Pages

May 2, 2011

Fitnah Wanita

Zaman-zaman dunia nak hancur ni... ramai yang jadi semakin takut dengan wanita. Atau paling tidak, dimomok-momok dan ditakut-takutkan dengan wanita. Kononnya wanita itu makhluk yang boleh merosakkan lelaki.




Saya tak kata macam itu dan islam pun tak melabel wanita semacam itu. Yang buat kerja tak berpaedah (meletakkan nilai perempuan di tahapan yang paling rendah) tu cuma kerja orang Yahudi dan Kristian. Secara tak langsung, mereka meletakkan wanita sebagai kaum yang selayakkan dijadikan pemuas nafsu semata.



Namun, dalam masa yang sama... islam juga mengajar ummatnya untuk berjaga-jaga dengan wanita. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w berpesan, 'takutilah dunia, dan takutilah wanita'



Signifikannya apa ya? Takut macam takut hantu? Tak matang langsung kalau macam tu. Tapi yang benar, takut itu ialah berjaga-jaga.



Alaa.. macam kita juga. Kalau takut dengan api, janganlah memandai main mancis.



Kalau takut dengan fitnah wanita, maka hati-hati. Same concept but with different application.



Pengakuan Nabi Yusuf ada dirakamkan di dalam Quran pada surah 12, ayat ke-24. "Dan Yusuf juga berkehenddakkan kepadanya, sekiranya dia tidak melihat tanda dari tuhannya". Ayat ini bermaksud, sekiranya nabi Yusuf a.s tidak dididik dan dilimpahkan dengan nikmat dan penjagaan dari Allah, nescaya dia akan tenggelam dalam godaan itu.



Berbalik kepada perkataan fitnah tadi... Menurut Ustaz Dr. Abdul Latif dalam kuliahnya (sebagaimana yang disalin oleh saya), perkataan fitnah disebut dan diulang-ulang di dalam al-Quran kurang lebih sebanyak 17 kali, dengan 7 makna yang berbeza-beza.



Makna-makna yang berbeza-beza itu dapat dilihat sebagai yang pertama- ujian atau cubaan. Rujukannya ialah ayat 102 daripada surah al-Baqarah dan ayat 2 surah al-Ankabut.



Heh... nak tak nak, kalian kena buka al-Quran terjemahan juga lah ya. Tak apa. Dapat pahala, insya-Allah.



Kedua- syirik. Rujukannya ialah ayat 39 daripada surah al-Anfal



Ketiga- kesesatan dan keburukan. Rujukan bagi ini ialah ayat 7 daripada surah Ali-Imran.



Keempat- Kacau bilau atau huru-hara, sebagaimana yang disebut dalam ayat 25, surah al-Anfaal.



Kelima- penyiksaan, kezaliman dan siksaan. Sila buka surah Az-Zaariyat ayat 13.



Keenam- tipudaya. Ini terdapat dalam ayat 48 daripada surah at-Taubah.



Akhir, perpecahan, permusuhan dan peperangan.



Kiranya, fitnah wanita tergolong dalam yang pertama lah- Ujian.



Gulp... Kiranya sudah hampir-hampir di hujung baharu saya perasan bahawa artikel ini kelihatan agak bias. Bukanlah saya bermaksud untuk bersikap sexist tapi hakikatnya, perlu ada tindakan segera untuk melindungi wanita-wanita ini daripada diperalatkan!



Bagaimana tidak! Sedangkan iklan batu-bata pun menggunakan wanita tertonggeng untuk dijadikan model, dan mendapat sambutan pula! Wak luuu!!!



Dalam kitab sahih Muslim, ada beberapa peristiwa yang menggoncang hati saya (ceh... goncang lah sangat). Rasulullah s.a.w pernah terlihat seorang wanita, lalu jadi tidak keruan Baginda. Kemudian Baginda pun pulang untuk mendatangi Zainab (isteri baginda). Sesudah rindu dilepaskan, Baginda kembali bertemu para sahabat lalu berkata: "Sesungguhnya wanita itu datang dan pergi bagaikan syaitan. Maka, jika kamu terlihat akan wanita itu, datangilah isterimu kerana yang demikian itu dapat mententeramkan gejolak hatimu".



Dalam hadis yang lain (tadi hadis no. 1322, yang ini hadis no. 1323), Rasulullah s.a.w berpesan: "Jika ada antara kamu yang tergoda hatinya pada wanita, maka hendaklah dia pulang kepada isterinya untuk melepaskan 'rasa rindunya'. Yang demikian itu sungguh dapat mententeramkan hatinya"



Angkat kening sebelah ;) Bagaimana dengan orang yang tak kawin lagi?



Rupa-rupanya tak mudah menjadi wanita. Tapi tak mengapa kerana at least islam sudah guide kita semua untuk ke syurga.



Satu lagi, Rasulullah s.a.w juga pernah bersabda yang mana, majoriti penghuni neraka ialah kaum wanita.



Adakah saya merasa selamat? Nehi! Saya tidak akan rasa puas kalau saya dapat selamat, tapi orang-orang yang kebanyakannya tidak. Tapi lebih ngeri, jika saya sendiri tidak selamat. Uhukkk...



Kesimpulan.



Saya cuma nak menyeru kaum ibu dan kaum cewek untuk menjaga diri baik-baik. Juga kepada kaum pria, untuk merendahkan pandangan, meninggikan ego (untuk tidak jatuh cinta sebelum kahwin) dan juga meninggikan suara (supaya nampak tegas, dan takde la monyok menggoda).



Benda pasal fitnah wanita ni sudah berkurun dan beradab menjadi perbahasan, tapi solusi yang dapat dicapai hanyalah satu iaitu dengan kedua-dua belah pihak (lelaki dan perempuan) sendiri perlu menjaga diri masing-masing agar tiada yang tercela dan tiada juga yang akhirnya mencela.



Wallahu'alam.