Pages

Jan 8, 2009

matlamat cinta ana...



Dengan nama Allah..


Assalamualaikum






Allah hu akhbar.Bertapa besarnya nikmat cinta yang Allah berikan kepada kita semua.Allah swt ,mencipta alam ini dengan rasa cinta kepada makhluk2 ciptaannya.Cinta itu suci,cinta itu indah dan bermacam2 lagi ungkapan cinta.






Namun setakat mana ana dan sahabat2 sekalian memahami cinta itu.Ana pun tak paham maksud cinta.Cinta tidak akan habis dibicarakan sampai bila2.Maksud cinta sentiasa berubah dari masa ke semasa.Apakah cinta yang ana dan sahabat2 cari?? sudah tentunya cinta haqiqi.






cinta haqiqi?? apakah cinta haqiqi......??sudah semestinya cinta haqiqi bila sahaja terdengar dicuping telinga adalah cinta yang benar dan kekal abadi.Siapa lagi yang layak dicintai selain Allah swt.MasyaALLAH,






apa yang ana nak tuliskan adalah cinta haqiqi yang mana mempunyai tujuan dalam bercinta.Iaitu untuk mencari pasangan yang hendak dijadikan zaujah dan zauji yang soleh dan solehah yang bisa membawa kapal rumahtangga dalam gelora yang melanda.Allah hu akhbar.Manusia termasuk diri ana dan sahabat2 sekalian tidak mampu untuk menolak cinta ini.Ia adalah anugerah daripada Allah swt.Cinta ini tidak dapat di lihat oleh mata dan tidak dapat di hidu oleh hidung ana dan hidung sahabat2 sekalian.Sekiranya bisa di lihat dan di hidu,boleh sahaja ana mengelak dan sahabat2 sekalian mengelak daripada panahan cinta ini.cinta ini tidak datang sekiranya tidak dicari dan cinta ini tidak datang sekiranya ana dan sahabt2 sekalian memberikan cinta.






setelah bercinta yang tidak berpaksikan syariat......akan timbul perasaan untuk melakukan syahwat yang mana sekiranya ana dan sahabat2 tidak mengawal syahwat itu..maka akan terjerumuslah ke lembah zina.cinta bukan tempat untuk meletakkan hawa nafsu.Cinta itu suci dalam firman Allah swt;








"di jadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta teradap apa yang diinginkan,berupa perempuan-perempuan,anak-anak,harta benda yang bertampuk dalam bentuk emas dan perak,kuda pilihan,haiwan ternakan dan sawah ladang.Itulah kesenangan hidup di dunia,dan disisi Allah lah tempat kembali yang baik" surah Ali 'Imran;14



Allah swt menjadikan,menghiaskan cinta itu dengan cinta kepada wanita2 perempuan2 dan lelaki2.Namun awas!! berhati2 hatilah dengan perhiasan cinta ini.Apabila menghiasinya jangan berlebih-lebihaN.Maksud ana jangan sampai melakukan maksiat,keluar dating sini sana...Nauzubillah.



Cinta ini jangan sesekali terjebak sewaktu alam persekolahan.Kerana tidak sesuai.Umur tak sesuai lebih2 lagi kepada diri ana ini.Dalam mencari cinta haqiqi,mestilah mempunyai matlamat yang benar2 untuk mendirikan rumah tangga.Atau pernikahan.Sekiranya hanya berkata "i akan mengahwini u.." hanya dibibir sahaja.Lupakanlah....,sesungguhnya dalam firman Allah surah al-Baqarah ayat 216;



".......tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu,padahal itu baik buatmu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,padahal itu tidak baik bagimu.Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."



Ana bukan untuk memboikot cinta.Tetapi ana tulis berdasarkan apa yang ana fikirkan.Ingatan Kepada sahabat2 dan diri ana sendiri pulanglah ke pangkal jalan.Dalam islam telah disediakan untuk para hambanya agar bertaubat...Mungkin kita rasa sedih bila clash.Namun hakikatnya perancangan Allah adalah maha the best!! Yakin kepadanya.InsyaALLAH.. aminn..



Matlamat cinta ana biarlah yang haqiqi....


No comments: