Pages

Mar 21, 2009

bermain dengan JIN?

Kisah pada malam hari Raya pUASA...

~~~~latar tempat: Di ruang Tamu(rumah nan indah)
~~~~latar masa: selepas takbir hari raya di Masjid sekitar pukul 11 malam(esok nak raya) syaitan dah dilepaskan...
~~~~latar masyarakat: masyarakat yang harmoni...

setelah abang besar,abang kecik,atuk,papa dan semua yang bergelar lelaki di rumah aku pulang daripada masjid selepas menunaikan kewajipan masing-masing.Maka berkumpullah abang besar,abang kecik,kakak terbesar,kakak terkecik dan adik paling kecik di ruang tamu.Sambil berborak-borak.Mengimbas kisah-kisah yang lalu sama ada seram atau pun sedih atau pun yang sewaktu dengannya.Tiba-tiba semua orang senyap dan tergelak.."astagfirullahalazim..syaitan kan dah kena lepas..patutlah cerita-cerita pasal jin..dan syaitan..isk2.." kata si adik paling kecik di dalam rumah..

~~~~

masing-masing menyambung semula kerja yang diberikan..tetapi kali ini kakak terkecik telah mengalunkan ayat-ayat al-Quran.Mungkin sebab bulu dah meremang..Malam itu suasana rumah yang harmoni nan indah berkumandang ayat-ayat al-Quran yang diselang-selikan dengan takbir hari raya puasa..

~~~~

Selepas itu,,kakak yang terbesar telah mengambil "angpau" atau sarung untuk isi duit raya..Aku hanya memandang sahaja dari atas sofa..tak nak tolong..kakak terbesar di temani oleh abang kecik untuk memasukkan duit RM1 itu kedalam sampul duit raya...

~~~~

Untuk raya pertama kakak terbesar menganggarkan seramai seratus kanak-kanak yang akan datang sama ada layak atau tidak layak untuk mendapat duit raya..pada malam itu RM1 yang di masukkan kedalam sampul adalah sebanyak RM100 dan di bahagikan kepada 10 bahagian.Bermaksud satu ikatan sampul mempunyai RM10 duit seringgit dan semuanya ada 10 bahagian..macam begitulah pembahagian yang dibuat oleh kakak terbesar dan abang kecik..

~~~~

jam telah menunjukkan pukul 11.28 minit malam.Perkiraan duit raya di ruang tamu amat gempak.LAlu kakak paling kecik telah menutup alunan ayat al-Quran kerana pada masa itu.Semua adik-adik kecil atau besar duduk di ruang tamu.Manakala papa,mama, atuk dan nenek mati kecil di ruang leisure.Hanya anak dan cucu-cucu mereka sahaja yang berjuang memasukkan duit raya ke dalam sampulnya..

~~~~

Tiba-tiba..abang kecik dan kakak paling besar naik pening...

"eh,mana satu bahagian rm10 yang dah masuk kat sampul??" kata kakak paling besar..

"tak ada pun kat sini.." sambung abang kecik..

"cek betul-betul!!"tegas kakak paling besar..

maka abang kecik pun cek semula bahagian-bahagian tadi.Memang sah nyata lagi bersuluh,1 bahagian rm10 tadi memang tak ada yang dah dimasukkan dalam sampul.Yang tinggal hanya 9 bahagian rm90 sahaja.Mana lagi 1 bahagian rm10?????????? memang takada.Masa tu abang besar,adik paling kecik,kakak paling kecik berminat untuk sama-sama cari 1 bahagian rm10 tadi.. dah buat halaqah kat ruang tamu.Sambung lutut ke lutut...

~~~~

kiraan dimulakan semula..Kita ada 6 orang jer..Setiap seorang diarahkan memegang 1 bahagian rm10 kecuali kakak paling besar dan abang kecik 3 bahagian=rm30 seorang..Namun abang kecik kekurangan satu bahagian lagi iaitu rm10(semua orang takuttt) Abang besar bersuara,"nie mesti jin main sorok-sorok nie.." "APA!!!!!"

~~~~

sElepas itu,abang besar pulak yang mengetuai untuk membuat kiraan.Kali ini di mulakan dengan ayat-ayat pendinding.Masing-masing membaca ayat pendinding..Kiraan di mulakan semula....dan akhirnya 10 bahagian telah cukup..Alhamdulillah..

~~~~

Selepas itu,mereka tak tidur lagi..terus menyambung malam raya itu dengan kisah-kisah yang menyeramkan yang tak tahu betul atau tidak sehingga lewat malam....azan berkumandang menandakan masuk waktu subuh,mama kejutkan semua untuk bangun..aku orang yang pertama bangun tergelak melihat semua yang telah berjuang memasukkan duit kedalam sampul tidur dalam saff..agaknya ketakutan...termasuklah aku...aku bangun lantas tersenyum teringat peristiwa semalam..mungkinkah kami telah bermain dengan JIN????

~~~~

the moral from this story is:
1.Tidur pada waktunya..
2.Membuat kiraan duit pada waktunya..
3.Dan hati-hati semasa malam raya..saat itu semua syaitan dan jin telah dilepaskan..

Allah juga yang maha mengetahui...

No comments: