Pages

Mar 12, 2010

Saya Suka Memasak..Im Lovin It!

..aSSalamualaikum..
Baru habis pengajian di Kolej Dar al-Hikmah dalam bidang Syariah.. tapi masih lagi praktikal.. :) Alhamdulillah hasrat ingin melanjutkan pelajaran tetap berkobar-kobar dalam jiwa sanubari ini.. :)
saya suka memasak..Sejak dahulu kala kecil2 sampai dah besar nie..Memasak dan melihat orang masak masakan saya adalah kepuasan yang tidak terhingga. Walaupun masakan tu bukan masakan khusus, maksud saya..masak asam pedas ikut resepi tapi otter pandai2 lah..janji sedap..
Jadinya, sekarang saya nak berguru dengan sesiapa sahaja yang sudi nak mengajar saya untuk memasak termasuklah ibu saya yang disayangi.
Pertama sekali yang saya masak dalam hidup ialah "bihun goreng" masa tu ibu naik haji sewaktu saya darjah 2..pandai2 masak ja masa tu, bihun tu tak lembut lagi dah masak dan apa yang jadi bihun tu jadi keras.. :)
Selepas daripada itu, dalam adik beradik saya yang cenderung kepada masakan walaupun kurang kemahiran tapi boleh lah nak potong2 bawang dan masak2..
Saya tekad akan menyediakan satu resepi masakan tradisional yang akan saya bukukan,, dan buat masa nie saya akan mencari dahulu resepi2 dan bertanya kepada nenek moyang yang masih hidup lagi.
Maklumlah manusia mudah lupa..jadi saya ambil inisiatif untuk menulis semua masakan yang saya pelajari..InsyaAllah...Semoga Allah mudahkan...
Arwah nenek pernah mengajar saya buat kuih bahulu, sepit, wajid, seri muka, kuih talam, dan bermacam2 lagi..nenek lebih ke arah tradisional..ibu pula mengajar buat kek, tat, egg pie, makaroni, pasta, buqubar dan macam2 lagi..cumanya saya sahaja yang ingat dan tidak ingat..Kalau pasal makanan berlauk,,saya suka masakan yang umum dan bukan khusus...:) resepi syok sendiri..
Saya nak sangat buak kelas masakan, kedai makan,...insyaAllah,,,,

No comments: