Seminar Pendidikan Tinggi Islam ke-6
Seminar Pendidikan Tinggi Islam Ke-6“Budaya Ilmu : Ke Arah Pemerkasaan Umat”
Anjuran Kolej Dar al-Hikmah,dengan kerjasamaInstitut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Bertempat diInstitut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi.
LATAR BELAKANG
“Sejarah manusia menyaksikan hakikat bahawa kebangkitam dan kejatuhan bangsa-bangsa dan tamadun-tamadun berkait rapat dengan pemerolehan, pengeluaran dan penggunaan ilmu yang hebat. Mereka yang cemerlang dalam hal ini memegang kepimpinan negara-negara dan mereka yang mundur akhirnya meminta-minta kepada orang lain untuk menjamin kelangsungannya (terj.)”
Kenyataan di atas yang diungkapkan oleh M.Wasiullah Khan dalam karya berjudul ‘Education and Society in the Muslim World’ menegaskan tentang hakikat sejarah dan hakikat sejagat. Tamadun Yunani yang menekankan tentang paediea atau pendidikan ialah tamadun ilmu. Tamadun Islam yang cemerlang, gemilang dan terbilang dirumuskan oleh Franz Rosenthal dengan ungkapan Knowledge Triumphant atau Kemenangan/Keagungan Ilmu. Tamadun semasa yang dipimpin oleh Barat semenjak Renaissance di abad ke-15 bertitik tolak dan bertunjangkan kepada ilmu. Justeru ‘ilmu ialah kuasa’ (knowloedge is power), maka sesiapa atau mana-mana bangsa atau negara yang menguasai ilmu, ia memegang kuasa dan menguasai dunia. Dewasa ini ternyata yang menguasai ilmu, dan sekaligus memimpin dunia ialah Barat.
Maka tidak ada jalan rentas dan jalan mudah untuk memulih dan mengembalikan kegemilangan umat, melainkan dengan mencetuskan dan memupuk semula sikap, nilai dan keghairahan terhdap ilmu (the passion of knowledge). Bermula dengan Iqra’ dan diikuti dengan 750 kali sebutan bersabit dengan kata akar ‘ilm dalam al-Qur’an dan demikian juga hadith-hadith Rasulullah S.A.W., membuka seluas-luasnya ruang jihad dan ibadat di bidang ilmu. Justeru apabila jihad dan ibadat ilmu ini menyatu, maka mengakar dan merimbun apa yang dikatakan budaya ilmu dalam kehidupan masyarakat dan umat.
Masyarakat dan umat perlu memperkasa diri dengan ilmu, dan ini hanya dapat dijayakan melalui pemupukan budaya ilmu. Antara lain yang perlu digalakkan ialah budaya membaca, budaya berfikir, budaya berwacana, budaya menulis dan berkarya, dan budaya belajar.
Dalam konteks masyarakat kita, persiapan dan prasarana asasnya telahpun tersedia; hardware seperti institusi pendidikan, software seperti buku dan pelbagai bahan bacaan, dan humanware seperti guru dan pensyarah. Yang belum ketara dan merata ialah keghairahan terhadap ilmu; yang masih rendah ialah minat membaca, menulis dan belajar; dan kedudukan ilmu yang masih belum dimartabatkan di mercu sistem nilai dalam kehidupan umat.
Cabaran kepada kita semua ialah untuk menghidupkan dalam minda dan jiwa bangsa serta umat cinta kasih yang mendalam kepada ilmu pengetahuan dan kebenaran. Justeru itu kita perlu nyalakan semula jihad dan api perjuangan di medan ilmu dan pendidikan. Pendek kata kita perlu tanam dan pupuk semula budaya ilmu dalam diri setiap anak bangsa, masyarakat dan umat.
OBJEKTIF
Mencetus dan meningkatkan kefahaman serta kesedaran masyarakat mengenai budaya ilmu dan kepentingannya dalam konteks pembangunan ummah.Menganalisis pelbagai cabaran dalam usaha membudayakan ilmu dalam masyarakat.Merumuskan kaedah-kaedah pembudayaan ilmu melalui pendidikan.
PESERTA
Dianggarkan sekitar 200 orang akan menghadiri seminar ini yang terdiri dari:
Wakil IPTI, IPTA, IPTS dan ahli-ahli akademikWakil Institusi PerguruanWakil Jabatan Kerajaan dan SwastaWakil Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO)Wakil PPD dan SekolahPara pelajar dan orang perseorangan yang berminat
ATUCARA
8.30 pagi - 9.00 pagiPendaftaran Peserta
9.00 pagi - 9.15 pagiUcapan alu-aluan
9.15 pagi - 10.15 pagiUcaptama : “Budaya Ilmu : Ke Arah Pemerkasaan Umat”Prof. Dr. Mat Rofa Ismail (Fakulti Sains, UPM)
10.15 pagi - 10.30 pagiMinum Pagi
10.30 pagi - 12.30 tengahariSlot 1 : Pemerkasaan Ilmu Dalam Pendidikan1. Tn. Hj. Ahmad Mohamad Said (KDH)2. Prof. Madya Dr. Tajul Ariffin Nordin (Fakulti Pendidikan, UKM)Sesi Soal Jawab
1.00 tengahari - 2.00 petangMakan tengahari dan Solat
2.00 petang - 4.00 petangSlot 2 : Pembudayaan Ilmu Dalam Masyarakat1. Dr. Khalif Muammar A. Harris (ATMA, UKM)2. Dr. Adi Setia Mohd. Dom (Pusat Pengajian Umum, UIAM)Sesi Soal Jawab
4.15 petang - 4.30 petangResolusi & Penutup
YURAN PENYERTAAN
Agensi Kerajaan dan Petubuhan : RM100
seorangIndividu : RM50
seorangPelajar : RM30 seorang
Alamat Perhubungan SeketariatKolej Dar al-Hikmah, Sg Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor.Tel : 0389252392 (Cik Nur ‘Iffah/Pn Azanah)
Faks : 0389252477
Email : seminar@hikmah.edu.my
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
Untuk penyertaan boleh terus hubungi Seketariat.
Pages
Showing posts with label KOLEJ DAR AL-HIKMAH. Show all posts
Showing posts with label KOLEJ DAR AL-HIKMAH. Show all posts
Mar 9, 2009
Feb 7, 2009
hidup dengan Asmaul Husna by DATO' DR SIDDIQ FADZIL

- MEMBINA HIDUP SEBAGAI LAYAKNYA SEBAGAI UMAT ISLAM
- MEMBINA GENERASI MUSLIM YANG KOMITED
- MERUBAH YANG DISEBUT SEBAGAI PERUBAHAN DIRI,DALAMAN,JIWA DAN MINDA
- HARUS OPTIMIS BAHAWA KEHIDUPAN KITA BOLEH LEBIH BAIK,ALLAH SWT BERJANJI KEHIDUPAN AKAN BERUBAH PASTI AKAN MEMBERI KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK.JANJI ALLAH SWT KEPADA LELAKI DAN PEREMPUAN YANG BERAMAL SOLEH SEDANG MEREKA DALAM KEIMANAN.
- MEMPUNYAI MISI UNTUK MENJADI DAN MENJANA 'HAYATUTOLIBAH' DALAM KEHIDUPAN.
- HIDUP DENGAN SEMANGAT DAN JIWA DENGAN RELEVENNYA ASMAUL HUSNA UNTUK DIHAYATI.
- KEHIDUPAN YANG HARMONIS DENGAN NAMA-NAMA TUHAN,BUKAN HIDUP DALAM HANYA DENGAN TARIK DAN HEMBUS NAFAS DALAM ISLAM TAPI MESTILAH MEMBINA KEHIDUPAN YANG BERKUALITI.
- HIDUP DENGAN NAMA ALLAH SWT..DALAM AL-QURAN DI SETIAP LEMBARAN SEMUANYA ADA NAMA TUHAN TIDAK KIRA LAH DIPANGKAL DI ATAS DI TENGAH ATAU DI HUJUNG
- DI DALAM MAJLIS2 AGAMA SERING KALI DIBACA ASMAUL HUSNA,TETAPI JARANG SKALI UNTUK DI HAYATI.MALAHAN YANG PALING BAIK BACAANNYA IALAH YANG PALING BAIK MELODINYA TETAPI LUPA LIRIKNYA.
- AKU HIDUP DENGAN DENGAN NAMA MU..TUHAN MAHA RAHIM..KITA JUGA HIDUP DALAM KASIH SAYANG YANG MEMBINA HIDUP DENGAN PENUH RAHMAT ,PENUH KASIH SAYANG..BINA HIDUP YANG ANTI KEGANASAN TOLAK KEKERASAN.
- APABILA DI SEBUT NAMA ALLAH SWT 'ALIM..TUNTUTAN UNTUK MEMBANGUN KEHIDUPAN BUDAYA ILMU DAN TOLAK SEPENUH HATI UNTUK KAJAHILAN.
- APABILA DI SEBUT NAMA ALLAH SWT SEBAGAI AZIZ IAITU MULIA..TUNTUTAN UNTUK MEMBINA HIDUP YANG MULIA KEHIDUPAN YANG PUNYA MARUAH DAN TOLEK HIDUP YANG HINA.MALU UNTUK MELAKUKAN PERBUATAN YANG TIDAK WAJAR.
- KESIMPULANNYA:NAMA TUHAN BEGITU PENTING UNTUK MEMBINA KEHIDUPAN SESUAI DENGAN KEHENDAK NAMA2 TUHAN,ITULAH YANG AKAN MENJANA 'HAYATUTTOLIBAH' KESEDARAN TENTANG MARUAH DAN MARTABAT.
- TQ
Feb 5, 2009
anugerah dekan kolej Dar al-Hikmah
Dengan nama Allah swt..
Assalamualaikum wbt..
Semalam kat kolej ana telah di jalankan majlis anugerah Sijil Dekan kepada pelajar2 yang menerima keputusan yang baik..tahniah di ucapkan kepada sahabat2 ana yang berjaya terutamanya kepada Kak Daya..
Kepada sahabat2 yang lain..teruskan perjuangan....kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya...
SALAM JUANG!!!!!!!!!!!
Assalamualaikum wbt..
Semalam kat kolej ana telah di jalankan majlis anugerah Sijil Dekan kepada pelajar2 yang menerima keputusan yang baik..tahniah di ucapkan kepada sahabat2 ana yang berjaya terutamanya kepada Kak Daya..
Kepada sahabat2 yang lain..teruskan perjuangan....kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya...
SALAM JUANG!!!!!!!!!!!
Nov 17, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)