Pages

Mar 24, 2009

"Alhamdulillah,akhirnya ISLAM di hatiku.."

Dengan Nama Allah taala..

Assalamualaikum..



Kisahnya bermula..



"Aku seorang yang berkulit putih bagaikan langsat dan lebih putih daripada langsat.Sesiapa yang melihatku pasti akan menganggap bahawa aku adalah seorang MUSLIM,seorang yang beragama Islam dan lahir dalam keluarga Islam.Hakikatnya aku adalah bukan orang Islam dan tidak pernah tahu mengenal Islam"



```



Seawal usia disekolah rendah aku telah belajar mengenai agama Islam dan moral,sukatan pelajaran adalah diasingkan bagi yang Islam dan yang Kristian.Tetapi semenjak sekolah rendah aku telah memasuki kelas pendidikan Islam dan bukan kelas untuk orang kristian.Saban hari aku mengikuti kelas tersebut dengan belajar mengaji,mengenal Rasulullah saw dan yang berkaitan dengan agama Islam.Amat seronok sekali untuk mengetahui agama Islam pada usia kanak-kanak.Aku memasuki kelas tersebut semenjak darjah satu sehingga darjah enam.Ustaz yang mengajar subjek pendidikan Islam tersebut banyak menceritakan tentang agama Islam,dari situlah aku mengetahui bahawa agama Islam itu agama yang baik.Pada akhir darjah enam,sebelum naik ke tingkatan satu,aku berasa amat sedih kerana ustaz yang mengajar pendidikan Islam telah mengetahui yang aku bukannya Islam tetapi Kristian.Maka aku dilarang untuk memasuki kelas agama Islam pada tahun hadapan.Amat sedih hati ku,apalah salah ku hanya untuk memasuki kelas itu,aku hanya ingin belajar untuk satu perkara yang aku tidak tahu..



"Kamu di larang untuk memasuki kelas agama Islam pada tahun akan datang,selama ini ustaz menyangka bahawa kamu adalah Islam,tapi rupanya kamu bukan Islam.."



Itulah kata-kata ustaz yang bermain di fikiranku..seperti yang aku katakan muka ku tidak seperti orang Kristian..dan masa sekolah rendah tak wajib pun pakai tudung,kalau nak pakai boleh pakai.Mungkin itu juga faktornya ustaz tu tak tahu...hmm



amat sedih meninggalkan rakan-rakan yang berada dalam kelas agama Islam..





```



Memasuki tahun baru,umur ku sudah mencecah 13 tahun,semakin meningkat usia,semakin aku bosan dan bosan dengan tingkah laku ayah yang selalu minum minuman yang memabukkan.Malahan aku adalah seorang yang bergelar kakak dan mempunyai tanggungjawab terhadap adik.Sesi persekolahan telah bermula.Sekolah yang terletak satu kilometer lebih daripada rumah,tidak memerlukan bas sekolah buat ku,berjalan kaki sudah memadai.Seawal pagi lagi aku akan bertolak ke sekolah.



```

Disekolah,aku hanya berkesempatan untuk berjumpa dengan rakan-rakan yang islam pada waktu rehat sahaja.Dan seringkali aku cemburu melihat mereka yang terus belajar subjek agama Islam.Sedangkan aku....



```

Namun hatiku hanya ingin belajar sahaja mengenai agama Islam itu sahaja,tidak lebih dan tidak kurang daripada itu.Ini kerana keluarga ku adalah yang kuat dalam pegangan agama Kristian ini..jadi itu sudah membuatkan aku takut dan berpegang dengan kristian.Lebih-lebih lagi dengan ayah..



```

Sehinggalah aku berada di tingkatan tiga,aku telah melupakan mengenai Islam yang aku pelajari.Namun ada sesuatu yang menarik hati ku untuk terus mendalami agama Islam.Aku tak tahu pasal apa,yang pasti aku nak agama itu.Persoalannya...



"Mengapa orang Islam nie,berbeza-beza.Kawan aku yang nie baik,yang nie pula tidak...?"



Itulah persoalan yang membuatkan aku tertarik dengan agama Islam.Sebabnya pada bulan ramadhan semasa tingkatan dua,ramai kawan aku yang puasa kata mereka wajib dan ada pula yang tidak puasa kata mereka terpulang.Sehinggakan masa itu,aku kadang-kadang berpuasa bersama-sama rakan yang lain.Semenjak itulah hati telah dicuri oleh agama Islam yang aku anggap agama yang baik pada masa itu.Dari situlah aku belajar memakai tudung,walaupun umpama tudung periuk..



```



Dan akhirnya,pada tingkatan 3 aku telah tekad untuk menukar agama kerana agama Islam ini aku rasakan agama yang baik,dan amat berkenan untuk hatiku ini.Aku telah melafazkan kalimah Syahadah di hadapan kawan ku(semoga di berkati Allah taala) yang aku kira dia sebagai dari golongan yang tahu pasal agama Islam.Kiranya seperti ustazah-ustazah.Dan pada hari itu,aku telah menjadi seorang yang beragama Islam.Alhamdulillah semuanya dengan izin Allah taala..



```



Rakan yang tempat aku melafazkan kalimah syahadah itu amat akrab denganku dan banyak mengajarku pasal Islam.Dia memberi ku tudung untuk di pakai.Dan sekarang aku telah memecahkan tradisi dalam agama terdahulu ku,dengan orang pertama yang memeluk agama Islam.Tetapi aku merahsiakan daripada pengetahuan ayah Ibu dan keluarga ku.



```



Selama seminggu aku menjadi seorang yang beragama Islam,amat mudah bagiku untuk belajar mengaji dan belajar solat kerana ia merupakan benda yang baru dalam hidupku.Aku memakai tudung ke sekolah,aku bersolat menyembah Allah taala,amat indah bagi ku mengenal pencipta ku.Itulah ketenangan yang aku cari..



```



Setiap kali aku ke sekolah,aku tidak akan memakai tudung kerana takut rahsiaku akan terbongkar.Oleh itu,dalam usia 15 tahun aku mampu berfikir,tudung akan aku masukkan kedalam beg,Dan apabila berjalan kaki setelah jauh daripada rumah aku akan memakai tudung.Dan apabila waktu pulang aku akan membukanya sebelum sampai kerumah.Begitulah rutin harianku.Saban hari aku lewat pulang untuk belajar agama Islam bersama rakanku.Dan apabila waktu makan malam dirumah,amat sukar untuk ku kerana aku telah mengetahui serba sedikit mana yang halal dan yang haram.Aku akan mengelak daripada makan.Tetapi alhamdulillah...keluarga tidak mensyaki apa-apa terhadapku.



```



Namun suatu hari,rahsiaku telah terbongkar oleh ayah.Semasa dalam perjalanan pulang,aku telah terlupa untuk mencabut tudung daripada kepala ku.Dan apabila menaiki tangga rumah,baru aku teringat.Tetapi ayah ku terlebih dahulu telah melihat aku memakai tudung.Aku cepat-cepat membuka tudung dengan perasaan yang takut,seolah-olah ayah akan membunuhku selepas ini.Berdegup pantas jantungku.



"Apalah nasib aku lepas nie...."



```



Aku menaiki anak tangga dan pada masa yang sama mata ayah yang tajam sedang melihatku.Ayah berkata..





"Ingat bila kita telah pandang ke hadapan,jangan sesekali pandang ke belakang.Dan jika itu yang kamu fikir terbaik buat dirimu.Maka,teruskan..tapi ingat JANGAN KEMBALI KE BELAKANG SEMULA..terus pandang kehadapan...."





Aku faham maksud ayah,dan air mata ku hampir sahaja menitis mendengar kata ayah.Ayah yang aku kenali bersifat seperti harimau kumbang itu,tetapi boleh menerima aku yang telah bertukar agama.Sejak itu ayah dan keluarga telah tahu yang aku adalah seorang yang beragama ISLAM.Tapi hanya aku seorang sahaja.Ayah telah membelikan aku alat-alat dapur yang baru,mungkin ayah faham bahawa aku tidak boleh makan seperti yang mereka makan.Tetapi keislaman aku di rahsiakan daripada saudara mara kerana bimbang aku akan dibunuh.



```



Selama aku bergelar Islam,ayahku tidak menghalang apa yang aku lakukan.Seperti solat dan sebagainya.Aku hanya berdoa semoga ayah dan ibu terima agama Islam yang aku anuti ini.Setiap malam aku berdoa..berdoa dan berdoa..



```



Tiba-tiba semasa aku ditingkatan 3,pada akhir tingkatan 3..aku dikejutkan dengan berita yang penuh tragis dan mengguris hati."AYAH KU TELAH MATI.." Hatiku sayu,sedih dan bermacam-macam perasaan,aku sedih kerana aku tidak sempat mengajak ayah untuk bersama dengan apa yang aku pegang.Seolah-olah kata-kata yang ayah katakan padaku hari itu merupaka wasiat pada ku.Aku menangis.Dan aku berharap semoga Ayah mati dalam iman.Itulah doa anak buat ayahnya.Kerana aku tahu itu semua adalah antara ayah dan Allah taala.



```



Semenjak ayah tiada,saudara mara telah tahu yang aku adalah orang Islam dan semua keluarga ku mereka ingin ambil dan pisahkan dariku termasuk ibuku.Tapi alhamdulillah,seorang demi seorang adik-adikku telah memasuki agama Islam dan yang terakhir sekali adalah ibu.Aku pertahankan keluarga ku daripada saudara-mara ku yang masih beragama Kristian itu,aku berani walaupun di herdik dan di ugut bunuh.Bagi ku,Allah taala ada bersama ku...



```



Aku telah di buang keluarga dan di usir daripada rumah dna kampung.Namun,ada orang yang perihatin dan mengambil kami sebagai keluarga angkat.





```



Dan sekarang aku akan pertahankan agama Islam yang ada pada diri ku...Aku hanya ingin menjadi seorang wanita yang di redhai Allah taala....

"Ingat bila kita telah pandang ke hadapan,jangan sesekali pandang ke belakang.Dan jika itu yang kamu fikir terbaik buat dirimu.Maka,teruskan..tapi ingat JANGAN KEMBALI KE BELAKANG SEMULA..terus pandang kehadapan...."


```Semuanya kerana Allah taala..syukur..```


mengesat air mata...mendengar kisah saudaraku itu...

5 comments:

nurilhakim said...

Salam ziarah,
Subhanallah.Tragis rupanya kisah hidup saudari.Saya berbesar hati jika boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang saudari, khusunya jika saudari berada di Sabah. Banyak manfaat yang saudari boleh sumbangkan di sini.

Ada seorang adik yg ikut PLKN dan akrab dgn Islam di sana sdg ikut jejak dan perjalanan hidup saudari. Dia cuba melarikan diri dari rumah untuk lari dari babi dan mak ayah yg dia tak sanggup tgk dan elak hari2. Doakan dia diberi kekuatan, dan saya juga diberi istiqamah untuk membimbing dia smpi dia mampu melafazkan dua kalimah syahadah.Amin.

Nur Taqwa said...

assalamualaikum wbt...

```

nurilhakim

pertamanya ana ingin meminta maaf..ITU BUKANLAH KISAH ANA..TAPI KISAH DALAM USRAH ANA..dia yang mencadangkan ana berbuat begitu,dan ana hanya menulis semula..

KAT TEMPAT ANA,ada bbrapa PELAJAR SABAH YANG MUALLAF,YANG HIDUP SORANG2.. :(

PENGALAMAN2 SEBENAR YANG ANA DENGAR DARIPADA SAHABAT2 ANA..YANG TAK DA SAPA TOLONG MEREKA DALAM MNGENALI ISLAM..

aasif,tapi shukran komen anta.

Pasal PLKN,ana teringat pelatih2 yang ingin kenali agama islam...tapi terlepas mcm begitu sahaja..banyak soalan2 yang ana tak mampu untuk beri jawapan..sampai sekarang ana tak bagi lagi jawapan tu dengan budak cina tu..budak cina tu sebelah katil dengan ana....semoga diberkati Allah taala..biiznillahh..MENYESAL!

ana kagum dengan kalian semua..!!

:)

mat lanai said...

artikel yang cukup2 dn sngt2 menarik dn kali prtama sy mmbaca artikel yg hampir mmbuatkan sya menangis......
amin yarabbal alamin...
segala yang trjadi atas kehendakNYA..
wallahuallam

Anonymous said...

Assalamualaikum Saudari.... Saya sungguh tersentuh dengan kisah sahabat saudari tu....

boleh saya tau dimana dia berada sekarang.....

Nur Taqwa said...

dia ada lagi kat sini...sahabat saya ini...semoga redha Allah bsamanya...

to mat lanai...hidayah daripada Allah...!! miliknya....!! sedih