Pages

Jan 8, 2009

matlamat cinta ana...



Dengan nama Allah..


Assalamualaikum






Allah hu akhbar.Bertapa besarnya nikmat cinta yang Allah berikan kepada kita semua.Allah swt ,mencipta alam ini dengan rasa cinta kepada makhluk2 ciptaannya.Cinta itu suci,cinta itu indah dan bermacam2 lagi ungkapan cinta.






Namun setakat mana ana dan sahabat2 sekalian memahami cinta itu.Ana pun tak paham maksud cinta.Cinta tidak akan habis dibicarakan sampai bila2.Maksud cinta sentiasa berubah dari masa ke semasa.Apakah cinta yang ana dan sahabat2 cari?? sudah tentunya cinta haqiqi.






cinta haqiqi?? apakah cinta haqiqi......??sudah semestinya cinta haqiqi bila sahaja terdengar dicuping telinga adalah cinta yang benar dan kekal abadi.Siapa lagi yang layak dicintai selain Allah swt.MasyaALLAH,






apa yang ana nak tuliskan adalah cinta haqiqi yang mana mempunyai tujuan dalam bercinta.Iaitu untuk mencari pasangan yang hendak dijadikan zaujah dan zauji yang soleh dan solehah yang bisa membawa kapal rumahtangga dalam gelora yang melanda.Allah hu akhbar.Manusia termasuk diri ana dan sahabat2 sekalian tidak mampu untuk menolak cinta ini.Ia adalah anugerah daripada Allah swt.Cinta ini tidak dapat di lihat oleh mata dan tidak dapat di hidu oleh hidung ana dan hidung sahabat2 sekalian.Sekiranya bisa di lihat dan di hidu,boleh sahaja ana mengelak dan sahabat2 sekalian mengelak daripada panahan cinta ini.cinta ini tidak datang sekiranya tidak dicari dan cinta ini tidak datang sekiranya ana dan sahabt2 sekalian memberikan cinta.






setelah bercinta yang tidak berpaksikan syariat......akan timbul perasaan untuk melakukan syahwat yang mana sekiranya ana dan sahabat2 tidak mengawal syahwat itu..maka akan terjerumuslah ke lembah zina.cinta bukan tempat untuk meletakkan hawa nafsu.Cinta itu suci dalam firman Allah swt;








"di jadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta teradap apa yang diinginkan,berupa perempuan-perempuan,anak-anak,harta benda yang bertampuk dalam bentuk emas dan perak,kuda pilihan,haiwan ternakan dan sawah ladang.Itulah kesenangan hidup di dunia,dan disisi Allah lah tempat kembali yang baik" surah Ali 'Imran;14



Allah swt menjadikan,menghiaskan cinta itu dengan cinta kepada wanita2 perempuan2 dan lelaki2.Namun awas!! berhati2 hatilah dengan perhiasan cinta ini.Apabila menghiasinya jangan berlebih-lebihaN.Maksud ana jangan sampai melakukan maksiat,keluar dating sini sana...Nauzubillah.



Cinta ini jangan sesekali terjebak sewaktu alam persekolahan.Kerana tidak sesuai.Umur tak sesuai lebih2 lagi kepada diri ana ini.Dalam mencari cinta haqiqi,mestilah mempunyai matlamat yang benar2 untuk mendirikan rumah tangga.Atau pernikahan.Sekiranya hanya berkata "i akan mengahwini u.." hanya dibibir sahaja.Lupakanlah....,sesungguhnya dalam firman Allah surah al-Baqarah ayat 216;



".......tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu,padahal itu baik buatmu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,padahal itu tidak baik bagimu.Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."



Ana bukan untuk memboikot cinta.Tetapi ana tulis berdasarkan apa yang ana fikirkan.Ingatan Kepada sahabat2 dan diri ana sendiri pulanglah ke pangkal jalan.Dalam islam telah disediakan untuk para hambanya agar bertaubat...Mungkin kita rasa sedih bila clash.Namun hakikatnya perancangan Allah adalah maha the best!! Yakin kepadanya.InsyaALLAH.. aminn..



Matlamat cinta ana biarlah yang haqiqi....


untuk apa ana menulis blog??

Assalamualaikum.


Untuk apa ana menulis blog?? Banyak keberangkalian yang dapat diberikan jawapan kepada soalan ini.


Sejarahnya.....


Bagi ana penulisan blog ini bermula apabila menghadirkan diri ke Bengkel Nuqaba' pada tahun lepas.Seorang tetamu yang telah menyampaikan ceramah telah menyarankan agar menulis blog.Untuk apa? Wallahualam.Sehinggalah cuti,ana selalu melawat blog2 sahabat dan kenalan.Untuk membaca dan mengisi masa lapang.Sehinggalah satu masa,ana teringat dengan penceramah hari tu..ana buka internet dan buatlah blog.Kekadang bukan semua yang baca blog kita,bukan orang nak lawati blog kita.Tetapi cukup sekadar blog ini menjadi tempat penulisan kepada idea2 yang tercetus dan sekadar mengisi masa lapang disamping berkongsi2 apa yang dapat dikongsikaN.Bagi ana apa yang penting dalam melayari blog ini kita sentiasa beringat antara satu sama lain terhadap isu2 yang mutakhir dalam dunia hari ini.Dari situ nampaklah kekuatan islam dan ukhuwwah sesama saudara islam walaupun tidak berkenalan tetapi kita masih boleh berkongsi apa yang dapat di kongsikan.Allah hu akhbar.


Di samping berlumba2 untuk mencari ilmu pengetahuan.Biarlah ana menulis blog untuk mendapat keredhaanNYa.Bersamalah kita dalam membina diri,muhasabah diri,yang terkadang terleka.

Blog juga ana gunakan sebagai diari seharian ana.Shukan kepada abang ikhram yang menyarankan untuk blog ini.Semoga dirahmati allah swt.

Wallahualam...

Jan 7, 2009

10 Muharram Hari Asyura

Assalamualaikum..
Banyak Sejarah para Nabi dan Rasul-Rasul a.s pada 10 Muharram.Antaranya ialah kemenangan Nabi Musa a.s dengan Firaun,keluarnya Nabi Yunus a.s dari perut ikan,dosa Nabi Adam a.s diampunkan Allah swt,bertemunya Nabi Yusuf a.s dengan ayahnya Nabi Yaakub a.s dan banyak lagi.Adalah disunatkan berpuasa pada 10 Muharram.Memberi makan sesuap atau seteguk kepada orang yang berpuasa,usap kepala anak yatim yang belum baligh agar hati kita lembut untuk beramal,berselawat banyak2 sekiranya mampu 100x atau 1000x.InsyaAllah..semoga kita bersama dalam selangkah menghampiri Allah swt.Amin ya Rabbal alamin..

Takbir!!!!

Assalamualaikum.
semuanya Kudrat yang Allah swt berikan.Alhamdulillah.Salam juang buat sahabat2 sekalian dan para saudara2 yang agung di sisi Allah swt yang berada di bumi barakah Tanah Semenanjung arab yang berjuang dalam menegakkan agama Islam dan menjadi perisai kepada keagungan Islam daripada dihancurkan oleh Israel..Allah hu Akhbar.Semoga diberkati Allah swt.Amin..