Pages

Aug 27, 2008

15 tips menjadi Hamlatul Quran yang sistematik




1.Melakukan iadah daripada muka surat belakang.Contoh muka surat 22 sehingga muka surat 2,maqro' 8-1.Kebanyakan para Qari hanya lancar bahagian hadapan sahaja.Melakukan iadah dengan cara begini dapat menyeimbangkan penghafalan.

2.Merakam suara anda menggunakan perakam kaset,handphone,mp3,mp4 dan sebagainya.Kemudian semak semula bacaan anda.Hal ini,membolehkan anda mengetahui kesilapan dalam bacaan.

3.Membaca dengan kawan secara bergilir-gilir.Dapat menghilangkan rasa mengantuk dan mengeratkan ukhwwah.

4.Iadah dalam solat tahajjud.

5.Melazimkan iadah setiap kali selepas solat fardhu.

6.Mengenalpasti ayat mutasyabihat.

7.Hendaklah mengulang al-Quran tanpa mengira tempat dan masa.

8.Ayat-ayat yang hendak dihafal hendaklah diulang sehingga lancar.

9.Menggunakan satu mushaf al-Quran sahaja.

10.Selalu iadah bersama guru-guru,rakan-rakan selagi ada peluang.

11.Selalu mendengar bacaan al-Quran daripada kaset dan sebagainya.

12.Membaca dengan tadwir ketika tasmi' baru dan iadah.

13.Beramal dengan surah al-Qamar ayat 40.Mafhumnya "Dan sungguh telah kami mudahkan al-Quran sebagai peringatan,maka adakah orang yang mahu mengambil pelajaran?"

14.Surah al-A'la ayat 6.

15.Surah al-Insyirah 1 atau 3 atau 7.

=D Bacaan tadwir ialah bacaan pertengahan.

Wallahualam.

masa untuk memberi

Aku selalu meminta maaf kepada semua orang "sorry,maaf,aasif,afwan dan sewaktu dengannya" tiba-tiba seorang sahabat berkata kepadaku "asyik-asyik meminta maaf bila masa nak memberi?".Pertanyaan sahabat aku itu walaupun santai tapi cukup membuatkan aku terfkir.Betul juga ya..asyik-asyik meminta tapi aku jarang pun nak memberi.Begitu banyak peristiwa dalam kehidupan seharian yang memerlukan aku meminta maaf kepada orang lain akibat daripada kesilapan diri yang hina ini.Boleh dikatakan dalam sehari perkataan maaf,sorry,aasif dan afwan selalu digunakan kadar purata sebanyak 10 kali sehari,ingin memberi kemaafan bukanlah perkara mustahil dan bukanlah satu perkara yang tidak baik.Malahan dengan memberi kemaafan ia boleh mengeratkan hubungan silaturrahim sesama insan.Berusahalah kita bukan hanya meminta tetapi memberi maaf sesama hambaNYA.Kalau dahulu "sorry-sorry" sekarang tidak menjadi beban untuk mengatakan "aku memberi maaf atau ya..aku maafkan".Terima kasih sahabat.

Wallahualam.

Apakah ciri-ciri sahabat yang baik?

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya;"wahai anakku,sekiranya engakau ingin bersahabat dengan seseorang,maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut;

Jika engkau berbakti kepadanya,dia akan melindungi kamu;
Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya,dia akan membalas balik persahabatan kamu;
Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya,dia akan membantu kamu;
Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya,dia akan menerimanya dengan baik;
Jika dia mendapat sesuatu bantuan dan kebajikan daripada kamu,dia akan menghargai dan menyebut kebaikan kamu;
Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu,dia akan menutupnya;
Jika engkau meminta bantuan daripadanya,dia akan mengusahakannya;
Jika engkau berdiam diri kerana malu hendak meminta,dia akan menanyakan kesusahan kamu;
Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu,dia akan meringankan kesusahan kamu;
Jika engkau berkata kepadanya,nescaya dia akan membenakan kamu;
Jika engkau mencadangkan sesuatu,nescaya dia akan membantu kamu;
Jika kamu berdua berselisih faham,nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
Dia membantumu menunaikan menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat;

Bangun tahajjud

Tips untuk bangun tahajjud;

Banyak tips untuk bangun tahajjud.Tapi antaranya ialah;
"Sebelum tidur banyakkan minum air sekurang-kurang boleh membuatkan anda ke bilik air keesokan paginya"

Dilarang sama sekali untuk tidur semula walaupun seminit apabila dah terjaga kerana SYAITAN nie tak pena putus asa.

Wallahualam.

kata-kata




"Kata ibarat pedang tajamnya bisa membunuh lawan"
"terlajak perahu masih boleh diundur lagi terlajak kata buruk padahnya"
"fikir dahulu sebelum cakap"

kata2..
tapi hanya dengan kata2
orang boleh jadi tak tentu hala

kata2..
tapi dengan kata2
tak kira nak kata sapa
kata la

kata2..
tapi dengan kata2
kita selalu ditertawa

kata2..
tapi dengan kata2
aku pun tak tahu kata apa

kata2..
tapi dengan kata2
ada yang malu nak berkata2
mengapa? tak tahu sebab apa

kata2..
tapi dengan kata2
aku sealu terpedaya

kata2..
tapi dengan kata2
aku banyak buat dosa
terlalu banyak dosa

kata2..
tapi dengan kata2
aku punya kerja
semua nya tak terkata

kata2..
tapi dengan kata2
orang boleh kenal sapa kita

kata2..
tapi dengan kata2
aku selalu terleka dan terlupa


kata2..
tapi dengan kata2
aku selalu buat kerja sambil lewa

kata2..
tapi dengan kata2
aku terlupa duka dan lara

kata2..
tapi dengan kata2
mendekatkan aku dengan NYA

kata2..
tapi dengan kata2
semua benda boleh jadi binasa

kata2..
kata2..
kata2..
satu nikmat yang luar biasa
gunalah sebaiknya
jagalah amanah bagi menjaga
kata2..

kata2..
berkatalah dengan kata2
yang berfaedah
yang boleh dijadikan sebagai ibadah

kata2..
jauhilah sikap suka kata-mengata
kerna bisa memporak peranda kita semua

kata2..
kata2..
jagalah kata2..

sampai disini sahaja
kata2 dariku..
buat ingatan aku dan semua

Aug 26, 2008

Lain dari yang lain

Penutupan Majlis Tilawah al-Quran peringkat antarabangsa kali ke 50 yang diadakan di Terengganu menyaksikan keunikan yang amat tersendiri.Bagi sesiapa sahaja yang melihat majlis penutupan malam tadi,bisa merasai keunikan Majlis tersebut.Johan Majlis Tilawah pada malam tadi daripada Republik Indonesia.Alunan bacaan ayat suci al-Quran yang disampaikan oleh johan iaitu Saudara Mubarak cukup menggamit penonton untuk menghayati bacaan tersebut.Ketelitian dalam mengawasi suara dan burdah-burdah harakat tarannum amat memukau.Begitu juga dengan peserta wanita daripada Thailand telah dipilih sebagai johan.Yang amat menarik adalah persembahan daripada negara lain selain Malaysia yang telah membuat persembahan tetapi versi Bahasa Malaysia.Persembahan tersebut sangat baik dan menarik walaupun separuh daripada mereka tidak tahu Bahasa Malaysia.Tetapi semangat ukhuwwah dan saudara seaqidah amat wajar dicontohi.Tahniah kepada semua!!

Aug 24, 2008

fast mee

tips untuk kesihatan;

Ada yang menganggap makan maggie nie boleh jadi tak pandai? adakah itu benar.Wallahualam.bagi rakan2 yang suka makan atau selalu makan mee segera atau terkenal dengan nama samaran 'maggie' bolehlah mengamalkan tips tersebut bagi mengelakkan tanggapan 'makan maggie boleh jadi kurang pandai'.Selepas memasak maggie.Air yang digunakan untuk memasak maggie pada kali pertama hendaklah dibuang.Dan digantikan dengan air yang lain.Sebab akak saya cakap air yang pertama tu tak baik untuk kesihatan kena buang.Dan tips ini hanyalah untuk maggie yang berkuah sahaja.

Selamat mencuba.

Jadilah seperti al-Quran bergerak



al-Quran bergerak?

Kepentingan dan kemuliaan menjaga al-Quran mendapat sanjungan dan pujian daripada ALLAH swt ataupun Rasulullah s.a.w.Mereka digelar sebagai pilihan ALLAH,Ahlullah,orang yang telah diberi ilmu dan penjaga keaslian al-Quran.Para Hamlatul al-Quran jadilah umpama al-Quran yang bergerak.Oleh itu para Hamlatul al-Quran dan sahabat2 sekalian,Tatkala masyarakat memandangmu.Engkau berakhlaklah dengan akhlak al-Quran.Seperti Rasulullah s.a.w yang memiliki ketinggian akhlak yang sangat terpuji.

Wallahualam.

Di antara 2 pisang





Dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang yang bergelar hamba kepada pencipta yang maha Agung dan Haqiqi,tidak lekang daripada hasutan si iblis dan melayani keinginan si nafsu.

Azan telah berkumandang menandakan masuknya solat fadhu maghrib bagi wilayah persekutuan Kuala Lumpur dan kawasan2 yang sewaktu dengannya.
Setelah selesai menunaikan solat fardhu maghrib secara berjemaah.

Bermulalah santapan rohani.Untuk memberi makan kepada rohani masing2.

akak : "adik2 muslimah sekalian.antara dua pisang yang baik,elok,masih berkulit dan dibandingkan pula dengan pisang yang dah tak elok yang dah tak ada kulit.Mana satu yang adik nak?"

(KENA JAWAB SOALAN AKAK TU,PILIH PISANG YANG ANDA NAK)

adik2: dengan suara yang lantang dan penuh keyakinan diselitkan pula dengan kesungguhan semua "kami nak pisang yang baik,elok,yang tak kena kacau lagi.Tak nak pisang yang buruk"

akak : "alhamdulillah adik2 semua tak nak pisang yang dah tak elok.Bukan sahaja adik2 malahan semua orang tak nak pisang yang dah tak elok.Begitulah kita sebagai seorang yang bergelar muslimah,wanita,perempuan,women,banat,gadis dan sebagainya kenalah menjadi seperti pisang yang elok masih ditutupi dengan kulit pisang tersebut.Menjaga aurat yang telah ditetapkan oleh ALLAH swt.Menutup bahagian2 yang sepatutnya.Semua itu adalah perhiasan seorang yang bergelar muslimah.Maka kita hendaklah menjaga dengan sebaik dan penuh amanah.Itu adalah tangungjawab kita adik2 sekalian.Berbanding pula dengan pisang yang dah tak elok.Tiada sesiapa pun yang ingin memilihnya.."

Aug 23, 2008

warna hijau

Tips untuk kesihatan;

Mengikut kajian dari Itali,sayur-sayur hijau seperti bayam,daun salad, dan kubis mengandungi banyak bahan antikanser seperti beta-carotene,hutein,dan asid folik.

Bersamalah kita banyakkan makan sayur-sayuran yang berwarna hijau.

Wanita di bawah Cahaya al-Quran dan al-Sunnah (bhg 1)


Pendahuluan

Apakah sifat seorang wanita yang beriman kepada Allah dan RasulNya? Bagaimanakah seorang wanita itu seharusnya bertingkahlaku untuk dia digelar wanita yang solehah? Dan apakah petunjuk Nabi :selawat kepada kaum wanita dari kalangan umatnya dalam menjalani kehidupannya? Sesungguhnya tidaklah seorang wanita itu mengikut setiap pesanan dan nasihat dari guru sekalian umat ini -:selawat- melainkan dia digelar wanita yang solehah. Tiada satu pun yang dapat mengukur kebaikan dan kemuliaan seorang wanita itu melainkan dengan kekuatannya berpegang kepada al-Quran dan al-Sunnah. Tulisan ini akan menjawab persoalan-persoalan yang diutarakan di atas berdasarkan dalil-dalil dari al-Quran dan al-Sunnah. Wahai kaum wanita, perhatilah dan selamilah petunjuk serta wasiat dari Penciptamu dan Rasulmu serta hadapilah hidup ini dengan hati yang lurus!

.
Sifat wanita yang beriman
Sekiranya seorang wanita itu berakhlak dan menghiasi dirinya dengan sifat-sifat berikut, maka bergembiralah dia dengan syurga yang dijanjikan oleh Allah untuknya.

(1) Keimanan dan taqwa kepada Allah serta kecintaannya kepada Rasul :selawat. Seorang wanita itu seharusnya mendahulukan Allah dan Rasul :selawat dalam apa jua perkara serta menjadikan keduanya sebagai kayu ukur dalam setiap gerak-geri dan tingkahlakunya. Allah Ta'ala berfirman yang bermaksud : «Tiadalah bagi lelaki yang beriman dan wanita yang beriman (hak) untuk memilih dalam urusan mereka apabila Allah dan RasulNya telah memutuskan urusan itu. Barangsiapa menderhakai Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata» [al-Ahzab : 36]. Dan Nabi :selawat telah menjanjikan bahawa mereka yang mendahulukan Allah dan RasulNya dalam setiap perkara maka mereka akan mendapat kemanisan iman. Nabi :selawat berkata yang membawa maksud : «Tiga perkara yang mana ia terdapat pada diri seseorang itu, maka dia akan merasai kemanisan iman ; orang yang mencintai Allah dan RasulNya melebihi segala sesuatu; orang yang mencintai orang lain kerana Allah; dan orang yang membenci kekafiran sebagaimana dia membenci dimasukkan ke dalam api neraka»
[1].
Seorang wanita yang beriman itu selalu mengingati Allah dalam keadaan bersendiri mahupun ramai, dan dalam keadaan senang ataupun susah. Hatinya sentiasa terikat dengan Allah dan dia sentiasa memelihara iman di dalam hatinya dengan zikir, ibadah-ibadah sunat, membaca al-Quran serta memerhati tanda-tanda kekuasaan Allah. Kehidupan bagi seorang wanita itu bukanlah emas dan perhiasan, kehidupan juga bukan suami ataupun keluarga; tetapi kehidupan bagi seorang wanita itu ialah iman dan amalan-amalan soleh yang akan dibawa berjumpa Allah kelak. Allah berfirman yang bermaksud : «Barangsiapa mengerjakan kebaikan baik lelaki ataupun perempuan, sedang dia beriman, nescaya Kami hidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan Kami balasi mereka dengan pahala yang terlebih baik dari apa yang telah mereka amalkan» [al-Nahl : 97]. Seorang wanita yang menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai tunggak hidupnya, maka dia akan menjalani kehidupan di dunia ini dengan aman dan bahagia. Dari Suhaib al-Rumi, Nabi :selawat berkata yang bermaksud : «Sungguh mengkagumkan urusan orang mukmin itu, setiap urusannya adalah baik, tidaklah perkara ini berlaku kepada seseorang pun melainkan orang mukmin, jika dia mendapat perkara gembira, dia bersyukur, itu adalah baik baginya, dan jika dia ditimpa musibah, dia bersabar, itu adalah baik baginya»
[2].

(2) Sentiasa melazimi rumah dan tidak berhias-hias (tabarruj). Sekian banyak dalil-dalil dari al-Quran dan al-Sunnah yang menunjukkan bahawa melazimi rumah itu adalah lebih baik bagi seorang wanita. Setiap apa yang disebut sebagai 'baik' oleh Allah dan Rasul :selawat, maka tiadalah sesuatu pun yang lebih baik dari perkara itu. Allah berfirman di dalam al-Quran yang menunjukkan perintah kepada isteri-isteri Nabi :selawat yang bermaksud : «Tetaplah kamu dalam rumahmu dan janganlah kamu berhias-hias seperti berhiasnya perempuan jahiliyah yang dahulu…» [al-Ahzab : 34]. Ibn Kathir berkata ketika menafsirkan ayat ini : "Adab-adab ini telah Allah perintahkan kepada isteri-isteri Nabi :selawat dan wanita umat ini (untuk mereka mengikuti ummahat al-mukminin)…(ayat ini bermaksud) iaitu tetaplah kalian dan janganlah keluar tanpa sebarang hajat dan antara hajat yang dibenarkan syara' ialah solat di masjid dengan syarat yang telah ditetapkan
[3]". Manakala al-Qurtubi pula berkata : "Ayat ini menunjukkan perintah untuk tetap di rumah, walaupun ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri Nabi :selawat, tetapi dari segi makna, ia juga merangkumi wanita-wanita lain, bagaimana tidak, sedangkan banyak perintah syara' yang menyuruh wanita tetap di rumah dan tidak keluar kecuali darurat[4]".
Dalam suatu hadis, Nabi :selawat berkata yang bermaksud : «Solat wanita di (bahagian dalam) rumahnya lebih baik dari solatnya di ruangan luar rumahnya
[5], dan solatnya di dalam rumah kecilnya (makhda'[6]) lebih baik dari solatnya di dalam bahagian dalam rumahnya (tadi)»[7]. Walaubagaimana pun, wanita dibenarkan untuk solat di masjid, tetapi solat mereka di rumah itu adalah lebih baik seperti yang dikatakan oleh Nabi :selawat yang bermaksud : «Janganlah kamu halang isteri-isteri kamu (bersolat) di masjid, (akan tetapi) rumah-rumah mereka itu lebih baik bagi mereka»[8]. Dalam syarah hadis ini disebutkan : 'Solat wanita di rumah itu lebih baik bagi wanita daripada solat mereka di masjid sekiranya mereka mengetahui, tetapi mereka tidak mengetahuinya lantas meminta izin untuk ke masjid dan menganggap bahawa pahala mereka bersolat di masjid itu lebih banyak. Solat mereka di rumah itu lebih baik kerana ia lebih aman dari fitnah, lebih-lebih lagi setelah berlakunya tabarruj dan berhias-hias di kalangan wanita…[9]'. Perintah ini dikuatkan lagi dengan sebuah hadis Nabi :selawat yang bermaksud : «Wanita itu aurat, jika dia keluar maka syaitan akan memandangnya, dan seorang wanita itu paling hampir dengan Tuhannya sekiranya dia berada tetap di dalam rumahnya»[10]. Perkataan 'istasyrafa' dalam hadis di atas membawa maksud syaitan akan mencantikkan wanita itu di mata lelaki, dan ada pendapat yang mengatakan bahawa maksud hadis ini ialah syaitan akan memandang wanita itu untuk menyesatkannya dan orang lain akan menjadi sesat disebabkan olehnya[11]. Subhanallah! Hadis ini menunjukkan kelebihan melazimi rumah bagi seorang wanita dan itu merupakan antara cara yang terbaik untuk dia mendekatkan diri kepada Allah. Maksudnya sama seperti hadis[12] yang menyatakan bahawa seorang hamba itu paling hampir dengan Allah dalam keadaan sujud, yang mana hadis ini menunjukkan kelebihan sujud dan galakan untuk memperbanyakkan sujud.
Perintah bagi wanita supaya tetap di rumah dan larangan untuk mereka keluar dikecualikan sekiranya mereka keluar dengan sebab-sebab dan hajat tertentu yang dibenarkan syara'. Ini berdasarkan hadis Nabi :selawat di mana Aisyah :radhia menceritakan : Saudah :radhia telah keluar –selepas turunnya perintah hijab- kerana hajat tertentu, dan dia adalah seorang wanita yang berbadan besar, mereka yang mengenalinya pasti akan akan mengetahui bahawa dia adalah Saudah (walaupun dia memakai pakaian menutupi seluruh badan ataupun keadaan malam yang gelap), maka Umar melihatnya lalu berkata : Wahai Saudah, demi Allah, kamu tidak akan dapat menyembunyikan diri dari kami, maka fikirlah cara bagaimana kamu keluar tanpa dikenali. Aisyah berkata : Maka Saudah pun pulang, dan Baginda :selawat berada di rumahku sedang makan malam dan tangannya menggenggam daging, lalu dia masuk dan berkata : Wahai Rasulullah, aku telah keluar untuk menunaikan hajatku dan Umar telah berkata kepadaku (itu dan ini). Aisyah berkata : Maka Allah telah menurunkan wahyu kepadanya dan ketika keadaan itu selesai, daging itu masih berada di genggamannya seakan-akan beliau tidak mahu menyimpannya, lalu Nabi :selawat bersabda : «Kamu diizinkan keluar untuk memenuhi keperluanmu»
[13].

(3) Sentiasa menundukkan pandangan dan memelihara dirinya. Seorang wanita yang beriman dan solehah itu sentiasa menundukkan pandangannya dari melihat perkara-perkara yang haram dan sentiasa memelihara kehormatan dirinya sebagai seorang wanita yang beriman.
Telah menjadi kebiasaan bagi wanita-wanita zaman ini samada yang sudah bersuami atau pun masih belum berkahwin –kecuali mereka yang dipelihara oleh Allah- untuk mempunyai sahabat dari kalangan lelaki. Ini bertentangan dengan sifat wanita yang beriman dari kalangan hamba yang disifatkan oleh Allah dalam surah al-Nisa' yang bermaksud : «…dan berikanlah kepadanya mas kahwinnya dengan kadar yang patut, sedang hamba itu perempuan yang baik, bukan perempuan lacur dan bukan pula mengambil lelaki lain sebagai teman secara rahsia…» [al-Nisa' : 25]. Inilah budaya barat yang cuba diserap masuk di kalangan wanita-wanita Muslimah kerana musuh-musuh Allah ini tahu bahawa rosaknya wanita Muslimah bererti rosaklah generasi Islam yang akan datang! Tetapi malangnya, fenomena ini dianggap biasa di zaman ini bahkan wanita yang tiada sahabat lelaki itu pula yang dikatakan ketinggalan zaman serta tidak pandai bersosial dan sebagainya. Allah jualah tempat meminta pertolongan.
Firman Allah lagi dalam surah yang sama mengenai sifat-sifat wanita yang baik itu : «…Perempuan-perempuan yang solehah ialah perempuan-perempuan yang taat, yang memelihara kehormatannya sewaktu suaminya tiada, sebagaimana Allah telah memeliharakan dirinya…» [al-Nisa' : 34]. Maksudnya, mereka ini memelihara kehormatan diri mereka dan memelihara rahsia suami ketika ketiadaannya sebagaimana Allah memelihara mereka dengan memerintahkan para suami supaya bergaul dengan baik dengan mereka dan menunaikan hak-hak para isteri
[14]. Inilah ciri-ciri wanita yang solehah.
Manakala perintah menundukkan pandangan pula tidaklah terhad pada lelaki sahaja, bahkan Allah telah mengkhususkan satu ayat yang menyuruh para wanita juga menundukkan pandangan. Firman Allah yang bermaksud : …«Katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman, supaya mereka merendahkan pandangan…» [al-Nur : 31].

(4) Menjaga lisan daripada mengumpat, memfitnah dan sebagainya. Suka mengumpat, mencerca dan melaknat adalah satu sifat yang sering dikaitkan dengan wanita –kita memohon keselamatan dari Allah supaya dijauhkan dari sifat ini-. Manakan tidak, sedangkan Allah sendiri mengkhususkan larangan ini kepada wanita di samping ayat yang umum melarang orang mukmin itu menghina sesama mukmin. Allah berfirman yang bermaksud : «…dan jangan pula kaum perempuan menghina kaum perempuan yang lain, kerana boleh jadi perempuan yang dihina itu lebih baik dari perempuan yang menghina…» [al-Hujurat : 11]. Allah mengkhususkan larangan ini kepada wanita kerana kaum inilah yang seringkali cepat mengeluarkan kata-kata yang tidak baik samada mengumpat, menghina, mengata dan sebagainya
[15]. Syeikh al-Sa'di rahimahullah di dalam tafsirnya berkata : '…pada realitinya memang selalunya mereka yang dihina itu lebih baik dari yang menghina, kerana penghinaan itu tidak akan datang kecuali dari hati yang penuh dengan keburukan dan akhlak yang keji…'[16].
Allah Ta'ala juga berfirman yang bermaksud : «…dan janganlah kamu mengumpat orang lain, sukakah salah seorang kamu memakan daging saudaranya yang telah mati?...» [al-Hujurat : 12]. Maka selayaknya bagi wanita yang beriman untuk menjauhi larangan Allah ini dan cuba sedaya-upaya untuk menjaga lisannya dari berkata yang tidak baik. Hendaklah seorang wanita itu bertaqwa pada Allah dan meletakkan syurga dan neraka di hadapannya sebelum berkata apa-apa mengenai orang lain.
Dari Huzaifah :radhia, Nabi :selawat berkata yang bermaksud : «Tidak akan masuk syurga qattaat (orang yang mendengar sesuatu sedangkan dia tidak mengetahui hakikat sebenarnya dan kemudian menyebarkannya untuk tujuan berbuat kerosakan
[17])[18].

(5) Menjaga pendengarannya daripada muzik, kata-kata yang keji dan perkara-perkara lain yang haram untuk didengari. Seorang wanita yang beriman hendaklah berusaha sedaya-upaya untuk menjauhi apa jua perkara yang boleh melalaikannya dan tidak mendatangkan faedah bagi agamanya. Dia hendaklah sentiasa memelihara pendengarannya kerana ia adalah sesuatu yang dipertanggungjawabkan ke atasnya dan akan disoal oleh Allah di hari akhirat kelak. Allah berfirman yang bermaksud : «…Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, masing-masing akan dipertanggungjawabkan» [al-Isra' : 36].
Nabi :selawat berkata yang bermaksud : «Akan muncul dari umatku orang-orang yang menghalalkan (menganggap halal) zina, memakai baju sutera, arak dan alat muzik…»
[19]. Perbuatan 'menghalalkan' itu tidak terjadi melainkan apabila hukum asal sesuatu itu adalah haram. Dalam hadis ini, alat muzik diletakkan sebaris dengan arak dan zina yang mana jelas pengharamannya pada umat Islam. Ibn Mas'ud :radhia berkata : "Nyanyian itu menumbuhkan nifaq dalam hati sebagaimana air itu menumbuhkan sayuran"[20].
Dr. 'Aidh al-Qarni berkata
[21] : Sesiapa yang mendengar muzik itu maka dia akan dihukum dengan tiga perkara :
1- Terputus hubungan hatinya dengan Allah.
2- Dia tidak lagi menyintai al-Quran, zikir, hadis, sirah Nabi :selawat dan sebagainya.
3- Allah akan mengharamkan mendengar nyanyian baginya di syurga nanti.

Bersambung insha Allah…

[1] Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Sahihnya, Kitab Bad'u al-wahyi, Bab Halawat al-iman, no. hadis : 16; Muslim dalam Sahihnya, Kitab al-Iman, Bab Bayan khisal man ittashafa bihinna wajada fiihi halawat al-iman, no. hadis : 67; al-Nasa'ie dalam Sunannya, Kitab al-Iman wa syara'i'ihi, Bab Halawat al-iman, no. hadis : 4988; Ahmad dalam Musnadnya, 3/103, no. hadis : 12021.
[2] Diriwayatkan oleh Muslim dalam Sahihnya, Kitab al-Zuhd wa al-Raqa'iq, Bab al-Mu'min amruhu kulluhu khayr, no. hadis : 64; Ibn Hibban, Sahih Ibn Hibban bi Tartib Ibn Balban, Kitab al-Jana'iz, Bab Ma ja'a fi al-sabr, no. hadis : 2896. Lafaz hadis ini adalah lafaz Muslim.
[3] Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-'Azhim, (T.Tp, T.Th) 3/636.
[4] Al-Qurtubi, al-Jami' li Ahkam al-Quran, (T.Tp, T.Th) 14/158.
[5] Al-hujrat : Kawasan lapang di dalam rumah. Lihat : al-'Azhim Abadi, Syaraf al-Haq Muhammad Asyraf, 'Aun al-Ma'bud Syarh Sunan Abi Daud, (Beirut : Dar Ihya' al-Turath al-'Arabi, 2001) 2/166.
[6] Al-makhda' : Rumah kecil yang ada dalam rumah besar; tempat menyimpan barang-barang yang berharga. Lihat : Ibid.
[7] Diriwayatkan oleh Abu Daud dalam Sunannya, Kitab al-Salat, Bab al-Tasydid fi zalik, no. hadis : 570; Ibn Khuzaimah dalam Sahihnya, Kitab al-Salat, Bab Ikhtiyar Salat al-Mar'ah fi Baytiha 'ala Salatiha, no. hadis : 1688; al-Hakim dalam al-Mustadrak, Kitab al-Imamah wa Salat al-Jama'ah, no. hadis : 757; al-Baihaqi dalam Sunannya, Kitab al-Haidh, Bab Khayr Masajid al-Nisa' Qa'r Buyutihinna, no. hadis : 5144. Berkata al-Hakim : 'Hadis ini hadis sahih menepati syarat Bukhari dan Muslim tetapi mereka tidak meriwayatkannya di dalam kitab mereka. Keduanya berhujah dengan Muwarriq ibn Musyamrij al-'Ajaliyy'; dan ia dipersetujui oleh al-Zahabi.
[8] Diriwayatkan oleh Abu Daud dalam Sunannya, Kitab al-Salat, Bab Ma ja'a fi khuruj al-nisa' ila al-masjid, no. hadis : 567; Ahmad, 2/76, no. hadis : 5468 & 5471; al-Hakim dalam al-Mustadrak, Kitab al-Imamah wa Salat al-jama'ah, no. hadis : 755; al-Baihaqi dalam Sunannya, Kitab al-Haidh, Bab Khayr Masajid al-Nisa' Qa'r Buyutihinna, no. hadis : 5142. Berkata al-Hakim : 'Hadis ini sahih menepati syarat Bukhari dan Muslim, keduanya berhujah dengan al-'Awwam bin Hawsyab dan telah thabit bahawa Habib mendengar dari Ibn Umar; tetapi mereka tidak meriwayatkan penambahan dalam hadis ini 'wa buyutuhunna khayrun lahunna''. Dipersetujui oleh al-Zahabi.
[9] al-'Azhim Abadi, op. cit, 2/165.
[10] Diriwayatkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya, Kitab al-Ridha', Bab bi dun tarjamah , no. hadis : 1173; Ibn Hibban dalam Sahihnya, Kitab al-Hazr wa al-Ibahat, no. hadis : 5599; Ibn Abi Syaibah dalam al-Musannaf, Kitab al-Salawat, Bab Man kariha zalik, no. hadis : 7616; Ibn Khuzaimah dalam Sahihnya, Kitab al-Salat, Bab Ikhtiyar Salat al-Mar'ah fi Baytiha 'ala Salatiha…, no. hadis : 1685; al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir dan al-Awsath, no. hadis : 10115 & 8096. Dalam riwayat al-Tirmizi oleh Abdullah, tiada lafaz : 'Wa aqrabu ma takuunu…' dan dia berkata : 'Ini hadis hasan sahih gharib'. Berkata al-Haithami : 'Diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam al-Kabir dan perawi-perawinya dipercayai'. Lihat : al-Haithami, Nur al-Din Ali bin Abi Bakr, Majma' al-Zawa'id wa Manba' al-Fawa'id, (Beirut : Dar al-Fikr, 1412H) 2/156.
[11] Lihat : al-Mubarakfuri, Muhammad Abdul Rahman bin Abdul Rahim, Tuhfat al-Ahwazi bi Syarh Jami' al-Tirmizi, (Beirut : Dar al-Kutub al-Ilmiyah, 2001) 4/283.
[12] Diriwayatkan oleh Muslim dalam Sahihnya, Kitab al-Salat, Bab Ma Yuqaal fi al-Ruku' wa al-Sujud, no. hadis : 482; Abu Daud dalam Sunannya, Kitab al-Salat, Bab Fi al-Du'a fi al-Ruku' wa al-Sujud, no. hadis : 875; al-Nasa'ie dalam Sunannya, Sifat al-Salat, Aqrab Ma Yakuunu al-'Abd Min Allah 'Azza wa Jalla, no. hadis : 1137; Ahmad dalam Musnadnya, 2/421, no. hadis : 9442.
[13] Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Sahihnya, Kitab al-Tafsir, Bab Qauluhu Ta'ala : [33 : 53], no. hadis : 4517; Muslim dalam Sahihnya, Kitab al-Salam, Bab Ibahat al-khuruj li al-nisa' li qadha' hajat al-insan, no. hadis : 2170.
[14] Lihat : al-Baghawi, al-Hussain bin Mas'ud, Ma'alim al-Tanzil, (al-Riyadh : Dar Thiibah, 2002M/1423H) 1/519.
[15] Lihat : al-Qurtubi, op. cit., 16/275.
[16] Al-Sa'di, Abdul Rahman bin Nasir, Taysir al-Karim al-Rahman fi Tafsir Kalam al-Mannan, (al-Riyadh : Dar al-Salam, 2002M/1422H) 945.
[17] Lihat : Ibn Hajar, Ahmad bin Ali Abu Fadhl, Fath al-Bari, (Beirut : Dar al-Ma'rifah, 1379H) 10/473.
[18] Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Sahihnya, Kitab al-Adab, Bab Ma Yukrahu min al-Namimah, no. hadis : 5709; Abu Daud dalam Sunannya, Kitab al-Adab, Bab fi al-Qattaat (al-Nammaam), no. hadis : 4871; Ahmad dalam Musnadnya, 5/382, 389, 397, 402, 404; al-Nasa'ie dalam Sunan al-Kubra, Kitab al-Tafsir, Surah al-Qalam, no. hadis : 11614.
[19] Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Sahihnya, Kitab al-Asyribat, Bab Ma Ja'a fi Man Yastahillu al-Khamr…, no. hadis : 5268; Abu Daud dalam Sunannya, Kitab al-Libas, Bab Ma Ja'a fi al-Hirr, no. hadis : 4039.
[20] Dinaqalkan dari : al-Suyuti, Jalaluddin bin al-Kamal, al-Amru bi al-Ittiba' wa al-Nahyu 'an al-Ibtida', (al-Riyadh : Dar Ibn al-Qayyim, 2001M/1422H) 107.
[21] Lihat : Al-Qarni, 'Aidh bin Abdillah, Bayt Ussisa 'ala al-Taqwa, (Beirut : Dar Ibn Hazm, 2000M) 214

=D dikirim oleh sahabat ana,shukran jazilan,

inilah yang sebenarnya

assalamualaikum n salam sejahtera..

alhamdulillah dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang khalifah dan hamba ALLAH masih ada makhluk yang menyayangi diriku.sejenak aku berfikir..adakah benar aku disayangi ataukah ianya sebagai penghalang kepada jalan dakwah yang aku cintai...adakah dengan "kasih sayang" aku terpaksa berkorban untuk berpaling dari taklif ku yang menggunung tinggi...tetapi dalam "kasih sayang" itu ada benarnya,aku berpegang kepada setiap yang berlaku ada hikmahnya dan semuanya yang berlaku adalah kerana MU pencipta ku yang teragung dan haqiqi...sampai bilakah "kasih sayang" akan mengikat aku daripada menjalankan tangungjawab,membelenggu diriku? banyak sebab yang memungkinkan "kasih sayang" sentiasa menyayangiku,memberi perhatian kepadaku,menurut kehendakku,bergurau senda denganku,saling ingat memperingati dan banyak lagi...kerana menurut dek fikrah diri ku yang cetek ini,aku disayangi oleh "kasih sayang"...adakah aku masih kebudak-budakan,? tidak tahu dalam membuat keputusan,dalam membuat pemilihan,ataukah begitu banyak dosa yang aku lakukan terleka dalam mengingati cinta MU...kerana itu bagi ku "kasih sayang" hadir dalam diri ini..aku bersyukur...alhamdulillah...walaupun kekadang "kasih sayang" banyak menghalang aku daripada mengikuti sebarang aktiviti tetapi ada sebabnya kerana mahram ku tidak turut serta risau jika sesuatu yang tak diingini berlaku....aku tahu "kasih sayang" sentiasa risau terhadap diriku..aku mengetahui "kasih sayang" amat menyayangi sehingga semua kehendakku dituruti..begitu banyak pengorbanan "kasih sayang" terhadap ku..bagiku "kasih sayang" ada motif tersendiri mengapa perlu membuat diriku jadi begini dan jadi begitu kerana diakan "kasih sayang"..."kasih sayang"lah pengganti daddy dan mammy ku yang jauh nun di sana....aku beranggapan bahawa "kasih sayang" lah yang menjadi penjaga kedua terhadap diriku selepas ALLAH swt,....aku amat bersyukur kerana dikurniakan "kasih sayang" yang amat menyayangi diriku tanpa mengira waktu dan masa...maafkan diri ku ini sekiranya pernah mengguris hati n "ter2" apa dalam hayat ini.....kerana aku tahu itulah tugas seorang yang bergelar KAKAK dalam hidupku...terima kasih ALLAH,

"YA ALLAH ERATKANLAH IKATAN HATI INI,KEKALKANLAH KEMESRAAN ANTARA HATI-HATI INI DENGAN CAHAYA RABBANIMU YANG TIDAK KUNJUNG MALAP,LAPANGKANLAH HATI-HATI INI DENGAN LIMPAHAN IMAN DAN KEINDAHAN TAWAKKAL KEPADAMU"

buat kakak...
prof.madya.dr.Nz

Aug 22, 2008

assalamualaikum n salam sejahtera

alhamdulillah..tetiba terdetik dihati utk updte smula site nie..waktu cuti da tiba n aku amat bharap sgat cuti kali nie aku manfaat dengan sebaiknya..hehe..terutama utk mgkhatamkan buku2 yg aku tak habis khatam lagi..banyak sgat2...insyaALLAH...salam buat sahabat2 aku yg da sibuk2 nak balik kg..msti seronok dpt jmpa ayah,ibu n smua keluarga kat kampung halaman...bilakah saat itu akan menjelang tiba buat diriku yang jauh di rantauan =( ....nasihat aku hargailah ayah n ibu selagi ada di sisi....hmm,ok...nie first coretan aku...huhu,,,lepas nie banyak lagi...