Pages

Feb 14, 2009

wanita sekarang dah ada diskaun?

Dengan Nama Allah..



aSsalamualaikum







wanita oh wanita..







Apa yang telah terjadi dengan wanita hari ini.Nauzubillah semoga ana dan sahabat2 terlindung daripada sebarang fitnah dunia hari ini.







Ana sedih melihat wanita pada hari ini,lebih2 lagi pada hari kekasih 14 febuari setiap tahun.Ana hampir terlupa yang hari ini hari valentine.Ana teringat bila menaiki KTM dan singgah kat KL SENTRAL semalam.Pelik..apasal manusia couple nie ramai sangat hari ini?? berkasih-kasihan,sepertinya ada ikatan yang sah yang halal.Nauzubillah.



berbalik kepada hari valentine,inilah merupakan satu ghazwatul fikri yang dibuat khas oleh si kafir untuk menjatuhakan orang islam.lebih2 lagi wahai kaum ku wanita...





wanita oh wanita,mengapa kita mudah menyerahkan kasih sayang ana dan sahabat kepada yang bukan selayaknya? sedangkan diri ana dan sahabat2 masih lagi ada tanggungjawab lain dan tertipu dengan cinta tiruan yang tidak mempunyai matlamat dan hanya suka2 untuk berkasihan.





wanita oh wanita ingatkah kita,bahawa kita ini adalah wanita yang suka kepada kelembutan dan amat mudah terpedaya dengan lelaki di luar sana.Melihat pasangan2 yang berkasihan di KL sntral semalam membuatkan ana amat hairan,eh...napa plak dorang boleh pegang2 nie?? seolah2 itu semua sudah menjadi kebiasaan.Ya Allah lindungi kami...aminn...padahal,sekiranya Allah taala mencabut nyawa mereka pada saat itu,Nazubillah..ya Allah engkau buka pintu hati mereka dan matikan kami dalam keadaan husnul Khatimah..amin..



bilalah agaknya wanita oh wanita sekalian sedar dari syaitan2 yang durjana ini,kasihanilah ayah ibu..kalau tak kasihan pun,ingatlah Allah taala,dan Rasulullah saw..ingat mati.Dunia kita sekarang nie dah akhir zaman wanita oh wanita.Tak takutkah??





wanita oh wanita ingatlah kita ini adalah wanita sebagai perhiasan dunia,perhiasan dunia,perhiasan dunia..semua yang ada pada wanita zahir dan batin adalah perhiasan dunia.Ana dan sahabat2 harus sedar tentang perkara itu,jadi bila dah tahu ana dan sahabat2 adalah perhiasan dunia,wajiblah menjaga semua aurat yang ada pada diri kita ini.Jauhilah pakaian2 yang boleh membuatkan orang lain turut mendapat dosa dengan wanita oh wanita.Hari ini semuanya dah terbuka dan terdedah,macan wanita tu murah sangat dah sekarang nie.Siap ada diskaun tu,semakin dewasa semakin dikerat semua baju2 untuk buka aurat.Ana pernah ditanya ditanya dengan soalan yang memang bijak pada akalnya tapi dari segi dalil Allah amatlah bertentangan.."aku solat,walaupun aku tak pakai tudung,aurat terdedah.." rasa2 sahabat2 sekalian ana jawab apa dengan dia? dan apa pula jawapan anda bila disoal dengan soalan macam tu??..ana jawab.."saya pun solat,sama macam awak,solat tetap solat..tapi agak2 sapa yang sedang menabung dosa? melaburkan dosa yang banyak? ana pakai tudung,awak pikir2 ya..nanti dapat jawapan bagi tahu saya.."





wanita oh wanita,jaga lah batasan pergaulan,kerana wanita ini amat mahal harganya,nak kahwin pun lelaki kena bayar..jadi ingatlah wanita..berpegangan tangan,berpelukan,dan bermacam2 lagi lah.Nauzubillah...kena jauhkanlah.sEkarang wanita dah jatuh.keistimewaan wanita itu sendiri dah hilang.Yang mana dijatuhkan oleh wanita itu sendiri.Nauzubillah.Wanita semakin berani dengan membuat diskaun pada diri sendiri,sanggup memalukan diri,menjatuhkan maruah diri sendiri.Nauzubillah,wanita yang meletakkan diri mereka sendiri dalam lembah kehinaan dan kejahilan.Semoga kita dijauhkan dari perkara2 yang tidak baik ini.Allah taala menyeru kita agar menjaga maruah dari lembah kehinaan dan apa2 perkara yang menjatuhkan maruah kita sendiri.





Sahabat2 ana sekalian..





Apa yang penting dalam pembentukan akhlak yang baik dan sahsiah yang baik adalah amat penting yang akan menjadi landasan kita sebagai wanita.Jagalah diri,dan katakan TIDAK pada perkara yang membawa kepada kemunkaran.Allah taala maha Pengasih,Penyayang,Maha menerima Taubat.Bersama kita muhasabah...



Allah jua yang maha Mengetahui..

6 comments:

Nurjannah Saifullah said...

Assalaamu'alaykum

Ya ukhti, kak jannah ada bg respon utk prtanyaan adik ttg pgajian d Baitul Qurra' tu d Blog Baitul Qurra' Wal 'Ilmi...

Jemput dtg blog kak jannah http://www.al-syahidah.blogspot.com/

Jmput baca

http://al-syahidah.blogspot.com/2009/02/seindah-hiasansebesar-fitnah.html

Salam ukhuwwah fiLlaah dari Kak Jannah a-faqirah waddhoifah ila Rabbihi

Anonymous said...

I really like this blog. great post keep up the good work. I have bookmarked your site.

Nur Taqwa said...

TO anonymous..

insyAllah...

tq...

@@ :)

Anonymous said...

Read this comment carefully - it's not on topic it's just a little something to give you a smile and say thanks for your hard work on this forum!
A clean desk is a sign of a cluttered desk drawer. :)



http://peckopivo.com/teaching-the-teachers-school-of-the-future

Anonymous said...

INSERT

Anonymous said...

Hello. And Bye.