
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum..
aku malu..
Menatap skrin monitor yang bercahaya
Sekali lagi aku lemah
terpedaya dengan hasutan syaitan
terpedaya dengan bisikan nafsu sendiri
nafsu yang boleh ku halang,
tapi..
aku lemah..
terleka dari membuka Kalamullah..
mengapa lebih penting untuk aku "update"
hinanya diri ini..
aku malu..
aku tahu Allah taala Maha Melihat..
tapi aku masih tidak menjaga pandanganku..
melihat benda yang merosakkan iman..
iman yang hanya sekelip mata..
namun aku seringkali lemah..
sekali lagi dengan nafsu diri..
yang bersemayam dalam diri..
seringkali aku ditewaskan dengan diri..
aku malu..
tatkala aku dilabel sebagai perhiasan dunia..
namun,
aku gunakan perhiasan itu dengan kemaksiatan..
hanya ingin "reload" dosaku..
tatkala yang lain berhijab..
aku pula bangga dengan kelakuan yang amat meloyakan pandangan mata..
sekali lagi aku tewas dengan mu nafsu..
dengan diri sendiri yang terlalu mengikut telunjukmu..
aku malu..
kau menjaga dhuha,witirmu..
aku pula sibuk dengan drama,hiburan,rancangan realiti..
sanggup korbankan demi duniawi..
sekali lagi aku lemah,
lemah
tewas dengan diri yang dikuasai nafsu..
aku malu..
tatkala kau mengalunkan kalimah Allah taala..
aku masih dengan "kau matahariku.."
nyanyian agnes monica
begitu tadabbur kau dengan ayat yang kau baca..
begitu juga aku asyik dengan lirik lagu ku..
sekali lagi aku lemah tewas pada diri..
aku malu..
tatkala disoal dengan amali solat..
aku Tidak tahu..
kerana solatku belum sempurna..
aku malas..
aku malas untuk bersolat..
sekali lagi aku tewas dengan diri yang dikuasai nafsu..
aku malu..
"semua perkara itu ada pada Allah taala..mohonlah padanya..
cukuplah apa yang aku lakukan..
aku ingin mencari cahaya MU
redhaa MU
diri ku tahu perkara yang aku lakukan adalah salah..
tapi aku seringkali tewas dengan ajakan si syaitan..
aku penat..
aku sedih..
aku letih..
mengikut telunjuk mu syaitan
aku ingin merubah diriku,
aku ingin menjadi seorang yang di redhai Allah taala..
aku ingin menjauhkan diri daripada perkara2 syaitan ini..
aku ingin bertaubat..
aku malu pada Allah taala..
aku hina
aku insan asing di muka bumi ini
aku tidak layak..
"Ya Allah bantulah aku.."amin........
2 comments:
amin ya rabbal alamin~
```
fatihah ory
AMIN YA RABBAL ALAMIN..
:)
Post a Comment