Pages

Jun 1, 2011

Katarak Mata

Katarak adalah sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun. Kanta mata menjadi keruh dan cahaya tidak dapat menembusinya. Keadaan ini menjejaskan penglihatan seseorang dan akan menjadi buta sekiranya lewat, atau tidak dirawat. Masalah katarak berbeza dengan masalah mata Glaukoma.



Informasi tentang Katarak

  • Ini disebabkan oleh usia, kencing manis, cahaya UV (pancaran matahari), kecederaan mata, merokok atau genetik.
  • Katarak disebabkan oleh selaput di bahagian kanta semulajadi mata kita yang menghalang cahaya and imej menembusi mata.
  • Bila usia kita meningkat, kadar mendapat katarak juga meningkat. Namun begitu, ada kanak-kanak dan orang muda yang boleh mendapat katarak juga.
  • Tiada ubatan atau senaman mata yang boleh melarutkan katarak.
Jikalau cermin mata tidak dapat membetulkan penglihatan kita, hanya pembedahan untuk mengeluarkan katarak dan menggantikannya dengan kanta tiruan dapat menolong memperbaiki penglihatan kita.
Adakah apa-apa risiko? Pembedahan Katarak Teknologi Terkini
(Advanced Cataract Surgery) lebih berkesan daripada cara-cara yang lama, serta sangat berkesan dan berisiko rendah.
Pembedahan Katarak Teknologi Terkini biasanya membolehkan kita mengalami:
  • Pembedahan cepat - kurang daripada 30 minit
  • Pembedahan Rawatan seharian - kurang dari 2 jam berada di pusat rawatan pembedahan
  • Penglihatan yang baik dengan pemulihan mata yang cepat
  • Pemulihan yang cepat untuk kembali kepada aktiviti seharian
  • Tiada sakit langsung atau hanya sedikit ketidak keselesaan pada waktu dan selepas pembedahan.
  • Tidak perlu jahitan atau pembalut mata
  • Kekurangan silau mata
  • Pembedahan boleh dilakukan tanpa perlu menunggu selaput menjadi matang. (Pembedahan untuk katarak yang sepenuhnya matang mendedahkan diri kepada lebih risiko.)
  • Pilihan kanta tiruan beraneka jenis seperti: monofocal, aspheric, multifocal.
Dengan Pembedahan Katarak Teknologi Terkini
(Advanced Cataract Surgery) anda boleh menikmati kualiti hidup yang tinggi dengan penglihatan yang lebih baik.

No comments: