Pages

Mar 8, 2009

HATI-HATI BILA BERGURAU

assalamualaikum....
Selawat salam ke atas junjungan Rasulullah saw,keluarga Baginda Dan Sahabat2 Baginda...


Sahabat2 sekalian..
bagaimana nak bergurau??

sedari hari ini pelbagai gurauan yang selalu ana dan sahabat2 sekalian lakukan.Dah banyak sangat gurauan yang ana dan sahabat2 sekalian buat.Ada yang mengalahkan pelawak negara "saiful apek" atau raja lawak "nabil"...

tapi...

cuba ana dan sahabat2 sekalian renung2 dan fikir2 sejenak.

"dalam konteks gurauan kita kena sesuaikan dengan waqi' atau sesuaikan dengan tempat kita berada"

bergurau bukan main hentam jer.dalam kelas ada gurauan yang boleh kita lakukan.Luar kelas..dalam rumah..dengan kawan..dengan cikgu..dengan adik beradik..dengan adik2..dengan orang yang lebih tua..dengan orang yang muda..dan macam2 lagi..

"INI KERANA TIDAK SEMUA MEMAHAMI GURAUAN KITA"

mungkin kita anggap kita bergurau semua orang gelak,,semua orang senyum,,semua orang suka dengan gurauan kita..

hati-hati dalam bergurau..

mungkin kekadang dalam ana dan sahabat2 bergurau,ada orang yang terasa dengan gurauan kita dan berkecil hati.Tapi hanya pendam dalam hati sahaja.Sesungguhnya kita telah melukakan hati saudara kita..

mungkin kekadang dalam ana dan sahabat2 sekalian bergurau ada yang marah dengan gurauan kita yang melampau.Padahal kita hanya bergurau,,tetapi sahabat yang mendengar rasa marah dan tidak puas hati dengan gurauan yang kita lakukan.Jadi kena hati2 dalam bergurau..

mungkin kekadang dalam ana dan sahabat2 sekalian bergurau,ada orang yang menganggap gurauan kita sesuatu yang serius dan terima jer bulat2 benda tu.Padahal kita hanya bergurau.Jadi sebelum bergurau,fikir2 dulu..

Memang di akui bahawa bakat bergurau ini tidak semua orang ada.Tapi sekiranya ana dan sahabat2 mempunyai bakat dalam bergurau.Maka,gunakan lah dengan bijak dan creative.Hati2 jangan sampai gurauan kita menghancurkan hati orang lain.Walaupun kita hanya bergurau.Dan ingatlah bukan semua orang boleh menerima gurauan...

bergurau ada caranya..
bergurau ada tempatnya..
bergurau ada hadnya..
dan bukan semua benda boleh di buat bahan gurauan...

HATI-HATI DALAM BERGURAU..

No comments: