Pages

Mar 11, 2013

Kembara Universiti

Bismillah..

Sudah genap dua tahun 3 bulan bergelar mahasiswa, hidup di kampus sangat membosankan andainya tidak di susun dengan sesuatu yang berfaedah. Asal kejadian manusia adalah untuk menjadi khalifah (menyampaikan ilmu) dan beribadat kepadanya.

Alhamdulillah, akhirnya aku menemui jalan mengapa aku berada di sini sehingga waktu ini. Pada bulan pertama sungguh hidup ku bercelaru di kampus, tiada teman yang benar-benar memahami fikrah. Amat sukar. Walau apa pun.. aku tetap bergaul sebaik mungkin dengan sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa atau rupa.

Alhamdulillah.. suatu petang, rezeki terbesar buatku, ada insan yang Allah utuskan buatku. Seorang insan yang menjemputku untuk menyertai bulatan gembira atau dengan nama lainnya, usrah. Alhamdulillah.. syukur Allah mendengar keluhan hatiku. Selepas itu, aku menerima surat perlantikan untuk menjadi exco dalam persatuan di kampus, Allahu rabbi. Jalan dan ruang untuk membantu agama Allah dipermudahkan.

Memasuki tahun kedua.. aku menerima dua orang adik dan kami bersama-sama menjalani usrah. Alhamdulillah... kembara ku di universiti ini bukan la saja-saja. Rupanya sangat indah pertemuan yang Allah telah rancang buat ku.

Ku mengira, hikmahnya sangat besar. Berkorban tenaga..dan masa untuk membantu agama Allah, berkongsi idea. Namun apa yang ku lakukan adalah sekelumit berbanding sahabat-sahabat yang lain.

Berada di dalam kampus, yang bi'ah nya agak mencabar sesuatu yang menjadikan ku kuat untuk menyampaikan agama Allah, biarpun bukan dengan kelas agama, program tarbiyya yang gempak dan kursus agama. Namun memadai dengan aku mengajak sahabat-sahabat dan diri sendiri untuk menunjukkan ISLAM ini sangat lah indah. Indah yang bagaimana?? Sangat banyak, dalam pensyariatannya.. Rukhsah Solatnya,, dan banyak lagi.

Pada saya, teruskanlah membantu agama Allah, walau dimana pun berada, biarpun kita sebagai mahasiswa, tapi tradisi dakwah mesti kita teruskan. Agama Allah, agama Islam akan menang suatu masa nanti, Janji Allah benar, marilah menjadi sebahagian untuk mencurahkan tenaga mencapai kejayaan itu.

Semakin lama kita membaca mengulas dan mencari ilmu.. semakin itulah kita merasakan kita adalah yang paling hina di dunia ini.
Berusrah hingga ke syurga... :)

Salam muhasabah..

Nur Taqwa

No comments: