingga kepala aku melihat keadaan mama, tiba-tiba....keadaan mama yang menahan sakit itu berhenti, satu helaan nafas mama yang terakhir terhenti, aku tergamam, aku melihat mata mama tertutup..aku panik...aku menjerit memanggil doktor...doktor datang dengan cemas..mengarahkan aku untuk berundur, doktor membuat kejutan elektrik yang selalau aku lihat dalam drama ER, aku melihat menggeletar tidak terkata..selama tiga minit doktor dan pasukannya seolah-olah menyelamatkan mama. Aku faham aku bukan bodoh, aku tahu yang tadi mama sudah pergi, saat dalam dakapanku...

Doktor memanggil ku ke biliknya, hanya aku waris yang berada di hospital, doktor memberitahu "Dia telah meninggal dunia..........." saat itu baru aku sedar dengan dunia realiti, aku capai HP manghubungi daddy mammy, kakak yang berada di Shah Alam, tidak sampai 2 minit, ruang hospital penuh dengan sanak saudara...saat melihat daddy anak tunggal mama tiba, mammy melangkah ke wad mama...melihat atuk suami mama melangkah masuk, barulah aku mengalirkan air mata...ya Allah, aku memohon padamu, mama aku tadi telah meninggalkan aku, bertemu dengan mu...engkau terimalah taubatnya....engkau mudahkanlah urusannya...cucurilah rahmat ke atas roh mama....dalam dakapanku, kalimah sebagai agungmu menjadi pilihan.....

Sehingga sekarang, aku bersyukur kerana Allah memberi peluang kepadaku melihat manusia yang akan terpisah antara roh dan jasad, melihat muka mama, hidung mama menahan sakit...buatku berfikir, bagaimana nanti aku meninggal dunia??

Matikan aku dalam keadaan yang Baik...husnul khatimah...!! amin

Mama pergi dalam dakapanku dalam pelukanku dakapan seorang cucu..
Mama adalah ibu kepada ayahku....

al-Fatihah

p/s Saat kematian tidak diketahui, mati itu amat sakit..

Congkak

Congkak

Congkak

Congkak

Bermain congkak umpama kehidupan

Dalam seketika ianya penuh dengan siput

Dalam seketika ianya kosong dengan siput

Silih berganti siput itu mengisi ruang congkak itu

Kiri

Kanan

.......

Dan sentiasa berputar

Sehinggalah ianya habis

(TITIK)

Nov 11, 2010

Allah Maha Mengetahui : Hujan Pun Berhenti : Kuasa Allah s.w.t

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah dan Penyayang..
Assalamualaikum..

Sedikit perkongsian..

Hidup penuh dengan nikmat yang begitu tidak terhingga sehingga diri ini kekadang leka dan lalai atas nikmat Allah swt.

Seperti yang dijanjikan pada hari ini aku telah membuat temu janji untuk bertemu saudaraku. Dahulu aku sama-sama pernah menuntut di sebuah pusat pengajian dalam bidang Qiraat. Kami sepakat bertemu pada pukul 3 petang waktu tempatan. InsyaAllah. Saudaraku ini sudah hampir 3 tahun aku tidak bertemu dengannya. Kerana masing-masing telah terpisah semenjak aku tukar tempat pengajian. Dalam kata lain, dia ini adalah teman seperjuangan yang aku sayangi. Aku ditemukan dengannya (ain: bukan nama sebenar) kerana Allah menentukan bahawa aku satu "Usrah" . Usrah inilah yang menjadi aku rapat dengan ain. Sedikit kisah bagaimana aku mengenali ain. Saudara seaqidah ku....

Berbalik kepada hari pertemuan yang dijanjikan. Aku meminta izin dengan abang dan kakak kandung ku untuk pergi menemui ain. Alhamdulillah dapat keizinan dan sedikit wang diberikan untuk keperluan nanti.

Azan zuhur berkumandang, aku sudah siap menyediakan baju.

Pada ketika itulah aku melihat ke langit.."Ya Allah sungguh hitam, aku menjangkakan hujan lebat akan turun pada bila-bila masa sahaja". Hatiku meruntum sedih dan hiba. Hujan pun turun dengan lebatnya yang pada akal ku tidak akan berhenti sehingga pukul 5 petang nanti. Fikiranku ligat berpusing memikirkan saudara ku ain yang ingin ku temui setelah berapa tahun tidak bertemu. Sesungguhnya demi Allah aku ingin bertemunya kerana aku menyayanginya, merinduinya, ingin melihat wajahnya, dan paling penting kerana ikatan aqidah yang terbina atas dasar Islam ini membuat hatiku merinduinya.

Tidak semena-mena air mataku menitis keluar..

Ya Allah, sekiranya hujan ini terus lebat membasahi bumi, bagaimana aku harus keluar menyeberangi jalan dan menuruni bukit untuk mengambil bas bertemu dengan ain.. ??

Aku cepat-cepat menunaikan solat zuhur. Usai solat zuhur aku meminta berharap bergantung memohon kepada Allah swt supaya hujan yang lebat ini berhenti buat seketika. Jam sudah menunjukkan pukul 1.43 minit petang. Jiwa dan ragaku aku serahkan agar Allah kabulkan permintaan ku. Aku mohon, biarlah hujan berhenti seketika cukup untuk aku menaiki bas dan bertemu dengan ain. Ya Allah, aku memohon kepadaMu.

2.15 petang, hujan masih lagi membasahi bumi Allah ini, hatiku semakin gundah. Pengharapan dan pergantungan kepada Allah aku minta tanpa putus-putus. Ya Allah aku ingin bertemu dengan saudaraku mudahkan lah aku. Itu sahaja perkataan yang bermain di bibirku. Sambil melihat ke langit..

Semakin lebat pada pekiraanku.....Semakin lebat hujan yang turun semakin kuat aku memohon kepada Allah swt......

Tiba-tiba..

Dengan kekuasaan Allah swt hujan yang lebat telah berhenti dengan tiba-tiba pada pukul 2.32 minit petang. Dan pada waktu itu juga, hatiku meruntum hiba mengenang diri, siapalah aku dihadapan Allah swt yang maha menyayangi hamba-hambaNya dan mengetahui apa yang diharapkan oleh hambanya. Diri terasa kerdil. Ya Allah...kupanjatkan syukur kehadrat Allah swt. Kekuasaan Mu amat besar dan Kau maha berkuasa. La Hawla Wala Quwwata Illa billah...

Bibirku menguntum senyum...Dengan kehendak Kuasa Allah swt, aku dapat bertemu Ain...

Terima Kasih ya Allah!!

Ya Allah, jadikanlah aku hamba yang sentiasa bersyukur atas nikmatMu..

p/s ;
Mohonlah pada Allah, jangan berhenti berharap pada Allah..

dan sentiasalah ingat bahawa "Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH..@@"

Salam Mujahadah! Love Ukhwwah!








Oct 1, 2010

Allah Datangkan Kesedaran

Kesedaran..
Sekali lagi kesedaran ini datang

??

Apa yang patut aku lakukan

senang sahaja jawapannya..

"Hargailah"

Allah yang mendatangkan kesedaran..

Untuk apa

??

Senang sahaja jawapannya..

"Kau disayangi"

Ingin diuji..

Allah suka kau meminta

mengadu padaNya..

Seringkali ujian itu melemahkan aku..

Kadang-kadang menyakitkan hati

Rasa hina

Tidak sanggup

Tetapi disebaliknya

Ada hikmah yang tersembunyi..

Suatu Kesedaran yang amat bermakna..

Tidak dapat diungkapkan dengan kata semanis bicara

Tanpa empunya diri tidak menghargai kesedaran itu..

Percayalah Allah yang kasi aku kesedaran itu

Kesedaran yang harus aku hargai..

Mesti hargai..

Kerana disebalik kesedaran itu,,

Aku yakin ada

Kekuatan yang mesti digunakan untuk merubah diri,

merawat hati..

untuk apa..

??

Untuk menerus mencari redha Allah swt..

Dan teruskan perjuangan mencari Redha Nya..

Jalan Ini biar Berliku..Aku tempuh..!





Sep 6, 2010

10 Petanda Dia Jodoh Kita @@

Firman Allah SWT, bermaksud




"Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu"





(Surah Muhammad, ayat 7)



Gunakan seluruh pancaindera



Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?



Berikut adalah 10 petanda yang (insha'Allah) menunjukkan dia adalah jodoh kita.



1.Bersahaja



Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.



2.Senang bersama



Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.



3.Terima kita seadanya



Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.



4.Sentiasa jujur



Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.



5.Percaya Mempercayai



Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.



6.Senang Bekerjasama



Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?



7.Memahami diri kita



Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.



8.Tampilkan kelemahan



Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.



9.Kata hati



Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.



10.Solat Istikharah dan Tawakkal



Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.



+ Ditulis oleh Hj Abdul Samad Profile:http://www.facebook.comprofile.php?id=100000474159776






p/s: sebarkan ilmu walau dengan satu ayat..





Budak sekolah elok tak yah lah bercinta dulu hingga sanggup memberi mahkota berharga.

Belum tentu si dia adalah jodohmu. Kehidupan kalian masih panjang seandainya dipanjangkan umur





Pesanan Penulis: Solat istikharah dulu sebelum membuat keputusan untuk menyatakan persetujuan menerima lamaran pasangan. Jangan terburu. Fikir dulu sebelum bertindak.

Tapi paling penting

CARILAH CINTA ALLAH terlebih dahulu

SEBELUM KALIAN MENCINTAI ORANG LAIN.

Tidaklah anda mencintai seseorang itu dan sesuatu itu melainkan hanya kerana ALLAH semata-mata. Terima pasangan anda seadanya... Jangan bandingkan dengan mereka yang lebih sempurna. Jangan harapkan kesempurnaan pada pasangan anda tapi carilah kesempurnaan yang sedia ada dan dalam diri pasangan anda serta gilaplah agar kehidupan berumahtangga aman bahagia.


copy n paste@@

Aug 28, 2010

Aduhai Tom Yam

...

Selagi tidak Tom Yam..hatiku tidak tenteram..kenapa ya? kerana ada insan yang aku sayangi menanti Tom Yam ku..harapnya dia sentiasa sabar menanti Tom Yam ku...aku ingin makan Tom Yam bersama mu..di siang hari...bila waktu tak puasa ya...boleh kita makan macam-macam...boleh kongsi macam-macam...

Harapnya dia membaca warkah yang aku titipkan ini...aku yakin...sabar ya...

Aku sentiasa ingat Tom Yam nie...sampai bila-bila...


masih ingat lagi...!!

aduhai Tom Yam....

Aug 25, 2010

Upload Image : Nafsu Ramadhan

Isk2...(jangan membazir la heii...)

....

Geli hati tengok gambar nie...

Alhamdulillah setakat nie tidak terkena atas batang hidung sendiri lagi...

meja saya kecil sahaja...

so, tangan tu sampailah nak ambil makanan...

Jangan tiru aksi tu...

@@

Jangan membazir!!

Upload Image : Ostrich

Gembira aku melawatnya...
Berdiri sama tinggi... Duduk?? :)


@@...

terjumpa dalam perjalanan mencari iktibar....

rupanya dia pemalu....



Allah Allah..

Nasihat kawan ku+Wow= Zupp

...

Alhamdulillah dalam bulan Ramadhan bulan yang penuh dengan ujian dan mehnah dan segala bentuk cabaran rohani dan sebagainya...

Alhamdulillah... syukur sangat-sangat...

dapat upgrade apa yang perlu...

Rohani kehausan...Allah swt sentiasa membantu dan maha pemurah...

Sekali lagi hatiku tersentuh,

sekiranya kita tidak merasai benda itu, kita tidak akan merasakan nikmatnya itu...

Jangan pening2..ini bab bersahabat atau sayang menyayang...

bukan dengan "couple" "gewe" "cewek" "pacar" dan sebagainya...

tapi dengan si SAHABAT...

gembiranya rasa dihati...apabila teman2 sama2 memberi nasihat dan peringatan walaupun sepintas lalu...

Semuanya daripada Allah swt untuk mengingatkan aku!!

Alhamdulillah....

Tak ada apa yang penting, tapi....aku seronok dapat "zuuppp" di hati...

syukur!

- Ujian diberi oleh al-Khaliq kerana kau di sayangi....

-Ujian diberi kerana kau diingatkan...

-Ujian diberi agar kau merayu....

-Ujian diberi kerana agar kau meminta pada Nya...

-Ujian diberi kerana Dia kasih...

-Ujian diberi......(fikir2lah..)

Selamat beramal..!

@@

Aug 17, 2010

"Keyboard" Lebih Tajam Dari Lidah!

...

JAGALAH KEYBOARD MU SAHABATKU..!

KERANA IANYA LEBIH TAJAM DARI LIDAHMU..!




Wahai Sahabat-sahabat sekalian..!

Hati-hati dan jagalah jari semasa menaip di keyboard..

Kerana ianya satu alat yang boleh timbulkan fitnah..

Lagi tajam dari lidah..

Banyaknya benda boleh tersebar hanya dengan jari yang bermain di atas keyboard..

Yang tidak pasti kebenarannya..

"Mengata.."

"Mengumpat.."

"Menyumpah.."

"Maksiat.."

Dan macam-macam lagi..

Hanya dengan keyboard, ianya memberi kesan kepada yang membacanya..

Akibatnya..

"Terasa hati.."

"Membenci.."

"Menipu.."

"Berbohong.."

Dan macam-macam lagi..

dan ianya memang memberi kesan kepada hati dan perasaan..

Ini kerana keyboard ini juga merupakan satu KOMUNIKASI!

JAGALAH KEYBOARD MU ITU SAHABAT KU..!

KERANA IANYA LEBIH TAJAM DARI LIDAH MU..!

Bukan sahaja kita perlu fikir sebelum cakap, tetapi perlu fikir  sebelum menaip,,

Hati2!

Salam Ibadat @@

Aug 16, 2010

Nikmat "Usrah" ku..

...

Genaplah 4 tahun aku mempunyai usrah yang banyak membantuku dalam kehidupan..biar aku lebih awal pernah putus asa suatu waktu dulu..namun usrah ku sentiasa bersama-sama..

Aku merasakan akan ada hati-hati yang sentiasa menyayangi dan membantuku..aku yakin..

QA..

Sememangnya nikmat itu amat indah

Hubungan ukhuwwah

Hubungan Aqidah amat senang dengannya..

Walau jauh di mata, aku tahu..

Aku adaah saudara kepada kalian..

Salam sayang buat..

Along..

Angah (Yarmouk)

Alang (a-Azhar, mesir)

Uda (Dq)

Ateh

Usu (Will fly to Yarmouk)

Ayang (Will fly to a-Bayt)

Anje (UKM)

Adik (USIM)

Aniq

Achik

Andak..

"Ya Allah peiharaha diri-diri ini dari kejahatan dan fitnah dunia, eratkanah hati-hati ini..amin"

Thank You Allah

@@

Selamat Tinggal "Facebook"

Alhamdulillah...

Lega rasanya....

sudah 5 hari aku membuang facebook dari hidupku..sebelum ramadhan..

Alasannya : aku masih belum mampu untuk menghadapi ujian dalam facebook, pembahagian masa terutamanya. InsyaAllah akan melatih diri untuk sentiasa maju dalam pengurusan masa. My lifes is my choice..!! Bagi yang pandai bahagikan masa tu teruskan lah..semoga najah... :)

Allah hu Allah..

Salam ibadat..@@

Sokmo ada peringatan yang Allah swt berikan buat kita

...

3 hari sebelum ramadhan alhamdulillah,,aku terjalin ukhhwah dengan saudara yang lama dah terpisah oleh masa. Pelik rasanya kerana aku tidak mengenali siapa dia yang sebenarnya..Apa yang ingin aku katakan, Allah swt sentiasa menyayangi hamba-hambanya. Alhamdulillah...

kerana....

Orang yang aku kenali ini, saudara ku ini..memberi peringatan yang seakan-akan membakar semangat ku untuk terus istiqamah dalam bulan yang mulia ini dan bulan seterusnya. InsyaAllah..

Aku yakin benar itu semua adalah daripada Allah swt....kerana Dialah maha mengetahui apa yang diperlukan hambanya..

Sehingga puasa yang ke5 ini, aku sentiasa mengharapkan dan sentiasa bergantung harap kepada Allah..sentiasa bergantung harap padanya...Aku bersyukur kepada Allah swt, kerana memberi petunjuk kepada hambanya untuk sentiasa menghidupkan hati hati-hati ini agar sentiasa terdorong untuk mencintaiNya..

Hendak dijadikan cerita, hidup ini penuh dengan cobaan dan dugaan yang mesti menguji kita untuk membuat pilihan..mohonlah petunjuk dari Allah agar hati sentiasa tetap bersamanya. InsyaAllah...

Nikmatnya................

Alhamdulillah

Aug 8, 2010

Wo Ai Ni Allah

Alangkah Unik dan Peliknya manusia ini,,,

"Mencintai Allah swt tetapi mengingkari arahannya, membenci syaitan tetapi mematuhi arahannya.."

Jul 28, 2010

Nothing "manis" than "Ukhuwwah"

Tiada yang lebih manis daripada Ukhuwwah..

Manis ibarat GULA

Pahit ibarat HEMPEDU

bersahabat, mempunyai teman, punyai ramai kawan yang memahami erti matlamat hidup di dunia memang syok. Memang manis seperti gula. Ada tempat untuk bermanja-manja dan mencurahkan kasih sayang. Tak percaya cubalah....

Dalam bersahabat memang ada turun dan naiknya, kekadang mesra..kekadang nak berkuasa dengan nafsu, terjadilah pergaduhan atau perselisihan yang mengguris hati,,,

cont.....

Jul 27, 2010

Hargailah Selagi Masih Ada Roh




Assalamualaikum




Alhamdulillah Allah swt memberi rezeki berupa kelapangan untuk bercuti bersama keluarga yang tersayang. Rasa gembira dalam hati.. :) alhamdulillah....bersama-sama dengan nenek, daddy, mammy, abang, abg adul..kak pai..kakak n all...biarpun adik bongsuku xda... :) lebih daripada 7 masjid yang telah kami lawati...untuk menunaikan solat..alhamdulillah...
Percutianku kali ini sempena dengan majlis konvo abg adul di SACC..alhamdulillah...

Jun 5, 2010

Alhamdulillah hargai kekuatan yang Allah bagi untuk baiki diri.

Alhamdulillah...khamis yang lalu ada seseorang yang dipilih oleh Allah swt untuk mengingatkan aku puasa pada hari khamis. Alhamdulillah dapat habiskan puasa sehingga petangnya. Aku dimaklumkan bahawa hari itu adalah hari penutup kelahiran keluarga Rasulullah saw, Iaitu Fatimah az-Zahrah. Aku difahamkan bahawa banyak fadhilatnya berpuasa sunat pada hari itu. Sama macam kita berpuasa pada hari isnin, bersamaan dengan kelahiran Rasulullah saw.
Mengapa ada yang mengatakan diri tidak pernah berubah, tidak berubah-ubah. Walhal Allah swt senantiasa memberikan kekuatan untuk kita berubah. Tetapi kita tidak menggunakannya dengan sebaiknya. Saban hari Allah swt senantiasa memberikan kesihatan, memberikan oksigen dan sebagainya....memperbaiki diri untuk meningkatkan amal dan kebajikan kita kepada Allah swt. Mati adalah untuk hidup. Hidup yang seterusnya akan lebih kekal abadi..
tepuk-tepuk diri,,,tanya-tanya hati...

May 30, 2010

Maha Suci Allah swt







Jangan Malu, dan Jangan Sampai Tidak Tahu Malu


Malu adalah sifat dan akhlak baik. Malu yang sebenarnya ialah malu untuk tidak berkata perkataan yang keji dan tidak melakukan perbuatan hina. Malu untuk melakukan perkara yang dibenci oleh Allah swt. Tidak melakukan perbuatan yang zalim sesama manusia. Tidak melakukan perbuatan yang keji yang menjatuhkan maruah. Tidak berkata dengan perkataan yang keji seperti bodoh, bangang, dan sebagainya.


Seseorang yang mempunyai sifat malu yang sebenarnya akan sentiasa malu kepada Allah swt apabila melakukan perbuatan yang munkar. Tetapi berlainan pula dengan seseorang yang tidak mempunyai sifat malu akan sentiasa melakukan perbuatan yang terkutuk oleh Allah swt. Oleh kerana tidak mempunyai malu kepada Allah swt, maka dia akan sentiasa beranggapan bahawa Allah swt tidak akan menghisab segala perbuatan yang dilakukan olehnya. Ini adalah malu yang sebenar. Iaitu malu untuk melakukan perkara keji.


Namun ada juga yang menyalah ertikan malu, iaitu malu untuk melakukan ibadat. Malu untuk menunaikan ibadat solat. Malu untuk menutup aurat. Malu untuk bertudung. Malu untuk menghadiri majlis ilmu. Malu seperti ini adalah akan merugikan diri sendiri. Oleh kerana kawan-kawan yang lain tidak menunaikan solat, maka kita pun malu untuk solat. Malu untuk memakai tudung kerana akan dikritik oleh masyarakat dan sebagainya sedangkan tudung itu adalah sesuatu yang dituntut dalam islam. Ianya wajib dan bukan sunat. Janganlah malu untuk menjalankan perkara yang benar. Ada yang malu untuk mencegah kemungkaran, dengan alasan takut untuk dibenci oleh orang sekeliling.

Jangan malu untuk menegakkan kebenaran dalam kehidupan, dan jangan sampai tidak tahu malu untuk melakukan perbuatan yang keji. Malu itu mestilah hadir dalam diri kita. Kerana malu itu akan mencegah diri kita daripada perkara-perkara yang munkar. Jagalah diri sendiri dengan akhlak yang baik. Ingatkan diri sendiri. Semua benda yang kita lakukan akan dihisab oleh Allah swt.

bintang @@

Ingat ini perkara.

Assalamualaikum..
ingatlah perkara nie..
1. Semua yang kita buat akan di hisab..sebesar, sekecil, sejahat, sebaik, seterang mana..semua akan dihisab
2. Al-Quran, bacalah setiap hari. Jangan tinggal. Junjunglah..banyaknya kelebihan membaca al-Quran.
3. Semua yang berlaku adalah kehendak Allah swt,ada hikmahnya...
4. Doakan Ibu bapa setiap hari,,,
5. Berselawat kepada Rasulullah s.a.w...

May 3, 2010

Aku menjadi "Pendidik"

dengan Nama Allah...yang maha Pemurah dan maha Pengasih
Assalamualaikum...
12 april..Allah telah memilihku untuk menunaikan tanggungjawab yang amat besar yang aku rasakan diriku amat hina untuk memikul tanggungjawab itu. Walaupun itu adalah harapan dan impianku....tak dapat aku bayangkan Allah mendengar isi hati ku...memakbulkan permintaan ku...
tahniah dan takziah buat diri ku...
semua ini akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti....
aku menjadi pendidik di damansara, mendidik anak-anak yang putih bersih, mencorakkan hidup dan diri mereka. Mengenal Allah, akhlak....n Rasulullah saw
amat mencabar buat diriku...
dalam mendidik mereka,,,saban hari diriku terdidik dan sentiasa ingin mendidik untuk mencintai dan menghargai setiap kekuatan yang Allah swt berikan untuk terus membentuk diri agar menjadi wanita yang diredhai Allah swt....
Panggilan ustazah,,amat janggal buatku..seluruh ibu bapa memanggilku dengan panggilan tersebut...segan rasanya...
hakikatnya,,menjadi pendidik amat puas diri ku,,melihat anak2 memperbetulakan bacaan al-Quran, mengenal Allah...berkongsi cerita...
nikmat..nikmat,.,
penat lelah dah tiada bagi ku...
aku memahami..."tempat untuk berehat adalah di akhirat sana...."
inilah masanya untuk aku berjuang,,,kepada Agama....terima kasih Allah...
terima kasih...
aku mohon jagalah hatiku...sesudah engkau memberikan hidayah kepadaku....
amin....
anak2 murid ustazah...kalian adalah pernata hati ku....

Mar 31, 2010

Tips Sihat ; Hilangkan Bau Badan

Inginkan hidup yang lebih wangi tanpa bau badan yang menghangatkan..dan kurang selesa.Caranya ringkas dan mudah..Amalkan mandi use limau purut yang dicampurkan dengan air suam..3x sehari..InsyaAllah semoga bau-bau hilang di badan..petua ini diberikan khas oleh bonda tercinta mammy gua,,,

Limau tu ada asid yang boleh menghakis kuman2 dan germs2 yang ada kat badan..tapi pH limau tu tak la sampai nak rosakkan kulit... :)

Mar 30, 2010

Kawan Baik ku....


Mitos Masak Makanan Terlebih Masin atau Manis,betulkah nak kahwin??

Assalamualaikum...Selawat ke atas Rasulullah s.a.w. dan para sahabat keluarga Baginda....

Al-Fatihah

"Mitos makanan terlebih Masin atau Manis, betulkah nak kahwin?? Or masa nak kahwin tu dah nak dekat...??? (Musykil3)

Berdasarkan kajian lapangan yang saya buat melihat orang-orang yang memasak sama ada bujang yang dah kahwin atau sebagainya memasak ada beberapa kesimpulan yang saya nak buat berdasarkan mitos tersebut... :)

MENGAPA???

1. Kenapa mesti dikatakan orang yang masak masin atau manis nie dah nak kahwin?? Boleh jadi orang yang kemaruk dalam cinta, masa nak masaklah tu nak main mesej, nak call. Jadi, orang yang tengah kemaruk nie, tertuang lah dengan berlebihan gula dan garam ke dalam makanan dan minuman. Lepas tu, bila orang lain makan...dapatlah label or comment "sapa yang masak nie, dah nak kahwin agaknya.." bila orang cakap macam tu, tak pasal2 orang yang tuang garam dan gula lebih tadi,,perasan dan lagi semangat nak kahwin... :) coz dah terkena kat batang hidung dia...kan tengah kemaruk....

2. Lepas tu, kadang-kadang ada orang yang baru nak belajar memasak, takut nanti gagal dalam test dengan mak mertua, so nak tak nak kena belajar memasak (bagi mereka yang tidak atau kurang memasak) masa nak belajar tu..kurang kemahiran lagi nak add garam atau gula..Kadang2 terlebih kadang2 terkurang...Jadi, orang yang makan pun akan cakap....sapa yang masak nie,,mesti baru belajar....kurang sedap... :)
Tapi bagi mereka yang gagal dalam ujian nie,, jangan putus asa..teruskan lagi usaha...

Itu sedikit tinjauan terhadap "kenapa makanan yang masin atau manis orang yang masak tu, mesti kena label nak kahwin..."

:)

Itu sekadar pandangan saya, dari kajian yang dilakukan...

Kesimpulannya..

Daripada 2 sebab di atas..Boleh jadi orang tua2 kata masak masin n manis nak kahwin dah...sebab macam tu lah...

Saya pun pernah kakak usik, coz masak terlebih masin...kakak pun cakap benda yang sama.,..tapi tu sekadar mitos ja....tapi memang sometimes kita masak, kadang2 sedap n kadang2 kurang sedap. Walaupun orang yang dah kahwin,, tak kan kalau orang yang dah kahwin masak masin n manis nak kahwin lagi kan...?? :)

Mitos tu sekadar mitos,,,banyak andaian dan kemungkinan bila masin n manis tu dah kahwin atau tidak,,,semua nya boleh jadi....



p/s Sesedap mana kita masak, ramuan "kasih sayang" yang penting....kasih sayang kunci masakan kita sedap.. :) sebab tu sampai sekarang kita suka makan masakan mak kita,,,,mesti ingat masak mak.... :)

Salam Leisure... :)

Cinta 3 segi...

Setahun sudah ku mengunggu dirimu
Akhirnya kau menjadi milikku
Sukarnya untukku melupakanmu
Kerna Kau ku cintai selalu

Tapi sayang kehadiran kekasih lamamu
Datang kembali mengenang cinta dahulu
Mengapa ini semua harus berlaku
Apakah ini semua kerna diriku
Sedangkan aku cuma watak dalam percintaan
Tak sanggup aku melepaskanmu
Kau ibarat terperangkap di tengah lautan
Tak tahu mana arah untuk kau menuju

Andai kau pinta untuk melepaskanmu
Terpaksa aku turutkan
Mungkinkah ini suatu pengajaran
Di dalam percintaan

Mar 17, 2010

Persahabatan Everlasting

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
YA ALLAH MUDAHKAN AKU....
WILL CONTINUE...@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Mar 12, 2010

Saya Suka Memasak..Im Lovin It!

..aSSalamualaikum..
Baru habis pengajian di Kolej Dar al-Hikmah dalam bidang Syariah.. tapi masih lagi praktikal.. :) Alhamdulillah hasrat ingin melanjutkan pelajaran tetap berkobar-kobar dalam jiwa sanubari ini.. :)
saya suka memasak..Sejak dahulu kala kecil2 sampai dah besar nie..Memasak dan melihat orang masak masakan saya adalah kepuasan yang tidak terhingga. Walaupun masakan tu bukan masakan khusus, maksud saya..masak asam pedas ikut resepi tapi otter pandai2 lah..janji sedap..
Jadinya, sekarang saya nak berguru dengan sesiapa sahaja yang sudi nak mengajar saya untuk memasak termasuklah ibu saya yang disayangi.
Pertama sekali yang saya masak dalam hidup ialah "bihun goreng" masa tu ibu naik haji sewaktu saya darjah 2..pandai2 masak ja masa tu, bihun tu tak lembut lagi dah masak dan apa yang jadi bihun tu jadi keras.. :)
Selepas daripada itu, dalam adik beradik saya yang cenderung kepada masakan walaupun kurang kemahiran tapi boleh lah nak potong2 bawang dan masak2..
Saya tekad akan menyediakan satu resepi masakan tradisional yang akan saya bukukan,, dan buat masa nie saya akan mencari dahulu resepi2 dan bertanya kepada nenek moyang yang masih hidup lagi.
Maklumlah manusia mudah lupa..jadi saya ambil inisiatif untuk menulis semua masakan yang saya pelajari..InsyaAllah...Semoga Allah mudahkan...
Arwah nenek pernah mengajar saya buat kuih bahulu, sepit, wajid, seri muka, kuih talam, dan bermacam2 lagi..nenek lebih ke arah tradisional..ibu pula mengajar buat kek, tat, egg pie, makaroni, pasta, buqubar dan macam2 lagi..cumanya saya sahaja yang ingat dan tidak ingat..Kalau pasal makanan berlauk,,saya suka masakan yang umum dan bukan khusus...:) resepi syok sendiri..
Saya nak sangat buak kelas masakan, kedai makan,...insyaAllah,,,,

Aprisiasi Makanan




Assalamualaikum..
Selawat Ke atas Rasulullah S.a.w dan keluarga Baginda serta sahabat2 Baginda..

Melewati hari-hari yang penuh dengan kerosakan dan dugaan yang banyak. Pilu hati mengenang nasib saudara2 yang kebuluran di luar sana. Rata-rata mencari punca makanan dengan apa sahaja yang ada disekeliling mereka. Tidak kira sekeras mana, selembut mana, sekasar mana..yang penting ianya mampu untuk menggalas perut yang sedang kelaparan..Inilah nasib saudara-saudara di sana.. :(
Oleh itu,,saya nak cerita pasal makanan yang perlu di hargai..

Bayangkanlah hari-hari yang dilalui, tanpa makanan yang status makanan sebenar2nya. Macam kita di Malaysia..makan nasi,,mereka pula makan tanah..Sungguh luar biasa..itulah nasib mereka yang hidup tanpa makanan..
Makanan merupakan asas dalam hidup yang membantu untuk kita melakukan kerja dan yang paling penting membantu kita untuk melakukan ibadat..Makanan yang baik membantu badan yang baik..dan akan memudahkan kita untuk beribadat.. InsyaAllah..menggapai usia 20 tahun ini, makanan yang masuk kedalam perut dah melebihi ratus kilogram..Dari jenis cecair hinggalah pepejal..semuanya kita telan,cerna dan buangkan ke dalam bilik air..
Dosa yang pertama dilakukan oleh manusia juga adalah berpunca daripada makanan yang mana Nabi Adam dan Hawa yang tergoda untuk memakan yang telah dilarang Allah swt. Makanan juga mempengaruhi kehidupan kita seharian. Makan yang berlemak kita akan menjadi gemuk, makan yang sihat kita akan menjadi sihat.
Dalam proses untuk memilih makanan, haruslah mengelakkan sifat pembaziran yang melampau ataupun tidak melampau..Kerana itu adalah hak Allah swt.Takut2 Allah swt akan menarik nikmat yang diberikan oleh Nya dan khuatir kita kan mendapat balasan atas perbuatan kita.. Nauzubillah..
Hargai makanan yang ada..
Penghargaan kepada makanan boleh kita lakukan dengan cara yang sihat, berpuasa, dan sebagainya. Sekiranya makanan yang dimiliki tidak habis maka elok lah disedekah kan.Ianya lebih bermanfaat..jangan lah menurut nafsu serakah yang hanya akan memudaratkan perut dan akhirnya kita akan malas nak beribadat..
Kesimpulannya, makanan adalah makanan..dan akan tetap menjadi makanan..
:)

Feb 25, 2010

Aku Bebas

Perkongsian,,aku sudah bebas sekarang..alhamdulillah..terima kasih ya Allah..melalui hari-hari yang sentiasa dikecam dengan pelbagai ugutan dan hasutan..akhirnya aku bebas..aku bebas..amat luar biasa rasa jiwa yang aku rasa..hatiku tenang..kosong..hanya buih2 cinta menyahut nama Allah dan Rasulnya..telah lama aku menanti hati ini kembali bebas..ya Allah..tak henti air mata ku mengalir..aku pohon,,kau jagalah hati ku..diriku...hanya kau sahaja yang benar-benar bisa mengetuk pintu hatiku..ya Allah banyak hari sudh aku lalai dan leka..dengan hasutan dan bisikan kreative si syaitan,,aku akur akhirnya,,,aku mesti sentiasa mengingatimu,setiap nafasku...adalah milik Allah...cukuplah hatiku dulu pernah menurut nafsu dan kata si syaitan...kali ini,,,,aku akur pada fitrah diriku....

YA ALLAH,,PELIHARAHLAH DIRIKU DARI KEBURUKAN DAN KEJAHATAN AMAL,AKHLAK, DAN NAFSU..AMIN YA ALLAH...

3 minggu yang pertama @ latihan Industri

Assalamualaikum..

Alhamdulillah,,ayuh kawan2 kita syahadah n selawat keatas Baginda RASULULLAH S.A.W..

Terpinga2 aku masuk praktikal,,pada hari pertama.Awal-awal lagi dah terima something yang amat sedih..tapi biarlah rahsia... :)

Aku ditugaskan dibahagian Penyelidikan cawangan Syariah. Alhamdulillah tugas yang diberikan sehingga hari ini banyak sangat2..tetapi memang amat berguna,,aku ditugaskan untuk menyusun dan semak semua yang berkaitan dengan kajian-kajian syariah..amat luar biasa dan ianya memang pengalaman yang best..

Orang kat ofice semuanya baik2..cumanya aku sahaja yang jarang2 nak bertegur sapa...hehe..ngn lelaki..ngn perempuan alhamdulillah...okey....

Hari2 aku naik motor merempit,,jalan memang mengalahkan "macet" di indonesia...kalo jalan jam....harap maaf......kena hati2......aku harap semoga cuaca yang mendatang ini baik2 saja dong...

Apa yang penting,,niat aku nak praktikal dekat sini...

Akhir kalam...

Salam sayang:)

Feb 17, 2010

Selamat Hari Lahir cik bintang!!

Assalamualaikum...
Hari nie,17 feb..birthday aku...
nie wish yang aku terima..
  1. Salam saudaraku, tadi aku bertemu "tawadhu'" , "sabar" dan "ikhlas" mereka bertiga perlu tempat tinggal..maaf,tanpa izin aku berikan alamat hatimu.Semoga mereka sentiasa bersamamu. Selamat pendek umur dan semoga panjang umur anjang..dr adik beradik QA darul quran n wana...
  2. Selamat hari lahir kak ammie...muuaahh...dr adik payang
  3. Salam ...bintang,selamat ulang tahun kelahiran ke-21..hehe..saya doakan semoga awak panjang umur, dimurahkan rezeki dan kejayaan buat awak..dan semoga bertemu jodoh yang dapat memberi semangat baru n pembimbing dunia akhirat buat awak...miz u a lot..dr syafiah...
  4. Slm ammie..hepi bday....moga dimurahkan rezeki....gud luck 4 everything....dr fifie
  5. Happy Birthday ammie...moga panjang umur..murah rezeki...miss u so much.....
  6. Selamat hari lahir ya ukh,,moga sihat,dipanjangkan umur n bertambah ilmu...
  7. Sanah helwa ya ukhti..semoga rahmat n hidayah Allah sentiasa bersamamu..sayang anjang...dr ayang QA darul quran....

other..kat fb...

"YA ALLAH,,AKU INGIN MENJADI SOLEHAH.AKU INGIN JADI SOLEHAH..AKU INGIN JADI SOLEHAH....TANAMKANLAH DIHATI KU,..AKU INGIN JADI WANITA YANG DIREDHAI OLEH MU....AKU MOHON.....YA ALLAH,MULIAKANLAH KELUARGAKU DENGAN KEMULIAAN DARIMU,,,"

Amin ya rabbal alamin.....

Kepala dia Tersangkut di Dasar Swim Pool,

Assalamualaikum

Aduh,,sakit yang teramat sangat bila aku lihat kepala dia tersangkut di dasar swim pool semalam.Darah mengalir bagaikan air terjun. Kesian dia..Allah swt memberinya ujian yang Allah yakin dia mampu.Segera lah dia dibawah ke Hospital.Kepala yang berdarah di balut dengan baju yang pakainya. Sampai di unit kecemasan.Doktor pun merawat dan memberi suntikan kepada dia sebanyak 2 kali untuk mengelak daripada jangkitan kuman.Doktor membuat keputusan untuk manjahit, tetapi risau sekiranya dahi dia bertanda..Doktor pun mengambil keputusan untuk "gam" sahaja dahi dia itu....Hati2 ketika nak "diving" ....

Jan 15, 2010

Janji yang Aku perlu tunaikan sebelum Tinggalkan KDH..


Assalamualaikum....


Nampaknya saya dah tak masuk kuliah lagi kat kolej lepas nie. Sedihnya... :{ masa itu amat pantas.


Sepanjang saya di kolej,banyak perkara yang saya tengok dan saya pun ikut..tapi bukan taqlid membabi buta k...hehe...


Banyak janji2 yang saya kena tunaikan..antaranya TOM YAM USTAZAH, CENDAWAN, BAGI PICTURE, CD 2012..itu antara perkaranya...


Nak tulis,, supaya ingat....



Salam sayang

Jan 12, 2010

Exam oh exam,,,

Assalamualaikum,,,


Kolej saya exam sekarang


so pelbagai ragam yang menarik yang berlaku


junior2 asyik pesan.."akak jangan baca buku...."


tapi dorang pulak yang baca...



so,,saya pun jawab....



jangan baca banyak2 nanti otak jam..



jawapan susah nak kuar...huhuhu...



nanti otak tak encer....


encer macam susu....



tadi saya ada 3 paper,,,amat best rasanya..huhu


semanis hempedu....sepahit gula....



apapun saya bertawakkal bukan tawaakul....


btl3...


good luck all.....

amin.......

Jan 11, 2010

Aku mencari sekeping hati

ada sesiapa nampak hati ku??


mesti xda kan..


aku dah agak..


kamu semua tidak mampu untuk melihat


untuk mencari hati ku


mana mungkin kamu mengatakan


kamu memahami hati ku


jangan nak berangan2...


hakikat manusia....


hakikat manusia....


yang syaitan sentiasa membisikkan di telinga kita...


si syaitan yang konsisten....


amat payah..


amat sukar..


sakit pun ada...


melatih diri ikhlas kepada yang satu...


penat merintih


penat meraung


tapi.....


aku yakin....


aku mampu....



dengan pertolongan al-Khaliq...



temukan aku dengan hati ku,.,,.,


aku merayu,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

Jan 6, 2010

MUJAHADAH ATAS NAFSU

assalamu'alaikum smua..

hope semuanye sihat di bwh rahmatNYA..
sekadar perkongsian daripada secebis kasih ilahi buat tatapan hati yg haus dgn ilmu ini..



Al Tahtawi menjelaskan dalam kitabnya Fathu al-Mannan Bi Ahkam al-Jan, gambaran penguasaan syaitan ke dalam hati manusia digambarkan mnerusi bandingan :



" Hati laksana benteng, benteng itu berpagar dan pagar mempunyai pintu. Penghuni di dalamnya ialah akal. Para malaikat sering berjaga di kwsn benteng itu. Tetapi di situ juga ad tmpt bsembunyi yg akan didatangi oleh syaitan. Peperangan sentiasa brlaku antara penghuni kota iaitu akal dan syaitan serta ghurkanya iaitu nafsu. Syaitan x pernah bhenti mncr helah n waktu utk menyerang. Maka penjaga hendaknya mengetahui berapa blgn pintu kota n bagaimana menangani kemaraan musuh. Kota ini akan diterangi dgn zikir yg diamalkan, mnjdkn pdnya cermin yg akan menerbalikkan imej setiap yg melaluinya. Maka syaitan n tenteranya akan berusaha mncr helah, antaranya dgn mwujudkn kepulan asap. Asap yg akan mgelapkan suasana hingga pengawal x nampak apa yg berlaku.



Asap ini juga turut melekat pd cermin yg akan mengakibatkan kita x nampak imej yg sbnrnya. Istiqamah dgn zikir mampu membersihkan cermin mnejdkannya reflektif semula. Demikianlah ptarungan sengit sentiasa blaku dlm diri kita. Smkn kuat keimanan, makin dahsyat cbrn yg harus dtempuhi. Kadangkala angin kencang bertiup menyemarakkan asap nyalaan iblis hingga para pnjaga terlepas musuh masuk ke dalam mpengaruhi penghuninya iaitu akal."



ayuh shbt2.
jom bw hati kembara yg terbaik spy natijahnya di bawa ke syurga abadi..



mujahadah atas nafsu, berilah nasihat dan peringatan.



slm ingatan bersama buat diri yg faqir dan semuanye.



"Allah swt x bg apa semua yg kita nak, tp Allah swt bg apa yg kita perlu!!!

Jan 4, 2010

Sekilas di Tamrin Perdana KDH "SATU HATI"
















Dikesempatan waktu yang ada.... :)
Tamrin Perdana KDH 11-13 DEC 2009..
Satu Hati.."


Tamrin kali ini amat bermakna dan terkesan didalam hati kerana 70% daripada slot disampaikan oleh Tuan Haji Ahmad Azam...,30% daripada alumni KDH.....,
Jutaan terima kasih pada semua yang menjayakan program ini,hanya Allah swt yang mampu membalasnya,,,,