Pages

Mar 11, 2013

Kembara Universiti

Bismillah..

Sudah genap dua tahun 3 bulan bergelar mahasiswa, hidup di kampus sangat membosankan andainya tidak di susun dengan sesuatu yang berfaedah. Asal kejadian manusia adalah untuk menjadi khalifah (menyampaikan ilmu) dan beribadat kepadanya.

Alhamdulillah, akhirnya aku menemui jalan mengapa aku berada di sini sehingga waktu ini. Pada bulan pertama sungguh hidup ku bercelaru di kampus, tiada teman yang benar-benar memahami fikrah. Amat sukar. Walau apa pun.. aku tetap bergaul sebaik mungkin dengan sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa atau rupa.

Alhamdulillah.. suatu petang, rezeki terbesar buatku, ada insan yang Allah utuskan buatku. Seorang insan yang menjemputku untuk menyertai bulatan gembira atau dengan nama lainnya, usrah. Alhamdulillah.. syukur Allah mendengar keluhan hatiku. Selepas itu, aku menerima surat perlantikan untuk menjadi exco dalam persatuan di kampus, Allahu rabbi. Jalan dan ruang untuk membantu agama Allah dipermudahkan.

Memasuki tahun kedua.. aku menerima dua orang adik dan kami bersama-sama menjalani usrah. Alhamdulillah... kembara ku di universiti ini bukan la saja-saja. Rupanya sangat indah pertemuan yang Allah telah rancang buat ku.

Ku mengira, hikmahnya sangat besar. Berkorban tenaga..dan masa untuk membantu agama Allah, berkongsi idea. Namun apa yang ku lakukan adalah sekelumit berbanding sahabat-sahabat yang lain.

Berada di dalam kampus, yang bi'ah nya agak mencabar sesuatu yang menjadikan ku kuat untuk menyampaikan agama Allah, biarpun bukan dengan kelas agama, program tarbiyya yang gempak dan kursus agama. Namun memadai dengan aku mengajak sahabat-sahabat dan diri sendiri untuk menunjukkan ISLAM ini sangat lah indah. Indah yang bagaimana?? Sangat banyak, dalam pensyariatannya.. Rukhsah Solatnya,, dan banyak lagi.

Pada saya, teruskanlah membantu agama Allah, walau dimana pun berada, biarpun kita sebagai mahasiswa, tapi tradisi dakwah mesti kita teruskan. Agama Allah, agama Islam akan menang suatu masa nanti, Janji Allah benar, marilah menjadi sebahagian untuk mencurahkan tenaga mencapai kejayaan itu.

Semakin lama kita membaca mengulas dan mencari ilmu.. semakin itulah kita merasakan kita adalah yang paling hina di dunia ini.
Berusrah hingga ke syurga... :)

Salam muhasabah..

Nur Taqwa

Dec 10, 2012

Cekodok Sedap

Bahan-bahannya adalah :)

Pisang

Gula

Bikarbonat Of Soda

Tepung

Sedikit garam..

Minyak

Cara membuatnya :

Blend pisang sampai hancur. Keluarkan.. masukkan gula, gaulkan. Masukkan sedikit bikarbonat of soda n garam. Masukkan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Biarkan 10 MINIT. Sila lah masak...

Selamat Datang Cinta Ke Ruang Hati ku



Dan cinta dapat menghilangkan rasa sakit....

Dalam fitrah dan gelojak cinta semuanya itu bersumber dari hati....

Perkataan seseorang yang sedang jatuh cinta membosankan semua orang kecuali bagi orang yang dicintainya.....

Cinta adalah hati yang terbakar oleh kerinduan.....

Orang orang yang jatuh cinta kerana Allah akan membawa kemuliaan dunia mahupun akhirat.....

Lots with love,
Nur taqwa

Doakan GAZA

Bismillah..



Ujian.. Alhamdulillah..

Hebatnya mereka

Para pejuang

Walau sering di tekan..

Terus tabah hingga akhir nyawa..

Bumi Gaza..


Namun,,

Sedang aku dalam lena..

Selesa..

Aman damai..

Bahagia..

Ini juga ujian buatku...

Bumi Gaza...


Doaku semoga bumi GAZA akan merdeka..

Akan sentiasa selamat sejahtera

Allah bersama anda semua...

Wahai manusia..

Teruslah istiqomah doakan GAZA..

Boikot Yahudi..

Teruskan lah wahai manusia...

Tiada yang termampu ku lakukan hanya berdoa untukmu GAZA..


Hanya air mata...

Sebagai meneman melihat kesengsaraan GAZA..

Hakikatnya amat besar perjuangan GAZA..

GAZA,, salam sejahtera kepadamu..


Allah maha pembalas..

Janjinya pasti..

Bersabarlah..

Doaku sentiasa bersama mu GAZA..