Pages

Apr 22, 2009

WOMEN

WARKAH BUAT HAWA...
HAWA ,
andai engkau masih remaja, jadilah anak yg solehah bt kedua
ibubapamu, andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,
andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din
ALLAH... HAWA, andai engkau belum berkahwin, janganlah kau risau jodohmu, ingatlah janji
tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah
pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrimmu, kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati,
maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam sekaligus disusuli dengan pertemuan, takut
lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri...HAWA, lelaki yang baik tidak melihat pada paras
rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keayuannya, lelaki yang warak, tidak
menilai wanita melalui kemanjaannya serta kemampuannya mengoncang iman lelaki, tetapi,
lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan yang paling penting
pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang
bukan muhrimnya, kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya,
lelaki yang warak juga, tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah
pertemuan lelaki dan wanita, yakni sebuah perkahwinan. Oleh itu HAWA, jagalah pandanganmu,
awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta
daripada adam untukmu, cukuplah hanya cinta ALLAH, yang memenuhi dan menyinari
kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan
kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik, serta keluarga yang
membahagiakan dirimu. HAWA, cintailah ALLAH dikala susah dan senang kerana kau akan
memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai ALLAH. Cintailah kedua ibu bapamu
kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH, cintailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa
cinta yang bahagia selain daripada cinta keluarga. Janganlah sesekali tangan yang
mengoncangkan dunia, juga mengoncangkan iman lelaki.. TUNDUKKAN PANDANGANMU…

No comments: