Pages

Showing posts with label picture. Show all posts
Showing posts with label picture. Show all posts

Mar 11, 2013

Kembara Universiti

Bismillah..

Sudah genap dua tahun 3 bulan bergelar mahasiswa, hidup di kampus sangat membosankan andainya tidak di susun dengan sesuatu yang berfaedah. Asal kejadian manusia adalah untuk menjadi khalifah (menyampaikan ilmu) dan beribadat kepadanya.

Alhamdulillah, akhirnya aku menemui jalan mengapa aku berada di sini sehingga waktu ini. Pada bulan pertama sungguh hidup ku bercelaru di kampus, tiada teman yang benar-benar memahami fikrah. Amat sukar. Walau apa pun.. aku tetap bergaul sebaik mungkin dengan sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa atau rupa.

Alhamdulillah.. suatu petang, rezeki terbesar buatku, ada insan yang Allah utuskan buatku. Seorang insan yang menjemputku untuk menyertai bulatan gembira atau dengan nama lainnya, usrah. Alhamdulillah.. syukur Allah mendengar keluhan hatiku. Selepas itu, aku menerima surat perlantikan untuk menjadi exco dalam persatuan di kampus, Allahu rabbi. Jalan dan ruang untuk membantu agama Allah dipermudahkan.

Memasuki tahun kedua.. aku menerima dua orang adik dan kami bersama-sama menjalani usrah. Alhamdulillah... kembara ku di universiti ini bukan la saja-saja. Rupanya sangat indah pertemuan yang Allah telah rancang buat ku.

Ku mengira, hikmahnya sangat besar. Berkorban tenaga..dan masa untuk membantu agama Allah, berkongsi idea. Namun apa yang ku lakukan adalah sekelumit berbanding sahabat-sahabat yang lain.

Berada di dalam kampus, yang bi'ah nya agak mencabar sesuatu yang menjadikan ku kuat untuk menyampaikan agama Allah, biarpun bukan dengan kelas agama, program tarbiyya yang gempak dan kursus agama. Namun memadai dengan aku mengajak sahabat-sahabat dan diri sendiri untuk menunjukkan ISLAM ini sangat lah indah. Indah yang bagaimana?? Sangat banyak, dalam pensyariatannya.. Rukhsah Solatnya,, dan banyak lagi.

Pada saya, teruskanlah membantu agama Allah, walau dimana pun berada, biarpun kita sebagai mahasiswa, tapi tradisi dakwah mesti kita teruskan. Agama Allah, agama Islam akan menang suatu masa nanti, Janji Allah benar, marilah menjadi sebahagian untuk mencurahkan tenaga mencapai kejayaan itu.

Semakin lama kita membaca mengulas dan mencari ilmu.. semakin itulah kita merasakan kita adalah yang paling hina di dunia ini.
Berusrah hingga ke syurga... :)

Salam muhasabah..

Nur Taqwa

Jun 8, 2011

Untukmu, Bakal Isteriku..

♥.•¨`*♫ ✿ ܓ UNTUKMU, BAKAL ISTERIKU ✿ܓ

Assalamualaikum wrt. wbt..

Untukmu, Bakal isteriku….

Tangan ini mula menulis apa yang telah dikarangkan oleh hati ini di dalam kalbu. Aku mula tertanya-tanya adakah aku sudah seharusnya mula mencari sebahagian diriku yang hilang. Bukanlah niat ini disertai oleh nafsu tetapi atas keinginan seorang muslim mencari sebahagian agamanya. Acap kali aku mendengar bahawa ungkapan "Kau tercipta untukku."

Aku awalnya kurang mengerti apa sebenarnya erti kalimah ini kerana diselubungi jahiliyah. Rahmat dan hidayah Allah yang diberikan kepada diriku, baru kini aku mengerti bahawa pada satu hari nanti, aku harus mengambil satu tangungjawab yang sememangnya diciptakan khas untuk diriku, iaitu dirimu. Aku mula mempersiapkan diri dari segi fizikal, spiritual dan juga intelektual untuk bertemu denganmu.

Aku mahukan pertemuan kita yang pertama aku kelihatan 'sempurna' di hadapanmu walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini. Aku cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus aku galas ketika dipertemukan dengan dirimu. Aku cuba membataskan perbicaraanku dengan gadis lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting kerana aku risau aku menceritakan rahsia diriku kepadanya kerana seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya kerana dirimu adalah sebahagian dariku dan ianya adalah hak bagimu untuk mengetahui segala zahir dan batin diriku ini.

Apabila diriku memakai kopiah, aku digelar ustaz. Diriku diselubungi jubah, digelar syeikh. Lidahku mengajak manusia ke arah makruf digelar daie. Bukan itu yang aku pinta kerana aku hanya mengharapkan keredhaan Allah. Yang aku takuti, diriku mula didekati oleh wanita kerana perawakanku dan perwatakanku. Baik yang indah berhijab atau yang ketat bert-shirt, semuanya singgah disisiku. Aku risau imanku akan lemah. Diriku tidak dapat menahan dari fitnah ini. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "Aku tidak meninggalkan setelahku fitnah yang lebih bahaya untuk seorang lelaki melainkan wanita."

Aku khuatir amalanku bukan sebulatnya untuk Rabbku tetapi untuk makhluknya. Aku memerlukan dirimu untuk menghindari fitnah ini. Aku khuatir kurangnya ikhlas dalam ibadahku menyebabkan diriku dicampakkan ke neraka meninggalkan kau seorang diri di syurga. Aku berasa bersalah kepada dirimu kerana khuatir cinta yang hak dirimu akan aku curahkan kepada wanita lain. Aku sukar untuk mencari dirimu kerana dirimu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau. Tetapi aku pasti jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanam dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehkan diriku. Sukar untuk mencari solehah dirimu andai solehku tidak setanding dengan ke’solehah’anmu. Janji Allah pasti kupegang dalam misi mencari dirimu. "Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik."

Jiwa remaja ku ini mula meracau mencari cinta. Matang kian menjelma dan kehadiran wanita amat terasa untuk berada di sisi. Setiap kali aku merasakannya, aku mengenangkan dirimu. Di sana engkau setia menunggu diriku, tetapi di sini aku curang kepadamu andai aku bermain dengan cinta fatamorgana. Sampaikan doamu kepada diriku agar aku dapat menahan gelora kejantananku disamping aku mengajukan sendiri doa diperlindungi diri.

Bukan harta,rupa dan keturunan yang aku pandang dalam mencari dirimu. Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. Saat di mana aku bakal melamarmu, akan ku lihat wajahmu sekilas agar mencipta keserasian diantara kita kerana itu pesan Nabi kita. Tidak perlu alis mata seakan alis mata unta, wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah delima tetapi cukup cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi.

"Kahwinilah isteri kerana empat perkara; keturunan, harta, rupa dan agama. Dan jika kau memilih agama, engkau tidak akan menyesal.” Jika aku dipertemukan dengan dirimu, akan ku jaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya. Akan ku jadikan syara’ sebagai pendinding diri kita. Akan ku jadikan akad nikah itu sebagai cop halal untuk mendapatkan dirimu. Biarlah kita mengikuti nenek moyang kita, Nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan agar kita dapat menikmati kenikmatan perkahwinan yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kedamaian batin. Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari dirimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku.

Dariku, Bakal suamimu. ✿ ܓ

Rejab Penuh Pengharapan

 Pesanan Ringkas :

Menghitung hari yang nan berlalu..bulan rejab hadir sekali lagi dalam diari seorang mukallaf seperti aku..

Bagiku rejab adalah jambatan yang penting dalam bertemu dengan bulan ramadhann..insyaAllah..sediakan diri dengan amalan-amalan yang wajib mahupun sunat.

Sama-sama perbaiki diri.. :)

Nov 28, 2010

Congkak

Congkak

Congkak

Congkak

Bermain congkak umpama kehidupan

Dalam seketika ianya penuh dengan siput

Dalam seketika ianya kosong dengan siput

Silih berganti siput itu mengisi ruang congkak itu

Kiri

Kanan

.......

Dan sentiasa berputar

Sehinggalah ianya habis

(TITIK)

Aug 25, 2010

Upload Image : Nafsu Ramadhan

Isk2...(jangan membazir la heii...)

....

Geli hati tengok gambar nie...

Alhamdulillah setakat nie tidak terkena atas batang hidung sendiri lagi...

meja saya kecil sahaja...

so, tangan tu sampailah nak ambil makanan...

Jangan tiru aksi tu...

@@

Jangan membazir!!

Upload Image : Ostrich

Gembira aku melawatnya...
Berdiri sama tinggi... Duduk?? :)


@@...

terjumpa dalam perjalanan mencari iktibar....

rupanya dia pemalu....



Allah Allah..

Jul 27, 2010

Hargailah Selagi Masih Ada Roh




Assalamualaikum




Alhamdulillah Allah swt memberi rezeki berupa kelapangan untuk bercuti bersama keluarga yang tersayang. Rasa gembira dalam hati.. :) alhamdulillah....bersama-sama dengan nenek, daddy, mammy, abang, abg adul..kak pai..kakak n all...biarpun adik bongsuku xda... :) lebih daripada 7 masjid yang telah kami lawati...untuk menunaikan solat..alhamdulillah...
Percutianku kali ini sempena dengan majlis konvo abg adul di SACC..alhamdulillah...

Jan 4, 2010

Sekilas di Tamrin Perdana KDH "SATU HATI"
















Dikesempatan waktu yang ada.... :)
Tamrin Perdana KDH 11-13 DEC 2009..
Satu Hati.."


Tamrin kali ini amat bermakna dan terkesan didalam hati kerana 70% daripada slot disampaikan oleh Tuan Haji Ahmad Azam...,30% daripada alumni KDH.....,
Jutaan terima kasih pada semua yang menjayakan program ini,hanya Allah swt yang mampu membalasnya,,,,







Nov 2, 2009

S.P.I.E.S,alhamdulillah..this is good!!















Alhamdulillah..saya berkesempatan untuk join SPIES buat kali yang kedua.Di Hotel Resident Uniten pada minggu yang lepas.Alhamdulillah......"zupp'' terkesan di dalam hati.Pelbagai program yang memang di luar jangkaan.Terima Kasih Pada Semua..

Aug 21, 2009

RiNdUU mOdE: SEcEbis KenaNGaN

sepanjang exam,,bilik saya banyak buat program..banyak lagi pic...kitaorang stay up kat surau...makan burger...main hujan...g tuisyen....
Makan kat kedai Dee..aLHAMDULILLAH..kenyang..

kak acha..N syafiah...

kak Nomi,Ehemm :), Kak Anies,,,

TakbIRR!!!!!



Bila Jauh Baru TAU rindu..


rinduku pada kalian semua wahai sahabat perjuangan ku... :)
==kak acha,ehemm,kak nomi,syafia,kak anies==
nie pic nak hantar kat keta da tadi...

Assalamualaikum.



Sudah menjadi lumrah di bumi ini yang hidup pasti akn mati n yang bersama pasti akan berpi
sah...bila dah jauh baru tau rindu.. :) alhamdulillah semua nya nikmat Allah taala..

Saya beru sahaja balik dari hantar sahabat2 romate yang di sayangi.Kita orang sempat tangkap gambar.Tinggal saya sorang ja kat bilik.Rasa sunyi la...tak da teman nak pergi surau...nak beli makanan....alhai sedihnya saya....Allah tak akan uji kalo tak mampu kan??? betul3...

Memang benarlah...perempuan bila di tinggalkan baru Tau erti rindu,,:) sebab tu dalam masalah perkahwinan terdapat cara untuk menyedarkan isteri2 yang derhaka dengan meninggalkan isteri buat seketika,,biar rasa terkesan cikit..mcm saya sekarang nie la.... :(( Bila akak saya nak mai datang amik kat hostel nie...??? Sabar2..

So,pengajarannya sekarang...bila ada masa nak berkasih sayang bersama dady mumy..adik beradik2 sanak saudara..sahabat...gunakanlah masa yang ada dengan sebaiknya...insyaAllah...sentiasa tegur menegur yer...

Sunyi nya bilik ini...tanpa romate2....................




rindu lah dengan kawan saya....

cuti mode!!

Ya allah berkatilah hubungan kami..amin....

Aug 3, 2009

Image Sukan KDH..'''

aSSALAMUALAIKUM...

SApa paling lambat...:) go go encik.Radhi!!!

tiup tepung....tiup jgn x tiup....


tudung hitam 2 pengarah sukan nie...


perlawanan yang sengit....



selamat bersukan..
pada 25 n 26 julai lepas...
:)
tq pd smua...




Image sahabat PKD...'''

ASSALAMUALAIKUM....
antara gambar yang terpilih....

:)...
kak hajar,kak nomi,..ehemm,kak ain..adah..n ayang...

kak wani,,:) ,kak hajar..kak ain..adah..ayang...



hehe..jari sapa 2...



Image One Dulang..One Kolej..""

Assalamualaikum...
seperti yang dijanjikan....
vip Presiden Kolej ntaranya.....bersama pimpinan pelajar...


antara student yang hadir....yang makan bersama pensyarah...

wanita2.....penasihat MPP kitaorg tue...ustazah Khalidah..
:)