Pages
Dec 30, 2009
Seks Bebas
Beberapa minit lagi akan menyaksikan tahun 2009 melabuhkan tirai..dan awal tahun atau tahun
baru antara tahun baru merupakan pesta "seks bebas" di negara ini..
berapa ramai masyarakat yang tenggelam dengan arus nafsu yang volume tinggi???????????????????????????????????
dengan hubungan yang haram.....
tanggungjawab kita bersama....
selamatkan mereka,,,,
Allah swt maha kuasa,,,bala yang manimpa adalah diluar dugaan kita semua...
jangan terlalu leka dengan dunia.....
ingatlah.....
akhirat depan mata...dunia bawah dagu......
Nov 26, 2009
Nov 25, 2009
Nilai Tudung Wanita
Di sini Darul Nu'man ingin menyentuh tentang pemakaian tudung kaum wanita masa kini sebagai renungan bagi wanita Islam. Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.
Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.
Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.
Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.
Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.
Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.
Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.
Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?
Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.
Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.
Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.
Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.
Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.
Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.
Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.
Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah.
Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.
Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.
Nov 2, 2009
Oct 30, 2009
Istilah-istilah dalam Ulum al-Hadis
1.Sanad
Al-Sanad ialah jalan yang menghubungkan kepada matan.Ia juga bermaksud jalan yang menyampaikan kepada hadis.
Sanad dari segi bahasa ialah sesuatu yang kita bersandar kepadanya,seperti tembok dinding dan sebagainya.
Sanad dari segi istilah ahli hadis ia membawa maksud jalan yang menyampaikan kepada matan hadis.Dalam erti kata lain,ia bermaksud rangkaian perawi di dalam tabaqat.
2.Perawi
Perawi ialah orang yang meriwayatkan hadis.
3.Matan
Matan dari segi bahasa ialah pertengahan jalan.
Dari segi istilah ialah lafaz-lafaz hadis yang membentuk pengertian.Dengan kata lain,ialah kata-kata atau lafaz-lafaz yang terletak sesudah perawi bermula daripada akhir sanad.Konteks lain,ia bermaksud hadis Nabi yang di akhir sanad.
4.Isnad
Isnad ialah menyandarkan sesuatu hadis kepada orang yang meriwayatkannya.Kadang-kadang ia juga digunakan dengan makna al-Sanad.Ertikata lain.ia bermaksud menyebutkan hadis itu kepada orang-orang mengatakannya.
5.Musnid
Al-Musnid ialah orang yang meriwayatkan hadis dengan isnadnya sama ada ia mengetahui Ilmu Hadis atau tidak.Ia juga disebut musabbid,iaitu orang yang meriwayatkan hadis dengan isnadnya.
6.Musnad
Musnad ialah nama bagi kitab-kitab yang dikumpulkan didalamnya apa-apa yang diriwayatkan oleh seorang sahabat atau lebih.Ia juga bermaksud kitab yang dikumpulkan hadis didalamnya yang diriwayatkan oleh sesorang sahabat.
Contoh:Musnad Imam Ahmad (w 241),dibukukan dalam kurun ke3 Hijrah dan terdapat 40,000 hadis.
7.Muhaddis
Muhaddis ialah orang yang mengetahui tentang hadis,samaada Riwayah atau Dirayah dan kecatatannya.Juga mengetahui perawi-perawi hadis daripada riwayat-riwayat yang ada pada zamannya dan mengingati sejumlah besar matan hadis daripada kitab-kitab yang Sahih.Muhaddis ialah mereka mengetahui perkara-perkara yang luar biasa dan menguasai serta menghafaz kurang daripada 100,000 buah hadis. Untuk itu Muhaddis ialah orang yang banyak menghafaz hadis serta mengetahui sifat-sifat orang yang meriwayatkan tentang adil dan kecatatannya. Antaranya Abu Bakar Ahmad Ibn Marwan al-Maliki,Imam Abu Qasim Abdul Rahman.
8.Muhafiz/al-Hafiz
Dari segi bahasa ialah orang yang menghafaz.al-Hafiz dari sudut istilah pula para ulama salaf mengatakan ia sama dengan muhaddis.Ada yang mengatakan mereka orang yang menghafaz sebanyak 100,000 buah hadis yang bersanad.Oleh itu,hafiz ialah orang yang menghafaz sebanyak 100,000 hadis dengan isnadnya. Antara mereka yang mendapat darjat ini ialah Ibnu Majah,Muhammad Ibn Hibban.
9.Hujjah
Hujjah lebih tinggi daripada darjat Hafiz,disamping itu mereka memiliki sifat yang ada pada Hafiz.Mereka menghafaz hadis bersanad sebanyak 300,000 buah hadis dari segi Matan,Sanad,Jarh,Ta’dil serta sejarahnya.Antara mereka ialah Abu al-Huzzayl Muhammad bin al-Walid al-Hims,Mu’ammar bin Rasyid.
10.Hakim
Martabat yang tertinggi bagi Ahli Hadis.Iaitu orang yang mengetahui segenap hal di dalam perkara yang bersangkutan dengan hadis dan menghafaz hadis dengan bilangan yang lebih banyak daripada mereka yang berada di martabat Hujjah.Hakim juga adalah gelaran bagi mereka yang dapat menguasai serta menghafal lebih daripada 700,000 buah hadis yang diriwayatkan dari segi Matan,Sanad,Jarh,Ta’dil serta sejarahnya.Antara mereka yang mencapai mertabat Hakim ini ialah Imam Malik bin Anas,Imam Bukhari.
Oct 19, 2009
SELESAI AKADEMI 3S

Oct 9, 2009
Jatuh ke dalam kawah CINTA

Semester Baru Telah Bermula..
Alhamdulillah :) sem lepas telah dilalui dengan jayanya walaupun tak berjaya mana.Daripada keputusan exam sem lepas....Ramai yang menyalahkan asrama, couple, kawan, diri sendiri ,mak ayah n etc akibat kejatuhan keputusan sem lepas.Dan pada yang berjaya tahniah saya ucapkan.Teruskan fokus kepada study.InsyaAllah.Kegagalan adalah penagguhan kepada kejayaan..
Cuti yang panjang membuatkan otak pun lama tak berfungsi,ditambah dengan lebihan mentega yang terdapat dalam kuih raya..lebihan gula dalam air manis..n etc..: ) Saya kira semester yang baru ini semakin mencabar kerana otak dah lama ( ) blank. HuHu..
Tak kira otak n masalah yang bertaburan sini dan sana,azam baru n niat hendaklah ditanam sedalam yang mampu untuk mencapai apa yang diinginkan.InsyaAllah...
So,,
Semester baru dah bermula...!!!!!!!!!!!!
Sep 13, 2009
Wanita itu..
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan Fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...
Dapatkah ku didik jiwaku seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...
Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya yang sentiasa berjuang
Tiada miliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...
Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah...
Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Menggendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Diterik padang pasir merak
Ditinggal suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar...
Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan Iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah...
Aug 22, 2009
SuraT cINtA bUaT DiRI & jIWaKu..
Surat cintaku untuk jiwa.
Surat ini kutujukan untuk diriku
Aug 21, 2009
RiNdUU mOdE: SEcEbis KenaNGaN
Bila Jauh Baru TAU rindu..

Saya beru sahaja balik dari hantar sahabat2 romate yang di sayangi.Kita orang sempat tangkap gambar.Tinggal saya sorang ja kat bilik.Rasa sunyi la...tak da teman nak pergi surau...nak beli makanan....alhai sedihnya saya....Allah tak akan uji kalo tak mampu kan??? betul3...
Memang benarlah...perempuan bila di tinggalkan baru Tau erti rindu,,:) sebab tu dalam masalah perkahwinan terdapat cara untuk menyedarkan isteri2 yang derhaka dengan meninggalkan isteri buat seketika,,biar rasa terkesan cikit..mcm saya sekarang nie la.... :(( Bila akak saya nak mai datang amik kat hostel nie...??? Sabar2..
So,pengajarannya sekarang...bila ada masa nak berkasih sayang bersama dady mumy..adik beradik2 sanak saudara..sahabat...gunakanlah masa yang ada dengan sebaiknya...insyaAllah...sentiasa tegur menegur yer...
Sunyi nya bilik ini...tanpa romate2....................
rindu lah dengan kawan saya....
cuti mode!!
Ya allah berkatilah hubungan kami..amin....
SeLamAt Ya rOMaTe YanG d hORMATi & akaN d rINdUI..
Aug 18, 2009
Sahabat jangan risau akan jodohmu.."""perjuangan tetap perjuangan''''
SEmua yang terjadi dalam hidup kita adalah dari Allah taala.So,jangan pening2 diri anda.Lebih2 g berkenaan soal jodoh yang sering dirisaukan sahabat2 sekalian.Semoga Allah memberkati hidup kita semua.
So,kepada sahabat2 dan saya yang peningkan diri dengan perkara yang tak kita miliki sehingga hari ini,..jangan risau sahabat.Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu suka sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahu sedang kamu tidak mengetahui...
Jadinya,nak dijadikan cerita.Jangan bersedih hati akan apa yang terjadi ke atas hidup ini.Allah tu maha mengetahui ya sahabat.Allah tak akan bebankan kita melainkan dengan sesuatu yang kita boleh buat.InsyaAllah itu adalah ujian dari Allah. Dan beruntunglah orang2 yang mendapat ujian dari Allah kerana Allah sayang padanya.Sahabat2 sekalian..dalam menmpuh jalan hidup yang penuh dengan mehna dan tribulasi yang tak abis2 ini,,,kuatkan hati dengan hubungan kepada Allah.minta lah padanya.hanya dia yang layak n berkuasa.Lebih2 isu H1N1 nie...:) semoga Allah lindungi diri kita semua.Sekadar selingan,,apa yang saya nak bagitahu..permasalahan hati yang ditimbul dalam gerakan dakwah ini amat unik dan ianya adalah salah satu nikmat Allah taala.Namun sahabat2 sekalian..fikirlah mana yang terbaik untuk jalan dakwah dan jangan jadikan masalah seperi ini menghalang perjalanan dakwah kita...maksudnya boleh stabilkan emosi dan jangan terbawa2 dengan perasaan.Kena kawal dengan cara syariat islam. Bak kata Abdillah ex Pkd "hidup berlandaskan al-Quran dan Sunnah"
Hati2 sahabat dalam gerakan,,soal hati ini taidak dapat dilihat dengan mata.Ianya berada dalam badan.Walau pun amat kecil namun kerana hati ini lah ramai yang merana.Dan ketahuliah sahabat2 sekalian hati ini hanya Allah sahaja yang tahu.Mohonlah padanya...
InsyaAllah..Mohon pada Allah...
Ingatlah sahabat,,jangan risau akan jodohmu..teruskan berdoa dan berdoa...janji Allah perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan sebaliknya..nak mendapat lelaki dan wanita yang baik,,marilah kita semua perbaiki diri kita..
Dan permasalahan hati dalam gerakan dakwah ini..kita tangani dengan taqarrub kepada Allah..
Hati2 ya..
Pesanan buat diri ini..
Allah jua yang maha mengetahui...
:)
Program Sepanjang Ramadhan,Mai Join Ramai2..
Banyak program yang di adakan sempena Ramadhan ini..Yang mana kita boleh hadir dengan seratus peratus..
tempat: Kat seluruh pelusuk dunia
masa: sepanjang Ramadhan
tarikh: 22 ogos-22 sep
penyertaan: kepada semua umat muslim di dunia
bayaran: free
join k..
antara program yang dijalankan:
- puasa
- baca quran
- zikir
- night of power
- sahur
- buka puasa
- iktikaf
- sedekah
- solat berjemaah
- tadarus
- solat sunat tarawikh
- malam yang lebih baik dari 1000 bulan
- dan banyak lagi..
"banyakkan amalan,penuhi program dengan istiqamah.."
tak kira di mana anda berada..
rebutlah tawaran hebat ini..
!!!!!!!!!!!!!
Aug 14, 2009
Thabat Kan Aku..Aku Mohon...
Aug 3, 2009
Image Sukan KDH..'''
Image sahabat PKD...'''
Image One Dulang..One Kolej..""
Jul 30, 2009
Sahabat PKD..'' selamat Hari Lahir..

::Dengan ingatan Tulus ikhlas ::
Selamat Hari Lahir Pada Sahabat2 PKD’09 yang Lahir Di Bulan Sya’baan & Ogos..
::Sanahelwa Ya Jamil wa Jamilah::
Today: Nur Aminah Idris :30 07 88:
1. Muhammad Khuzaimah :08 08 84:
2. Muhammad Hassan Nawawi :17 08 87:
Dengan ucapan semoga Diberkati Allah Taala Dunia & Akhirat..
AminYA rabbal Alamin..
o-muafakat-berkat
Siapa..
Jul 29, 2009
Khiyar Zaujah...??''
Assalamualaikum..
saya tertarik dengan subjek qawaid Fiqhiyyah,,yang mengandungi aspek Khiyar Zaujah..Ada kesempatan akan saya catatkan buat peringatan kita semua...
kenali Diri..antara Haq atau Batil..
Assalamualaikum...
Petang2 yang hening..kepala pening..nie la hasilnya..
Allah Hayyun..Brikan aku kekuatan...kekuatan...kekuatan....
- berfikiran abstrak
- sukakan benda yang reality dan abstrak
- inteligent, bijak dan genius
- berpesonality yg mudah berubah
- mudah menawan org lain
- agak pendiam, pemalu dan rendah diri
- jujur dan setia pd segalanya
- keras hati untuk mencapai matlamat
- tidak suka dikongkong
- mudah memberontak apabila dikongkong
- suka kegiatan yg lasak
- emosinya mudah terluka dan sgt sensitif
- mudah mempamirkan marahnya
- tidak suka benda yg remeh-temeh
- suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
- sangat berani dan suka memberontak
- bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan
dan ada harapan utk merealisasikan impiannya
- pemerhatian yg tajam
- suka hiburan dan sukan
- suka benda yg bersifat seni
- sangat romantik pada dalaman tetapi tidak
pada luaran
- berkecenderungan pd benda yg tahyul
- amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
- belajar untuk mempamirkan emosi
(Percaya Pada Allah Taala yang menciptakan DIri Ku..)
`salam leisure`
Jul 22, 2009
Forum Pembangunan Jiwa,,''' Ada Apa Dengan Cinta,,,''
ASsalamualaikum semua.Dengan izin Allah taala..telah selamat menjayakan forum "Ada apa dengan Cinta.." anjuran Majlis Nuqaba' dengan kerjasama MPP KDH.Panel yang terlibat ialah Ustaz Hermanto Harun. Digandingkan bersama Puan Salbiah Pensyarah Jabatan Sains Sosial.Alhamdulillah sambutan dan komitmen amat memuaskan.Moderator YDP MPP Sdr Muhammad Azleen Abdullah...kErana Cinta..Kerana cinta..he,, :)
tq
Jul 21, 2009
Tarbiyyah Masjidiah Masjid Hasanah
Salam Sdr sekalian Jemput hadir ke Tarbiyah Masjidiyah anjuran bersama WADAH dan Masjid
Hasanah dengan kerjasama ABIM, PKPIM dan Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi
padaTarikh : 25 dan 26 Julai 2009 (Sabtu & Ahad)
Lokasi : Masjid Hasanah, Bandar Baru Bangi, Selangor
Aktiviti
1) Qiamullail (jam 4 pagi Ahad 26 Julai 2009)
2) Kuliah akan di isi oleh Dato Dr Siddiq Fadzil, Presiden WADAH (Kuliah Subuh Ahad 26 Julai2009) dan Dr Muhammad Nur Manuty, Timbalan Presiden WADAH (Kuliah Maghrib Sabtu 25 Julai 2009).
3) Penginapan untuk muslimin dan muslimat di sediakan di Masjid Hasanah.
4) Minum malam (25 Julai) dan sarapan pagi (26 Julai) disediakan.
Yang berminat untuk menyumbang atau menaja program ini sila berhubung dengan Sdr Amin atau Sdr Fadzli di Sekretariat WADAH
SEMUA DI JEMPUT HADIR
MOHD HALIMI ABDUL HAMIDPen SUA WADAH
Sekretariat WADAH PusatNo 8,
Jalan Surada Satu,Taman Desa Surada,
Seksyen 843650 Bandar Baru Bangi SELANGOR
Tel: 03-8925 2344
Faks : 03-8922 2561
Mel : mailto:wadahpusat@gmail.com
One DuLANg.." One kOLej.."
aSSALAMUALAIKUM.
sYUKUR kehadrat Allah taala dengan izin dan kurnianya,barisan Exco Dakwah & Tarbiyyah, MPP kolej darul Hikmah KDH, dengan kerjasama Majlis Nuqaba' dan Kelab Ikatan Siswa Pengajian Islam (ISPI) telah selamat menganjurkan Ceramah Isra' Mikraj sempena mengambil iktibar daripada kisah tersebut dan sentiasa memberi peringatan sesama kita.Bertepatan dengan matlamat jangka pendek Exco Dakwah & Tarbiyyah untuk memperingati hari-hari yang bersejarah di bulan Islam..ceramah disampaikan oleh presiden tersayang Dato'Dr.Siddiq Fadzil..shukran semua...:)
Alhamdulillah..
bERKAT Sepakat dan kata suara semua sekali,kita bersetuju untuk makan kat dulang.Dah lama tak makan beramai2..seronok..Semua warga kolej yang hadir pada malam itu makan kat dulang termasuk para pensyarah dan staf.VIP makan kat piring ya.. :) nanti saya publish picture ya..tak transfer lagi..menu pada malam itu adalah hasil masakan chef2 terkemuka kat KDH...hehe,alhamdulillah Allah bagi sedap lauk pauk pada malam itu..paprik,ayam bakar madu...subahanallah... :)
Saya mewakili Mpp Kdh..mengucapkan JAZAKALLAH KHAiRA JAZA' kepada semua yang sudi melaksanakan program ini dengan jayanya.
Hanya Allah yang dapat jasa kalian.InsyaAllah..
EXCO DAKWAH & TARBIYYAH,
MPP KDH
--bersama selangkah mendekati Allah taala..--
Jul 16, 2009
semua SAKIT,semakin SAKIT,bertambah SAKIT..
Jul 14, 2009
Rahsia PKD 09...'

aSSALAMUALAIKUM...
rAHSIA pKD..09'
```al umuru bimaqsidihaaa,,
```seminggu bersama Qurratul A'yun --Amalina--
```durian
```kembara
```salahuddin glamour
```sahabat luar biasa..
```satu rasa yang istimewa..
```...---...
SALAM Leisure...
Jul 10, 2009
"..Buat PALA sendiri
Buat sahabat2 sekalian..
yaAllah syukur atas nikmat saudara dan ukhhuwwah yang engkau berikan..
tak sabar nak tulis semua peristiwa kembara dAkwah JAKIM..
letih..
esok sambung yer..
wassalam........
amin....
Jun 29, 2009
kisah mpp KDH..
alhamdulillah
tahniah
takziah
semuanya ada
itulah ucapan buat mpp KDH
along...hazwea...syifa'...lela...acha...nomi...kak anies...syafiah...zura...
barisan-barisan yang menjadi pejuang
KOLEJ TERCINTA
KOLEJ DAR AL HIKMAH
insyaAllah tak lama lagi
akan melahirkan sebuah blog
semoga dipermudahkan Allah taala
amin
amin
Dato' Dr. Siddiq Fadzil: melahirkan generasi yang ulul albab!!!!!!!!!!!!!!!!
takbir!!!!!!!!
salam leisure
salam kasih sayang tanpa sempadan
salam ukhuwwah
=)
Jun 10, 2009
Cukup Bagi ku Allah
Assalamualaikum..
CUKUP BAGI KU ALLAH TAALA..
CUKUP BAGI KU ALLAH TAALA..
CUKUP BAGI KU ALLAH TAALA..
CUKUP BAGI KU ALLAH TAALA..
HANYA SEKEPING HATI..
TAPI CUKUPLAH IANYA BUAT ALLAH..
PENCIPTA KU..
KEKASIH KU..
HANYA PADA MU AKU SUJUD..
CUKUP BAGI KU ALLAH..
KERANA HANYA ALLAH YANG FAHAM AKAN SEKEPING HATI..
ALLAH PEMEGANG HATIKU..
JADI CUKUP BAGI KU ALLAH..
HANYA ALLAH..
HANYA ALLAH..
HANYA ALLAH..
CINTA HAQIQI KU...
CUKUP BAGIKU ALLAH....
Rahmat Disebalik Ujian
Assalamualaikum wbt..
"Ya Allah,berikan aku kekuatan untuk menghadapi setiap ujian yang engkau berikan,engkau sahaja yang memahami hati ku,dan aku yakin bahawa hati ini adalah milikmu..jangan engkau uji aku dengan ujian yang aku tak termampu..sesungguhnya engkau sahaja tempat untuk aku bergantung harapan..ya Allah jangan lah engkau palingkan hati ku,tetapkanlah hati ku..sesudah engkau memberi hidayah ketenangan...ya Allah bantulah aku ya Allah...""
amin ya Allah...
Doa Seorang Kekasih
Doa Seorang Kekasih
Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan
Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu
Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa
Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai
Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri
Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala
Cinta itu Api
Api.

Berkata Guru Mulia Alhabib Umar bin hafidh:
Cinta adalah Api.
Bila digunakan pada tempatnya, maka ia akan menghangatkan, memasak, menerangi dan membawa keindahan.
Namun bila ditaruh bukan pada tempatnya, maka akan membakar dan menghanguskan. Inilah api yang dhahir.
Bagaimana dengan api yang batin, ketika berpijar dalam kerinduan kepada ALLAH SWT..
Nafas Muhammadiy.. Jiwa Muhammadiy.. Semangat Muhammadiy saw..
Demikianlah jiwa-jiwa yang merindukan ALLAH, insan-insan mulia yang bernafas di muka bumi dalam satu nafas..
Oleh sebab itu, ALLAH SWT menamakan Nabi Muhammad SAW adalah “Siraajan Muniira” (Pelita yang berpijar terang benderang), dan pelita itu terang karena apinya.
Api cinta Sayyidina Muhammad SAW kepada ALLAH SWT.
Cinta yang paling suci dari semua cinta.
http://almukminun.blogspot.com/
HIDUP HANYA SESAAT

Hidup Hanya Sesaat
Sesungguhnya keberadaan kita di dunia hanyalah sesaat. Kehadiran kita di dunia pada hakikatnya punya tujuan yang mulia, iaitu mengenal dan mengabdi sepenuhnya kepada ALLAH SWT. Malang, ramai manusia yang lupa, lalai, terlena dan bahkan mengabaikan tujuan ini, sehingga mereka sibuk dengan dunia, lupa pada akhirat. Lupa bahawa suatu saat mereka akan keluar dan meninggalkan dunia ini.
Kematian akan datang tiba-tiba dan memisahkan mereka dengan segala kesenangan yang ada. Pada ketika itu tidak berguna lagi harta yang banyak, anak-anak yang menawan, isteri yang cantik, jawatan tinggi, populariti, dan lain sebagainya, kecuali yang digunakan pada jalan ALLAH dan datang kepada ALLAH dengan hati yang salim, amal yang berlimpah, dan iman yang tidak tercampur dengan syirik.
Mereka yang mengetahui dan sedar akan tujuan ini, tidak akan terlena dengan kesenangan yang sesat dan kesenangan yang menipu. Mereka selalu menyibukkan diri dengan beramal untuk bekal di akhirat yang kekal. Mereka rela meninggalkan kesanangan yang sesaat agar dapat meraih kenikmatan yang abadi. Mereka bukanlah seperti orang yang pemalas, suka bersantai, bersenang-senang, berangan-angan, lalai, dibuai nafsu dan menjadi pengikut syaitan laknatullahi alaih.
Siang dan malam yang mereka lalui selalu diisi dengan amal kebaikan. Setiap saat waktu yang mereka miliki bernilai kebaikan dan pahala.
ALLAH SWT, Pencipta kehidupan dunia ini telah menjelaskan dalam al-Quran tentang hakikat kehidupan dunia;
"Ketahuilah bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan sesuatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megahan di antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat nanti ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanya kesenangan yang menipu." (QS Al-Hadid[57] : 20)
Dalam ayat lain ALLAH SWT berfirman;
"Dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan disisi Allah ada tempat kembali yang baik ( syurga )." [QS Ali-Imran 3 : 14]
ALLAH SWT juga berfirman;
"Dan tidaklah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui."
[QS Al-Ankabut 29 : 64]
Dari Anas ra. bahawasanya Nabi Muhammad SAW bersabda, "Ya Allah tidak ada kehidupan kecuali kehidupan akhirat." (HR Muttafaq `Alaih)
Manakala, daripada Almustawrid bin Syidad Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah kehidupan dunia dibanding akhirat seperti seseorang memasukkan satu jarinya ke dalam samudra yang luas, maka lihatlah apa yang tersisa (setelah dia mengangkat jarinya itu)." (HR Muslim)
Sabda baginda Sayyiddinna Muhammad Shollahu Alaihi Wassalam lagi, "Dunia itu adalah penjara orang mukmin dan syurga bagi orang kafir." (HR Muslim)
Sabda Baginda kepada Ibnu Umar, "Hiduplah kamu di dunia seperti orang asing atau orang yang sedang melewati sebuah jalan. " (HR Bukhari)
Sungguh sangat banyak ayat-ayat al-Quran dan hadist-hadits Rasulullah SAW yang menerangkan hakikat kehidupan dunia dan bahawasanya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, yang di sana ada kenikmatan yang kekal dan kesengsaraan yang abadi.
Waktu yang kita miliki di dunia hanya sesaat. Maka jadikanlah ia selalu dalam ketaatan. Mari kita mengumpul bekalan berupa akidah sohih dan ibadah untuk perjalanan yang lebih panjang lagi. Kerana, dalam perjalanan setelah kehidupan dunia nanti setiap orang akan bertanggung jawab untuk keselamatan dirinya. Bagi yang banyak membawa bekal amal soleh, dia akan selamat, adapun mereka yang tidak ada bekal maka ia akan sengsara.
Wallahu al-musta`an wa a`lam
Semoga mampu menjadi renungan kita bersama.
http://almukminun.blogspot.com/
May 16, 2009
Sapa nak kahwin?- Saya or Awak? -(Kitalah...)
Assalamualaikum..
Tapi sebelum tu,sapa yang nak kahwin.Ana or sahabat2 sekalian.(Tak ada jawapan)..(--) Blank.Sekadar coretan dan perkongsian daripada kisah2 sahabat ana.Dan nak tulis2 ja..
Jangan malu2,semua nak kahwin kan...(betul3x)tak ngaku pula ya...nanti jangan nyesal di kemudian hari..hehe
Banyak cerita,ragam dan apa sahaja bila ada majlis kenduri.Hee,sebenarnya apa yang ana nak sampaikan ialah..alasan2 untuk kahwin.Matlamat kahwin,matlamat nikah.Bukan dah gatal nak kahwin.Tapi memandangkan dunia dah akhir zaman dan dunia yang penuh dengan zaman fitnah yang haloba.Nauzubillahminzalik.Oleh itu,kekadang ana pun berdoa semoga Allah pemudahkan jodoh ana.Amin ya Rabbal alamin.
(--)
Sebelum itu,ana tulis secara bersahaja dan apa yang ana fikirkan.So,sapa yang tak setuju jangan amik hati ya.We Learn Together.
Sebenarnya ana baru belajar pasal kahwin,fiqh munakahat sem nie,mungkin itu juga jadi pendorong untuk tulis pasal kahwin nie.Isk isk..La baksa...
Bila orang kahwin nie,banyak matlamat dan visi yang nak di capai.Sebelum itu,sekiranya Allah pemudahkan ana,visi dan misi dan matlamat nikah ana iaitu Nak jadi isteri solehah,beriman yang taat pada Allah taala,Rasulullah saw,dan kepada si zauji.Selain itu,nak melahirkan anak2 yang alim dan alimah,hafiz dan hafizah.Doakan ana ya.(Amin ya Allah)Nak membina keluarga yang mawaddah.Amin ya Allah..cakap macam air ja kan.Macam senang..Semoga Allah taala pemudahkan.
(--)
Sahabat2 sekalian,zaman sekarang penuh dengan zaman fitnah,zaman zina nya yang dah tahap icu.Maksiat sana sini.Sini sana..smua ada..Nauzubillahminzalik.Semoga Allah taala melindungi kita semua.Kahwin nie adalah satu perkara yang amat luar biasa,yang mana bila kita tanya kepada tok kadi.."pacik kerja apa..?" tok kadi pun jawab.."ala..kerja pacik senang ja,menghalalkan yang haram.." melopong dengar jawapan pacik tu.Rupa2nya pacik tu tok kadi..hehe,Menghalalkan yang haram itulah perkahwinan.Menghalalkan perhubungan.Allah hu Akhbar..Allah taala maha besar.Sahabat2 sekalian..bila dah terasa diri tidak mampu untuk mengawal si syahwat itu,maka fikirkanlah jalan yang halal yang Allah taala sediakan.Jangan sekali2 mengambil jalan yang HARAM.Jauhi zina okey.
Bila dah ambil langkah yang halal nak kahwin,masalah lain pun timbul.Mana nak dapat duit?? nak kahwin nak tu nak nie..ya tak ya juga kan..macam mana ya sahabat2??? (--) kesian kat sahabat2 kita yang nak nikah tapi wang tak ada.Berdoa dan meminta kepada Allah..berusaha..dan mencari jalan yang halal untuk mendapatkan wang okey..!!Ana pun tak boleh nak komen bab nie,coz ana tak sampai lagi kat tahap nie.
Pernah juga,ana mendengar kisah or cerita rakan2 yang mengatakan bahawa "tak bolehlah nak kahwin,tak abis lagi nak balas jasa mak ayah" hmm,yang nie macam mana pula ya..?? Senang cerita,semua itu ada pada Allah taala.Tak salah kita kahwin dalam masa yang sama membalas jasa ibu ayah dengan menghadiahkan mereka cucu2 yang comel2 alim alimah dan hafiz hafizah..Amin ya Allah..okeylah tu.Jangan lah bila dah kahwin jadi anak derhaka pula..bincang baik2 dengan suami.okey..
Ana tulis mcm panduan nak kahwin pula kan..?? hehe..
(--)
Nthen ada juga yang ana dengan susahlah kahwin time belajar.Cz suami nak tu,nak nie,anak nak tu,nak nie,semua nak macam2.Pening kepala memikirkannya.Apa yang ana lihat,kejayaan suami dan isteri yang dah berumahtangga tak tertakhluk pada ikatan pernikahan.Sebabnya,sekiranya seseorang isteri dan suami itu belajar bersungguh2,masyaAllah akan berjaya akhirnya.Ada seorang kawan senior ana,anak dah 4 orang,tapi still juga every sem dapat result baik dan mumtaz kata orang arab 4.00.walhal anak dah 4..Allah hu akhbar.So jangan khuatir..semua perkara tu ada pada Allah taala.
Allah taala dah menyediakan jalan yang terbaik dalam islam untuk mengembangkan anak2 yang islam yang beriman dan bertaqwa.Jadi jangan di halang perkara yang baik2 okey.sekurang2nya dengan perkahwinan ini berkuranglah anak luar nikah.Nauzubillahminzalik.
Semua orang nak kahwin n nak hidup yang semuanya pisitive,aman damai..tapi jangan lupa hidup nie ibarat roda basikal,bila pusing,,kadang2 kat atas.kadang2 kat bawah..
Kepada yang dah berkahwin,jagalah amanah dengan seamanah yang mungkin..
itu sahaja,,shukran..
sekadar mengisi jari jemari untuk bersenam..
semoga mendapat apa yang ingin di dapatkan walaupun sedikit..
kita sama2 berdoa semoga Allah taala memudahkan perkara yang kita lakukan..
amin ya Allah..
May 14, 2009
Khas buat semua GURU ku..
Guruku
Kau penyuluh hidupku
Menerangi alam ini
Kau ku anggapkan
Sebagai ibubapaku
Wahai guruku
Kau ibarat sebatang lilin
Menerangi alam kegelapan
Kau sanggup membakar dirimu
Wahai guruku
Kau insan yang mulia
Mendidik dan membimbing daku
Kaulah insan yang kusanjungi
Guruku
Segala baktimu
Akan ku balas dengan kejayaanku
Akan ku buktikan kepadamu
Wahai guruku
~terima kasih guru ku..~
1. guru darjah 1-5 :cikgu salleh,cikgu rosni,cikgu andi,ustaz romzi abdullah,cikgu junaidah,ustaz zamri,cikgu nurul,cikgu ismail,ustazah noriah,ustazh nur bibah,ustazah aminah,ustaz isyak,ustazah fatimah,ustazah amalina,.......
2.guru darjah 5-6 :Cikgu ali,cikgu nisma,cikgu siddiq,cikgu nasir,cikgu naimah,cikgu aliasah,cikgu ng,cikgu hasyim,cikgu abd.siat,cikgu d,..
3.guru form 1-5 :cikgu Hasnah,cikgu kamariah,cikgu masniah,cikgu indah,cikgu merry,cikgu aisyah,cikgu iffah hidayati,cikgu Hafieedzah,cikgu amir,cikgu shafri,cikgu saidi,cikgu darnita,cikgu suhaila,cikgu hasni,cikgu fadzilah jusoh,cikgu zalina,cikgu rizal,ustaz norsyam,ustaz mohd zaki khalid,ustaz zaki alimpunus,ustaz mat zaki,cikgu wan kamarul,ustaz mohammad awang,ustaz husbanizam,ustazh rashadah,ustazh suwartey
4.guru kat dq : Ustazh Zarina,ustaz zamri,ustaz dasuki,ustaz jufri,ustaz sahrulkarnain,ustazah hayati
5.guru kat kdh : Ustazah Syila,pn,Saleha,pn.Azizah,pn.Nafrul,pn.Zulaihan.pn.Yana,Ustaz Nasir Majid,Ustaz Nasir M.Tap,ustaz amin,Sir Sahel,En.Ab,ustaz Yumni,ustaz Mujahid,ustaz Hermanto,Cik Jasmin,
~terima kasih semua...saya menyayangi anda semua...semoga Allah merahmati hidup anda semua wahai guruku yang tercinta~
~maafkan silap saya,lewat masuk kelas ,kuliah,tidak hadir kuliah...maaf kan saya guruku...~
~sesungguhnya Allah taala sahaja yang mampu membalas jasa2 guruku...~
~Saya MENYAYANGI ANDA SEMUA~
KEPADA SEMUA YANG PERNAH MENCURAHKAN ILMU WALAUPUN BUKAN BERGELAR GURU..ENGKAU JUGA ADALAH GURU KU....
SHUKRAN JAZILAN....................
:)